10/4/09

Ke mana akhirnya Perjuangan Muslimat? Second Version

Assalamualaikum wbt.

Mungkin pembaca tertanya-tanya mengapa tajuk posting saya hari ini agak lain dari biasa. Biasanya posting blog ini tidak lari dari berkisarkan remaja dan pemuda sahaja, tetapi kali ini berkisarkan tentang mslimah. Sudahkah kalian membaca Utusan Melayu, atau paling bagus membaca Harakah dan blog-blog pilihan anda.

Lihat di sini dan di sini.

Jika anda prihatin tentang ISA dan mangs ketidakadilannya, anda akan mengenali siapa dia Norlaila Othman dan Mat Sah Satray. Alhamdulillah, kini Mat Sah sudah bebas dari Kamunting dan tercapailah nilai erti sebuah perjuangan bagi isterinya.

Siapa yang tidak kenal Norlaila yang gigih berjuang melalui blognya, memperkenalkan manusia satu mergastua tentang sebuah akta yang zalim bernama ISA. Bahkan beliau sanggup ke Geneva untuk memansuhkan akta zalim tersebut.

Ini bukti sebuah cinta yang suci dan perjuangan seorang muslimah selepas berkahwin. Jika dulu kita dengar bagaimana beraninya Nailah Al-Farafishah mempertahankan suaminya dari dibunuh pemberontak, hari ini kita dapat lihat kegembiraan seorang isteri berkat perjuangannya membebaskan suaminya dari ISA selama 7 tahun lamanya.

Ini hanya sebuah contoh kecil tentang perjuangan seorang muslimah. Banyak lagi contoh lain yang dapat kita ambil buat cerita untuk saudari-saudari kita yang me’murah’kan nilai mereka di jalanan sana.Lihat saja contoh-contoh yang ada;

1. Dr Jemilah Mahmood – seorang doktor pakar O&G yang sekian lama membidankan bayi-bayi yang baru hendak menjengah sinar dunia. Dia mengasaskan & memimpin MERCY yang menyelamatkan & mengurangkan sengsara ribuan manusia seluruh dunia.

2. Dr. Lo’ Lo’, YB Zuraida, YB Fuziah, Datin Wan Azizah & YB Nurul Izzah – ahli politik wanita yang disegani dan vocal dalam mengetengahkan isu masyakat terutamanya wanita & keluarga sama ada di dewan Parlimen atau di mana sahaja. Perjuangan mereka telahpun dimaklumi hatta sebelum mereka menyertai pilihanraya.

3. Puan Norlina Alawi – mengasaskan PERNIM untuk menjaga anak-anak HIV. Bukan dosa mereka untuk mendapat HIV seterusnya menjadi anak-anak terbuang.

Ini jawapan bagi tajuk di atas, dan contoh realiti dan solusi bagi muslimah yang buntu tentang nasib mereka selepas berkahwin kelak. Tidak ramai muslimah yang dapat menjadi contoh-contoh seperti di atas, kebanyakannya berjuang ketika bujang sahaja tetapi diam menyepi apabila berkahwin dan beranak-pinak.

Secara ringkas, dapat kita simpulkan perjuangan seorang Muslimah akhirnya terletak pada penerimaan & keterbukaan suaminya kelak.

Samaada Muslimah berjuang di ruang rumah semata ataupun keluar ke lapangan masyarakat, kedua-duanya ada kelebihan tersendiri. Walaupun norma orang kita berkata, perempuan seeloknya ke dapur sahaja, namun kita tidak boleh sewenang-wenangnya meremehkan Muslimah berada di gelanggang luar berbanding di rumah.

Walaupun Muslimah yang berjuang di luar ini kebanyakannya mempunyai kurang anak & masa bersama anak berbanding suri rumah sepenuh masa, tapi itu bukanlah kayu ukur yang boleh dipakai. Kerana sumbangan mereka membantu, mendidik & memberi harapan hidup kepada anak-anak manusia lain di seluruh dunia amat besar impaknya.

Andai si Muslimah tersebut mempunyai bakat yang lebih memberi manfaat kepada Ummah secara lebih luas di luar, maka mengapa ‘kurung’nya di dapur sahaja?

Keputusan seterusnya terletak pada kehebatan si Muslimah untuk mengadaptasi dirinya dalam pelbagai keadaan dan keterbukaan sang suami.

Allah SWT telah menyebutkan perkara ini dalam kitabnya yang mulia,

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.(At-Taubah 71).

Kenapa tak digunakan sepenuhnya manfaat hidup dalam dunia ‘ maklumat di hujung jari’ ini. Lihat sahaja Norlaila, Ummu Saif dan sebagainya yang sudah terkehadapan.

Lihatlah bila kepercayaan sang suami digunakan sepenuhnya untuk jalan dakwah dan kelembutan sseorang isteri memadamkan duri-duri perjalanan dakwah suaminya, maka masing-masing ada peranannya untuk ‘bekerja’ dalam bidang dakwah ini.

Dan ini peranan seorang muslimah,

1) Sebagai hamba Allah (peranan wanita sebagai guru, jurutera, doktor jatuh dalam bidang ini, berharakah, berdakwah dan sebagainya dilihat dalam aspek ini yang menjadi kewajipannya)

2) Sebagai isteri (tanggungjawab wanita untuk mendapatkan suami yang baik, peranannya sebagai isteri yang solehah dan sekitarnya)

3) Sebagai Ibu (peranan wanita sebagai ibu dan madrasah bagi anak-anaknya)

Sepatutnya fokus muslimah ialah bagaimana mereka mampu mencapai kecemerlangan dalam 3 perkara itu.

Akhirnya, sebelum pena ini berhenti menulis, saya akan sertakan beberapa blog muslimah untuk perkongsian dan manfaat bersama.

Ketua Muslimat PAS, AJK Penerangan Muslimat PAS, AJK PeneranganMuslimat,Dr. LoLo dan ramai lagi.

Teringat pepatah sindiran member2 dahulu – Lelaki yang hebat, ada perempuan di belakangnya. Wassalam

http://rajawalibiru.wordpress.com

No comments: