"Tidak ada anugerah yang lebih baik selain peroleh sifat sabar." (HR Bukhari dan Muslim)
Nota buat HATI : Tiada yang menjadi milik kita, semuanya milik Allah hatta nyawa kita juga pinjaman dari Allah yang perlu kita manfaatkan sebaik-baiknya dan perlu ingat kita mesti kembalikan nyawa kepada Pencipta Yang Esa bila diminta. Harus bersedia untuk mati. Harus bersedia untuk disemadi, persoalannya bersediakah kamu wahai diri yang hina?
Nota Buat IMAN : Memilih suami seolah sama seperti memilih akidah, jadi pilihlah yang terbaik dari yang terbaik. Allahummaj'alni hubbak wa hubba man ahabbak waj'al hubbaka ahabba ilayya minal maail baridi. Allahumma ameen. Jadi yang SOLEHAH sebelum berhajat kepada yang SOLEH. ~ tarbiyyah madrasah mujahadah ~
Nota Buat DA'EI : Apabila kita sendiri di uji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia.
Nota Buat JIWA : Perasaan ditemani Allah merupakan penghibur dalam kesepian, pelindung dalam ketakutan, perencah keamanan diri, pencorak keceriaan jiwa, penawar segala duka. Peneman dikala senang dan payah. Hati terdetik diketuk rasa rindu pada Nya, kerana cinta pada Nya, hati redha menerima segala ketentuan dari Nya. Itulah tawakal pada Nya.
Nota Buat SRIKANDI : Hidup ini adalah untuk bersyukur. Bersyukur pada orang yang menyakiti kerana dialah orang yang menabahkan hatimu. Pada orang yang tidak mengendahkan dirimu kerana dialah yang memupuk berdikari. Pada yang menjatuhkan kamu kerana dia yang memperhebatkan potensimu. Pada yang mengujimu kerana dia memberi peluang mujahadahmu. Pada yang menyeksa kamu kerana dia yang menguji kesabaranmu. Bersyukur dengan segala ujian Nya kerana itulah tarbiyyah dari yang Esa.
Nota Buat MUJAHID : Andai perjuangan ini mudah, pasti ramai yang menyertainya. Andai perjuangan ini singkat, pasti ramai yang istiqamah. Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia, pasti ramai yang tertarik padanya. Tapi hakikat perjuangan bukan begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga. Andai rebah, bangkitlah semula! Andai terluka, ingatlah janji Nya!
"Manusia yang hidup untuk dirinya sendiri, usianya amatlah pendek, bermula dari hari kelahirannya dan tamat ketika disapa SAKARATULMAUT... Akan tetapi bagi yang hidup untuk PERJUANGAN, usianya panjang...sepanjang PERJUANGAN itu. Bermula dari hari ALLAH mencipta Adam, berakhir tatkala Dia musnahkan alam!" (As-Syahid Syed Qutb)