12/6/09

Perhimpunan Mempertahankan Kepimpinan Tok Guru





Hiduplah Untuk Sesuatu Yang Tinggi Dan Mulia

Bagi seseorang yang ingin mendaki puncak tertinggi (katakanlah gunung Kinabalu), tentu dia bersedia untuk menempuh berbagai macam halangan; nyamuk, serangga berbisa, onak dan duri mungkin tidak dianggap sebagai masalah atau rintangan kerana jiwanya benar-benar telah bersedia untuk itu semua. Sebahagian besar rintangannya mungkin dianggap biasa dan ringan. Bahkan jiwanya bersedia untuk sesuatu yang lebih besar dan luar biasa; tersesat, terjatuh dan patah tangan atau kaki, kehabisan makanan dan minuman serta kelaparan berhari-hari dan sebagainya. Hatinya sentiasa membayangkan puncak yang bakal ditawannya; kepuasan, kebanggaan dan segala macam perasaan yang bakal dikecapinya. Segala keupayaan fizikal dan mentalnya ditingkatkan dari semasa ke semasa. Dia akan sentiasa memastikan kesihatannya baik dan sesuai dengan perjalanan yang bakal ditempuhinya.

Bagi seseorang yang hanya ingin berehat dan tidak ada apa-apa yang ingin dilakukan selain tidur, makan sambil berehat untuk menghabiskan masa cutinya, tidak akan sanggup untuk berdepan dengan apa-apa masalah. Nyamuk yang terngiang-ngiang ditelinganya ditampar dengan penuh rasa benci dan marah. Jika ada sedikit kekurangan dan masalah, dihadapinya dengan penuh kekecewaan dan sakit hati. Kalau tiba-tiba bekalan air dirumahnya terputus maka dia akan marah-marah dengan wajah yang sangat tidak menyenangkan. Segala masalah-masalah kecil dianggap besar kerana jiwanya mengharapkan keselesaan, kerehatan dan kesenangan.

Apa yang membezakan dua golongan tadi? Perbezaannya cuma satu tetapi menghasilkan tingkahlaku dan sikap yang terlalu jauh berbeza. Salah seorangnya mengharapkan sesuatu yang tinggi manakala seorang lagi mengharapkan kemudahan dan kesenangan.

Yang membezakan kita ialah apa yang kita cita-citakan atau harapkan di dalam kehidupan kita. Jika kita hidup untuk sesuatu yang tinggi dan mulia maka kita bersedia untuk berdepan dengan berbagai masalah-masalah besar dan berat. Bahkan kita memandang ringan sesuatu yang dirasakan oleh orang lain besar. Yang terlintas difikiran kita ialah cabaran dan rintangan maka kita sentiasa meningkatkan diri kita untuk berdepan dengan apa saja yang bakal menghalang tercapainya cita-cita tinggi kita itu.


Bagi seseorang yang hidup untuk sesuatu yang bersifat rendah dan murahan maka persediaan jiwanya terlalu minima. Dia akan kecewa hanya kerana satu halangan kecil, dia merasakan besarnya sesuatu masalah hanya kerana tidak tercapainya keinginan dirinya. Jiwanya sarat dengan kelemahan, kekecewaan, ketidakpuasan, ragu-ragu dan takut. Kehidupannya dirasakan terlalu membebankan jiwanya. Ketika hidupnya diselimuti kemewahan dan kesenangan maka gembira dan bahagianya bukan kepalang tetapi apabila sekali sekala musibah melanda maka dia tiba-tiba hilang keperibadian dan arah tujuan lalu bertindak semborono tanpa mempedulikan hati dan perasaan orang lain, hingga lupa batasan antara haknya dan hak orang lain. Fikirannya sentiasa mencari jalan singkat untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapinya. Jika jalan singkat itu tidak ditemuinya maka jiwanya menjadi terlalu lemah, harapannya hampir padam dan keputus asaan menguasai dirinya.

Oleh itu hiduplah untuk sesuatu yang tinggi dan mulia agar kita memiliki ketinggian jiwa dan harapan. Kita tidak mampu menentukan rintangan hidup yang bakal kita tempuhi tetapi kita mampu menyediakan kekuatan jiwa dan mental untuknya. Dengan persediaan ini kita mengatur usaha dan harapan kita sambil kita melemparkan jauh-jauh segala kekecewaan dan keputus asaan. Kita sentiasa menanti hari esok dengan penuh harapan dan persediaan.

Mereka yang dididik oleh Rasulullah SAW telah meninggalkan kehidupan yang hina dina kepada suatu kehidupan yang tinggi dan mulia. Mereka melihat kehidupan ini dengan jiwa yang hidup. Dengan ketinggian jiwa dan kemuliaan mereka mula mengorak langkah dalam dunia yang padat dengan fitnah dan cubaan. Mereka tidak pernah mengenal kecewa dan putus asa. Ketinggian jiwa yang dibekali keyakinan kepada apa yang dijanjikan Allah menjadikan mereka manusia baru dengan jiwa baru. Jiwa yang penuh dengan keimanan dan tersedia dengan segala kekuatan, lalu dengan jiwa ini mereka menempuh gelombang hidup jahiliyyah yang tidak mengenal kemanusiaan dan tolak ansur. Dengan jiwa ini mereka mencorakkan sejarah baru untuk umat selepas mereka.

Walimah Ukhti Adila dan Akhi Azarul


Perkahwinan Kak dila dan abg azarul..selesai. kakak yang degil satu ketika dulu..hehehe jangan marah..moga istiqamah selamanya...insyaAllah.