9/9/09

ISU BUNUH DIRI SISWI UNIMAP

Assalamualaikum wbh
Salam Sejahtera, Salam Ramadhan & salam Penyayang,

Kepada semua ahli & mahasiswa/i UniMAP, baru-baru ini kita digemparkan dengan suatu kejadian yang berlaku terhadap mahasiswi kita yang menuntut seluruh mahasiswa/i memandang serius terhadapnya iaitu berkenaan tindakan seorang mahasiswi untuk membunuh diri gara-gara kerana menjadi mangsa percintaan. Namun, mangsa sempat diselamatkan daripada mati lemas dan kini sedang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah(HTF).

Apa yang saya cuba highlightkan disini ialah berkenaan krisis pegangan agama yang wujud dikalangan mahasiswa/i yang akhirnya menatijahkan tindakan yang bertentangan agama.

Sebelum dari ini lagi, kita diperdendangkan dengan berita-berita dan kes-kes yang tidak menyenangkan hati yang pastinya menjadi bibit-bibit permulaan kepada keruntuhan akhlak & moral dikalangan mahasiswa/i UniMAP.

Saudara & saudari sekalian,
Apakah punca akar perkara ini berlaku? Tidak lain adalah kecelaruan dalam cara berfikir & lemahnya pegangan agama siswa/i di UniMAP
Kebiasaannya, sebelum seseorang manusia melakukan sesuatu perkara, apa yang dilakukannya adalah berfikir dan membuat keputusan terhadap tindakannya dengan berpandukan kepada ilmu & iman yang dimilikinya.

Gagalnya seseorang berfikir mengikut landasan kebenaran, pastinya akan memberi impak negatif terhadap keputusan yang diambil.
Demikianlah juga apa yang berlaku kepada mereka yang terjebak dalam gejala sosial yang membarah. Mereka tidak berfikir mengikut panduan ilmu dan agama, tetapi hanya mengikut kehendak hati yang melulu.

Lantaran itu, satu penerapan nilai agama yang lebih kukuh perlu dibina di dalam diri siswa/i bagi memastikan universiti kita mampu menjadikan agama sebagai benteng yang terbaik, agar kelak natijahnya juga akan menjadi baik. Maka secara rasional, benteng ini perlu dibina dengan cara mempergiatkan pendidikan dan aktiviti yang mampu menzahirkan kemurniaan Islam.

Kita tidak akan mampu untuk mengatasi masalah ini, selagimana aktiviti-aktiviti kerohanian hanya menjadi “event & function” semata-mata tanpa mampu untuk memberi kesan kepada Siswa/i.

Oleh itu, Saya menyarankan kepada EXCO-EXCO saya untuk melaksanakan beberapa pendekatan & aktiviti yang mungkin dapat mengurangkan & memperbaiki krisis ini. Hal ini juga merupakan sebahagian daripada Misi Kelab untuk kembali membudayakan konsep kasih sayang & keprihatinan yang sebenar serta memberi kefahaman yang jelas kepada Mahasiswa/I mengenai konsep kasih sayang yang dibenarkan.

Saya juga berharap kepada pihak universiti agar mengambil inisiatif terbaik dalam usaha mengatasi krisis ini bagi memastikan hal-hal seperti ini tidak akan berulang lagi. Toleransi diantara semua persatuan & kelab bersama Majlis Perwakilan Pelajar juga sudah mampu untuk memastikan hal ini tidak akan berulang lagi.


Marilah bersama saya untuk memperbaiki keadaan ini.
Sekian dulu dari saya,
Wallahu ‘alam

MOHD IZUWAN BIN ZAINI
PRESIDEN
KELAB PENYAYANG UniMAP

komen aku

Bukanlah satu yang mustahil untuk perkara ini berlaku di zaman yang penuh pancaroba ini. Iman telah dicabut dari hati manusia. Manusia menjadi lemah kerana Cinta..Cinta yang sepatutnya hanya diberi kepada yang berhak tetapi telah disalah erti lalu terjadilah perkara seperti ini meskipun di dalam bulan yang mulia ini iaitu Bulan Ramadhan. Puasa tidak dapat membentuk manusia untuk melahirkan rasa cintanya kepada Pencipta yang Maha Agung. Hanya penat dan lelah sahaja yang diperolehi..

Cinta adalah satu perkara yang sangat berharga bukan untuk dipermainkan atau menjadi bahan jualan lalu diterjemahkan melalui perbuatan seperti Frustrated 'ni orang kampung aku sebut' aka frust menonggeng ' yang ni istilah Sains'..sehingga membawa kepada bunuh diri. Sungguh lemah manusia menjadi mangsa Cinta yang dipenuhi maksiat kepada Allah sehingga lupa kepada dosa dan pahala.

Orang yang kononya faham agama tidak terkecuali untuk terlibat dengan kes seperti ini..cuma mereka menterjemahkan cinta mengikut fahaman mereka sendiri. Namun dosa dan maksiat tetap terpalit di hatinya jika hanyut dengan istilah cinta sendiri..Cintai Allah dan Rasul nescaya kamu akan perolehi cinta manusia yang mencintaiNya..Cinta Sempurna pesanan khas buat diri sendiri


No comments: