3/1/10

Moga dirimu tabah


'salam, akak...ayah wahidah meninggal. kami tengah beli tiket bas untuk dia ni...akak nak ikut tak?'
Innalillah hiwainna ilaihirojiu'un...rasanya baru semalam wahidah tidor di rumah ku...sambil bercerita panjang mengenai masalah yang melanda dia dan sahabat-sahabat seperjuangan.

'macam mana dah dapat tiket bas belum?' aku
'alhamdulillah ada sahabat nak hantar balik kelantan' shah
'ok tak pa la gitu...moga selamat pergi dan balik ya, kalau mengantok rehat dulu..' aku

indahnya hidup berjemaah..susah dan senang dirasai bersama..di kala susah ada saja sahabat yang membantu. maaf ya tak dapat akak menemani wahidah balik kampung..hanya iringan doa sahaja. Teringat masa sama-sama pergi ziarah 2 orang sahabat di kelantan..Allah lebih menyayangi abah mu...

bersabarlah wahai pejuang...




Adakah kamu menyangka, bahawa kamu akan dibiarkan (dalam keadaan kamu yang ada itu), padahal belum lagi terbukti kepada Allah (sebagaimana yang diketahuiNya) orang-orang yang berjihad ( BERJUANG ) di antara kamu dan yang tidak mengambil teman-teman rapat (untuk mencurahkan rahsia kepada mereka), selain daripada Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman? Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu kerjakan.

-Surah At Taubah:16

semoga dirimu tabah menghadapi ujian Tuhan..setiap yang diberi pinjam akan diambil kembali...



"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", 
sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. "




No comments: