2/1/10

Jangan Rosakkan Jemaah

Cintailah Jamaah Jangan Rosakkannya

1. Jamaah adalah flatform atau wadah perjuangan kita untuk mendaulatkan syariat Allah swt di atas muka bumi ini . Fungsinya menggantikan khilafah yang telah runtuh sejak sekian lama .

2. Justeru itu , Jamaah ini [ PAS ] mesti dibaca dan dihayati sebagai sebuah Gerakan Islam bukan sebuah parti politik semata - mata . Meskipun ia menyertai pilihanraya dan menerima sistem demokrasi yang tidak bercanggahan dengan syariat , namun ia hanya sebahagian dari tugas besar dan utama sebagai sebuah Gerakan Islam.

3. Ini perbedaan utama PAS dengan parti - parti politik yang lain . Selain dasar dan prinsip perjuangannya ialah Islam , PAS juga mesti tegak dengan sistem pengkaderan syakhsiyah dan pembinaan ruhiyyah yang mantap dan istiqamah.

4. Inilah kekuatan PAS dan inilah juga sebenarnya rahsia kehebatan dan keunggulan PAS . Memisahkan PAS dari elemen - elemen spiritual dan amal tarbawi ini akan meletakkan PAS tidak ubah seperti parti - parti politik yang lain dan pastinya PAS akan hilang keistemewaan dan kewibawaannya.

5. Akhir - akhir ini , seperti wujud satu gerakkan terancang untuk menghakis nilai - nilai fundamental ini daripada PAS sekaligus untuk meletakkan PAS hanya sebagai sebuah parti politik yang bertarung dan bergelut di medan demokrasi malah berusaha untuk meletakkan PAS sepenuhnya menganut faham demokrasi .

6. Menjenamakan PAS sebagai sebuah parti politik bukan lagi sebagai sebuah Gerakan Islam , sebenarnya merupakan satu episod untuk memudahkan usaha segelintir pihak yang kini sedang bekerja keras mahu mengikis penghayatan terhadap prinsip wala' , thiqah , ukhuwwah , dengar dan taat kepada arahan jamaah di dalam PAS .

7. Wala' , thiqah dan taat membuatkan mereka tidak bebas mengatur gerak langkah dan merancang strategi berasaskan kemahuan mereka . Terma - terma ini senantiasa menghantui pemikiran dan membayangi tindakan mereka . Lantaran itu , mutaakhir ini sangat ketara idea dan tindakan yang meremehkan isu wala' , thiqah dan taat .

8. Segera mereka meletakkan definisi yang negatif kononnya wala' , thiqah dan taat ini membuatkan anggota parti terkongkong dan tidak bebas mengkritik pemimpin mereka secara terbuka di dalam blog atau media . Sedang cara mudah untuk menjatuhkan seseorang pemimpin pada era ini ialah mengkritik mereka secara terbuka dan membentuk persepsi yang negatif terhadap mereka pada mata umum .

9. Semakin hari , kelihatan sikap mengkritik pimpinan dan jamaah secara terbuka [meskipun saluran dalaman parti luas tersedia ] termasuklah mempertikai keputusan - keputusan parti kian menjadi budaya . Terdorong oleh rasa tidak puas hati dan api dendam yang tidak pernah padam , bukan sahaja kisah - kisah lama yang tidak berkepastian terus diungkit bahkan polemik - polemik baru terus dicipta reka untuk meretakkan jamaah dan membinasakannya atas alasan yang cukup mempesona iaitu " saya buat begini kerana saya sayangkan jamaah ..." barangkali ini juga sama sebagaimana kata bidalan " seperti tikus membaiki labu "

10. Jamaah mempunyai akhlak , adab dan disiplinnya yang tersendiri . Jika ianya diambil dengan tepat dan cukup melalui skima yang tepat serta manhaj yang tulen , Jamaah ini akan dihuni oleh pimpinan dan anggota yang :

a ] erat hubungan 
b ] mantap tindakan dan 
c ] kukuh benteng pertahanannya .

Malangnya hari ini , terdapat segelintir pimpinan dan anggota yang cepat terpengaruh dan terkesan dengan propaganda cyber trooper dari musuh yang kini bijak menyelinap . Berasaskan realiti inilah , usrah menjadi satu mekanisme yang masih kukuh bertahan untuk menjadi 

a ] medan penyatuan fikrah , 
b ] tali penghubung ukhuwwah dan 
c ] kilang menghasilkan rijaal tokoh pejuang ] .