11/3/09

Apa Disebalik Penangkapan DR MAZA

salam..kita dikejutkan dengan isu penangkapan Dr Asri. Isu pendakwaan terhadap Dr Asri bukanlah perkara aneh atau pelik. Cuma yang anehnya ialah kenapa mereka bersungguh-sungguh membantah dakwaan terhadap Dr Asri, sedangkan sepatutnya kita kena konsisten terhadap kes, bukan siapa yang terlibat.

Isu larangan ceramah tanpa permit bukan perkara baru. Bahkan sebelum ini pun sudah ada beberapa kes mengenai isu ini:
i. Bekas Mufti Selangor, Almarhum Dato' Ishak Baharom pernah dihalang menyampaikan ceramah di Selangor. Lagi pelik, beliau bekas Mufti Selangor, tak dibenarkan ceramah di Selangor.
ii. Dato' Dr Harun Din juga pernah dihalang, sedangkan ribuan pelajarnya di UKM menerima ilmu darinya, bahkan yang nak halang dia pun bekas anak muridnya.
iii. Dato' Ismail Kamus
iv. Ustaz Nasarudin Tantawi yang hampir tertangkap ketika menyampaikan kuliah dhuha di Surau Ar Raafiq Kota Damansara pada satu ketika dahulu

Apakah istimewa Dr Asri berbanding tokoh lain? Isunya bukan Dr Asri, sebenarnya isu yang besar adalah bagaimana untuk memburuk-burukkan kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat. Kerana itulah media membesar-besarkan isu ini. Semalam terpampang di dada KOSMO dengan tajuk
Kerajaan Selangor yang celaru. mungkin ini agenda utama yang nak disampaikan.

Semestinya kita sangat tidak bersetuju bila mana tokoh agama dilarang menyampaikan kuliah dan ceramah atas alasan tiada tauliah. Kita telah kenal ilmunya dan kemahiran yang ada, tetapi itulah hakikat yang sedang berjalan. Sebenarnya tindakan JAIS itu betul dengan peraturan, yang sepatutnya kalau dilihat dari sudut penceramah yang menyampaikan ceramah tanpa tauliah, memang melanggari peraturan dan JAIS mengambil tindakan tepat pada kesalahan tersebut. Yang pelik bukan tindakan JAIS, tetapi tindakan mereka yang membela pesalah mengikut undang-undang Jababan Agama Islam Selangor. Jawapannya bukan kerana Dr Asri, tetapi kerana ia berlaku di negeri Selangor. Sebagai perbandingan kalau ia berlaku kepada Dr Harun Din, dan tangkapan dibuat pula di negeri Johor, saya yakin kenyataan dari mereka akan berubah bentuk. Inilah hakikat yang cuba disembunyikan.

Mungkin juga ini adalah strategi untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor. Pelbagai andaian yang boleh di buat. Jangan cepat melatah kita ikuti episod seterusnya bagaimana strategi mereka seterusnya.
'Kita merancang Allah juga merancang namun perancangan Allah itu adalah yang terbaik'. Allah memberi kuasa kepada siapa yang Dia kehendaki dan menarik kuasa kepada siapa yang Dia kehendaki. Wallauhua'lam sekadar pandangan dengan sejengkal ilmu yang ada..

4 comments:

Anonymous said...

http://malaysiakini.com/news/116621
KetuaKampung: http://bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Nasional/20091104011649/Article/index_html
KetuaKampung: Sambil menganggap golongan itu sebagai takbur, mereka berpendapat populariti, kedudukan dan kelayakan bukan ‘lesen besar’ untuk menyampaikan ceramah kerana mereka terikat dengan undang-undang.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata peraturan yang dikuatkuasakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) adalah satu keperluan dan diselaraskan di seluruh negara selepas persetujuan Majlis Raja-Raja.

KetuaKampung: “Walaupun seseorang dianggap intelektual, dia tidak seharusnya sengaja melanggar undang-undang. Dalam isu ini, Jais hanya menunaikan tanggungjawab dan mereka mempunyai asas membuat tangkapan kerana ada peruntukan. Salah atau tidak, itu isu berbeza dan mereka boleh dibicarakan,” katanya semalam.

Beliau mengulas kenyataan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mempertikaikan tindakan Jais menahannya kerana berceramah tanpa tauliah kerana menganggap dirinya bukan orang asing di negara ini dan pandangan beliau boleh dibaca dalam akhbar perdana selain mengajar di Universiti Sains Malaysia (USM).

KetuaKampung: ha...satu penjelasan yang bagus dr SS mufti perak
KetuaKampung: adakah dr maza takut utk ditemudga utk diberikan tauliah? Ketua Kampung

ainhany said...

tangkap bukan benda baru dlm agama tetapi hebahan yang mengundang kontrovesi dan di ulang dan d ulang dan diulas oleh pakar demi pakar konon cintakan islam itulah yg membuat kotak pikiran ini terus mencari2 jawapan...........
kenapa mendapat publisiti yang besar???
Saya tak menyalahkan MAZA atau Dr Hassan cuma brita bila diulang banyak kali tentu ade agendanya...
Selamatkan lah SELANGOR tempat ku berteduh dan jauhilah kuku2 yang cuba meruntuhkan ..AMPUNILAH PAKATAN RAKYAT jika kesilapan semalam tetapi jadilah ESOK adalah HARAPAN dan MEDAN MENERUSKAN PERJUANGAN rakyat.............DOAKAN KAMI di SELANGOR, kedah, penang, kltan, perak.....

mira_safiah said...

InsyaAllah

mira_safiah said...

Bersama-sama kita solat hajat untuk menyelamatkan pakatan rakyat..memohon ampun di atas dosa yang di buat disedari mahupun tidak...