12/13/09

Kak Tini dan Abg Rustam

Akhi Tuan dan Pasangan
Ustaz Iqbal dan Pasangan

Ustaz Dzul dan Pasangan

Abg Amir dan Kak Kartini

Abg Zaidi dan Pasangan









Bagaimana Mahu Ikhlas

Allah akan uji setiap patah yang diucap oleh manusia..alhamdulillah kekusutan sudah terlerai..ketentuan Tuhan itu yang terbaik. Cuma bagaimana manusia untuk terima itu adalah mengikut tahap keimanan seseorang..terimalah seadanya..Allah menentukan yang terbaik buat hambaNya..:)

Macam lawak pun ada..bila nafsu menguasai diri...manusia bisa hilang pertimbangan. Usah hairan siapa dia...dia tetap seorang manusia. Manusia yang lemah bila hatinya terusik. Manusia mampu berbuat apa saja bilamana bukan lagi Iman menguasai diri..

Dan itulah namanya manusia. Sifat manusia akan lahir dari bagaimana kisah silam yang dihadapinya..ada yang semakin tabah bila di uji..ada yang semakin lemah bila diuji. Persoalannya ialah Iman. Bagaimana mahu mentafsirkan Iman bila mana kita diuji. Semuanya adalah penapisan Tuhan...Allah menapis siapa yang akan berada di JalanNya..

Dia tidak akan membiarkan saja manusia alpa dengan kesenangan dan kemudahan. Usah berbicara mengenai Iman jika tidak diuji..dan setiap ujian PASti ada kemanisannya. Untuk mendapat kemanisan Iman perlu ditelan setiap kepahitan..perlu dirawat setiap kelukaan..perlu dimamah setiap kesusahan...kerana manisnya bukan untuk dirasai sekarang tapi mungkin akan datang..

Ataukah mungkin Di Sana..dengan mendapat RedhaNya..dengan mendapat RahmatNya..Moga kita akan sentiasa dipilih oleh Allah untuk berada di jalanNya..Berhati-hatilah dalam berbicara kerana ia mampu untuk memberikan seseorang harapan..ia mampu untuk memberikan seseorang sebuah janji..sebuah janji yang bila mana ia dimungkiri pasti saja akan menyentuh jiwa..

Kerana jiwa manusia lembut sifatnya..halus sifatnya..bisa saja ia terluka dan parah..kerana dia adalah manusia...dan kerana itulah manusia dicipta. Untuk memberi hatinya hanya kepada Dia..kerana Dia pasti tidak akan mengecewakan sesiapa..kerana setiap janjiNya pasti akan dikotakan...setiap kata2Nya pasti akan dimakbulkan..kerana Allah Maha itu Maha Mengetahui setiap apa yang berlaku..

Untuk adik2/sahabat2 yang akan datang..jangan mudah melafazkan janji jika belum bersedia...kerana ia bisa membuatkan seseorang tergelincir atau istiqamah di jalan yang Suci ini..