1/19/10

Redhanya Saidina Khalid Al Walid


Makam Saidina Khalid Al Walid


  




Pedang Saidina Khalid Al Walid

Siapa yang tidak kenal sahabat Rasulullah s.a.w, Saidina Umar al Khattab r.a yang memikul amanah sebagai seorang khalifah selepas Saidina Abu Bakar as Siddiq r.a. Beliau merupakan seorang khalifah yang juga terulung dalam dunia awal Islam. Terdapat suatu kisah menarik antara beliau dan Saidina Khalid al Walid r.a pada zaman pemerintahan beliau.
Saidina Khalid al Walid r.a merupakan seorang tokoh hebat dalam medan peperangan dan telah pun dilantik sebagai Panglima Perang sebelum zaman pemerintahan Saidina Umar al Khattab. Sememangnya kepercayaan masyarakat Islam pada waktu tersebut amat tinggi terhadap kebolehan dan kehebatan Saidina Khalid al Walid r.a.
Namun apa yang memeranjatkan, setelah takhta khalifah diwariskan kepada Saidina Umar al Khattab r.a, beliau bertindak memecat Saidina Khalid al Walid dengan menggantikan Abu Ubaidah r.a untuk jawatan tersebut. Tindakan ini amat mengecewakan kebanyakan orang ramai dan menimbulkan perasaan tidak puas hati kerana Saidina Khalid Al Walid r.a dipecat disaat kegemilangan pemerintahan beliau.
Walau bagaimanapun, Saidina Khalid al Walid r.a menerima keputusan tersebut dengan tenang dan berterusan taat terhadap kepimpinan Saidina Umar al Khattab r.a.
Apa Yang Tersirat.
Jika dibaca kisah di atas hanya dengan akal, maka sudah tentu perasaan kita turut menyebelahi pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan Saidina Umar r.a. Namun apa yang tersirat sebenarnya jauh lebih halus dari apa yang kita sangkakan.
Soal keyakinan dalam semua perkara yang dilakukan dan menyerah diri hanya kepada Allah s.w.t sahaja amat penting dalam aqidah setiap muslim. Aqidah pula merupakan jantung kepada agama yang kita cintai ini. Jika rosak dan bermasalah jantung tersebut, maka tumbanglah agama kita.
Hikmah Saidina Umar menurunkan pangkat Khalid dan digantikan dengan Abu Ubaidah antaranya ialah agar ia mampu menyedarkan ummat Islam bahawa penyerahan diri dalam setiap perkara walaupun dalam soal peperangan hanya kepada Allah s.w t. Kebimbangan Umar terhadap ummat Islam yang keterlaluan mengagung-agungkan Saidina Khalid al Walid r.a menyebabkan beliau melucutkan jawatan Saidina Khalid al Walid r.a.
Hikmah peristiwa di atas juga adalah menggambarkan bagaimana seorang yang ikhlas dalam mentaati Allah taala, Saidina Khalid al Walid r.a yang tidak kecewa dengan tindakan Saidina Umar r.a, kerana beliau meyakini bahawa beliau pergi berperang bukan untuk habuan dunia, tetapi untuk habuan akhirat, bukannya mengharapkan habuan pangkat di dunia.
Seterusnya, hikmah lain yang boleh diambil adalah ketaatan Saidina Khalid al Walid r.a terhadap seorang pemerintah, khalifah, Saidina Umar al Khattab r.a adalah wajib dalam Islam selagi mana ia berlandaskan syariat Islam. Langsung tiada kepentingan dalam kedua-dua individu mulia di atas, Saidina Umar al Khattab r.a dan Saidina Khalid al Walid r.a untuk mendapatkan sebahagian habuan dunia tetapi apa yang mereka harapkan adalah keredhaan dari Allah taala.
Saat kematian Khalid Al Walid

Saidina Khalid Al Walid r.a diserang penyakit taun...semasa dia terlantar sakit di Syria, dia sangat bersedih. Beliau telah ditinggalkan seorang diri dengan hanya seorang khadam saja yang menjaganya...isteri-isterinya semua sudah meninggalkannya...beliau bersedih kerana ALLAH tidak mematikan beliau dengan mati syahid di medan pertempuran....sedangkan Ikrimah Bin Abu Jahal, sahabat sekroninya (yang lebih jahat darinya) semasa musyrik dulu, mati dgn penuh berjaya di medan perang Yarmuk dan jelas kelihatan syahid sahabatnya itu.

Maka datanglah salah seorang sahabatnya menziarahi khalid di katilnya...maka Khalid bersusah payah bangun dari pembaringan dan membuka jubahnya. "
cubalah kau lihat tubuhku ini...adakah tempat yang tidak berparut?" maka sahabatnya menjawab, "Memang tiada tempat lagi ditubuhmu itu yg tidak luka melainkan semuanya berparut."

"Jadi, bagaimanakah aku tidak bersedih? Kenapa ALLAH tidak menerima ku sebagai salah seorang syuhada'nya? Adakah taubat ku dulu tidak diterima?" tanya khalid sambil menangis tersedu-sedu.

Sahabatnya itu turut menangis..dan kemudian menyatakan,"
Kau tidak boleh mati di medan perang wahai Khalid..kau telah dilantik oleh Nabi Muhammad sebagai pedang ALLAH...dan pedang ALLAH tidak sekali-kali akan patah dimedan perang."

Dan Khalid berhenti menangis lalu terpancar kegembiraan diwajahnya. Dia mengucapkan terima kasih kepada sahabatnya itu dan dengan tenang menunggu kedatangan malaikat izrail. Sepanjang kariernya sebagai jeneral tentera Islam, memang tidak ada satu pertempuran pun yang tewas dibawah pimpinannya biarpun bilangan tentera musuh sehingga 10 kali ganda lebih ramai dari tentera muslim. Dan benarlah '
pedang ALLAH' tidak boleh tewas dlm pertempuran.

Demikianlah betapa Redhanya Saidina Khalid Al Walid dalam menerima setiap keputusan yang telah ditentukan oleh Allah. Mampukah kita?? Ikhlaskan diri dalam perjuangan insyaAllah. Kecewa dalam berjuang??diri sendiri yang akan rugi..

2 comments:

am said...

salam..shukran perkongsian yg amat baik..semoga kita sentiasa ikhlas di atas landasan perjuangan ini..erm,rs macam pernah baca kisah pengajaran ni,ada edit dr blog sp2 ke?

mira_safiah said...

salam..blog nta ker?silap tak letak rujukan lak..edit n tambah sikit2