Salam..sudah pastinya kemenangan di Bagan Pinang akan disiarkan dengan gahnya di dada-dada akhbar mahupun di TV. Pastinya Bagan Pinang akan menjadi berita terhangat sehangat goreng pisang di gerai-gerai.
MEDIA masa pro kerajaan yang kempunan sejak pilihan raya kecil Permatang Pauh tahun lalu, akan dapat mengembangkan senyum hingga ke telinga. Akhbar-akhbar perdana Berita Hairan, Utusan Meloya dan media eletronik perdana juga boleh menambahkan muka surat atau memanjang siaran untuk melaporkan kemenangan bergaya BN di Bagan Pinang. Kemenangan itu perlu diuar-uarkan setelah tujuh kali menghadapi kekalahan.
Seperti selalunya bila BN menang akhbar dan tv akan menyiarkan secara besar-besaran. Akhbar utama BN dan segala macam kroninya pasti akan meletakkan gambar Mohd Isa Samad yang sedang angkat telunjuk simbol 1 Malaysia dimuka depan. Najib dan Rosmah juga turut gembira.
Maka akan diulas dan dicincanglah Pas selumat-lumatnya dengan apa yang berlaku dan ternatijah dalam pilihan raya itu. Diceritakan kemenangan itu menunjukkan Pas dan Pakatan Rakyat ditolak oleh rakyat. Bahawa BN sudah mula mendapat kepercayaan rakyat semula. Bahawa 1 Malaysiaditerima oleh semua lapisan rakyat.
Namun bagi para Daie kekalahan bukanlah bermakna 'kalah'. Ia adalah peringatan Allah kepada kita. Bahawa Allah berhak untuk memberi kuasa kepada siapa Dia suka dan akan menarik semula kuasa daripada siapa yang Dia suka.
Dan (telah menjanjikan pula kemenangan-kemenangan) yang lain (atas negeri-negeri) yang kamu belum dapat menguasainya yang sungguh Allah telah menentukan-Nya[1402]. Dan adalah Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Surah Al Fath 21
Kalah bukan bermakna dakwah juga akan terhenti. Kerana perlu diingat Dakwah akan berjalan sepanjang masa tidak kira waktu dan ketika, susah atau senang, sihat atau sakit. Dan juga bukan mengikut musim..musim panas, musim luruh, musim sejuk ataupun musim panas dan hujan sepanjang masa juga bukannya berjalan di musim pilihanraya sahaja. Kalah di medan tidak bermakna akan terhenti setiap pergerakan. Pergerakan akan diteruskan lambat atau pun laju. Seperti mana kata Tuan Guru Nik Aziz ' Perjuangan Islam ibarat kereta..kalau tiada halangan kita laju..kalau ada speed trap kita perlahankan kenderaan...kalau di traffic light, warna merah kita berhenti, tapi enjin jangan mati..kerana perjalanan masih jauh' wallahua'lam
peringatan khas buat diri sendiri
No comments:
Post a Comment