11/30/09

Salam


Salam Aidiladha...dah jadi tempat announcment?? tak pe la kurang2 ada juga benda yang nak dipostingkan..tak tahu nak tulis apa, announce saja apa yang ada. Kebuntuan pemikiran..

"Kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian dia datangkan pula
guruh dan kilat. Puas kita mencari di mana matahari, rupa-rupanya ALLAH nak
hadiahkan kita pelangi yang indah"

Kalaulah kita boleh selalu berfikir sebalik kepada sebalik, kita akan menjadi lebih kuat untuk mendepani apa juga cabaran dan dugaan. Masalahnya kita
selalu melihat apa yang terlihat oleh kita, langsung tidak mahu menduga apa yang tersembunyi di sebaliknya. Adakah aku begitu??

Kalau dilihat semua kesusahan itu kesedihan, yang dapat ialah kesusahan dan kesedihan belaka. Andainya ingin dilihat kepayahan sebagai kemudahan yang mungkin tersembunyi di mana-mana hati kita akan lebih berbaik sangka.

Bukan semua yang menggembirakan itu baik untuk kita, ada kalanya menjadi masalah yang sangat menyusahkan. Dan bukan semua yang tidak kita sukai baik untuk kita, ada kalanya itulah punca berbahagianya kita.

Hidup perlu dilihat dari perspektif yang berbeza-beza. Bukan ALLAH tidak kasih apabila menurunkan ujian tetapi kita yang gagal melihat kebaikan yang terselindung.

Apabila cuaca dikatakan buruk, ia mungkin baik untuk kitaran, tumbuhan dan serangga. Hujan yang keterlaluan dan panjang, tidak semestinya tidak baik untuk manusia. Mungkin di situlah letaknya keseimbangan pada musim yang mendatang. Kalau dilihat semua perkara buruk sebagai buruk, hidup tidak akan lebih indah daripada ketakutan-ketakutan kita terhadap kehidupan itu sendiri. Hidup tidak perlu ditakuti. Memang wajahnya pelbagai. Tetapi takut pada
hidup selalunya akan memperhodoh pandangan dan pendirian.

Kadang-kadang hidup perlu dilalui dengan selamba. Anggap semua masalahsebagai perencah. Yang menggembirakan pula sebagai kebetulan agar yang pahit tidak terlalu dirisaukan. Hakikatnya tiada manusia bebas daripada masalah. Sejak seseorang manusia itu
dilahirkan ke bumi dia menghadapi masalah. Maka itu, dia menangis hingga ditenteramkan oleh sang ibu dalam pelukan erat yang memperlindung. Apabila dia membesar sebagai kanak-kanak dia sering jatuh dan bangun. Walaupun luka, sakit dan geram, dia berusaha lagi untuk berjalan. Akhirnya dia benar-benar boleh berdiri di atas kaki sendiri.

Apakah masalahnya telah selesai? Tidak. Tatkala dia telah pandai berjalan, di situlah bermulanya pelbagai lagi masalah dalam hidupnya. Dia mengorak langkah mahu membina kehidupan, tapi langkah-langkah yang sumbang menyebabkan dia ditimpa petaka. Sehinggalah nafasnya yang terakhir, dia menghadapi masalah untuk menyudahkannya.

Lalu, 'kehidupan' selepas itu juga tidak menentu. Jika baik amalannya semasa hidup di dunia, dia bakal menikmati kebaikan di alam sana, jika sebaliknya dia menderita sepanjang masa tanpa penghujung. Sama ada nikmat atau tidak hidup di dunia, kesudahannya serupa. Yang nikmat
jika tidak pandai mensyukuri bakal menjadi petaka di neraka; derita jika tahu menilainya menjadi ibadah lalu bertukar menjadi nikmat di syurga.

Tidak ada manusia yang dilimpahi nikmat sepanjang masa. Ada kalanya menderita juga. Tidak ada manusia yang menderita sepanjang masa. Ada kalanya bahagia juga. Yang membezakan adalah bagaimana seseorang itu melihat apa yang dikatakan derita dan apa yang dikatakan bahagia. Yang membezakan adalah persepsinya serta dari sudut apa dia melihatnya. Yang membezakan adalah pegangan apa yang dianutinya.

* siri peringatan khas buat diri

Ya Allah

Ya Allah
Berdetik jantungku menyebut nama-Mu
Tenang dan damai dalam kalbuku
Sedingin sinar embun pagi
Indahnya tak dapat ku gambarkan lagi
Lebih tenang dari pantai yang sunyi
Lebih damai dari taman yang wangi

Ingin ku hilang diri
Ingin ku kembali
Walau belum sampai waktunya
Biarlah ketika ini
Saat jari ku dapat menari
Saat jiwaku dapat merasai
Sungguh rindu bagai pencinta sejati

Titisan layu membasahi
Bukan pipi...bukan diri
Tetapi hati yang rindu pada Illahi
Cinta itu takkan hadir
Bahagia itu takkan sempurna
pada diriku
yang runsing dan dukacita
yang lemah dan tak berusaha
yang penakut dan bakhil
yang berhutang dan di tekan orang lain

Cinta.....bahagia
Ingin ku miliki
Cita-cita.....impian
Ingin ku penuhi
Mengajak ku berjuang....berbakti
Meninggalkan kesenangan duniawi
Mengajakku bersendiri
Meninggalkan fitnah menghancurkan diri

Akan tiba waktu itu
Pabila
aku mengenali-Mu
aku mendampingi kalimah-Mu
Pabila hatiku
Mencintai-Mu dan Rasul-Mu
Lebih dari tiap sesuatu

'Ya Allah kami mohon cinta-MU dan
cinta orang yang mencintai-Mu serta
semua amalan yang mendekatkan kami
kepada cinta-Mu'

'Ya Allah lindungilah kami dari
kerunsingan dan dukacita,lindungilah
kami dari kelemahan dan
kemalasan,lindungilah kami dari
penakut dan kedekut,lindungilah kami
dari hutang yang banyak dan di tekan
oleh orang lain'

Perkenankanlah Ya Allah doa kami dan
terimalah amalan kami,Sesunguhnya
Engkau Maha Pemberi.

11/29/09

Jawatan Kosong

Assalamualaikum. ...:D
di bawah ni dilampirkan beberapa peluang kerja terkini... Moga memberi manfaat kpd diri sendiri, shbt2 n sedara mara semua... Maklumat lanjut bleh dptkn drpd link yg disediakn..;)

1) [MY KERJAYA™] JAWATAN KOSONG DI MAJLIS PERBANDARAN KLUANG
(
JAWATAN:
-Penolong Akauntan Gred W27
-Penolong Pegawai Penilaian Gred W27
-Juruteknik Gred J17

MAKLUMAT LANJUT:
http://www.mpkluang .gov.my/jobs

DOWNLOAD IKLAN:
http://www.mpkluang .gov.my/c/ document_ library/get_ file?uuid= 3c54c0aa- 442d-4520- 9ec1-8170daa01dd 2&groupId=14629

DOWNLOAD BORANG:
http://www.mpkluang .gov.my/c/ document_ library/get_ file?uuid= b874ecda- 56e8-4d5e- 92ab-211486541ef 8&groupId=14629

Semua permohonan hendaklah sampai di Pejabat:

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN KLUANG
JALAN PEJABAT KERAJAAN,
86000 KLUANG

TARIKH TUTUP : 30 NOVEMBER 2009

2) [MY KERJAYA™] JAWATAN KOSONG DI MAJLIS DAERAH REMBAU (MDR) NEGERI SEMBILAN
.JAWATAN:
-Pegawai Tadbir (Setiausaha) Gred N41

CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah menggunakan Borang yang boleh didapati denganPERCUMA Bahagian Pentadbiran, Majlis Daerah Rembau, 71309 Rembau,Negeri Sembilan Darul Khusus. Borang permohonan boleh diperolehi denganhadir sendiri atau melalui pos dengan menyertakan Sampul Suratberukuran 20 sm x 28 sm beralamat sendiri serta setem 50 sen ataudimuat turun melalui laman web rasmi Majlis Daerah Rembau iaitu http://www.mdr. gov.my

MAKLUMAT LANJUT:
http://www.mdr. . gov.my/jawatan_ kosong

DOWNLOAD BORANG:
http://www.mdr. gov..my/html/ themes/nsm_ mdr/images/ nsm_mdr_images/ Borang%20Jawatan %20Kosong. pdf

Permohonan hendaklah sampai kepada :

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH REMBAU,
71309 REMBAU,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

TARIKH TUTUP : 26 NOVEMBER 2009

3) [MY KERJAYA™] JAWATAN KOSONG DI MAJLIS DAERAH KUALA KRAI (MDKK)
Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
-Penolong Jurutera (Gred J29)

CARA MEMOHON:
Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan MDKK 1 yang boleh didapati dari Majlis Daerah Kuala Krai dengan bayaran RM3.00.

Permohonan hendaklah menyertakan sekeping gambar berukuran pasport,salinan sijil Persekolahan, Salinan Surat Beranak dan sekeping sampulsurat berukuran 22sm X 11sm beralamat sendiri serta bersetem 30 sen.

Sila hantarkan borang permohonan ke alamat:

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Kuala Krai,
JKR 60, Jalan Sultan Yahya Petra,
18000 Kuala Krai,
Kelantan.

TARIKH TUTUP : 22 NOVEMBER 2009

4) [MY KERJAYA™] JAWATAN KOSONG DI FAKULTI SAINS, UPM
JAWATAN:
- PEGAWAI SAINS (KONTRAK) - GRED C41

Status : Kontrak

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN
http://reg.upm. edu.my/iso/ spk/4.%20borang. log.senarai% 20semakan. gp.su.se.ak/ 4.2%20Operasi /a.%20Bahagian% 20Pengurusan% 20Sumber% 20Manusia%20% 28BUM% 29/Borang/ pelantikan/ PEND.BUM. BR01.JAWATAN01- jwtan%20kump% 20P&P.pdf

Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, salinan sijil/dokumen yang telah disahkan dan sekeping gambar berukuran passport kepada:

Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia
Pejabat Dekan
Fakulti Sains
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR

TARIKH TUTUP: 26 NOVEMBER 2009

* KREDIT : http://achemm. blogdrive. com

5) [MY KERJAYA™] JAWATAN KOSONG DI LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG (PERDA)
...Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yangberkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di LembagaKemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA).

JAWATAN:
-Pegawai Latihan Vokasional-
-Pegawai Pendidikan Pengajian Sains-
-Penolong Akauntan
-Juruteknik Komputer
-Pembantu Tadbir

DOWNLOAD IKLAN:
http://www.perda. gov.my/iklan/ Iklan%20Pelbagai %20Jawatan% 20Kosong% 20PERDA%20Nov. %2009.pdf

DOWNLOAD BORANG:
http://www.perda. gov.my/iklan/ BORANG%20PERMOHO NAN%20JAWATAN% 20PERDA.pdf

Semua permohonan dan salinan sijil-sijil yang disahkan hendaklah dikemukakan kepada:

PENGURUS BESAR
LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG (PERDA)
NO. 1, LORONG KAMPUNG GAJAH 2
JALAN KAMPUNG GAJAH
12200 BUTTERWORTH

TARIKH TUTUP : 30 NOVEMBER 2009

6) [MY KERJAYA™] PROGRAM PENEMPATAN PEKERJAAN (3P) JABATAN TENAGA KERJA - NOVEMBER 2009
..Temuduga Terbuka di PTK Shah Alam
Azman Hamzah Plastik Sdn Bhd
Tarikh :17.11..2009
Masa : 9.00 pagi - 1.00 tengahari
Tempat :Pejabat Tenaga Kerja Shah Alam,Tingkat 3, Fasa 1, Kompleks PKNS,40000 Shah Alam.

Temuduga Terbuka di PTK Shah Alam
Tanamera Tropikal Spa Sdn Bhd
Tarikh :18.11.2009
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengahari & 2.30 petang - 4.30 petang
Tempat :Pejabat Tenaga Kerja Shah Alam,Tingkat 3, Fasa 1, Kompleks PKNS,40000 Shah Alam.

Program Penempatan Pekerjaan(3P) Anjuran JTK Kuala Terengganu
Tarikh : 21.11.2009
Masa : 9.00 pagi -4.00 petang
Tempat : Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, Kuala Berang

Program Penempatan Pekerjaan Sipitang
Tarikh : 21.11.2009
Masa : 8.00 pagi -3.00 petang
Tempat : Dewan Serbaguna Sipitang, Sabah

Program Penempatan Pekerjaan(3P) Anjuran JTK Sarawak
Tarikh : 21-22.11.2009
Masa : 8.30 pagi -5.00 petang
Tempat : Dewan Suarah Bintulu

Program Penempatan Pekerjaan JTK Perlis
Tarikh : 21-22.11.2009
Masa : 10.00 pagi -4.30 petang
Tempat : Dewan Serbaguna,Institut Latihan Perindustrian, Kangar, Perlis

7) [MY KERJAYA™] JAWATAN KOSONG DI JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS)
JAWATAN
- PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (GRED DG41) (16 Kekosongan)

SUKATAN MATA PELAJARAN
Tahfiz

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN: Perkhidmatan Pendidikan


CARA MEMOHON
(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Untuk Jawatan Kontrak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS-BPN.1) yang boleh diperolehi di alamat Bahagian Khidmat Pengurusan/Unit Sumber Manusia JAIS Tingkat 1, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah, No. 2, Persiaran Masjid, Bukit SUK, Seksyen 5,40676 Shah Alam, Selangor.

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN
http://www.jais. gov.my/borang/ BorangJawatanKos ongDG41%28tahfiz %29.pdf

ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP
(a) Permohonan hendaklah sampai kepada:

PENGARAH
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR,
TINGKAT 1, MENARA SELATAN,
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH,
NO. 2, PERSIARAN MASJID, BUKIT SUK,
SEKSYEN 5, 40676 SHAH ALAM.
SELANGOR.

http://www.jais. gov.my/

Sebelum atau pada 20 November 2009.

8) MY KERJAYA™] JAWATAN KOSONG DI PUSAT PUNGUTAN ZAKAT (PPZ) MAJLIS AGAMA ISLAM W.PERSEKUTUAN...

1. Juruaudit Perniagaan dan Operasi

Kelayakan:
-Berkelulusan Sarjana Muda Perakaunan / Perniagaan / Ekonomi
-Berpengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang audit
-Boleh berkomunikasi dengan baik
-Berkebolehan menyediakan dan membentangkan laporan
-Berkebolehan untuk membantu tugas pengauditan ICT

2. Juruaudit ICT

Kelayakan:
-Berkelulusan Sarjana Muda Sains Komputer
-Berpengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang audit ICT
-Boleh berkomunikasi dengan baik
-Berkebolehan menyediakan dan membentangkan laporan
-Berkebolehan untuk membantu tugas pengauditan unit selain ICT

3.Eksekutif Zakat

Kelayakan:
-Berkelulusan pengajian agama dari Universiti Timur Tengah
-Fasih Bahasa Arab dan Inggeris
-Berketrampilan baik
-Boleh berkomunikasi dengan biak
-Boleh berkhutbah,ceramah agama dan lain-lain
-Boleh menyediakan artikel-artikel bicara agama dalam bentuk penulisan termasuk teks khutbah
-Boleh menggunakan Multimedia
-Aktif bersukan
-Mempunyai kenderaan sendiri

Calon-calon yang berminat, sila tulis permohonan yang lengkap denganmenyatakan gaji yang dipohon, gambar berukuran pasport dan salinansijil kepada:

Pengurus Pentadbiran dan Sumber Manusia
Pusat Pungutan Zakat MAIWP,
Wisma PPZ, Dataran Shamelin,
No.68 Jalan 4/91,
Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur.

Tel: 03-9289 5757

Tarikh Tutup : 30 November 2009


9) [MY KERJAYA™] JAWATAN KOSONG DI INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA (IIM


1.PENOLONG PENGURUS SEKTOR AWAM
GRED: IIM 41/44
BAHAGIAN:SEKTOR AWAM


2. PENOLONG PENGURUS SEKTOR SOSIOBUDAYA
GRED:IIM 41/44
BAHAGIAN:SEKTOR SOSIOBUDAYA

3. PEMBANTU TADBIR (KHIDMAT PELANGGAN)
GRED:IIM17
UNIT:PENTADBIRAN
BAHAGIAN:KHIDMAT PENGURUSAN

4. PEKERJA RENDAH AWAM (Tukang Kebun)
GRED:IIM R1
UNIT:PENTADBIRAN
BAHAGIAN:KHIDMAT PENGURUSAN

CARA MEMOHON
a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang (IIM-AD15 Pind. 2009).
http://www.iim. com.my/v3/ download/ jawatankosong/ borang-iim- ad15-09.ppt
b) Semua permohonan hendaklah disertakan salinan sijil/dokumen sokongan, salinan kad pengenalan dan sekeping gambar ukuran pasport (tidak dikembalikan) dan dihantar kepada:

Presiden
Institut Integriti Malaysia (IIM)
Menara Integriti
Persiaran Duta Off Jalan Duta
50480 Kuala Lumpur.
(u.p: Pengurus Unit Pentadbiran & Sumber Manusia)

http://www.iim. com.my/

Tarikh tutup permohonan ialah pada 1 Disember 2009.

Sebarang pertanyaan sila hubungi : Cik Norasikin Baharuddin (Tel:03-62092042)

10) [MY KERJAYA™] JAWATAN KOSONG DI INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA (FRIM)
...

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), sebuah agensi penyelidikan utama dalam bidang perhutanan negara ini di bawahKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mempelawa calon-calon yang berkelayakan, komited dan bertanggungjawab untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

JAWATAN 1:
- PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q41
(keutamaan kepada calon dalam bidang Perhutanan, Alam Sekitar dan Bioteknologi)

Tarikh Tutup : 23 NOVEMBER 2009

JAWATAN 2:
- PEMANDU KENDERAAN (GRED R3)

Tarikh Tutup : 27 NOVEMBER 2009

MAKLUMAT LANJUT:
http://www.frim. gov.my

DOWNLOAD BORANG:
http://www.frim. gov.my/download/ BORANGPERMOHONAN JAWATAN_FRIM. pdf

Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatandibahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dihantar kepada:

Bahagian Sumber Manusia,
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan.

Best regards...
UNIT KERJAYA NISA SERDANG

11/26/09

Salam

Salam Aidil Adha buat semua Sahabat2,Rakan2,Kawan2....dan yang sewaktu dengannya..Moga beroleh keberkatan di Hari Aidil Adha yang Mulia

11/24/09

salam

salam..tukar layout lagi..jangan hati tertukar udah. Kang payah lak..Hari Raya haji semakin mendekati..hanya tinggal lagi 2 hari untuk umat Islam menyambutnya..sekejap saja masa berlalu..masa berlalu dengan pantas..tak terkejar rasanya..perjalanan ke Pahang kemudian ke Melaka..kemudian ke KL..balik semula ke kampung halaman..kebelakangan ini asyik disibukkan dengan hal keluarga..apa kan daya..
For d first time in my life....filem 2012 menjadi pilihan..bersama cu n sorang cousin...melihat kehebatan mereka menafsir Al Quran mengikut imiginasi mereka..benar atau tidak?? perlu untuk difikirkan..apa yang pasti Kiamat itu semestinya Akan Terjadi..
Filem yang menelan belanja hampir 200 juta Dolar...Agenda Yahudi dalam mempengaruhi Umat Islam..
Perkara yang perlu untuk difikirkan bersama. Lets Think About Dat.. Persoalannya bukanlah bila akan berlaku Hari Kiamat kerana ia merupakan Rahsia Allah. Persoalannya adakah kita bersedia untuk menghadapinya. Kerana ia akan berlaku bila2 saja..tak perlu menunggu 2012..besok,lusa minggu depan, bulan depan atau tahun depan bila2 saja boleh berlaku. Sudah bersediakah kita menghadapinya??? Tepuk dada tanyalah Iman..jika hati masih rindukan dunia bagaimana mungkin untuk menghadapi hari kiamat yang sangat dasyat..Subhanallah

Sudah bersediakah Kita??

Namun sudah tentu filem ini bukanlah suatu yang sia-sia bagi mereka. Pasti ada perkara yang berselindung di sebalik Filem ini..anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dari :

1. http://rijal82.blogspot.com

Selamat berfikir..jangan menonton saja tanpa berfikir. Setiap adegan pasti ada perkara yang terselindung di sebaliknya..

11/22/09

salam

salam...macam mana nih? mahu berpatah balik॥erm ntah la so complicated i think... ந்தாஹ் க்ஸ் தஹு ல கட கனே...ரிந்து சங்கத் சம டிய..களு ல டிய தஹு அப ய் பேரழகு துளு..யா அல்லா மகாளன்ய ஹிடையஹ மு...ந்தாஹ் அப௨ ல கண். அக்கு புண் டாஹ் ஜாடி கெளிறு டாஹ் பக் கனே..நக பதாஹ் பலிக் ஓஒவ்ஹ டக் முங்கின் தப்பி தேர்செக்ச பங்கத்...ஏற்ம் பியர் ச்ச மாச ய் மேநேண்டுகன்ன்ய...மோக கிட்ட பெர்டேமு..ஹரப் சனக்ட் கிட்ட த சத்...தப்பி மகம் மன டங்கன் பெர்ஜோண்கன்??? யா அல்லா அக்கு மகு டிபிளிஹ்மு உண்டுக் டேருஸ் பேரடா டி ஜலன் இனி...தப்பி சகித சிஒட் மேனஹன் பேராசான் சிண்டகன் துனியா நி...பகைமான மகு மேம்போன்ஞ்ய....ஆஆஅர்க்ஹ கிலேர்ர்ர்ர் டி போட்ன்ய. பண்டு அக்கு யா அல்லா......தொலோந்க௨௨௨ (~.^)

11/18/09

SUKARELAWAN BANJIR SANGAT2 DIPERLUKAN..
KAWASAN TUMPUAN SEKITAR TUMPAT DAN BEBERAPA DAERAH YANG TERJEJAS AKIBAT BANJIR..
BERTUGAS MULAI PAGI INI(ISNIN,09/ 11/09 SEHINGGA WAKTU2 TERTENTU..
SAPER2 DAPAT SILA HUBUNGI SAYA SEGERA
>SYAIRAH 019-9898207 ATAU 013-9870277
S/U NISA' KELANTAN
JASAMU AKAN DIABADIKAN OLEH PARA MALAIKAT DALAM KITAB AMALAN...=)

11/17/09

Perjalanan Hidup

Perjalanan ini sungguh memenatkan..semakin hari semakin sukar..banyak yang perlu untuk diputuskan..setiap hari memerlukan untuk membuat keputusan...Tetapi apakah ada pilihan lain selain meneruskannya..Hidup selagi hidup...jangan mati sebelum mati...Apabila yakin tujuan dan matlamat, soal kembali ke pangkal jalan tidak akan timbul...ini jalan yang paling benar..walupun ia adalah jalan yang paling sukar..inilah jalan yang paling singkat walaupun terasa amat berat..NO TURNING BACK..LIFE MUST GO ON..

Hidup tidak boleh dibelenggu jemu dan lesu. Hari-hari adalah lembaran baru yang perlu dilorek dan diukir dengan keindahan dan keceriaan. Hari-hari adalah peluang untuk mencipta yang lebih baik. Nafas dan aliran adalah modal untuk ibadah. Susah dan payah adalah baja yang membina kematangan jatuh bangun diri menuju Allah. Sabar dan syukur adalah minyak pada pelita hidup yang meliuk lentuk dipukul badai kehidupan.

Tidak gusar bersendirian. Tidak tersasar ketika kesunyian. Katakan pada diri, ketika sepi sendiri, di sisimu sentiasa ada PEMERHATI.Dalam sekolah kehidupan, sentiasa ada pelajaran yang mesti ditempuhi. Sesetengah ilmu tidak boleh diajar, tetapi hanya boleh dipelajari. Tidak ada guru tertentu, tetapi hakikatnya diri adalah pelajar sepenuh waktu. Jika datang topeng kepura-puraan, itulah guru yang mengajar kau erti berhati-hati. Jika mampir bejana kejujuran, kau teguklah ilmu keikhlasan.

Jangan berubah pendirian,walau beralih pendekatan. Jadilah wajah yang satu di hadapan yang SATU. Jadilah dirimu sendiri…. Insya-Allah kau akan sentiasa menjadi juara. Tetapi kau berlakon, kau bertukar menjadi klon yang kedua, ketiga dan seterusnya.Jangan bermuka-muka hanya untuk menempa nama. Jangan berdiri di bawah teduh bayang-bayang orang lain hanya untuk digelar berjasa.

Bertatih dengan kaki sendiri lebih mulia daripada bersayap emas milik orang lain. Jadilah raja dalam kerajaan diri yang menghirup udara kebebasan dengan kemerdekaan sejati.Mendongak tidak bongkak, mengalah tidak kalah. Tidak ada istilah kalah, Cuma kemenangan yang ditangguhkan. Lupakan keperitan masa lampau setelah diperah segala pengajaran dan iktibar. Kegagalan masa lalu adalah yuran kejayaan kini. Menyesal itu bebal, Kesal itu bekal.

Hidup seperti orang yang bersedia untuk mati. Insya-Allah, nanti kau akan terus hidup walaupun sesudah mati. Ingatkan diri selalu, bahawa hidup di dunia ini sangat penting kerana adanya Hari Akhirat. Sesungguhnya, hidup sebelum mati ini adalah bekal untuk hidup selepas mati. Katakan pada diri, hidup bukan sekali. Jadi, hiduplah selagi hidup…. Kerana hidup ini hakikatnya untuk HIDUP !

(~.^) (~.~) masihkah kau ingat??

Baiah bukti komitmen kepada Perjuangan Islam

Kontroversi mengenai bai'ah talak tiga yang digembar-gemburkan media selama beberapa hari lalu terjawab apabila Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali mendedahkan tidak wujud lafaz bai'ah talak tiga dalam amalan rasmi parti.
Walau bagaimanapun, isu yang tidak disentuh ialah bai'ah itu sendiri, yang tenggelam akibat isu penganiayaan terhadap wanita melalui cerai talak tiga sekiranya mengkhianati parti.
Hakikat bahawa PAS menggunakan istilah bai'ah menunjukkan hubungan rapat amalan ini dengan Islam, sesuai dengan kedudukan PAS sebagai jamaah dan parti yang memperjuangkan Islam.
Dalam sejarah Islam, pemilihan ketua untuk memimpin umat disusuli dengan bai'ah atau janji taat setia daripada rakyat, sebagai menyempurnakan kontrak melibatkan pemimpin dan rakyat.
Hal ini kerana kedudukan kepimpinan ialah amanah besar yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat, dan pada masa yang sama, setiap rakyat juga mempunyai tanggungjawab tersendiri, termasuk mematuhi pemimpin yang diberi amanah itu.
Dalam sejarah, umat memberikan janji untuk setia pada ketika senang dan susah dan pada perkara yang disukai dan tidak disukai. Ini semua menunjukkan komitmen yang besar dan secara praktisnya menjadi salah satu syarat kejayaan sesebuah organisasi.
Kerana inilah, semangat kekitaan dan perpaduan umat dapat dipelihara. Pemimpin menyedari amanah yang ditanggung dan rakyat mengemukakan janji untuk taat setia.
Dalam sejarah terkini politik negara, bai'ah ini telah berjaya memastikan wakil-wakil rakyat PAS tidak mengkhianati parti dan mandat yang diberikan oleh rakyat dalam pilihan raya.
Bai'ah ini perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas dan tidak dipermudahkan kepada "cerai talak tiga" yang disensasikan sesetengah pihak.
Sejarah Islam telah menunjukkan pengorbanan yang besar dilakukan oleh mereka yang memilih jalan perjuangan. Nabi Muhammad saw sendiri berdepan cabaran dan ancaman yang hebat dalam perjuangan menyebarkan Islam.
Pengkhianatan kepada perjuangan membawa kesan yang besar dan mungkin berpanjangan.
Dalam konteks hari ini, lafaz laknat sekiranya mengkhianati perjuangan Islam perlu dilihat dalam konteks sejarah panjang perjuangan Islam yang bukan bermula dan berakhir dengan perjuangan PAS.
Perjuangan yang besar ini perlulah diletakkan harga yang mahal, dan mereka yang terlibat perlulah bersedia memberikan janji yang sewajarnya.
Perjuangan dalam jamaah Islam ialah satu komitmen sepanjang hayat yang matlamatnya bukan sekadar kuasa, kedudukan atau harta. Oleh sebab itu, perlulah janji untuk taat setia yang tegas diberikan.
Bai'ah juga secara tidak langsung mendorong kepimpinan jamaah dan seluruh ahli untuk menetapkan perjuangan dalam jalan yang benar dan menepati prinsip-prinsip perjuangan Islam.
Ini kerana bai'ah yang dilakukan ialah untuk perjuangan Islam dan oleh itu, jamaah yang diwakili itu perlulah tetap berada di jalan yang benar.
Berdasarkan sensasi di media negara ini, dapat diperhatikan tidak mudah untuk banyak pihak dari luar PAS memahami bai'ah dan implikasinya dalam perjuangan Islam.
Tetapi, bagi PAS, sebuah jamaah dan parti Islam, bai'ah ini menjadi bukti komitmen ahli-ahli kepada perjuangan Islam. Bai'ah ini menunjukkan kepada semua bahawa perjuangan PAS ialah perjuangan Islam.

p/s
1. nak beli keta pun ada baiah dengan Bank..inikan pula untuk menyambung pejuangan Rasulullah. Berjanji dengan Allah dan Rasul..
2. Perlu untuk memahami istilah baiah yang sebenar sebelum membuat spekulasi yang lain

11/16/09

Dari Hati Pejuang

Sajak Kesetiaan

Dedikasi Untuk Dia..

Semoga Allah Memuliakan dikau...
Yang sesekali tertinggi suara pada anak didik mu, demi Islam..
Yang merendah diri bertemu muka dalam syura, demi Ukhuwwah..
Penuh ikhlas menarik kembali tutut kata yang terlajak..
Sungguh hatimu sangat mulia...
Tokoh seperti mu seorang dalam berjuta...
Semoga Allah melahirkan lebih ramai pejuang seperti mu...
Kami bangga bermursyidkan mu..
Teruslah mendidik kami..
Teruslah menasihati kami...
Wahai Tok Guru Nik Aziz


Wahai Tuan Guru Haji Hadi
Semoga Allah memuliakan dikau...
Ketenangan mu dalam menghadapi kritikan...
Keteguhan jiwa mu dalam menempuh badai fitnah..
Keterbukaan dan kelapangan dadamu adalah qudwah...
Serulah kami andai dikau terasa keseorangan..
Akan kami sahut panggilanmu dengan penuh kesetiaan...
Dikaulah tokoh Murobbi sepanjang zaman..
Teruslah memimpin kami..
Teruslah membimbing kami...


---------------------------------------------------------------------------------------------


Ya Allah, kurniakanlah permintaan kami yang banyak dosa ini dan masih bermain-main dalam berdakwah. Amin.

11/12/09

Ya Allah ! Selamatkan Perjuangan Islam

Salam..setelah sekian lama tidak menulis. Apa khabar sahabat2 di sana? Seminggu tidak berprogram seperti sudah beku dan berkarat otak. Kita terus dibayangi isu-isu gempar mutaakhir ini. Isu yang digemparkan oleh mereka dan sekutunya. Dengan hasrat untuk mengelirukan rakyat dan ahlinya. Fitnah terus menyelubungi Parti Islam Se Malaysia PAS sebagai sebuah Gerakan Islam yang berjuang untuk memartabatkan Agama Allah swt di atas tanahair ini .

Musuh tanpa jemu merancang dan mengatur strategi untuk menggagalkan perjuangan suci ini dengan percubaan untuk memecah belahkan kesatuan anggota jamaah , melempar fitnah kepada pimpinan dan jamaah serta membina persepsi buruk masyarakat kepada jamaah yang perjuangkan Islam ini .

Bermula dengan isu Kerajaan Perpaduan yang melagakan di antara Tok Guru Haji Hadi, sehingga timbulnya isu PAS berpecah kepada dua pihak ..kemudian ditenggelami oleh isu Pilihanraya Kecil bagan Pinang. Kini timbul semula isu yang sama. Mereka masih lagi tidak berpuas hati dan semestinya mereka tidak akan berpuas hati. Timbul pula isu Baiah yang disalah ertikan...dan akan datang aku kira akan timbul isu 'Pembongkaran PAS sebagai ajaran Sesat' nauzubillah himinzalik.

Jadi apa peranan kita yang mengaku sebagai pendokong kepada perjuangan ini? Sewajarnya kita mestilah kembali kepada matlamat asal kenapa kita berada disini?? kenapa kita memilih jalan ini?? jangan kerna fitnah dan badai yang melanda habis goyah sehingga hampir karam atau tergelincir dari kapal ini. Jangan pula kita sebagai pendokong menambahkan lagi api fitnah yang sedang menyala tetapi sebaliknya kita MESTI berusaha untuk memadamkannya. Oleh itu, kita amatlah memerlukan pertolongan dan bimbingan Allah swt agar PAS terus gah menggalas tanggungjawab perjuangan Islam di negara ini dan sekaligus memberi nur hidayahnya kepada setiap individu yang cuba untuk menggagalkan perjuangan ini .

Semoga Allah swt merestui perjuangan kita dan mengurniakan kekuatan serta ketabahan yang tinggi kepada pimpinan , aktivis , anggota dan penyokong jamaah ini untuk terus berjuang menyahut segala cabaran dan menyerap segala tekanan samaada yang datang dari luar atau dalam . Wallahua'lam

11/6/09

Sayangnya Saidina Abu Bakar kepada Rasulullah

Madinah adalah sebuah bandar yang sebelumnya dikenali dengan nama Yatsrib - sebuah nama jahiliah yang mempunyai unsur pemujaan kepada tokoh. Yatsrib adalah nama seorang bangsawan dari keturunan paling terhormat, Amaliqah. Ia dianggap sebagai orang yang paling berjasa membangunkan wadi yang dikelilingi gunung batu itu. Dan kini menjadi bandar yang makmur dan indah.

Sedangkan Yatsrib selaku penguasa, sering berlaku tidak adil dan memeras tenaga rakyat untuk membangunkan bandar. Mereka sentiasa berdepan dengan bahaya serta musim yang tidak menentu. Namun yang mendapat nama adalah keluarga Yatsrib.

Kedatangan Rasulullah s.a.w. yang membawa cahaya iman dan Islam, telah mengubah segala-galanya. Tidak seorang pun lagi yang mempunyai hak untuk mengatur hidup orang lain sewenang-wenangnya. Rasulullah telah menjalin kehidupan masyarakat dengan sedemikian rupa, berasaskan kasih sayang dan persaudaraan Islam.

Baginda bukan sahaja mewakili kaum bangsawan dan orang-orang kaya, tetapi juga mewakili kepentingan masyarakat awam dan golongan miskin. Baginda berjaya menjadikan bandar Yatsrib dimiliki oleh seluruh warganya, bukan hanya milik orang tertentu. Dan perubahan itu terpancar daripada nama baru bagi bandar Yastrib yang kini dikenali sebagai Madinah Al-Munawwarah. Madinah yang cemerlang.

Dan kini pemimpin yang adil yang telah banyak membawa perubahan kepada bandar itu, telah pergi buat selama-lamanya. Madinah yang cemerlang, kini diliputi mendung dan duka.

Beberapa hari selepas kewafatan Rasulullah, para Sahabat berkumpul di hadapan rumah Sayidina Abu Bakar As Siddiq. Mereka ingin mendengar kata-kata penyejuk hati dan pengubat duka yang menimpa.

Sayidina Abu Bakar masih berada di dalam rumah. Dadanya terasa sebak. Sedang hatinya masih dilanda kerunsingan dan kesedihan. Ingatan kepada Rasulullah tak pernah putus.

Sayidina Abu Bakar cuba duduk untuk menenteramkan hatinya. Ia terkenang kembali saat-saat indah yang dilaluinya semasa Hijrah bersama Rasulullah. Dan peristiwa semasa bersembunyi di Gua Tsur adalah kenangan yang tak akan dilupakannya.

Sebelum masuk ke gua yang gelap dan sempit itu, ia terlebih dahulu memeriksa semak dan belukar agar tidak ada binatang berbisa yang mengancam keselamatan Rasulullah. Semua lubang disumbatnya dengan sobekan serban dan gamisnya. Barulah kemudian Rasulullah dipersilakan masuk.

Kerana letihnya Rasulullah, baginda tertidur di pangkuan sahabatnya itu. Baginda tidur dengan lena. Nafas baginda yang berbau harum, menghembus lembut bagaikan aliran air di Wadi Jalilah. Sedang di hujung kaki baginda, masih ada satu lubang yang masih belum ditutup.

Abu Bakar merasa bimbang sekiranya lubang itu dihuni oleh binatang berbisa. Tetapi dia tidak sampai hati untuk membangunkan Rasulullah. Perlahan-perlahan Abu Bakar menggerakkan kakinya untuk menutup lubang tersebut.

Ternyata apa yang dibimbanginya adalah benar. Lubang tersebut dihuni oleh binatang berbisa. Sebuah gigitan yang cepat dan memedihkan melukai tapak kakinya. Gigitan itu makin lama makin pedih. Dan sampai ke paras mata kaki, ia kelihatan biru dan bengkak.

Abu Bakar amat kesakitan. Begitu pedihnya sehingga dia terpaksa mengetap bibirnya. Lalu...beberapa titis air matanya jatuh di pipi Rasulullah. Dan Rasulullah terjaga. Baginda amat terperanjat melihat wajah Abu Bakar.

"Engkau menangis, sahabatku? Kenapa wajahmu pucat?" tanya Rasulullah sambil bangkit dari pembaringan.

Abu Bakar masih diam. Dia tidak sampai hati untuk menceritakan apa yang menimpa. Dia bimbang Rasulullah akan susah hati di tengah-tengah perjalanan yang sememangnya penuh kesusahan. Tetapi Rasulullah memahami peristiwa yang sedang berlaku.

"Engkau digigit haiwan berbisa, sahabatku?"

Abu Bakar mengangguk perlahan.

"Di bahagian mana?" tanya baginda dengan tatapan mata penuh simpati.

"Di bahagian kaki kiri," jawab Abu Bakar sambil menahan sakit.

Mendadak dada Abu Bakar jadi gemuruh. Bukan oleh kesakitan yang semakin merebak. Tetapi oleh tindakan Rasulullah yang tidak pernah disangka-sangkanya. Nabi yang agung itu mengangkat kaki kiri Abu Bakar, lalu menempelkan mulutnya pada bekas sengatan itu. Kemudian menghisapnya berulang kali, mengeluarkan darah yang terkena racun sampai bersih.

Dan sungguh...betapa agungnya peribadi itu. Rasul yang mampu memberikan kasih sayang sejati di mana mana, bila-bila masa serta dalam bentuk apa sahaja. Rasul yang bersedia susah dan hidup miskin agar umatnya terbebas dari kemelaratan. Rasul yang rela beribadah sampai kakinya bengkak-bengkak, demi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan umatnya. Dan tidak ada siapa menginginkan peribadi mulia itu pergi untuk selama-lamanya.

Lamunan Abu Bakar dikejutkan oleh panggilan beberapa orang Sahabat. Abu Bakar melangkah dengan perlahan, mendapatkan para Sahabat yang telah sedia berkumpul di luar rumah.

"Saudara-saudaraku. ..jika engkau kehilangan, aku lebih kehilangan. Jika engkau berduka, aku lebih berduka," ujar Abu Bakar berdiri dengan tenang di hadapan para Sahabat.

"Namun kita tidak boleh menyerah kepada musibah. Sebab betapa pun kita cuba mengelak, tetapi setiap ketentuan Ilahi pasti terjadi. Bukankah Rasulullah yang sama-sama kita cintai pernah bersabda bahawa kita di dunia ini hanyalah ibarat musafir yang singgah sekejap dalam perjalanan panjang yang amat jauh.

Jadi, bukan di sini untuk kita menjalin pertemuan hakiki. Tetapi...nun di Akhirat sana, tempat yang semua kita akan tuju. Di sanalah pertemuan abadi akan kita nikmati dengan Rasulullah yang kita cintai," ucap Abu Bakar lagi.

"Betulkah kita boleh berkumpul semula dengan Rasulullah?" keluh seorang Sahabat.

Pasti...pasti kita akan menemui baginda semula selagi kita sama-sama menempuh jalan yang telah ditempuhi baginda," tegas Sayidina Abu Bakar memberikan keyakinan.

Di atas kecintaan dan keyakinan itulah perjuangan Rasulullah disambung oleh para Sahabat, sehinggalah Islam tersebar ke seluruh pelosok dunia. Dan kini....kecintaan dan keyakinan itu perlu disemai dan dimiliki semula, demi tertegaknya syiar Islam yang agung.

Wallahu 'A'lam bis Sowaab.

Semoga kita tergolong di dalam golongan yang memperjuangkan agama Allah SWT yang di bawa oleh Rasulullah SAW. InsyaAllah.

Baitul_Irfan

11/3/09

Apa Disebalik Penangkapan DR MAZA

salam..kita dikejutkan dengan isu penangkapan Dr Asri. Isu pendakwaan terhadap Dr Asri bukanlah perkara aneh atau pelik. Cuma yang anehnya ialah kenapa mereka bersungguh-sungguh membantah dakwaan terhadap Dr Asri, sedangkan sepatutnya kita kena konsisten terhadap kes, bukan siapa yang terlibat.

Isu larangan ceramah tanpa permit bukan perkara baru. Bahkan sebelum ini pun sudah ada beberapa kes mengenai isu ini:
i. Bekas Mufti Selangor, Almarhum Dato' Ishak Baharom pernah dihalang menyampaikan ceramah di Selangor. Lagi pelik, beliau bekas Mufti Selangor, tak dibenarkan ceramah di Selangor.
ii. Dato' Dr Harun Din juga pernah dihalang, sedangkan ribuan pelajarnya di UKM menerima ilmu darinya, bahkan yang nak halang dia pun bekas anak muridnya.
iii. Dato' Ismail Kamus
iv. Ustaz Nasarudin Tantawi yang hampir tertangkap ketika menyampaikan kuliah dhuha di Surau Ar Raafiq Kota Damansara pada satu ketika dahulu

Apakah istimewa Dr Asri berbanding tokoh lain? Isunya bukan Dr Asri, sebenarnya isu yang besar adalah bagaimana untuk memburuk-burukkan kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat. Kerana itulah media membesar-besarkan isu ini. Semalam terpampang di dada KOSMO dengan tajuk
Kerajaan Selangor yang celaru. mungkin ini agenda utama yang nak disampaikan.

Semestinya kita sangat tidak bersetuju bila mana tokoh agama dilarang menyampaikan kuliah dan ceramah atas alasan tiada tauliah. Kita telah kenal ilmunya dan kemahiran yang ada, tetapi itulah hakikat yang sedang berjalan. Sebenarnya tindakan JAIS itu betul dengan peraturan, yang sepatutnya kalau dilihat dari sudut penceramah yang menyampaikan ceramah tanpa tauliah, memang melanggari peraturan dan JAIS mengambil tindakan tepat pada kesalahan tersebut. Yang pelik bukan tindakan JAIS, tetapi tindakan mereka yang membela pesalah mengikut undang-undang Jababan Agama Islam Selangor. Jawapannya bukan kerana Dr Asri, tetapi kerana ia berlaku di negeri Selangor. Sebagai perbandingan kalau ia berlaku kepada Dr Harun Din, dan tangkapan dibuat pula di negeri Johor, saya yakin kenyataan dari mereka akan berubah bentuk. Inilah hakikat yang cuba disembunyikan.

Mungkin juga ini adalah strategi untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor. Pelbagai andaian yang boleh di buat. Jangan cepat melatah kita ikuti episod seterusnya bagaimana strategi mereka seterusnya.
'Kita merancang Allah juga merancang namun perancangan Allah itu adalah yang terbaik'. Allah memberi kuasa kepada siapa yang Dia kehendaki dan menarik kuasa kepada siapa yang Dia kehendaki. Wallauhua'lam sekadar pandangan dengan sejengkal ilmu yang ada..