1/15/10

Dakwah: Nasihat atau UGutan



“Kamu tak lalui lagi, nanti bila sampai giliran kamu tahulah macam mana sukarnya,”



Itu bicara jiwa yang kian tersasar. Namun lafaz tersebut adalah jalan pintas mematikan hujjah.

Mahu menafikan kefuturan diri. Dengan cita-cita masih berada pada landasan yang benar.

Fitnah yang hebat melanda, setelah beban dakwah kian memuncak.



Dia mula terasa kesan dengan tanggungjawab diri yang kian bertambah.

Apa bicara sebenarnya??


PERINGATAN ATAU UGUTAN??

“Adik-adik, berhati-hati dengan ujian diluar. Sebenarnya ujian perjuangan sebenar adalah di luar sana,” seorang senior membuka bicara setelah diminta. Tapi nada bagai memperlekeh perjuangan yang masih baru ditempuh adik-adik.

Yang lain mula menambah,

“Yang kita belajar di sini hanyalah teori semata-mata, kita sekarang berada dalam zon selesa. Kita akan bertemu dengan medan sebenar dan ujian yang hebat bila berhadapan masyarakat,” gah bunyinya. Tambahan lain yang menyebabkan adik-adik kian kecut perut untuk menempuh alam seterusnya.

 Hati adik-adik mula berbisik,
“Biarkan kami terus berjuang di medan universiti, biarlah berjuang bukan pada realiti yang sebenar. Biar kami dicop mereka yang tidak tahan dengan ujian dan tekanan”. Risau tergelincir mendengar amaran senior yang ‘lebih berpengalaman’.

Adik-adik diam. Tiada hujjah untuk menyangkal. Siapalah adik-adik untuk berlawan hujjah dalam kecetekan pengalaman.. sekadar membenarkan kata-kata abang dan kakak yang ‘banyak pengalaman’, dipandang dan dikutip kisah yang cuba ditabur.

Saya cuba memerhati lafaz-lafaz kata para senior yang baru bertatih di alam kerja, baru melangkah alam rumahtangga memberi ‘amaran’ dan ‘ancaman’ kepada adik-adik yang setia mendengar. Walau rata-rata menggunakan bahasa yang berbeza, namun dengan maksud yang sama.

Kesian… suatu amaran diberikan. Namun tiada penyelesaian yang disuap kepada adik-adik.

“Sebenarnya, pokok pangkal adalah hati. Kalau antum berjuang di sini kerana semangat, maka di sana antum tidak akan temui lagi semangat tersebut. Kalau antum berjuang untuk temani kawan-kawan, maka antum akan berpisah dengan mereka selepas ini. Namun andai antum berjuang atas dasar kefahaman dan tunjuk yang kita nie memang lemah di sisi Allah. Mohon supaya Allah bimbing antum untuk lepasi setiap halangan tersebut. InsyaAllah, Allah akan membimbing antum untuk lepasi semua halangan-halangan yang terlalu ditakut-takutkan kepada antum,” saya memberi ingatan, menyuntik semangat setelah letih mendengar muhasabah setiap senior. Moga tidak memandang halangan sebagai suatu yang berat. Menganggap ancaman sebagai suatu musuh besar yang sedia menanti. Mungkin rebah tersungkur dalam menempuh alam yang bakal ditempuh.

……………

“Dia merajuk dengan ana tuh Joe, mungkin terasa bila ana smash untuk minta dia luangkan sedikit masa untuk hadiri usrah. Usrah kita pun bukan selalu, paling kerap sebulan sekali. Ana minta dia spend masa 2..3 jam sebulan untuk alumni. Bukan lakukan kerja pun, just hadiri usrah,” sahabat saya sedikit mengeluh dengan teman kami yang mula bermain alasan. Dia terpaksa pulang setiap minggu ke halaman menjenguk isteri.

Saya terpaksa mencari jalan lain memujuk kembali.

“Kalau orang biasa ana tak kisah, pasal dia nie adalah bekas pimpinan dan patutnya faham,” teman saya menambah.

Itu saja jalannya. Bagi saya, memaksa tidak salah, andai kepada jiwa yang berasa dirinya telah hebat dalam berjuang. Yang ujub dengan dirinya telah melepasi tahap halangan. Bukan niat bermain ego, juga bukan hebat untuk menguji. Tapi, ingin melihat kebenaran disebalik katanya. Sedangkan perjuangan para Nabi turut diuji dengan pengikutnya yang sudah faham dengan perjuangan. Namun jiwa-jiwa yang ‘faham’ ini seakan berat untuk terus di dalam barisan;



Dan (ingatlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: " Wahai kaumku! mengapa kamu menyakiti daku, sedang kamu mengetahui Bahawa Sesungguhnya Aku ini pesuruh Allah kepada kamu?" maka ketika mereka menyeleweng (dari kebenaran Yang mereka sedia mengetahuinya) , Allah selewengkan hati mereka (dari mendapat hidayah petunjuk); dan sememangnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum Yang fasik 
- As Soff :5



Siapa yang ditempelak Nabi Musa?? Bukan orang yang tidak faham.. tapi orang yang banyak bermain alasan sehingga menolak untuk berjuang bersama baginda. Kekecewaan yang terzahir dari penolakan ‘kelompok yang faham’ adalah suatu kepedihan yang amat dirasai oleh Bagindaberbanding penolakan golongan kuffar sendiri. Kerana itu, Allah menjelaskan tiada Hidayah bagi jiwa-jiwa yang fasiq, faham dan kenal- namun masih menolak perjuangan dengan tindakan yang sebaliknya.

…..

TALBIS 
IBLIS TERHADAP PERJUANGAN


“Nta tinggal di mana?” saya mengambil kesempatan berbual. Jumlah yang ramai menyebabkan terkadang saya belum sempat mengenali junior-junior dalam jemaah. Saya mula menegur sebaik melihat hebat bicara dalam memberi peringatan kepada adik-adik.

“Hmm.. ana kat taman melati, dekat dengan LRT,” teguran saya dijawab.

Alhamdulillah. . dekat dengan rumah ana. Nta terlibat dengan pemuda mana?” Saya menyambung soal, sambil ingin melihat komitmen diri.

“Tak join mana-mana pemuda lagi,”
 jawapan yang tidak disedari mula dijerat kata sendiri.

“Ok… minta nombor telefon nta. Nanti jemput turun usrah kalau tiada keuzuran ya,” saya sedikit memaksa dalam senyum lafaz.

Saya bukan pemimpin yang mempunyai kuasa…
Saya juga tidak layak menguji keikhlasan sahabat lain dalam bicara…
Saya juga tiada sebarang kelebihan untuk merenung jauh ke dalam jiwa.
Cuma, saya cukup rimas bila berhadapan dengan lidah yang hanya tahu berkata-kata namun gagal melaksana. Dengan gaya bagai diri lebih jauh berpengalaman dan mengetahui selok-belok dalam jemaah.

Malah, ada kelompok yang cuba membina meninggikan batang tengkuk mereka dalam gerakan agar wajahnya mampu dipandang seluruh ahli jemaah. Dengan personaliti unggul agar dikagumi adik-adik yang dilihat baru bertatih. Berasa diri sudah hebat dengan gerakan sebaik menjadi graduan dan meneruskan agenda baitul muslim sesama jemaah.

Jangan salah faham dengan apa yang saya bicarakan, namun saya perhatikan ramai yang berasakan diri mereka telah melengkapi perjuangan jemaah setelah mencapai agenda baitul muslim.

Dirinya bermain dengan sangka sendiri,

“Tengok abang dan kakak tuh.. hebat mereka berdua,”..
“Inilah keluarga contoh pejuang Islam. Suami dan Isteri sama-sama hebat.. mesti anak-anak yang lahir dari mereka juga hebat nanti..”


Mereka tersenyum…
Tersenyum menelan enak pujian .. terus seronok sebaik langkah beriringan mereka dihiasi pujian yang lain…
Berjalan ke program dengan pakaian sedondong, pasangan contoh yang romantik untuk menjadi contoh adik-adik. Namun sebaik pulang ke rumah, mereka terus bermain dengan alasan. Kami boleh berusrah,
Tapi biarlah semua mata memerhati kehadiran kami bersama-sama… Kami mampu menjalankan gerak kerja jemaah, Tapi dengan kehadiran bersama moga mulut-mulut memuji kami pasangan yang unggul..
Kami mampu untuk memberi ceramah..Biarlah kami berduet dan menjadi contoh, rumahtangga kamilah yang WAJIB kamu semua contohi.


Terkadang-kadang mereka menunggu pujian yang dilafaz dan ditulis oleh adik-adik mengenai mereka. Menjadi contoh unggul di sebalik permasalahan yang timbul di kalangan adik-adik yang sentiasa terbabas dan tersasar. Mereka terus menunggu kata-kata puja yang meletakkan nama mereka sebagai ikutan dalam setiap pujian. Menjadi santapan dan juadah jiwa mereka.. memberi suntikan semangat dan meredah segala kesulitan dan kesusahan. Sedangkan anak mata mereka tetap menjeling perlahan, langkah-langkah diperhalus agar kesulitan mereka berdua diiringi dengan mata-mata lain yang memandang hebat atas perlakuan mereka.

Jiwa mereka memandang hina keburukan yang pernah mereka lakukan pada masa lepas. Memandang penghormatan yang diberikan harus diteruskan dengan kehebatan dan kesungguhan berjemaah yang dibuat-buat dan sengaja dicipta mereka sendiri. Mereka kian tersasar dari jalan dakwah, sedang mereka tidak menyedari hakikat jiwa mereka yang kian parah.



Sumber
AbeJoes@abejoes. blogspot. com


~ kisah di atas adalah secebis dari kisah realiti dalam kehidupan manusia yang menggelarkan diri mereka pejuang satu masa dahulu. Kini di mana mereka? ke mana mereka? dari mana mereka? persoalan yang tiada jawapan..


~ada saja yang merasa cukup selepas di BaiTUL MuslImkan tanpa memberi apa-apa sumbangan kepada Islam, perkara yang digembar gemburkan satu masa dahulu....persoalan yang tiada jawapan..


~perjalanan yang masih panjang dan sangat jauh. Ada yang tergelincir lalu terjatuh di pertengahan jalan..ada juga yang tergelincir namun bangun semula memulakan langkah yang terhenti sementara...ada juga yang perjalanannya lancar..apa pun kembali kepada matlamat asal perjuangan. Moga Allah memilih kita untuk sentiasa berada di Jalan INi...insyaAllah~

No comments: