10/12/09

Bala


Taufan Tornado

Gempa Bumi



CUKUP menyayat hati apabila melihat satu persatu bala dan ujian Allah SWT turunkan kepada manusia pada hari ini. Daripada bala yang datang secara halus sehingga cara menakut dan mengerikan. Semuanya menyakitkan, menyeksakan kehidupan kita, memedihkan perasaan kita dan memilukan hati nurani kita semua.

Adakah semua bala yang melanda kita hari ini sekadar bencana alam dan masalah kebersihan yang tidak dijaga sehingga bertukar menjadi penyakit atau virus? Hanya orang berfikir, menghayati, insaf dan merenung saja yang akan mendapati jawapan terhadap fenomena ini.

Semua bala dan ujian yang Allah turunkan kepada manusia adalah sebagai dalil bahawa Allah benar-benar berkuasa ke atas makhluknya. Allah juga menurunkan bala supaya manusia berfikir bahawa di alam ini ada kuasa ghaib yang mentadbir, mengurus dan menyelaras keseluruhan proses kejadian alam. Allah menimpakan pada manusia bala dan ujian untuk manusia menyedari bahawa gunung-ganang, teknologi canggih, perkembangan sains, persenjataan hebat, negara bertamadun, pemimpin yang punya kuasa politik besar dan rakyat yang hidup mewah, semuanya akan musnah apabila berhadapan dengan bala dan ujian Allah SWT.

Adakah bala dan ujian Allah datang tanpa dijemput? Pernahkah kita mengangkat kedua-dua tapak tangan ke langit untuk memohon bala dan ujian Allah SWT? Mestilah kita katakan tidak pernah. Hakikatnya, kita menjemput bala Allah tanpa disedari. Kita menyeru bala Allah dengan membanyakkan zina, menyebarkan budaya minum arak, memperkayakan kehidupan dengan mata pencarian haram, meninggalkan arahan Allah, melakukan segala larangan Allah, budaya keseronokan (hiburan) dan pembuangan bayi menyebabkan turunnya bala dan ujian Allah, sedangkan kita tidak menyedarinya.

Sebenarnya kita hanya diberi bala dan ujian yang kecil Allah jika dibandingkan bala Allah kepada Kaum Ad, Thamud, kaum Nuh, kaum Hud dan umat terdahulu sehingga mereka tidak meninggalkan generasi sehingga hari ini.

Firman Allah yang bermaksud, “Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu.” (As-Syura: 30)

Sabda Rasulullah SAW: “Tidak menghalang sesuatu kaum itu daripada mengeluarkan harta melainkan mereka menghalang langit daripada menurunkan hujan, kalaulah tidak kerana binatang (di muka bumi) nescaya langit pasti tidak menurunkan hujan selama-lamanya.”

Maksud hadis, daripada Ali bin Abi Thalib r.a., Rasullulah s.a.w. bersabda: “Apabila umatku membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar kepada orang tertentu.

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang.

4. Suami turut kehendak isteri.

5. Anak derhaka kepada ibunya.

6. Anak suka berbaik-baik dengan kawan.

7. Anak suka menjauhkan diri daripada ayah.

8. Suara ditinggikan di dalam masjid.

9. Ketua kaum adalah yang terhina di antara mereka.

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Arak diminum di merata tempat.

12. Kain sutera banyak dipakai oleh lelaki.

13. Artis jadi pujaan.

14. Muzik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir umat ini melaknat serta menyalahkan generasi pertama iaitu sahabat Nabi SAW.

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau mereka akan diubah menjadi makhluk yang lain. (Hadis Tarmizi)

Ada ulama' berpendapat angin merah di sini bermaksud penyakit yang melanda yang merebak melalui udara atau angin. Terbukti sudah melalui H1N1 yang Allah turunkan kepada kita. Gempa bumi...baru saja melanda jiran kita. Walaupun Malaysia hanya merasai gegaran namun itu adalah peringatan ringkas dari Allah kepada kita. Tidak mustahil kita juga akan ditimpa bala seperti mereka kerana Allah itu Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Mereka akan diubah menjadi makhluk yang lain di sini bermaksud mereka tetap manusia tetapi berperangai seperti binatang. Lihat saja kes rogol, pembuangan bayi, seks, penderaan dan sebagainya...ianya sudah menjadi perkara biasa dalam masyarakat mutaakhir ini. wallahua'lam Pengisian kuliah ustaz pada minggu lepas.

peringatan khas buat diri sendiri

Ulasan Bagan Pinang


Salam..sudah pastinya kemenangan di Bagan Pinang akan disiarkan dengan gahnya di dada-dada akhbar mahupun di TV. Pastinya Bagan Pinang akan menjadi berita terhangat sehangat goreng pisang di gerai-gerai.

MEDIA masa pro kerajaan yang kempunan sejak pilihan raya kecil Permatang Pauh tahun lalu, akan dapat mengembangkan senyum hingga ke telinga. Akhbar-akhbar perdana Berita Hairan, Utusan Meloya dan media eletronik perdana juga boleh menambahkan muka surat atau memanjang siaran untuk melaporkan kemenangan bergaya BN di Bagan Pinang. Kemenangan itu perlu diuar-uarkan setelah tujuh kali menghadapi kekalahan.

Seperti selalunya bila BN menang akhbar dan tv akan menyiarkan secara besar-besaran. Akhbar utama BN dan segala macam kroninya pasti akan meletakkan gambar Mohd Isa Samad yang sedang angkat telunjuk simbol 1 Malaysia dimuka depan. Najib dan Rosmah juga turut gembira.

Maka akan diulas dan dicincanglah Pas selumat-lumatnya dengan apa yang berlaku dan ternatijah dalam pilihan raya itu. Diceritakan kemenangan itu menunjukkan Pas dan Pakatan Rakyat ditolak oleh rakyat. Bahawa BN sudah mula mendapat kepercayaan rakyat semula. Bahawa 1 Malaysiaditerima oleh semua lapisan rakyat.

Namun bagi para Daie kekalahan bukanlah bermakna 'kalah'. Ia adalah peringatan Allah kepada kita. Bahawa Allah berhak untuk memberi kuasa kepada siapa Dia suka dan akan menarik semula kuasa daripada siapa yang Dia suka.



Dan (telah menjanjikan pula kemenangan-kemenangan) yang lain (atas negeri-negeri) yang kamu belum dapat menguasainya yang sungguh Allah telah menentukan-Nya[1402]. Dan adalah Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Surah Al Fath 21

Kalah bukan bermakna dakwah juga akan terhenti. Kerana perlu diingat Dakwah akan berjalan sepanjang masa tidak kira waktu dan ketika, susah atau senang, sihat atau sakit. Dan juga bukan mengikut musim..musim panas, musim luruh, musim sejuk ataupun musim panas dan hujan sepanjang masa juga bukannya berjalan di musim pilihanraya sahaja. Kalah di medan tidak bermakna akan terhenti setiap pergerakan. Pergerakan akan diteruskan lambat atau pun laju. Seperti mana kata Tuan Guru Nik Aziz ' Perjuangan Islam ibarat kereta..kalau tiada halangan kita laju..kalau ada speed trap kita perlahankan kenderaan...kalau di traffic light, warna merah kita berhenti, tapi enjin jangan mati..kerana perjalanan masih jauh' wallahua'lam

peringatan khas buat diri sendiri