7/29/09

Design of an Automated Detection and Counting System for Malaria Parasites

Nyamuk....kecik ja dia. Tapi macam2 penyakit dia bawak...chikukunya...malaria...denggi...yang terbaru H1N1 tapi ni pembawaan babi burung dan manusia...kerdilnya manusia. Allah hantar penyakit ja dah kalut satu dunia..erm tu la Dia Maha Agung...tapi x nak percaya. Macam dah hebat sangat..padahal sebutir pasir pun manusia x dapat buat..itulah manusia.

Salam...nak tahu apa ni? huhuh aku pun tak tahu..baru nak start. ni la tajuk reseach aku..ni malaria parasites. bukan aku kena kaji benda ni..tapi aku kena buat system yang menyenangkan para microbiologist witout use d microscop. huh apa2 aja la..benda baru belajar saja..

balik2 mesti tentang medic juga..benda yang aku tak minat tu la yang dapat..kesimpulannya tak semestinya apa yang aku suka tu terbaik buat aku..Allah tahu mana yang baik dan mana yang tidak..

moga2 aku dapat Msc dalam setahun..huh boleh ke. Boleh kalau nak..insyaAllah sumanya dengan bantuan Dia..Allah hantar nyamuk ja habis kacau satu dunia. Macam2 penyakit pembawaan nyamuk..


Konsert Antara Dunia

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) sekali lagi bakal mencipta gelombang perubahan gerakan mahasiswa Islam dengan menganjurkan sebuah konsert Islamik yang bakal dirasmikan olehMenteri Besar (MB) Kelantan, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Konsert yang dinamakan Konsert Antara Dunia itu akan diadakan di Stadium Melawati pada 1 Ogos ini bermula jam lapan malam.

Konsert tersebut akan diserikan oleh tiga kumpulan nasyid besar di Malaysia iaitu Rabbani, Raihan dan Hijaz. Tambah menarik, konsert ini juga turut diserikan oleh dua kumpulan nasyid dari luar negara iaitu Kumpulan Shoutul Harakah dari Indonesia dan Nibraz dari Mesir.

Acara terpenting dalam konsert tersebut adalah gabungan mahasiswa Islam terbesar di Malaysia ini bakal mengiktiraf ketokohan Menteri Besar Kelantanmenerusi Anugerah Tokoh Kepimpinan Islam Teladan Malaysia.

Menurut Presiden GAMIS, Saudara Mohd Dzul Khairi Mohd Noor, mereka bersetuju untuk memberikan anugerah khas tersebut kepada MB Kelantan berdasarkan tiga ciri. Ketiga-tiga ciri itu ialah, ketokohan Tuan Guru dalam memimpin sebuah kerajaan dengan penuh keadilan, semangat dakwah yang wujud dalam diri beliau dan sifat mesra beliau dengan artis-artis tanah air khususnya dan dunia hiburan umumnya.

”Kami tidak melihat faktor politik dalam soal pemilihan ini. Bukan soal beliau Mursyidul Am kepada sebuah parti pembangkang yang besar di Malaysia. Sebaliknya faktor pemilihan ini adalah berdasarkan tiga perkara yang terpenting. Pertama, kekuatan daya pimpinan Tuan Guru untuk memandu sebuah negeri yang ternyata jauh daripada unsur-unsur ketidakadilan seperti rasuah.

”Kami juga sebenarnya berasa amat kagum dengan toleransi beragama yang wujud dalam dirinya. Hal ini disorot melalui sosok Tuan Guru sendiri yang suka dan banyak bergaul dengan tokoh-tokoh agama lain. Selain daripada itu, beliau berdasarkan pemerhatian kami juga sangat mesra dengan artis-artis tanah air, malah beliau dikagumi,” ulas beliau yang merupakan penasihat kepada Konsert Antara Dunia itu.

Semua rakyat Malaysia dijemput beramai-ramai untuk menghadiri konsert yang julung-julung diadakan oleh gabungan mahasiswa yang selama ini dilihat sangat radikal dan kritisan terhadap soal-soal keadilan dan kebajikan rakyat.

7/26/09

salam

berpindah ke blogspot..disebabkan blog freindster yang agak terhad aku berpindah ke sini..

Blog Baru


salam blog baru...bertukar blog disebabkan blog freindster sangat terhad pemandangannya...welcome for me..