9/30/09

Selamat Hari Lahir


Selamat hari lahir Buat Abang Sulung...(~.~)

1hb oKTOBER tahun tak ingat..yang pasti usianya semakin meningkat. 34 tahun...anak sudah 4 semuanya mujahid. Moga menjadi mujahid yang membantu agama Allah..

Mohamad Harith Syifa'
Mohamad hanis Syuhada
Mohamad Hasyir
Mohamad Hifzan

(~.~) Belajar rajin-rajin ya..

Ke mana akhirnya Perjuangan Muslimat?


salam... Hari ini aku dihujani persoalan 'kemana akhirnya perjuangan seorang muslimat? aduh berat nak jawab ni..sebab aku pun masih dalam pencarian ke mana akhirnya perjuangan ini. Namun apa yang pasti semuanya mengharapkan Redha Allah dari sedikit pengorbanan yang dilakukan..sapa ada jawapan untuk persoalan ini?

Sebelum itu kita mulakan dengan matlamat. Apa matlamat kita berada di sini? memilih jalan ini? sekadar ikut ikutan atau terpaksa atau dah ditakdirkan atau apa2 saja pandangan yang ada. Matlamat biar jelas agar jalan yang yang ingin ditujui juga jelas dan terang. Tepuk dada tanya Iman pasti setiap dari kita punya matlamat yang satu kerana kita semua berada di jalan yang sama. dan persolan membina keluarga sudah pastinya soalan pertama yang timbul..

UNTUK APA BERNIKAH?

1. Pernikahan menyelamatkan masyarakat daripada penyakit sosial dan akhlak. Ini adalah kerana kecenderungan kepada jantina yang berlawanan hanya dapat dikenyangkan dengan pernikahan yang syari’e dan perhubungan yang halal. Ini dapat dilihat apabila Rasulullah menyeru kepada pemuda dengan sabdanya : Wahai pemuda, sekiranya kamu mampu untuk bernikah, maka bernikah lah kerana ia mampu menjaga pandangan dan memelihara kemaluan”

2. Perkahwinan memberi pertanggungjawaban kepada lelaki dan perempuan untuk membina generasi baru yang bertaqwa. Ia tidak dapat dilakukan sekiranya pasangan itu hanya bertaraf kekasih. Lihatlah realiti sekarang, berapa ramai perempuan ditipu oleh lelaki setelah segala kehormatannya telah dirobek. Akhirnya perempuanlah yang membesarkan anak dan lelaki hanya berlepas tangan. Berlainan dengan perkahwinan yang meletakkan suami dan isteri untuk memainkan peranan-peranan masing-masing dalam membentuk dan mendidik anak-anak.

3. Pernikahan akan menjadikan setiap orang mempunyai pusat kasih sayang dan kecintaan iaitu pasangannya. Ini dinyatakan oleh Allah s.w.t dalam surah ar-Rum ayat 21.

BERNIKAH DEMI PERJUANGAN

Bagi seorang pejuang agama, pernikahan mempunyai nilai tersendiri. Ia bukan sekadar “i love you or you love me”, bahkan lebih daripada itu. Ia bukan juga tempat untuk sekadar membanyakkan anak, bahkan lebih daripada itu. Ia bukan sekadar seseorang lelaki ingin dipanggil ‘abang’ oleh isterinya dan seorang isteri dipanggil ’sayang’ oleh suaminya, bahkan lebih daripada itu. Ia bukannya manifestasi cinta bertahun-tahun yang ingin direalisasikan dengan pernikahan. Ia juga bukan sekadar menikah tapi punya matlamat yang berbeza dari manusia biasa. Kerana kita telah ditarbiyah untuk menjadi manusia yang luar biasa. Muslim yang luar biasa...mukmin yang luar biasa.

Roh perjuangan itu sendiri sebenarnya telah menjadikan semua yang ada di dunia ini hanyalah batu loncatan untuk mendapat redha Allah dan jiwa ini tidak akan tenang selagi Islam tidak didaulatkan dan tidak diberi tempat yang sepatutnya seperti yang dikehendaki oleh Allah.

Oleh sebab itu, sejak daripada marhalah memilih lagi, seorang pejuang amat teliti dalam memilih pasangan. Tidak cukup kalau pasangan itu belajar tinggi-tingi tapi tak tahu Islam. Tidak cukup kalau calon pasangan itu berjawatan besar tapi tak faham Islam. Tak cukup kalau calon pasangan itu seorang pemimpin negara tapi amalkan rasuah. Tidak cukup kalau calon pasangan itu hanya sekadar belajar agama, tapi tidak bekerja untuk Islam. Seorang pejuang sentiasa mementingkan ciri-ciri seorang pejuang dalam diri calonnya, jika tiada ciri pejuang akan ditolak dan akan dicari calon yang lain.

Secara ringkasnya, kita mahukan daripada pernikahan itu sesuatu yang akan menguatkan lagi roh perjuangan kita, bukan melemahkan. Sudah banyak kita dengari orang-orang yang kuat berdakwah di kampus dan alam pengajian tetapi ‘tewas’ apabila melangkah ke alam perkahwinan dan perkerjaan. Kerja-kerja dakwah semakin jauh ditinggalkan. Tiada lagi edaran risalah, tiada lagi ucapan berapi-api dan tiada lagi kepetahan dalam berhujah. Semuanya tenggelam dengan satu pernikahan yang tidak didasari dengan perjuangan.

Rumahtangga perjuangan merupakan idamanku sejak mula mengenali dunia dakwah dan tarbiah ini. Rumahtangga yang dihiasi dengan suami/isteri penguat perjuangan dan anak-anak penerus perjuangan. Apa lagi menyedari diri ini amat dhaif dan lemah dalam mengharungi arus mehnah dan tribulasi dalam mendaulatkan agama Allah lebih-lebih lagi iman diri ini amat nipis pagi-paginya beriman dan petang-petangnya tidak. Ditambah pula aku sekarang ini sedang merasai sendiri kebenaran kalimah “Allahu Muqallibul Qulub” ( Allah yang membolak-balikkan hati manusia)…

Aku telah melihat pasangan-pasangan yang bernikah demi perjuangan, mereka cukup bahagia. Anak-anak mereka semuanya menjadi. Hidup mereka bukan bahagia dengan wang dan harta sebaliknya mereka bahagia apabila mereka istiqamah dalam perjuangan. Apabila isteri lemah, suami membimbing dan memberi kekuatan. Apabila suami lemah, isteri dengan segala kekuatan yang ada cuba meniupkan semula semangat dan menyuburkan semuala harapan ibarat lagu Isteri Solehah nyanyian The Zikr… Alangkah manisnya hidup mereka kerana dapat merasai percikan kemanisan hidup antara Rasulullah dan Khadijah. Mereka tidak kisah dengan sedikitnya harta sebaliknya risau apabila masing-masing tidak mampu untuk memberi sumbangan yang terbaik untuk perjuangan.

Ringkasnya, bagi seorang pejuang lelaki, mereka mendambakan seorang calon isteri yang mampu menguatkan perjuangan, bukan melemahkan mereka dengan rengekan-rengekan (permintaan) duniawi seperti barang emas, perabot, perhiasan diri dan sebagainya begitu juga sebaliknya bagi seorang isteri. Elemen-elemen matang (bukan serius sangat), tenang dan boleh menjadi penasihat yang baik adalah basic value (nilai asas) bagi seorang calon isteri. Perkara sama yang diperlukan bagi seorang mujahidah tetapi sudah tentu wanita memerlukan lebih daripada lelaki lantaran lelaki adalah ketua yang akan membimbing mujahidah.

Kiranya kita mempunyai calon dan sudah ditemui calon yang sesuai untuk pemangkin perjuangan, jagalah entiti ini supaya tidak lari dari garis asalnya. Wahai pejuang, sematkanlah dalam dada apabila menerima nikah seorang ayah mewakili anak perempuannya “Aku Terima Nikahnya Demi Perjuangan !!! “.

Inilah pengakhiran perjuangan seorang Muslimat. Tidak dinafikan muslimat akhirnya akan masuk dapur, duduk di rumah jaga anak kerja biasa seorang isteri tapi ia akan diserikan lagi dengan matlamat yang jelas. Masaknya untuk suami yang berjuang, urusan rumahnya untuk perjuangan, basuh bajunya untuk perjuangan, basuh pinggannya untuk perjuangan etc. Jangan menyempitkan pemikiran dengan melihat perjuangan dalam kotak sendiri. Tetapi Think Out of The Box...isterinya adalah isteri yang luar biasa, suaminya adalah suami yang luar biasa. dan itulah kita kerana kita telah dididik menjadi manusia yang luar biasa.

Huh terima kasih kerana telah memberi aku idea yang panjang lebar untuk menulis pada entry kali ini. Entry kali ini adalah untuk menjawab persoalan di atas bukannya disebabkan yang lain yer. *pesanan khas buat diri sendiri


9/29/09

Kumbang seekor Bunga sekuntum


salam..tulisan ni tak da kena mengena dengan sesiapa. Cuma idea nya timbul bila ada seorang senior yang berhujah dengan aku begini...jadi wujudlah entri ni. Terima kasih sebab aku dah kekeringan idea nak menulis jadi ni idea yang baik..terima kasih ya..sebab tu aku suka berhujah bila berhujah pemikiran pun berkembang...berlainan pendapat akan menyebabkan kita sentiasa berfikir..hidup kan mesti selalu berfikir..fikir yang mana buruk dan yang mana baik..yang mana elok dan yang mana tidak elok etc...setiap hari kita mesti berfikir kerana setiap hari juga kita akan membuat keputusan...

Bermula dari bangun tidur sampailah tiba masa untuk tidur semula..semuanya perlu berfikir. Manusia yang tidak berfikir sebelum membuat keputusan adalah manusia yang sia-sia..yang tidak ada pendirian dalam hidupnya..yang tidak punya matlamat dalam hidupnya...yang etc...ok berbalik pada tajuk entry ini...
'bunga bukan sekuntum,kumbang bukan seekor'.

Memang bunga bukan sekuntum,beribu-ribu kuntum.Tapi,nak cari bunga yang wangi menghiasi taman,bukannya mudah.Bau wangi itu memang akan hilang,tapi biarlah mekarnya sentiasa menghiasi hari-hari yang mendatang.

Kumbang pun memanglah beribu-ribu ekor juga.Ada kumbang nakal yang sepanjang hayatnya,suka hinggap di atas berpuluh-puluh kuntum bunga,mungkin agaknya sang kumbang sendiri sudah keliru mahu pilih bunga mana yang benar-benar asli dan manis madunya.

Untuk si 'bunga' jangan lekas tergoda memberi kemanisan madu untuk kumbang yang cuba mengambil kesempatan.Untuk sang 'kumbang' pula,jangan cepat terpedaya dengan bunga yang teramat berseri kelopaknya,takut nanti yang cantik itu,rupa-rupanya hanya sekuntum 'bunga plastik' yang madunya memang tiada.

Sedih dan gembira selalu datang silih berganti; hanya dengan keteguhan jiwa dan pikiran yang berasaskan Taqwa kepada Allah, kebahagiaan itu dapat diraihnya. Kesedihan, kecewa, Caci maki dan fitnah tidak dapat menjatuhkan orang yang kuat.

Di dalam ungkapan Timur sering terdapat kata-kata :

“Menadah ke langit dan membuang ludah.” dan ” Menabur debu dengan angin yang berlawanan.”

Ini semua mengisahkan kebodohan- kebodohan yang dilakukan seseorang dan pada akhirnya mencelakakan dirinya sendiri. Menghadapi kesedihan dan dugaan hidup, hendaknya seseorang berlapang dada bagaikan langit besar yang tak bertepi. Berbaik sangkalah dengan Allah..sesungguhnya Dia tahu apa yang terbaik buat hambaNya

Cuaca terang dan berawan selalu silih berganti. Belajar bagaikan cermin yang jernih dapat melihat keadaan sebenarnya. Belajarlah dari pohon cemara yang walaupun tinggalnya di dalam hutan dan tidak punya keharuman yang menyegarkan yang dapat menarik si kumbang untuk menghisap madu namun pohon cemara masih tegap berdiri..

Belajarlah dari sifat pohon cemara yang tegar menahan serangan, baik serangan yang bersifat tindakan, ucapan maupun fikiran, dan menjadikannya sesuatu yang sejuk, hangat dan damai yang menghiasi keindahan hutan belantara..(~.~) Sekian..*peringatan khas buat diri sendiri



9/28/09

Muhasabah Diri

Ya Allah.....

Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku,
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku,
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai,
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai hambaMU,
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu,
Sekiranya aku ingkar dan derhaka,
Berilah aku petunjukkan ke arah rahmatMu.

Ya Allah sesungguhnya.....

Aku lemah tanpa petunjukMu,
Aku buta tanpa bimbinganMu,
Aku cacat tanpa hidayahMu,
Aku hina tanpa RahmatMu.

Ya Allah.......

Kuatkan hati dan semangatku,
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu,
Jadikanlah aku hamba yang disenangi oleh Mu,
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu,
Bimbinglah aku menjadi hamba yang Muslehah.

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan,
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu,
Kerana aku sedar hinanya aku,
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru,
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu,
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu,
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu.

Ya Allah Tuhanku...

Aku hanya ingin menjadi hamba yang dirahmati,
Hamba yang dikasihi,
Hamba yang solehah,
Hamba yang sentiasa mengingati Mu.

Amin Ya Rabbi Allamin..

Wallahu A'lam...

9/27/09

Salam Eid Fitri


Salam Eid Fitri buat semua sahabat-sahabat tak kira di mana berada. masih belum terlewatkan nak ucap kan..Mohon maaf buat semua sahabat-sahabat yang pernah bekerjasama dalam satu team, atau sesiapa saja yang mengenali insan Hina ini..Cuti seminggu idea pun tersekat..

Sekejap saja masa berlalu, Ramadhan sudah pun pergi meninggalkan kita. Entah bila akan ketemu lagi..mungkin sempat atau sebaliknya..kembali muhasabah diri adakah sama seperti sebelumnya atau bertambah ketaqwaan kepada Allah dan Rasulnya. Semakin meningkat Iman atau sebaliknya..tepuk dada tanyalah Iman..

sudah lama rasanya tidak membeli buku..tajuk buku yang yang perlu untuk di miliki. kalau ada buku yang tajuknya Nota Hati Seorang Perempuan pasti aku orang pertama yang memilikinya..:) tak tahula di Perlis ni ada ke tak buku ni..nantila. Pesta Buku tahun depan Mesti pergi insyaAllah..kalau ada rezeki..moga-moga ada rezeki..

Perjalanan yang panjang diteruskan....moga kita beroleh keberkatan dari Ramadhan yang lalu..

9/12/09

Pasangan Hidup





“Apakah kita sekadar mencari pasangan hidup yang hanya membolehkan kita pergi usrah? Atau membenarkan kita pergi ke program latihan?

salam..sekarang aku mengikuti sebuah cerpen tulisan Ustaz Dzul..hebat. Aku mengagumi peribadi beliau sebagai seorang pejuang walaupun kadang-kadang pandangan Ustaz menimbulkan kontreversi..dan itulah sepatutnya Mahasiswa. World Class Leader..punya pemikiran yang jauh ke depan..bukan sekadar berada di dalam kotak. Namun seperti biasa kelemahan pasti ada..

ha siapa setuju dengan persoalan di atas? ini adalah keratan persoalan di dalam cerpen beliau yang bertajuk Fahiyah. Aku merasakan ia adalah gambaran kehidupan sebuah Baitul Muslim yang diimpikan oleh beliau..dan sudah pastinya oleh semua orang yang menggelarkan dirinya seorang Pejuang..

'Itu pandangan yang masih sempit. Sepatutnya kamu semua berusaha mencari pasangan yang akan menanam jiwa kehambaan dalam diri kamu dan mendekatkan kamu kepada Allah,” mereka semua terlopong mendengar penerangan saya.Pasangan yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah, bukan sahaja akan menjadi pendorong kepada kita untuk aktif berjuang bahkan akan sentiasa memberikan peringatan kepada kita tentang kedahsyatan akhirat dan sentiasa menyiram hati kita dengan air keimanan.'

Inilah jawapannya..bukan sekadar apa yang sering ditanamkan kepada kita..boleh pergi program..boleh pergi usrah..boleh pergi program adik-adik...atau program alumni. Baitul Muslim yang di bina bukan sekadar itu..tapi punya matlamat yang lebih luas dan besar. Sebagai peringatan kepada kematian dan kehidupan yang Abadi Di Sana...Bagaimana mahu membina hati yang bersih jika Dunia masih melekat di Hati kita???


Oleh kerana itulah ada pasangan-pasangan Baitul Muslim yang dibina kecundang di tengah jalan. Kerana tidak memahami akan matlamat sebenar pembinaan Baitul Muslim..ada pulak yang dicalitkan dengan maksiat. Berkat atau tidak anda rasai sendiri nanti?? jangan disalahkan sesiapa jika Baitul Muslim kecundang di tengah jalan. Namun kebahagiaan pasti menjadi harapan sesiapa saja yang membina Masjid.

Namun jangan mengharapkan kesempurnaan jika diri sendiri pun masih goyah diulik mimpi Dunia. Tiba-tiba idea tersekat...

LAILATUL QADAR Mencari Kemuliaan Taqarrub

Firman Allah swt :

1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar,

2. Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu?

3. Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

4. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut);

5. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

( Surah al Qadar . Ayat : 1 – 5 )

Malam yang dikenali sebagai “Lailatul Qadar” adalah merupakan malam terbaik bahkan malam yang paling mulia disediakan oleh Allah ‘semalam dalam tempoh setahun’ .

Sabda Rasulullah saw :[1]

وَ مَنْ قَامَ لَيْلَةَ اْلقَدْرِ إِيْمَانًا وَ احْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ .

“ dan barangsiapa yang mendirikan ( ibadah ) pada malam lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan penghayatan ( mengharapkan redho Allah ) nescaya diampunkan baginya segala dosa – dosanya yang telah lalu.”

( Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim )

Al Imam an Nawawi rhm menyebut [2]: “ Lailatul Qadar adalah seafdhal – afdhal malam di dalam setahun. Barangsiapa yang mengadakan ibadah ( qiamullail ) pada malam Lailatul Qadar sekalipun ia tidak diberi taufiq untuk menyaksikan alamat – alamat Lailatul Qadar , nescaya ia dibalas dengan balasan yang tersebut.”

Rebutlah Peluang Taqarrub ini.

Setiap individu muslim yang menyertaiMadrasah atau University of Ramadhan ini , sangat dituntut untuk mencari dan mendapatkan kelebihan malam Lailatul Qadar ini . Ia menjadi sunnah nabi kita Muhammad saw. dan juga menjadi amalan dan rebutan para salafussoleh untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. Rasulullah saw pernah bersabda :[3]

عَنْ عَائِشَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ : كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ يُجَاوِرُ فِي اْلعَشْرِ اْلأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ وَ يَقُوْلُ : تَحَرُّوْا لَيْلَةَ اْلقَدْرِ فِي اْلعَشْرِ اْلأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ .

“ daripada A’isyah Rha berkata : Adalah rasulullah saw. selalu beriktikaf pada sepuluh akhir Ramadhan dan baginda saw. bersabda ; Rebutlah bersungguh – sungguh peluang untuk mendapatkan Lailatul Qadar pada malam – malam sepuluh akhir Ramadhan .”

( Riwayat Imam Bukhari . )

Rasulullah saw. melipat ganda amalan atau ibadah untuk menghampirkan diri kepada Allah swt. pada 10 malam akhir di bulan Ramadhan . Ini dapat dilihat dalam satu hadith yang diriwayat dari A’isyah Rha .[4]

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ : كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ اْلعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَ أَحْيَا لَيْلَهُ وَ أَيْقَظَ أَهْلَهُ .

“ dari A’isyah Rha berkata : adalah Nabi saw. apabila memasuki 10 akhir Ramadhan , Baginda bersungguh – sungguh mengerjakan ibadah dan menghidupkan malamnya dan menggerakkan anak isterinya ( agar bangun beribadah )”

( Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim )

Taqarrub sebagai Jambatan Nusrah.

Golongan yang hampir dan dikasihi Allah swt. sepantasnya layak menerima pertolongan dan kemenangan dalam perjuangannya untuk menegakkan agama Allah di atas muka bumi ini. Tentunya kita sangat memerlukan pertolongan dan kemenangan tersebut di kala dunia kini gersang dari rahmat Ilahi.

Tidak mudah untuk merentasi medan yang penuh cabaran dan rintangan ini melainkan pejuang yang diperkayakan dengan taufiq dan nusrah ilahi , namun untuk mendapatkan taufiq dan nusrah malah anugerah syurga itu pula hanya terbuka kepada mereka yang hampirkan diri kepada Allah swt .

“ Dan (puak Yang ketiga pula ialah) orang-orang Yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - Yang akan mendahului (mencapai balasan Yang sebaik-baiknya di akhirat kelak) Mereka itulah orang-orang Yang dihampirkan ( di sisi Allah ) , (Tinggal menetap) di Dalam Syurga-syurga Yang penuh nikmat.”

( Surah al Waaqia’h . Ayat : 10 – 12 )

[1] Imam Bukhari di dalam sohihnya : 253 / 2 dan Imam Muslim di dalam sohihnya 524 /1
[2] Raudhah at Tolibin 389 / 2 dan Fathul Baari 267 / 4
[3] Sohih Bukhari : 254 / 2
[4] Sohih Imam Bukhari : 255 / 2 dan Sohih Imam Muslim : 832 / 2

9/11/09

Cinta Sempurna

Selesai tengak cinta sempurna..interesting...the way how Ustaz Hasrizal menggambarkan Islam adalah senang untuk difahami oleh golongan-golongan seperti ini. Sedikit sinopsis...menceritakan mengenai bagaimana seorang ustaz menghadapi mad'u yang hampir rosak akidahnya. And how to tackle them back to Islam..interesting.

Komen

Ini membuktikan bahawa dakwah berlainan jenis tidak akan berjaya kerana ianya pasti akan menimbulkan perasaan cinta di hati manusia. kerana manusia akan lemah dengan cinta apatah lagi cinta murahan yang tidak berteraskan cinta kepada TuhanNya. Kecuali kepada dai'e yang kuat imannya...namun iman manusia bersifat yazid wa yanqus..terkadang menaik dan terkadang menurun. Bila waktu menurun syaitan akan menyucuk jarum-jarum nya. Ketika ini..iman memainkan peranan penting supaya matlamat yang ingin dicapai tidak lari dari landasan sebenar.

'Begin with the end in mind' Steven Covey.. walaupun Steven Covey ini adalah penulis Barat yang menganut fahaman Athies iaitu fahaman yang tidak percayakan Tuhan. Namun perkara yang membawa kepada kebaikan boleh diikut. Dan sebenarnya dalam Islam telah ada perkara ini...dan matlamat yang sangat jelas dalam hidup kita iaitu Mendapat Redha Allah. Sesiapa saja pasti mengharapkan Redha Allah..

Begitulah kehidupan tidak akan lari dari ujian. Ujian Tuhan kepada semua insan adalah lumrah dalam kehidupan..Syurga yang dijanjikan bukanlah suatu khayalan tentang nikmat berpanjangan Ilahi..Neraka yang tercipta menghimpun azab derita tangisan kesengsaraan insan..Syurga adalalah kelazatan yang terbentang buat hambaNya yang berIman..hamba yang kasihkan TuhanNya..yang kasihkan Rasulnya..dan Agamanya...

Manakala Neraka tempat kelukaan angkara kedurjanaan insan yang lupakan Tuhannya..lupakan Rasulnya dan lupakan Agamanya..jangan lupa bahawa janji Allah adalah kepastian buat hambaNya yang beriman. Berdakwah lah dengan apa cara sekali pun. dan jangan lupa akan Ujian yang pasti akan datang menjelma. Jadilah insan yang semakin kuat apabila di uji..Kerana ujian Tuhan menandakan Dia sayang akan Hambanya..

Contohnya Ustaz Nazir diuji dengan perasaan cinta kepada Mad'unya dikala dia telah pun bertunang dengan Najihah. Ujian Cinta adalah ujian yang paling susah kerana ianya melibatkan hati dan perasaan. Di sini keikhlasan seorang dai'e akan teruji samada benar-benar kerana Allah atau sebaliknya. Mujahadah nafsu adalah jalan terbaik bagaimana mahu menangani masalah cinta.

Tahniah buat Ustaz Hasrizal..really enjoy it.

Ramadhan Karim

sebelum melangkah pulang bersama Yamaha pemberian ayah aku sempat mencoretkan sedikit catatan untuk hari ini. bersama Yamaha ini aku melangkah di Jitra selama 3 tahun kemudian di perlis 3 tahun..dan mungkin 2 tahun akan datang. Pernah terlintas di fikiran untuk membeli motor baru bila mendapat biasiswa akan datang tapi terasa sayang dengan yamaha ini. Walaupun dah lama dan buruk namun sumbangannya tak terkira. Ke Kuliah bersama sahabat-sahabat di Masjid Taman Mahsuri...ke Program-program...ke usrah dan sebagainya. Dulu bila jika dilanda masalah aku suka ke Masjid Mahsuri..terasa tenang di sana. dah lama rasanya aku tak menjejakkan kaki ke masjid itu..

Ramadhan sudah hampir pergi..terasa sekejap masa berlalu. hanya tinggal lagi 8 hari untuk berada dalam Madrasah Ramadhan aduh sekejapnya...masih banyak yang belum di buat..masih belum puas rasanya untuk bertemu dengan kekasihKu di setiap malam..kelazatan di bulan Ramadhan terasa lain dari hari-hari biasa. Kenikmatannya terasa..Terima Kasih ya Allah kerana mengurniakan perasaan ini. Cinta mu lebih berharga dari cinta manusia yang penuh dengan tipu daya..

Semoga bertemu lagi di Ramadhan akan datang insyaAllah. Aku tidak menyangka yang aku akan melangkah sejauh ini..tiada dalam perancangan untuk menyambung pelajaran namun ketentuan Allah itu lebih baik. Akan aku teruskan ke peringkat yang seterusnya sehingga ke garisan penamat..

ok lah sambung lain kali..jom balik..salam Ramadhan karim..moga beroleh Lailatul Qadar walaupun terasa tidak layak untuk mendapatkannya namun jauh di sudut hati aku mengharapkannya..ameen


9/10/09

Perasaan Malu di sisi Islam


Setiap waktu dikurniakan Allah S.W.T sifat malu;

Kerana malu, si wanita tahu menjaga kehormatannya

Kerana malu si wanita tahu menilai batas-batas sosialnya

Kerana malu juga si wanita gagal diperdaya pujukan nafsu

Namun kini si wanita itu sudah hilang malunya..

Kerana hilang malu, terdedahlah auratnya lantas kehormatan diri tergadai

Kerana hilangnya malu itu, si wanita gagal menilai apa itu halal, apa itu haram,

Golongan lelaki juga tidak dilupakan oleh Allah SWT dengan mengurniakan sifat malu kepada mereka.;

Kerana malu, si lelaki menasihati diri dan si wanita agar sama-sama menjaga maruah diri serta menjaga aurat.

Kerana malu, si lelaki mengingatkan diri dan si wanita tentang batas-batas social dan pergaulan halal dan haram,

Kerana malu itu, si lelaki sentiasa menjaga dan mendidik nafsunya..

Ingatlah wahai lelaki…

Janganlah mengajak si wanita untuk berbuat dosa sebaliknya selalulah mengingatkan mereka dengan kata

takutlah akan ALLAH”

Tapi kini, si lelaki itu sudah hilang malunya;

Kerana hilang malu itu, si lelaki mengajak wanita berbuat mungkar

Kerana hilang malu itu, si lelaki lupa tentang hukum Allah S.W.T.

Kerana telah hilang malu itu, si lelaki mungkin hilang taraf khalifah.

Sabda Rasulullah S.A.W “ Sesungguhnya malu itu sebahagian daripada iman”

Wahai si wanita dan si lelaki janganlah menzalimi diri dengan meletakkan hati itu bukan pada tempatnya.

Malulah kamu dengan Allah S.w.T kerana ingkar akan suruhan- Nya

Malulah kamu dengan Rasullullah S.A.W kerana meninggalkan sunnahnya

Malulah kamu kerana lupa dan malas membaca Al – Quran

Malulah kamu kerana melawan ibu bapa

Malulah kamu atas dosa-dosa yang kamu lakukan

Maka, percayalah bahawa malu itu akan menyelamatkan kita daripada fahsha' wal mungkar.


9/9/09

Nyamuk

Manusia meniru sistem yang sama yang digunakan oleh nyamuk

Larva Nyamuk


Ibu nyamuk menyambung telur-telurnya dalam bentuk rakit supaya tidak tenggelam
Bijakkan?? Maha Suci Allah



The Miracle of Mosquito..Hebat ciptaan Allah. bila buat research ni baru la aku kehebatan seekor nyamuk yang dicipta Allah..setiap ciptaan pasti ada kehebatan yang tersendiri. Amazing..Subhanallah...b4 diz tak pernah kaji pun makhluk yang bernama nyamuk ni..

let me tell u all...

Pengembaraan Hebat Seekor Nyamuk

Nyamuk merupakan makhluk yang paling dikenali kerana ia sering melawat kediaman kita ketika musim panas. Tahukah kamu mengapa badan nyamuk berwarna merah? Badannya berwarna merah kerana ia dipenuhi darah manusia atau apa sahaja yang dihinggapinya? Ramai manusia percaya nyamuk menghidap darah. Kenyataannya, nyamuk menghisap manisan bunga. Hanya nyamuk betina menghisap darah, dan ia adalah untuk keperluan telur yang dibawanya. Selepas mempelajari perkara ini, kamu pasti akan melihat nyamuk dengan pandangan yang berbeza. Terdapat beberapa perkara tentang nyamuk ini yang akan menghairankan kamu. Seperti yang kamu ketahui nyamuk adalah makhluk yang tinggal di darat dan ia terbang, tetapi mereka membesar di dalam air dan setelah dewasa, mereka keluar daripada air tanpa basah. Pernahkah kamu mendengar tentang perkara menakjubkan ini? Jika tidak, teruskanlah membaca dan kamu akan merasa kagum.

Pengembaraan Bermula

Pengembaraan nyamuk kecil bermula apabila ibu nyamuk meninggalkan telur-telurnya di dalam kolam atau daun-daun basah. Tetapi, ia tidak meninggalkan telur-telurnya begitu sahaja. Ia menyusunnya dengan rapi saling bersebelahan. Telur-telur ini kelihatan seperti sebuah rakit. Tahukah kamu mengapa ibu nyamuk menyusun telur-telurnya dalam bentuk ini? tak dapat nak letak gambar pulak..lain kali aku letakkan.

Ia membentuk telur-telurnya begitu kerana, memandangkan mereka akan ditinggalkan di atas air, ia mungkin akan tenggelam. Jika ia disambungkan seperti ini, risiko untuk ia tenggelam tidak mungkin ada. Telur-telur putih yang disusun oleh ibu nyamuk serta merta berubah menjadi gelap. Dengan cara itu, telur-telur ini akan selamat daripada serangan serangga dan burung. Jadi, bagaimana telur nyamuk yang kecil ini belajar menukarkan warnanya? Sudah tentu, telur kecil ini tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Nyamuk yang menjadi ibu kepada telur-telur ini juga tidak mungkin tahu bagaimana menukarkan warnanya. Allah yang telah menukarkan warna telur-telur itu. Allah Yang Maha Pengasih dan Pelindung kepada semua benda yang telah dijadikannya. Dia menukarkan warna telur nyamuk itu untuk melindunginya. Nanti dulu! Pengembaraan si nyamuk ini baru sahaja bermula.

Telur itu kemudian berubah menjadi makhluk seperti ulat dikenali sebagai larva. Larva-larva ini, seperti yang dapat kamu saksikan di dalam halaman berikutnya, kekal di dalam air dalam keadaan kepalanya berada di bawah. Bagaimanakah larva ini bernafas sekiranya kepalanya berada di dalam air? Allah telah menjadikan bagi mereka satu organ yang yang membolehkan mereka bernafas.Tahukah kamu bagaimana bentuk organ ini? Ia kelihatan seperti alat
menyelam yang digunakan oleh kanak-kanak di dalam gambar ini. Ia adalah satu pembuluh dari bahagian atas yang sentiasa berada di atas air. Udara yang masuk melalui pembuluh ini membolehkan nyamuk kecil ini bernafas di bawah air. Bagaimanapun, terdapat satu masalah besar.

Pembuluh ini berada di atas air tetapi ombak yang kecil boleh menyebabkan air memasukinya dan menyebabkan nyamuk ini lemas. Tetapi, ini tidak berlaku. Satu bahan
melekit di hujung pembuluh ini menghalang air daripada memasukinya. Apakah kamu fikir nyamuk-nyamuk ini boleh berkata, “Mari letakkan bahan melekit pada hujung pembuluh ini,
supaya air tidak dapat masuk ke dalam”? Apakah mungkin nyamuknyamuk kecil ini memiliki kebijaksanaan dan kemahiran seperti ini? Sudah tentu nyamuk-nyamuk kecil ini tidak dapat berfikir untuk melakukan perkara berikut. Allah yang telah menjadikan pembuluh itu supaya nyamuk ini dapat bernafas dan bahan melekit di hujungnya agar air tidak dapat masuk. Seperti yang dapat kamu lihat, Allah tidak hanya melindungi kita tetapi dia juga melindungi semua hidupan lain. Jangan fikir pengembaraan ini telah tamat. Ia masih berterusan. Pada ketika yang sama, nyamuk-nyamuk kecil ini juga menyalin kulitnya beberapa kali. Sehingga akhirnya ia berbentuk seperti yang dapat kamu saksikan di dalam gambar di sebelah. Ia masih tidak kelihatan seperti seekor ramarama. Fasa ini dikenali sebagai peringkat pupa. Di dalam kulitnya dikenali sebagai kokun, nyamuk yang telah cukup matang dan mempunyai bentuk seekor rama-rama yang sebenar. Ia bersedia untuk terbang dengan sesungutnya, mulut, kaki, dan mata yang memenuhi sebahagian besar kepalanya. Tetapi, ia perlu keluar daripada kulit ini dahulu.

to be continue..



Wahai Hati Dengarlah..

long journey to the End

Siapa yang mengakui indahnya bunga? Dengan warna yang menarik dan bau yang harum, ia sering menjadi idaman. Kadang-kadang ia juga menjadi perhiasan.Mata yang menilai pula mendapat tafsir tentang keindahan dari akalnya.Akal yang baik dan cerdas adalah akal yang dipandu oleh kasih Allah dan Rasulnya. Bukankah ini yang dinamakan iman............
Tidak seorang pun yang dapat menafikan, betapa indahnya mega petang. Warnanya yang begitu menawan, memukau setiap mata yang memandang, setiap hati yang terusik dan setiap jiwa yang rindukan kedamaian. Namun.... lebih indah lagi sekiranya hati kecilnya berkata: 'Mahasuci Allah, tidak engkau jadikan semua ini sia-sia. Mahasuci Engkau ya
Allah, lindungilah aku dari api neraka.' Begitu juga dengan keindahan jeram-jeram di kali, dedaunan gugur dihembus angin. Peristiwa-peristiwa sebegini amat meniggalkan kesan kepada hati makhluk yang bergelar insan . Itulah hakikatnya, fitrah jiwa manusia . jiwanya cenderung kepada keindahan dan kecantikan. Biar apapun pangkat dan kedudukannya. Seorang kaya mungkin merasakan
bahawa keindahan itu ialah rumahnya yang tersergam indah di atas bukit dan potretnya yang dilukis hebat. Seorang fakir pula mungkin merasakan bahwa keindahan itu adalah dari riak wajah anak-anak kecilnya yang menunggu kepulangannya.
Namun tidak ramai yang mengetahui, tentang wujudnya satu keindahan hakiki.... indahnya ia membuahkan perasaan kasih sayang pada ibu dan ayah. Indahnya ia , melahirkan rasa kasih pada sahabat dan indahnya ia, memandu akal dan jiwa kepada ketenangan, kedamaian, dan kerinduan kepada kebahagiaan. Itulah tanda kasih dan sayang pada Maha Pencipta dan Maha Pengasih. Itulah tanda kasih dan sayang pada Allah dan Rasulnya.

Hatinya berbisik; lagi........'Ya Allah, banyaknya nikmat-Mu padaku.tapi .......... sedikitnya aku bersyukur, ya Allah , hatiku tahu nafsu jahat itu musuhku, tapi banyaknya jalan-jalannya yang telah aku turuti. Ya Allah, besarnya pengorbanan ayah, tingginya
nilai kasih dan mesra ibu, tapi aduhai sedikitnya do'aku untuk mereka. Ampunkan, ampunkanlah wahai yang Maha Pengasih'
Marilah kita bersama-sama memiliki keindahan iman ini. Milikilah ia dengan banyak merenung dan memikirkan nikmat-nikmat Allah.... Milikilah ia dengan ilmu yang mendalam, mudah-mudahan dengannya keindahan yang hakiki akan kita peroleh. Tidak
seperti keindahan dunia ini yang hanya bersifat sementara................

posting-posting dalam blog aku ni pasal hati ja kerjanya..ada sahabat yang tegur supaya post pasal isu semasa tapi aku kekeringan idea nak post mengenai isu semasa...kerana hidup manusi lahirnya dari seketul daging yang bernama HaTI..