11/10/10

Teruskan Tarian JuangMu wahai Diri KU

Rebah terguling bangkit kembali
Tersungkur jatuh ku pantas berdiri
Walau sengsara membakar jiwa demi MU Islam MATI ku Rela

Tidak berganjak tidak berubah
Melimpah darah kan tetap ku redah
Cahaya SYAHID penenang jiwa
Itulah nilai paling berharga..

Layarkan sifat takut mu itu
Lihatlah dari mata akal mu
Bila ia seganding bersatu
Lafazkan niat langkah juangmu

Layarkan lah indah dunia fana
Lihatlah kasih Tuhan di sana
Bila ia seganding bersama lafazkan cinta paling setia pada mu Ya Rabb

Andainya engkau kabur keliru
Kembalilah pada asal usulmu
Bersujudlah pada Tuhan yang satu leraikan kusut jiwamu itu

Andainya engkau gentar gelisah
Zaman kebangkitan azimat indah
Perjuangan yang tak mengenal susah itulah teman pengubat resah

Cuma pesanan yang dapat kuberi 
Andai jasad ini tiada lagi
Cuma semangat yang terus menanti 
Andai sinar nyawa di bawa pergi
Dengarlah suara seru ku ini 
TERUSKANLAH TARIAN JUANGMU ITU

PENGORBANAN INI AKAN KUBAWA BERTEMU MU YA ALLAH...TERIMALAH 









3 comments:

Anonymous said...

salam..tersedar seketika dari lena bila bc
puisi syahid akak
slmt bjuang dan smoga bahagia dunia wal akhirat bersama bakal zauj tercinta-zmd

mira_safiah said...

:) jangan lupa mai nnti

junaidiahmad said...

mantap2!!