11/3/09

Apa Disebalik Penangkapan DR MAZA

salam..kita dikejutkan dengan isu penangkapan Dr Asri. Isu pendakwaan terhadap Dr Asri bukanlah perkara aneh atau pelik. Cuma yang anehnya ialah kenapa mereka bersungguh-sungguh membantah dakwaan terhadap Dr Asri, sedangkan sepatutnya kita kena konsisten terhadap kes, bukan siapa yang terlibat.

Isu larangan ceramah tanpa permit bukan perkara baru. Bahkan sebelum ini pun sudah ada beberapa kes mengenai isu ini:
i. Bekas Mufti Selangor, Almarhum Dato' Ishak Baharom pernah dihalang menyampaikan ceramah di Selangor. Lagi pelik, beliau bekas Mufti Selangor, tak dibenarkan ceramah di Selangor.
ii. Dato' Dr Harun Din juga pernah dihalang, sedangkan ribuan pelajarnya di UKM menerima ilmu darinya, bahkan yang nak halang dia pun bekas anak muridnya.
iii. Dato' Ismail Kamus
iv. Ustaz Nasarudin Tantawi yang hampir tertangkap ketika menyampaikan kuliah dhuha di Surau Ar Raafiq Kota Damansara pada satu ketika dahulu

Apakah istimewa Dr Asri berbanding tokoh lain? Isunya bukan Dr Asri, sebenarnya isu yang besar adalah bagaimana untuk memburuk-burukkan kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat. Kerana itulah media membesar-besarkan isu ini. Semalam terpampang di dada KOSMO dengan tajuk
Kerajaan Selangor yang celaru. mungkin ini agenda utama yang nak disampaikan.

Semestinya kita sangat tidak bersetuju bila mana tokoh agama dilarang menyampaikan kuliah dan ceramah atas alasan tiada tauliah. Kita telah kenal ilmunya dan kemahiran yang ada, tetapi itulah hakikat yang sedang berjalan. Sebenarnya tindakan JAIS itu betul dengan peraturan, yang sepatutnya kalau dilihat dari sudut penceramah yang menyampaikan ceramah tanpa tauliah, memang melanggari peraturan dan JAIS mengambil tindakan tepat pada kesalahan tersebut. Yang pelik bukan tindakan JAIS, tetapi tindakan mereka yang membela pesalah mengikut undang-undang Jababan Agama Islam Selangor. Jawapannya bukan kerana Dr Asri, tetapi kerana ia berlaku di negeri Selangor. Sebagai perbandingan kalau ia berlaku kepada Dr Harun Din, dan tangkapan dibuat pula di negeri Johor, saya yakin kenyataan dari mereka akan berubah bentuk. Inilah hakikat yang cuba disembunyikan.

Mungkin juga ini adalah strategi untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor. Pelbagai andaian yang boleh di buat. Jangan cepat melatah kita ikuti episod seterusnya bagaimana strategi mereka seterusnya.
'Kita merancang Allah juga merancang namun perancangan Allah itu adalah yang terbaik'. Allah memberi kuasa kepada siapa yang Dia kehendaki dan menarik kuasa kepada siapa yang Dia kehendaki. Wallauhua'lam sekadar pandangan dengan sejengkal ilmu yang ada..

Istiqamah

Sukarnya daku untuk istiqamah. Mudah untuk kita menuturkannya, sukar untuk melaksanakannya. Berhati-hatilah dalam kita berbicara. Allah menilai setiap tutur kata kita. Semakin banyak bicara kita tentang perjuangan, semakin kuat Allah uji kita. Andai amalan dan ibadah kita kuat, ianya mampu menjadi pembenteng dalam kita menghadapi ujian dari Allah SWT.

Sehinggakan ada hadis yang menyatakan bilamana Allah menurunkan ayat Al Quran mengenai istiqamah maka beruban rambut Nabi. Payahnya untuk istiqamah. Namun, seandainya kita lemah dan tidak menjaga ibadah kita, bila-bila masa sahaja kita akan jatuh tersungkur. Lebih-lebih lagi kalau maksiat kita banyak pada Allah SWT lagi susahlah untuk kita bangkit semula. Ubatnya adalah taubat. Taubat akan menyembuhkan hati yang sudah berkarat dengan maksiat.

Dari Abdullah bin Amru, ia berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda,
“Setiap amal memiliki puncaknya dan setiap puncak pasti mengalami kefuturan (putus asa). Maka barang siapa yang pada masa futurnya (kembali) kepada sunnahku, maka ia beruntung dan barang siapa yang pada masa futurnya (kembali) kepada selain itu, maka bererti ia telah celaka” (HR Imam Ahmad dari sahabat Anshar)

Istiqamah bukan satu perkara untuk di cabar kerana belum tahu besok kita di mana. Mungkin hari ini kita adalah orang yang kuat besok bagaimana? hari ini kita lantang bersuara besok bagaimana? hari ini kita petah berbicara besok bagaimana? hari ini kita sanggup bersusah payah kerana Islam besok bagaimana? adakah perjuangan hanya sekadar semangat atau kerana ada sahabat-sahabat atau apa?

Istiqamahlah... Kerana istiqamah akan menjadikan diri kita berani dalam menghadapi onar dan duri dalam kehidupan. Beristiqamahlah... Kerana istiqamah akan melahirkan ketenangan dalam jiwa. Beristiqamahlah.. Kerana istiqamah akan menjadikan kita optimis dan sentiasa beriltizam dalam perjuangan..

Semoga Allah memelihara jiwa kita dari sifat kefuturan. Moga-moga dengan dengan buah istiqamah, kita akan diberikan kemenangan dan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. insyaAllah..apa khabar suma sahabat2? moga antum semua istiqamah selamanya..moga kita bertemu Di sana...Ameen