Kebelakangan ini sering dipertemukan dengan pelbagai ragam manusia di sekeliling. sering juga dihadapkan dengan beberapa pilihan..
Manusia di dunia hanya akan diberi dua pilihan sahaja, tiada tiga, tiada empat dan seterusnya, maka bermula dari penghidupan dari awal subuh hingga dimatikan buat sementara di hujung malam akan diberi hak memilih... sama ada berupa pahala mahupun dosa. Sudah pasti pahala dikira ibadat di sisi Allah Taala, manakala sebaliknya dianggap sudah biadab.
Benar.. kita adalah manusia, seorang manusia yang sifatnya tidak sempurna. Tiada yang sempurna melainkan Dia. Namun manusia masih lagi diberi pinjaman kudrat supaya menjadi lebih baik, dan bercita-cita menjadi lebih sempurna. Hari ini lebih baik daripada semalam, sudah tentu bercita-cita hari esok lebih baik daripada hari ini. Antara lain manusia hari ini jauh dari sikap berlapang dada apabila terpaksa berada situasi bersama saudara seislam apatah lagi bersama saudara seperjuangan, kepentingan diri mengatasi sikap tashammuh (bertolak ansur) yang sepatutnya dihulurkan.
Bertolak ansur atau berlapang dada bersalut padanya pengorbanan, mendahulukan orang lain dan sanggup membelakangi kepentingan diri sendiri. terkadang pengorbanan yang dibuat tak nampak di mata orang..dan adakah apa yang dibuat mahu diperlihatkan??keihklasan akan teruji..
Hati manusia sangat fleksibel, tapi fleksibel yang kita mahukan ialah seperti acuan yang digariskan oleh al-Quran dan as-Sunnah. Kita diajar untuk banyak memberi baik berupa material atau spiritual yang bersifat manfaat yang bisa dipegang oleh si penerima seperti ilmu. Kata Ustaz bersedialah untuk dikecewakan apabila berada di dalam perjuangan..namun sampai bila manusia akan bertahan dengan kekecewaan yang terkadang jika disimpan akan memakan diri. Jangan sering memberi alasan ini jika kita adalah orang yang sering mengecewakn orang lain... Dari hal yang lain pula, Islam juga mengajar penganutnya supaya menerima dengan baik, kerana sampai masa kita pasti menerima dahulu sebelum benar-benar bersedia untuk memberi.
Kenapa menerima?
Pernah kita semua perasan, kenapa tiba-tiba hati kita dirundung sepi tatkala ditimpa pelbagai ujian. Kita rasa lemah, dan kelihatan seakan-akan segala sumber kekuatan sudah tertutup rapat. Ketika inilah manusia seakan-akan orang yang buta walaupun dia mampu melihat segalanya.
“Bagaimana keadaan hati kita ketika ini?”
Adakah ini tarbiyah secara lansung dari Allah untuk menguji sejauh mana kita ikhlas dalam berjuang. Berhujan ke usrah tiba2 tiada seorang pun datang...aduh sedihnya Tuhan saja yang tahu. atau jauh berjalan di malam hari tiba-tiba alasanya terlupa. sesekali lagi kesabaran teruji..terasa seperti mahu diketuk2...tapi masih mampu tersenyum kerana mereka sudah besar. tak perlu untuk marah kerana mereka memerlukan bimbingan. Namun sesekali pengajaran perlu diberi...Kita lupa rupa-rupanya kita masih kurang menerima dan teliti dengan apa kita terima, kita mungkin menerima hal baik-baik tidak kurang juga hal-hal yang tidak baik. Kita langsung tidak mahu bahkan sengaja untuk mengisi kantung hati tadi dengan dzat makanan berkhasiat, santapan kerohanian. Kegersangan pada sumur hati berpunca kita tidak pernah mengisinya dengan makanan berkhasiat tadi, kita hanya ambil tahu soal jasmani, kesihatan luaran sahaja hingga sanggup menghabiskan beribu-ribu sebulan semata-mata penjagaan aspek fizikal sahaja.
Apabila kita ditegur, dan berupa sesuatu manfaat yang bisa ditumpangi, apa salahnya kita terima sebagai suatu pengajaran dan muhasabah di atas kekurangan yang ada sebagai manusia. Hal-hal baik inilah akan menumbuhkan iman di hati, iman umpama cahaya yang menerangi kegelapan sumur hati dari terus mati. Matinya hati kerana si penjaganya tidak reti untuk mengerti, lantas tingkah-laku menjadi kaku tersungkur dari di tepian perjalanan bagi seorang hamba mentaati.
Hati ibarat bekas untuk diisi selepas menerima, kekotoran bekas boleh dikesan bila bahan yang diisi tadi bercampur dengan sesuatu yang cemar. Manusia yang perasan dan prihatin akan cepat-cepat membuang kekotoran tadi dari terus membumi di dalamnya kerana kelak apabila sudah lama mendiami, kita akan rasa seronok dan tidak mustahil akan menjadi kebiasaan untuk kita menerima hal-hal kotor itu.
Jangan sempitkan pula maksud membuang hal-hal buruk tadi, bukan selama-lamanya kita tidak boleh menerima sesuatu yang tidak baik, boleh tapi mesti ada guideline. Bagaimana pula? Kita jadikan sempadan, peringatan berguna ketika hidup di dunia, bahawasanya kita tahu ini boleh dan yang ini tidak boleh. Adalah sesuatu yang amat cacat bagi seorang manusia, jika dia tidak mengetahui perkara-perkara buruk dalam kehidupannya. Ianya ibarat cermin diri, nilainya terletak pada kesedian kita berlapang dada, tashammuh.
Ingatlah, hati ini ibarat bekas, yang mana jika tidak diisi dengan air maka akan diisi oleh pepejal lain. Begitulah hati, jika tidak diisi dengan kebaikan maka akan disi dengan kejahatan. Maka isilah hatimu dengan segala macam jenis kebaikan... dengan zikir, dengan alunan al-Quran, dengan ilmu. Moga disaat itu jua, Allah Taala mencampakkan rasa ketenangan dan mencabut segala rasa kesunyian, kesunyian, kesepian yang bisa menggugat hadirnya iman.
2 comments:
salam
muga2 terisi hatiku degn iman yg istiqamah.Muga generasiku kental iman dan mmpunyai jati diri...Iman dan amal harus seimbang..penuhilaa cairan itu dgn benih2 yg mulia..redza ALLAh kita cari...DOAKAN buat family kita dan ummah..amin
Tarbiyyah yang HEBAT membentuk individu yang HEBAT!! Tarbiyyah yang LUAR BIASA menjadikan individu yang LUAR BIASA!!
Post a Comment