10/21/09

Akhirnya Allah menjemput adik Fatimah

Nur Aqilah dan Nur Fatimah, 3 hari sebelum adik Nur Fatimah sakit

Adik fatimah

Salam takziah buat keluarga Ramadhan Fitri dan Khadijah ISmail.. Nur Fatimah disahkan meninggal dunia pada 6.20 pg tadi.. a-fatihah..

Innaa Lillaah wa Innaa Ilayhi Raaji’oon…
kita diuji? ada lagi yang berat ujiannya..Terdetik ayat terakhir dalam surah al-Baqarah " Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan keupayaannya" . Semoga kesabaran dan ketabahan terus menjadi pendamping keduanya.

Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam masuk ke kamar dan kami menemaninya… dan Ibrahim menghembuskan nafasnya yang terakhir. Mata Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam basah dengan limpahan air mata.

Lalu Abd al-Rahman bin Auf berkata, “apakah engkau meratap ya Rasulallah?”

Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam menjawab, “ia adalah sifat rahmah (naluri kasih sayang).”

Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam menyambung lagi, “sesungguhnya mati kami basah dengan air mata, dan hati kami tepu dengan duka, namun lisan kami tidak mengungkapkan sebarang kata melainkan apa yang diredhai oleh-Nya. Oh Ibrahim, sesungguhnya kami amat sedih dengan pemergianmu…”

Buat Ustaz Mohd Ramadhan Fitri dan Ukhti Khadijah, kuatkanlah hati kalian, dampingilah Dia untuk mengisi kesepian yang ditinggalkan anakanda. Nur Fatimah disinggahsanakan Allah di Sana, menjadi syafaat buat kalian ibu bapanya, hingga ke hari pertemuan dan perjanjian kita sepertinya, suatu ketika nanti.

sumber

http://nuwairah.blogspot.com/2009/10/didoakan-syifa-buat-nur-fatimah.html

http://an-naurah.blogspot.com/2009/10/sembuhlah-nurfatimah-sayang.html

http://www.nisaa-serdang.blogspot.com/

http://saifulislam.com/?p=6879#more-6879