8/3/09

Tahniah GMI ! UMNO Kian Buntu


1. Tahniah saya ucapkan [ mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat ] kepada Gerakan Mansuhkan ISA [GMI ] , seluruh pimpinan Pakatan Rakyat , Pimpinan Pemuda Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat prihatin yang turun menjayakan himpunan bersejarah ini .

2. Capai sasaran ! Capai Objektif ! 100 ribu rakyat turun nyatakan sikap mereka terhadap kerajaan UMNO dan BN bahawa mereka mahu ISA sebagai akta yang zalim lagi kejam segera dimansuhkan . Jika tidak , UMNO mesti berundur atau tunggu UMNO akan dimansuhkan oleh rakyat !

3. Najib telah mempamerkan bahawa beliau lebih berpotensi untu menjadi pemimpin yang lebih kejam dan zalim berbanding pemimpin atau Perdana Menteri yang lain sebelum daripada ini apabila berjaya memperalatkan polis untuk menyuraikan perhimpunan aman secara ganas dan menangkap lebih 500 orang yang menyertai himpunan tersebut . Ini satu rekod dan ini satu sejarah malah ini satu kejayaan manis yang akan tersimpan di dalam album perjuangan rakyat . Mabruk !

4. FRU di zaman Najib nyata lebih ganas apabila bertindak nekad untuk menangkap dan mencederakan Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi sewaktu kami terperangkap di hadapan komplek SOGO . Alhamdulillah , pihak keselamatan bijak mengawal keadaan dan apa yang lebih mengharukan saya apabila saya sendiri mencadangkan agar Tuan Guru di bawa ke tempat yang lebih lapang , lega dan selamat , Tuan Guru jawab : Tidak mengapa , saya bertahan di sini ! sedang suasana agak kritikal dan saya menjangkakan FRU sengaja mensasarkan Tuan Guru yang tentunya mudah diperhati kerana Tuan Guru berpakaian jubah dan serban putih dalam kumpulan semua berpakaian hitam .

5. Saya bimbangkan keadaan Tuan Guru sebab sedari awal lagi sekitar jam 10 pagi , telah terlakar wajah lesu dan tidak sihat di wajah Tuan Guru . Beliau menahan sakit belakang yang beliau alami sejak kemalangan jalanraya tempohari . Saya sendiri tanya beliau : Ayah Chik tidak sihat ke ? Tuan Guru jawab seraya mengangkat kedua - dua tangannya : Ya dan wajahnya berkerut . Lalu macam mana , boleh kah Ayah Chik turun petang ni ? Tuan Guru jawab , Insyaallah !

6. Tuan Guru bersama saya , Cif Komander Yb. Salahuddin Ayub dan ramai lagi pemimpin PAS dan rakan - rakan PKR dan DAP mula turun bergerak dari Pejabat PAS di Jalan Raja Laut menuju Komplek Sogo sekitar jam 1.50 pm . Tuan Guru berjalan gagah sedang beliau menahan sakit menjadikan kami anak - anak muda gagah dan bersemangat waja .

7. Sebaik terperangkap di hadapan Sogo , kami diasak hebat oleh anggoa FRU dan mereka hampir berjaya menjatuhkan Tuan Guru dan kami bergerak ke bahagian sisi Sogo dan berhimpun di situ serta mendengar pidato dari pimpinan dan alhamdulillah deklarasi GMI sempat dibaca oleh Pengerusinya Syed Ibrahim .

8. Sejurus 30 minit kemudian , bermulalah tragedi bersejarah apabila kami diserang oleh 3 buah water canon sebaik sahaja kumpulan kami bergerak ke arah belakang Sogo untuk bergabung dengan kumpulan dari Masjid Negara . Akibat semburan water canon , peserta himpunan terpaksa berselindung di bangunan - bangunan berhampiran . Saya berpimpinan dengan Naib Presiden Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man . Saya cuba menyelamatkan beliau setelah memahami Tuan Guru mempunyai pengawal keselamatan peribadi yang terlatih .

9. Malang , huru hara akibat semburan air asid water canon ini sangat dahsyat , akhirnya saya terlepas tangan Dato Tuan Ibrahim , sebaik saya berpusing ke belakang untuk mencapai kembali Dato' Tuan Ibrahim , tiba - tiba satu pancuran air asid dari water canon tepat ke muka saya dan akhirnya saya rebah terguling dan muntah sambil merangkak mencari arah berselindung dari air asid . Tidak disedari , jauh mana saya merangkak , bila saya sedar , saya berada di dalam bangunan kedai di sebelah pertama kompleks .

10. Hanya keluar dari mulut saya , Jahannam UMNO !. Inikah sahaja yang mampu UMNO lakukan untuk berdepan dengan kebangkitan rakyat !

Dewan Pemuda PAS Pusat mengutuk sekeras - kerasnya tindakan tidak bertamaddun pihak polis dalam tragedi ini .

Kepada mangsa yang ditahan , syabas saya ucapkan kerana berjaya memperolehi satu latihan di medan perjuangan ini yang tentu sahaja mahal harganya . Kepada mereka yang masih ditahan reman , harap bersabar kerana pihak PAS dan Dewan Pemuda PAS Pusat ada menyediakan khidmat guaman dan kami juga melalui Majlis Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk menyediakan wang jaminan . Saya doakan semoga semua selamat .

Sedihnya saya tidak dapat bersama untuk menunggu di luar balai polis kerana terpaksa bergegas ke Sungai Petani kerana menziarahi adik ipar saya [ Dr. Nazil sekeluarga ] yang mengalami kemalangan jalanraya dan cedera parah. Kini mereka sekeluarga ditempatkan di Hospital Sungai Petani untuk menjalani pembedahan .

Alhamdulillah saya juga sempat menziarahi 2 anggota Jabatan Amal Penang [ Abdul Razak dan Abdul Wahab ] yang kritikal di rawat di Hospital Sungai Buloh setelah bas yang mereka naiki menuju Kuala Lmpur mengalami kemalangan jalanraya . Pungutan derma sedang dijalankan untuk membantu mereka . Siapa yang ingin menyumbang boleh hubungi DPP Penang .

Hari ini seharian saya bersama Himpunan Dewan Pemuda PAS Perak dalam meneruskan kempen Bubar DUN Perak sementara esok pula saya akan seharian pula bersama Himpunan Dewan Pemuda PAS Perlis .

Selamat berjuang !

Salam ISA





Pengalaman yang manis telah ku lalui bersama sahabat2..seawal jam 9 pagi kami keluar menuju ke chekpoint yang telah ditetapkan..seusai sarapan kami pun keluar. awal lagi polis dan konco2nya telah memulakan operasi...lebih kurang setengah jam kami sampai ke CP1...
1-'ai deq nak ke mana ramai2 ni?'
2- 'jangan sertai perhimpunan haram'
ni di antara kata2 jalanan yang keluar dari mulut polis sepanjang kami melalui perjalanan ke CP1..buat tak tahu je.

sudah ramai rupanya yang telah berkumpul di CP1..untuk mengisi masa yang ada kami membaca buku...mengasah otak dengan Sudoku...hingga tibalah masa yang ditetapkan...kemudian kami ke surau untuk menunaikan solat zohor. Keadaan di surau telah pun sesak..kami solat beramai2 berimamkan Dr Rohani wakil dari Muslimat Kedah..seusai solat kami pun keluar. ada sahabat2 yang tidak muat solat di dalam surau terpaksa solat di tempat parking..memohon perlindungan dari Allah agar perjalanan dipermudahkan..

'adik jaga barang elak2 nanti ada pencuri kami tidak bertanggungjawab' ada sorang pakcik mengingatkan..aku rasa lelaki ini SB sebab semasa bercakap matanya liar melihat kuantiti di dalam surau muslimat...buat tak tahu jerk..dah memang ramai..100,000 orang lebih..

kami pun keluar dari sogo menuju ke jalan utama..perjalanan bermula..baru ja berkumpul datang sekumpulan FRU dengan kayunya..huh menakutkan habis bertempiaran lari masuk ke kedai2 di sekitar Jalan TAR...ini pengalaman yang paling menakutkan kerana hampir2 saja nak ditangkap..rasa macam di zaman Jepun pulak..tak pun rasa macam di kejar Yahudi...

kemudian kami berkumpul kembali....kena sembur lagi...huh memang pedih tapi biasa saja. habis disemburnya orang awam tak kira dia sertai demo atau tak...sapa yang buat kacau?????
lepas kena sembur..kami berkumpul lagi....begitulah seterusnya..sampai kami dapat berkumpul di depan pejabat Pas jalan Raja Laut....perhimpunan tamat jam 5 petang..pimpinan mengarahkan kami supaya bersurai dengan aman.

rupa2nya mereka belum puas hati...kami disembur lagi..pejabat pas di kepung..kami x dapat keluar. sahabat yang dalam perjalanan pulang ada yang kena tangkap..penangkapan di buat hingga jam 10 malam...Era Najib sedang bermula..lebih Ganaz dari era Mahadhir. dah habis perhimpunan pun masih membuat penangkapan...apa cerita ni!!!

mereka cuba untuk memasuki pejabat Pas untuk menangkap pimpinan..habis kedai2 di jalanan mereka sembur..padahal masa tu perhimpunan telah pun tamat..erm ni lah bukti RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN...seusai jam 6 petang kami pun keluar dari pejabat Pas ke stesen Komuter..Alhamdulillah selamat sampai ke rumah...

pengalaman yang cukup berharga...ada satu sesi tiba2 terpijak kasut orang mana ntah...'ops sory2'...'tak pe2'..erk macam kenal ja suara ni..lor Kak Su...n Kak Long..jumpa juga kakak2 kesayangan aku ni..pas tu dah tak jumpa dah...masing2 lari meyelamatkan diri...nanti kita jumpa lagi ye kak...di 'pertarungan' akan datang..ameen