9/30/09

Selamat Hari Lahir


Selamat hari lahir Buat Abang Sulung...(~.~)

1hb oKTOBER tahun tak ingat..yang pasti usianya semakin meningkat. 34 tahun...anak sudah 4 semuanya mujahid. Moga menjadi mujahid yang membantu agama Allah..

Mohamad Harith Syifa'
Mohamad hanis Syuhada
Mohamad Hasyir
Mohamad Hifzan

(~.~) Belajar rajin-rajin ya..

Ke mana akhirnya Perjuangan Muslimat?


salam... Hari ini aku dihujani persoalan 'kemana akhirnya perjuangan seorang muslimat? aduh berat nak jawab ni..sebab aku pun masih dalam pencarian ke mana akhirnya perjuangan ini. Namun apa yang pasti semuanya mengharapkan Redha Allah dari sedikit pengorbanan yang dilakukan..sapa ada jawapan untuk persoalan ini?

Sebelum itu kita mulakan dengan matlamat. Apa matlamat kita berada di sini? memilih jalan ini? sekadar ikut ikutan atau terpaksa atau dah ditakdirkan atau apa2 saja pandangan yang ada. Matlamat biar jelas agar jalan yang yang ingin ditujui juga jelas dan terang. Tepuk dada tanya Iman pasti setiap dari kita punya matlamat yang satu kerana kita semua berada di jalan yang sama. dan persolan membina keluarga sudah pastinya soalan pertama yang timbul..

UNTUK APA BERNIKAH?

1. Pernikahan menyelamatkan masyarakat daripada penyakit sosial dan akhlak. Ini adalah kerana kecenderungan kepada jantina yang berlawanan hanya dapat dikenyangkan dengan pernikahan yang syari’e dan perhubungan yang halal. Ini dapat dilihat apabila Rasulullah menyeru kepada pemuda dengan sabdanya : Wahai pemuda, sekiranya kamu mampu untuk bernikah, maka bernikah lah kerana ia mampu menjaga pandangan dan memelihara kemaluan”

2. Perkahwinan memberi pertanggungjawaban kepada lelaki dan perempuan untuk membina generasi baru yang bertaqwa. Ia tidak dapat dilakukan sekiranya pasangan itu hanya bertaraf kekasih. Lihatlah realiti sekarang, berapa ramai perempuan ditipu oleh lelaki setelah segala kehormatannya telah dirobek. Akhirnya perempuanlah yang membesarkan anak dan lelaki hanya berlepas tangan. Berlainan dengan perkahwinan yang meletakkan suami dan isteri untuk memainkan peranan-peranan masing-masing dalam membentuk dan mendidik anak-anak.

3. Pernikahan akan menjadikan setiap orang mempunyai pusat kasih sayang dan kecintaan iaitu pasangannya. Ini dinyatakan oleh Allah s.w.t dalam surah ar-Rum ayat 21.

BERNIKAH DEMI PERJUANGAN

Bagi seorang pejuang agama, pernikahan mempunyai nilai tersendiri. Ia bukan sekadar “i love you or you love me”, bahkan lebih daripada itu. Ia bukan juga tempat untuk sekadar membanyakkan anak, bahkan lebih daripada itu. Ia bukan sekadar seseorang lelaki ingin dipanggil ‘abang’ oleh isterinya dan seorang isteri dipanggil ’sayang’ oleh suaminya, bahkan lebih daripada itu. Ia bukannya manifestasi cinta bertahun-tahun yang ingin direalisasikan dengan pernikahan. Ia juga bukan sekadar menikah tapi punya matlamat yang berbeza dari manusia biasa. Kerana kita telah ditarbiyah untuk menjadi manusia yang luar biasa. Muslim yang luar biasa...mukmin yang luar biasa.

Roh perjuangan itu sendiri sebenarnya telah menjadikan semua yang ada di dunia ini hanyalah batu loncatan untuk mendapat redha Allah dan jiwa ini tidak akan tenang selagi Islam tidak didaulatkan dan tidak diberi tempat yang sepatutnya seperti yang dikehendaki oleh Allah.

Oleh sebab itu, sejak daripada marhalah memilih lagi, seorang pejuang amat teliti dalam memilih pasangan. Tidak cukup kalau pasangan itu belajar tinggi-tingi tapi tak tahu Islam. Tidak cukup kalau calon pasangan itu berjawatan besar tapi tak faham Islam. Tak cukup kalau calon pasangan itu seorang pemimpin negara tapi amalkan rasuah. Tidak cukup kalau calon pasangan itu hanya sekadar belajar agama, tapi tidak bekerja untuk Islam. Seorang pejuang sentiasa mementingkan ciri-ciri seorang pejuang dalam diri calonnya, jika tiada ciri pejuang akan ditolak dan akan dicari calon yang lain.

Secara ringkasnya, kita mahukan daripada pernikahan itu sesuatu yang akan menguatkan lagi roh perjuangan kita, bukan melemahkan. Sudah banyak kita dengari orang-orang yang kuat berdakwah di kampus dan alam pengajian tetapi ‘tewas’ apabila melangkah ke alam perkahwinan dan perkerjaan. Kerja-kerja dakwah semakin jauh ditinggalkan. Tiada lagi edaran risalah, tiada lagi ucapan berapi-api dan tiada lagi kepetahan dalam berhujah. Semuanya tenggelam dengan satu pernikahan yang tidak didasari dengan perjuangan.

Rumahtangga perjuangan merupakan idamanku sejak mula mengenali dunia dakwah dan tarbiah ini. Rumahtangga yang dihiasi dengan suami/isteri penguat perjuangan dan anak-anak penerus perjuangan. Apa lagi menyedari diri ini amat dhaif dan lemah dalam mengharungi arus mehnah dan tribulasi dalam mendaulatkan agama Allah lebih-lebih lagi iman diri ini amat nipis pagi-paginya beriman dan petang-petangnya tidak. Ditambah pula aku sekarang ini sedang merasai sendiri kebenaran kalimah “Allahu Muqallibul Qulub” ( Allah yang membolak-balikkan hati manusia)…

Aku telah melihat pasangan-pasangan yang bernikah demi perjuangan, mereka cukup bahagia. Anak-anak mereka semuanya menjadi. Hidup mereka bukan bahagia dengan wang dan harta sebaliknya mereka bahagia apabila mereka istiqamah dalam perjuangan. Apabila isteri lemah, suami membimbing dan memberi kekuatan. Apabila suami lemah, isteri dengan segala kekuatan yang ada cuba meniupkan semula semangat dan menyuburkan semuala harapan ibarat lagu Isteri Solehah nyanyian The Zikr… Alangkah manisnya hidup mereka kerana dapat merasai percikan kemanisan hidup antara Rasulullah dan Khadijah. Mereka tidak kisah dengan sedikitnya harta sebaliknya risau apabila masing-masing tidak mampu untuk memberi sumbangan yang terbaik untuk perjuangan.

Ringkasnya, bagi seorang pejuang lelaki, mereka mendambakan seorang calon isteri yang mampu menguatkan perjuangan, bukan melemahkan mereka dengan rengekan-rengekan (permintaan) duniawi seperti barang emas, perabot, perhiasan diri dan sebagainya begitu juga sebaliknya bagi seorang isteri. Elemen-elemen matang (bukan serius sangat), tenang dan boleh menjadi penasihat yang baik adalah basic value (nilai asas) bagi seorang calon isteri. Perkara sama yang diperlukan bagi seorang mujahidah tetapi sudah tentu wanita memerlukan lebih daripada lelaki lantaran lelaki adalah ketua yang akan membimbing mujahidah.

Kiranya kita mempunyai calon dan sudah ditemui calon yang sesuai untuk pemangkin perjuangan, jagalah entiti ini supaya tidak lari dari garis asalnya. Wahai pejuang, sematkanlah dalam dada apabila menerima nikah seorang ayah mewakili anak perempuannya “Aku Terima Nikahnya Demi Perjuangan !!! “.

Inilah pengakhiran perjuangan seorang Muslimat. Tidak dinafikan muslimat akhirnya akan masuk dapur, duduk di rumah jaga anak kerja biasa seorang isteri tapi ia akan diserikan lagi dengan matlamat yang jelas. Masaknya untuk suami yang berjuang, urusan rumahnya untuk perjuangan, basuh bajunya untuk perjuangan, basuh pinggannya untuk perjuangan etc. Jangan menyempitkan pemikiran dengan melihat perjuangan dalam kotak sendiri. Tetapi Think Out of The Box...isterinya adalah isteri yang luar biasa, suaminya adalah suami yang luar biasa. dan itulah kita kerana kita telah dididik menjadi manusia yang luar biasa.

Huh terima kasih kerana telah memberi aku idea yang panjang lebar untuk menulis pada entry kali ini. Entry kali ini adalah untuk menjawab persoalan di atas bukannya disebabkan yang lain yer. *pesanan khas buat diri sendiri