3/21/10

Jaulah ke Rumah Ustaz Zainul Asri

Jaulah ke rumah Ustaz Zainul Asri Bin Haji Ramli. Jaulah yang sangat bermakna. Kami tiba di rumah ustaz jam 5.00 petang selepas solat asar di Masjid Pokok. Seusai kami sampai di rumah ustaz atau panggilan mesra Pak Long hujan renyai-renyai. Hujan rahmat nampaknya. Alhamdulillah...aku ingat Pak Long tinggal di rumah kampung..rupanya rumah taman. rumah yang sederhana...penuh dengan buku-buku di ruang tamu. Tujuan kami ke rumah Pak Long adalah untuk melantik beliau sebagai penasihat kami.



Sesi Taujihat dari Pak Long

Penyampaian cenderahati dari Timbalan Presiden Alumni

Walaupun hujan, tapi kami semua menumpukan sepenuh perhatian kepada apa yang ingin di sampaikan dari  Pak Long. Alhamdulillah Pak Long menerima pinangan kami sebagai penasihat. Terima kasih Pak Long..

Untuk apa hidup dunia? kita semua ini sedang mempersiapkan jawapan kepada setiap persoalan Allah kelak. Atau dengan kata lain kita sedang mencipta seni kematian kita. Manusia akan larut dengan suasana bila mana kita sentiasa menyibukkan diri kita dengan dunia. Kita menginginkan mati syahid tapi persolannya adakah kita layak untuk mendapat 'title' ini? cita-cita besar tapi usahanya tak ke mana. Ada masalah sikit pun sudah tak keruan di buatnya.

Jika dilihat contoh yang ada..Ustaz Azizan sepenuh masanya untuk Islam. sehinggakan rumah pun tiada. Rumahnya di Alor setar milik isteri pertama...rumah yang kedua menumpang di Markas Jerai bersama isteri ke dua... memang layak lah Allah memberi kemenangan kepada Kedah. Rijalnya berusaha dengan bersungguh-sungguh dari susah sampai ke senang. Ustaz Mohd Yahya..Ustaz Musoddak..Ustaz Nasir...Dr Ismail...semuanya golongan pemuda yang sepenuh masa dengan Perjuangan...kita??

Jauh lagi perjalanan kita untuk mendapat Syahid di JalanNya..kata Pak Long kalau tak dapat nak buat apa untuk perjuangan pergi sapu sampah di Markas pun sudah cukup. perjuangan memerlukan bukti bukan untuk ditunjukkan kepada manusia tetapi sebagai bukti di hadapan Allah kelak.

Peliharalah cahaya yang Allah berikan ini..jangan sampai cahaya ini semakin hari semakin malap. Biar ia menerangi kita sehingga terbakar kerana perjuangan. Setiap dari kita sedang mencipta kamus perjuangan masing-masing. Pesan Pak Long lagi..nanti jika ada di kalangan sahabat kita yang meninggal..ambik cuti pergi ziarah. Untuk apa?? untuk melihat adakah jual belinya diterima Allah...di antara alamat orang yang mati syahid ialah :

1- Berpeluh
2- Matinya dalam keadaan tersenyum
3- Keluar air mata

Akhir kalam dari Pak Long..berdoalah moga kita sentiasa ISTIQAMAH di jalan Ini. Moga Allah mengira setiap kerja buat kita. InsyaAllah..terima kasih ya Allah kerana memilih aku untuk berada pada petang itu mendengar taujihat LIVE dari Pak Long..moga kita semua ISTIQAMAH..INSYAALLAH..





9 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah..

Anonymous said...

syukur....tercapai matlamat

Anonymous said...

Alhamdulillah....insyaALLAH

am17 said...

alhamdulillah..rugi rasanya x dpt bersama dlm sesi jaulah ke rumah pak long..terasa sejuk dan tenang hati melihat wajah org yg ikhlas berjuang..semoga kita semua istiqamah dn ikhlas dlm meneruskan perjuangan ini..

ANAK JATI KEDAH said...

Jaulah yg mmberi kesan..bukan stakat mengeratkan hubungn sesama kita..ttpi mendpt input yg sngt berguna...moga ada lg jaulah seterusnya...

ANAK JATI KEDAH said...

Alhamdulillah, jaulah yg berkesan..bukan sahaja dpt mengeratkan silaturrahim...ttpi mendapt input yg sngt berguna dan membina...moga ada lg kesinambungn jaulah ini...

UstazK said...

assalamu alaikum. boleh berikan saya no telefon atau email ustaz zainul asri

mira_safiah said...

salam...ustaz k,mnta alamat email t ana bg by email insyaAllah

mira_safiah said...

am17-insyaAllah moga kita semua istiqamah..