12/21/09

Perasmian Ijitimak Pelajar Islam Malaysia

Penantian tidak dihampakan...Alhamdulillah dipermudahkan Allah. Walaupun perjalanan penuh dengan liku dan ujian namun sampai juga Ustaz Nasarudin Hasan Tantawi ke IPIM. Batery perjuangan yang hampir malap telah di'charge' semula..

Seusai Ustaz sampai...tanpa berehat terus saja dijemput ke depan untuk merasmikan majlis. Berikut adalah catatan yang sempat di salin..

Hidup adalah ujian..sesiapa yang berjaya melalui ujian itulah kejayaan sebenar yang diimpikan. Sengaja Allah menguji manusia untuk melihat siapakah yang paling benar untuk berjuang ataupun hanya pendustaan semata-mata. Ramai di kalangan kita yang apabila menerima sedikit ujian telah kembali berundur kerana tidak dapat bertahan dengan ujian.

Analoginya mudah, seperti seorang pelajar yang mahu memasuki menara gading...beberapa siri ujian perlu untuk ditempuhi..
1. UPSR
2. PMR
3. SPM
4. STPM

setelah memasuki menara gading ada lagi ujiannya...setiap tahun di universiti perlu untuk menempuhi peperiksaan untuk menentukan samada layak untuk memasuki tahun yang seterusnya.

Begitulah juga kehidupan sebagai pejuang..WAJIB ada ujian yang akan ditempuhi.
1. Akan dipenjarakan
2. Akan dibunuh
3. Akan dihalau
4. Destinasinya sangat jauh
5. Terlalu sukar untuk ditempuhi

berikut adalah siri-siri ujian yang Wajib ditempuhi jika ingin bergelar seorang PEJUANG ISLAM. Usah petah berbicara jika TIDAK mampu melepasi Ujian di atas. Begitulah kehidupan..kata DSAI ' Usah berbicara mengenai PERJUANGAN jika tidak mahu menanggung Risiko'

Jadi bagaimana untuk menghadapi Ujian ini :
1. Taqarrub Ilallah
- Mendekatkan diri dengan Dia
- Memperbanyakkan amalan Sunnat
- Tahajud dan bermunajatlah kepada Dia etc

2. Melazimi bacaan Ayat Al Quran

3. Mengahayati sejarah kegemilangan Islam

~sekian~ batery perlu dicharge lagi...

"Berjuang tak syarat menang , namun mahu menang syaratnya berjuang" (Ustaz Nasruddin Tantawi)


Suara dari Palestin


Muhadharah oleh Al Fadhilatul Sheikh Dr Salem A. Salamah,
Ahli Parlimen Palestin,
Mantan Rektor Universiti Islam di Ghaza,
Mantan Pengerusi Ikatan Ulama’ Palestin


“Butir-butir mutiara terjemahan oleh Yang dikasihi Al Fadhil YB Ustaz Hashim Jasin,”:-

“Hari ini merupakan satu hari perhimpunan, pertemuan antara rakyat Palestin dengan umat Islam terutamanya di Malaysia ini iaitu dengan kedatangan rombongan dari Palestin. Ahli-ahli Parlimen Palestin mengunjungi negara kita Malaysia hari ini dan dia juga menyebut bahawasanya ahli-ahli hubungannya yang merupakan pejuang-pejuang di Palestin.”

“Beliau mengucapkan selamat daripada penduduk Palestin kepada rakyat Malaysia yang mana mereka ini sedang dihimpit sedang ditekan oleh satu kaum iaitu kaum yahudi itu sendiri iaitu mereka melarang orang lelaki yang berumur di bawah 50 tahun untuk masuk sembahyang di dalam Masjid Al-Aqsa, hanya yang berumur 50 tahun ke atas sahaja yang dibenarkan manakala orang perempuan pula hanya yang berumur 45 tahun ke atas sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam Masjidil Aqsa. Golongan muda tidak dibenarkan masuk sedangkan Masjidil Aqsa adalah tempat di mana kiblat pertama umat Islam yang mana Rasulullah SAW telah bersembahyang mengadap Baitul Maqdis selama 17 bulan”

“Hari ini puak yahudi telah meruntuhkan 50 buah masjid dan merosakkan, menghancurkan ribuan masjid yang ada di Palestin. Rumah-rumah diruntuhkan melalui serangan-serangan kapal terbang, jet pejuang, kereta kebal, senjata-senjata yang lain dan sebagainya untuk menghancurkan umat Islam dan walaupun dalam keadaan begitu, maka dalam pilihanraya yang lalu, Parti Islam iaitu HAMAS di Palestin telahpun dapat memenangi lebih daripada 60% undi dan rakyat masih tetap memberi sokongan kepada HAMAS. Hari ini mereka mengharapkan kita untuk membantu mereka menghalau musuh dari Ghaza dan mereka bersedia kearah itu iaitu mengeluarkan musuh-musuh dari Ghaza dan mereka tidak akan membiarkan walau seorangpun musuh di Ghaza melainkan mereka bersihkan kesemuanya. Akibatnya, mereka diserang dari segenap sudut terutama dalam menghadapi musim sejuk, mereka dihalang dari mendapat segala bantuan, segala keperluan-keperluan asasi seperti minyak, bekalan elektrik, makanan dan sebagainya. Maka rakyat Ghaza terutamanya menghadapi berbagai-bagai kesusahan dan penderitaan ketika musim sejuk tersebut.”

“Walaubagaimanapun, pemimpin kami, Perdana Menteri kami, Ismail Haniyeh, beliau tetap mengatakan ‘KAMI SEKALI-KALI TIDAK AKAN MENGIKTIRAF ISRAEL’ (diulang sebanyak 3 kali) ucapan itu. Selain daripada itu, puak-puak yahudi ini juga merampas kad-kad pengenalan daripada pemuda-pemudi dan pengundi-pengundi lalu mereka itu dianggap mereka bukan warganegara Palestin disebabkan ketiadaan dokumen pengenalan diri lantas mereka terus dihalau dari bumi mereka, bumi umat Islam dan tempat mereka diganti oleh orang-orang luar iaitu yahudi”

Tuan-tuan dan saudara-saudara sekalian

“Umat Islam sentiasa berada dalam kebaikan selama mana mereka berpegang dan mengamalkan JIHAD, Tetapi apabila umat Islam meninggalkan jihad. Maka negara mereka ditawan oleh orang yang bukan Islam terutamanya oleh orang yahudi. Lihat sajalah apa yang berlaku di Jordan, sebahagiannya telah ditawan oleh yahudi. Sebahagian daripada Mesir ditawan oleh yahudi begitu juga Syria dan tempat-tempat lain. Sekarang ini kami RASA BANGGA kerana SEMANGAT JIHAD itu dapat kami tiupkan semula dikalangan rakyat dan dengan semangat ini kami mengharapkan supaya perjuangan membebaskan Palestin daripada yahudi akan mendapat pertolongan daripada Allah SWT. Sehingga ada tentera kami (pejuang kami) yang masuk ke dalam kem tentera yahudi dan menawan tentera mereka lalu tawanan tersebut dijadikan pertukaran dengan tawanan orang-orang Palestin yang dikurung di tahanan yahudi. Kami tidak pernah lupa pada pejuang-pejuang kami yang ditangkap dan ditawan yahudi, kerana itu kami bersungguh-sungguh untuk membebaskan mereka kerana kebanyakan pemimpin tidak mempedulikan nasib tawanan yahudi kecuali Hamas yang senantiasa berusaha menyelamatkan mereka.”

Tuan-tuan dan saudara-saudara sekalian

“Cara kami untuk menawan semula Palestin adalah dengan membekalkan kepada generasi muda dengan TARBIYAH dan SENJATA AL QURAN. Kami telah berjaya melatih
10 000 mereka yang menghafaz Al-Quran. Keistimewaan 10 000 pemuda-pemudi ini ialah mereka mampu untuk menghafaz Al-Quran dalam masa 2 bulan sahaja berbeza dengan kita di sini yang mengambil masa yang lama. Ada di antara mereka yang mampu menghafaz 40 halaman sehari, ada yang mampu selesai hafazan dalam masa sebulan, 45 hari, dan juga 50 hari. Kami akan melatih lebih ramai lagi mereka-mereka yang menghafaz Al-Quran supaya kelak mereka di sebelah tangan memegang Al-Quran dan sebelah tangan lagi senjata untuk melawan musuh-musuh Islam.”

“Nabi SAW pernah mengingatkan dalam satu hadis bahawa tidak akan berlaku kiamat sehingga orang Islam dapat membunuh orang yahudi sehingga pokok-pokok, batu-batu apabila yahudi lari bersembunyi di balik pokok, dibalik batu, pokok-pokok akan memanggil ‘Hai muslim, disini yahudi, datanglah untuk membunuhnya ’ Oleh itu terimalah suatu perkhabaran gembira kepada tuan-tuan semua bahawa persediaan untuk mengembalikan semula Palestin kepada tangan orang Islam sedang kami usahakan dan kami hidupkan JIHAD kerana JIHAD merupakan KEMUNCAK ISLAM. Ertinya kemuncak itu berada di atas, maka kami tidak akan meninggalkan yang di atas Islam itu dan kami akan diberkati oleh Allah SWT.”

“Akhirnya, saya suka untuk menyebut di sini iaitu pahala MURABBITUN, orang yang melakukan Ribath, mempertahankan Islam, asatizah, di dalam bahasa kita ialah orang yang menjaga sempadan daripada kedatangan musuh yang mengintip-intip kedatangan mereka lalu melaporkan kepada tentera Islam mengenai musuh yang sedang datang untuk membolehkan Islam membuat persediaan menyerang musuh tadi.”

“Dalam hadis yang lain, kita ini apabila mati, amalan kita hanya setakat kita mati.(tutup buku) tetapi murabbitun akan terus menerus mendapat pahala terhadap apa yang mereka laksanakan hingga hari kiamat walaupun mereka telah mati. Oleh itu sekarang ini, yang sedang mengawal Islam adalah orang Palestin. Merekalah yang bangun, tegak dan bersungguh-sungguh di Ghaza khususnya untuk menegakkan Islam”

“Dalam satu hadis nabi yang lain yang menyebutkan barangsiapa yang membuat persediaan untuk tentera pergi berperang, maka Allah menganggap dia mendapat pahala yang sama banyak dengan orang yang masuk ke dalam medan perang. Di sini harapan Tuan Dr Salem A. Salamah iaitu jangan lupa kepada bantuan, sokongan, membuat persediaan untuk membantu golongan murabbitun ini iaitu orang Palestin kerana kamu akan mendapat 2 pahala iaitu yang pertama, pahala ribath dan yang kedua adalah pahala jihad terhadap apa yang kita lakukan.

“Nabi pernah bersabda, ‘sesiapa yang menyediakan persiapan untuk berperang, sesungguhnya dia termasuk dalam golongan orang yang berperang itu sendiri’ ”

“Dalam sejarah, Salahuddin Al-Ayubi, dia seorang qurdi, tetapi dialah yang memainkan PERANAN membebaskan Baitul Maqdis. Dia bukanlah seorang Arab dan orang yang bukan berketurunan Arab ini dapat membebaskan Baitul Maqdis. Jadi kita mengharapkan tuan-tuan pula akan berperanan walaupun tidak sama dengan Al-Ayubi tetapi sebahagian kecil daripada peranan yang dimainkan oleh Salahuddin Al-Ayubi.”

7. Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. (QS. 47:7)


-Muhadharah oleh Dr. Salem A. Salamah
-Diterjemahkan oleh YB. Ustaz Hashim Jasin
-Surau Taman Jali
-9 Disember 2009/ 22 Zulhijjah 1430

~kehabisan kata untuk menulis..ini adalah pesanan hasil dari Kuliah Taman Jali yang menjadi rutin harian~