10/4/10

Beranak & Letak di Sini!!

JANGAN BUANG: Pertubuhan Kebajikan dan pengurusan Anak Yatim (OrphanCARE) melancarkan Baby Hatch, tempat perlindungan bayi 'tidak dikehendaki' ibu bapa pertama di Kampung Tunku, Petaling Jaya
SULTANAH Kalsom, Shahrizat dan Adnan melihat tempat perlindungan bayi yang disediakan OrphanCARE di Kuala Lumpur, semalam.
Pertubuhan Kebajikan dan pengurusan Anak Yatim (OrphanCARE) melancarkan Baby Hatch, tempat perlindungan bayi 'tidak dikehendaki' ibu bapa pertama di Kampung Tunku, Petaling Jaya



Sultanah Pahangm Sultanah Kalson telah menyempurnakan majlis perasmian Pertubuhan Kebajikan dan Pengurusan Anak Yatim (OrphanCARE) serta pelancaran Baby Hatch atau Pusat Jagaan Bayi Tidak Diingini, yang pertama di Malaysia.

Bagaimanapun YB Senator Shahrizat berkata, beliau tidak menyangka Baby Hatch perlu diwujudkan di Malaysia kerana negara memiliki kerajaan yang bertanggungjawab serta rakyat penyayang. Beliau turut menegaskan kewujudan Baby Hatch tidak bertujuan menggalakkan kes kehamilan luar nikah, sebaliknya menyelamatkan bayi dibuang ibu bapa yang tidak menghendaki mereka.

Presiden OrphanCARE, Datuk Adnan Mohd Tahir, berkata Baby Hatch yang beroperasi 24 jam adalah pilihan terakhir kepada bayi tidak dikehendaki yang menyediakan tempat perlindungan sihat dan selamat sebelum diserahkan kepada keluarga angkat.

***memang kerajaan tidak berniat menggalakkan mereka melahirkan anak haram, tapi seolah-olah memudahkannya mereka. inilah pendekatan kita, untuk memudahkan pemantauan judi, kita keluarkan lesen judi. nanti untuk mengawal pengedaran dan penagihan dadah kita sediakan farmasi khas dadah, kemudian untuk mengelakkan masalah pelacuran, kita sediakan premis berlesen....nak buat macam mana kita lebih bijak mentadbir dunia ini dengan menolak hukum hakam yang telah Allah tetapkan****

***penzina wanitaeh, eh bang janganla macam ni bang, sabarlah bang nanti kita nikah dulu bang.
***penzina lelaki : takpe, tak perlu bimbang, apa-apa terjadi hantarkan saja ke Kampung Tunku, PJ. mereka menunggu  24 jam.

sumber dari

2 comments:

Bintu Sazali said...

Hmm,zmn sekarang ni,dah macam2 alternatif bg memudahkan org yg nak wat maksiat...Bukan tak boleh jk mahu membendung,tapi haruslah ada cara yg terbaik..bukan cara yg terbalik!~

Anonymous said...

Satu lagi product kerajaan yang sangat berjaya..tahniah kerajaan kerana menambahkan lagi masalah kepada generasi muda sekarang.. TAHNIAH!!!

~alitamim~