Bukalah minda untuk menerima setiap kritikan kerana melalui kritikan akan menjadikan kita manusia yang gagah dan berani menempuh masa depan. Kerana sesungguhnya jalan perjuangan itu sangat panjang dan payah laluanya..
Ntum jangan lagi memikirkan masalah hati...perkara yang perlu difikirkan sekarang ialah masalah Ummat..bagaimana untuk menguasai dunia..tiada lagi masa untuk berfikir mengenai hati walaupun hakikatnya manusia punya hati.
Khalifah Umar sewaktu pemerintahannya tidak pernah mandi junub. Begitulah sibuknya beliau memikirkan masalah ummat yang menjadi keutamaan. Langkah perlu diteruskan walaupun banyak halangan dan duri yang bakal ditempuhi. Adakalanya kita akan jatuh tersungkur namun bangkitlah semula kerana ummat memerlukan diri mu..
"Saat KEKALAHAN itu bermula apabila kamu berasa lemah dalam perjuangan, dan saat KEMENANGAN itu bermula apabila kamu melawan kelemahan itu."
Jadilah seperti Mujahid di tengah medan bagai singa mengganas, Muhajir di dalam diri bagai seorang anak merintih sayu, Mujaddid di tengah umat bagai pakar mengatur rencana, Muttaqin menghadap Ilahi bagai hamba mendapat syurga. Inilah jalan menuju bahagia.
"Wahai jiwa, engkau harus terjun dengan suka atau terpaksa. Musuh-musuh telah maju ke medan laga. Tidakkah engkau rindukan syurga..?"
No comments:
Post a Comment