9/9/09

Nyamuk

Manusia meniru sistem yang sama yang digunakan oleh nyamuk

Larva Nyamuk


Ibu nyamuk menyambung telur-telurnya dalam bentuk rakit supaya tidak tenggelam
Bijakkan?? Maha Suci Allah



The Miracle of Mosquito..Hebat ciptaan Allah. bila buat research ni baru la aku kehebatan seekor nyamuk yang dicipta Allah..setiap ciptaan pasti ada kehebatan yang tersendiri. Amazing..Subhanallah...b4 diz tak pernah kaji pun makhluk yang bernama nyamuk ni..

let me tell u all...

Pengembaraan Hebat Seekor Nyamuk

Nyamuk merupakan makhluk yang paling dikenali kerana ia sering melawat kediaman kita ketika musim panas. Tahukah kamu mengapa badan nyamuk berwarna merah? Badannya berwarna merah kerana ia dipenuhi darah manusia atau apa sahaja yang dihinggapinya? Ramai manusia percaya nyamuk menghidap darah. Kenyataannya, nyamuk menghisap manisan bunga. Hanya nyamuk betina menghisap darah, dan ia adalah untuk keperluan telur yang dibawanya. Selepas mempelajari perkara ini, kamu pasti akan melihat nyamuk dengan pandangan yang berbeza. Terdapat beberapa perkara tentang nyamuk ini yang akan menghairankan kamu. Seperti yang kamu ketahui nyamuk adalah makhluk yang tinggal di darat dan ia terbang, tetapi mereka membesar di dalam air dan setelah dewasa, mereka keluar daripada air tanpa basah. Pernahkah kamu mendengar tentang perkara menakjubkan ini? Jika tidak, teruskanlah membaca dan kamu akan merasa kagum.

Pengembaraan Bermula

Pengembaraan nyamuk kecil bermula apabila ibu nyamuk meninggalkan telur-telurnya di dalam kolam atau daun-daun basah. Tetapi, ia tidak meninggalkan telur-telurnya begitu sahaja. Ia menyusunnya dengan rapi saling bersebelahan. Telur-telur ini kelihatan seperti sebuah rakit. Tahukah kamu mengapa ibu nyamuk menyusun telur-telurnya dalam bentuk ini? tak dapat nak letak gambar pulak..lain kali aku letakkan.

Ia membentuk telur-telurnya begitu kerana, memandangkan mereka akan ditinggalkan di atas air, ia mungkin akan tenggelam. Jika ia disambungkan seperti ini, risiko untuk ia tenggelam tidak mungkin ada. Telur-telur putih yang disusun oleh ibu nyamuk serta merta berubah menjadi gelap. Dengan cara itu, telur-telur ini akan selamat daripada serangan serangga dan burung. Jadi, bagaimana telur nyamuk yang kecil ini belajar menukarkan warnanya? Sudah tentu, telur kecil ini tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Nyamuk yang menjadi ibu kepada telur-telur ini juga tidak mungkin tahu bagaimana menukarkan warnanya. Allah yang telah menukarkan warna telur-telur itu. Allah Yang Maha Pengasih dan Pelindung kepada semua benda yang telah dijadikannya. Dia menukarkan warna telur nyamuk itu untuk melindunginya. Nanti dulu! Pengembaraan si nyamuk ini baru sahaja bermula.

Telur itu kemudian berubah menjadi makhluk seperti ulat dikenali sebagai larva. Larva-larva ini, seperti yang dapat kamu saksikan di dalam halaman berikutnya, kekal di dalam air dalam keadaan kepalanya berada di bawah. Bagaimanakah larva ini bernafas sekiranya kepalanya berada di dalam air? Allah telah menjadikan bagi mereka satu organ yang yang membolehkan mereka bernafas.Tahukah kamu bagaimana bentuk organ ini? Ia kelihatan seperti alat
menyelam yang digunakan oleh kanak-kanak di dalam gambar ini. Ia adalah satu pembuluh dari bahagian atas yang sentiasa berada di atas air. Udara yang masuk melalui pembuluh ini membolehkan nyamuk kecil ini bernafas di bawah air. Bagaimanapun, terdapat satu masalah besar.

Pembuluh ini berada di atas air tetapi ombak yang kecil boleh menyebabkan air memasukinya dan menyebabkan nyamuk ini lemas. Tetapi, ini tidak berlaku. Satu bahan
melekit di hujung pembuluh ini menghalang air daripada memasukinya. Apakah kamu fikir nyamuk-nyamuk ini boleh berkata, “Mari letakkan bahan melekit pada hujung pembuluh ini,
supaya air tidak dapat masuk ke dalam”? Apakah mungkin nyamuknyamuk kecil ini memiliki kebijaksanaan dan kemahiran seperti ini? Sudah tentu nyamuk-nyamuk kecil ini tidak dapat berfikir untuk melakukan perkara berikut. Allah yang telah menjadikan pembuluh itu supaya nyamuk ini dapat bernafas dan bahan melekit di hujungnya agar air tidak dapat masuk. Seperti yang dapat kamu lihat, Allah tidak hanya melindungi kita tetapi dia juga melindungi semua hidupan lain. Jangan fikir pengembaraan ini telah tamat. Ia masih berterusan. Pada ketika yang sama, nyamuk-nyamuk kecil ini juga menyalin kulitnya beberapa kali. Sehingga akhirnya ia berbentuk seperti yang dapat kamu saksikan di dalam gambar di sebelah. Ia masih tidak kelihatan seperti seekor ramarama. Fasa ini dikenali sebagai peringkat pupa. Di dalam kulitnya dikenali sebagai kokun, nyamuk yang telah cukup matang dan mempunyai bentuk seekor rama-rama yang sebenar. Ia bersedia untuk terbang dengan sesungutnya, mulut, kaki, dan mata yang memenuhi sebahagian besar kepalanya. Tetapi, ia perlu keluar daripada kulit ini dahulu.

to be continue..



No comments: