8/31/09

Ujian Menguji Tahap Perjuangan Kita



Begitulah hakikatnya seorang manusia..atau lebih spesific lagi seorang lelaki huhu lelaki jangan marah yer..buktikan pada ku bahawa masih ada lelaki yang setia pada CintaNya...lelaki perempuan sama saja..hakikatnya ia tetap manusia..what ever la..ustaz ke apa ka..iman lah nilaiannya...dan kita akan diuji dengan setiap patah perkataan yang diucap..

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.

Bahkan patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa mereka akan terlepas dari azab Kami? Amatlah buruk apa yang mereka hukumkan itu. Sesiapa yang percaya akan pertemuannya dengan Allah (untuk menerima balasan), maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan tiba (dengan tidak syak lagi); dan Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk. Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh sesungguhnya Kami akan hapuskan dari mereka kesalahan-kesalahan mereka, dan Kami akan membalas apa yang mereka telah kerjakan - dengan sebaik-baik balasan. ( Al-Angkabut 1-7 )

Masalah hati tiada siapa yang tahu seperti kata pepatah, ;Dalam laut
dapat diduga, dalam hati siapa yang tahu.; Yakinlah bagaimana
pandainya manusia menutupi kejahatan hatinya, lambat laun Allah
akan menampakkan juga apa yang tersimpan dalam lubuk hatinya.
Seseorang itu tidak layak mendapat gelaran hamba Allah yang baik dan
yang suci hatinya selagi ia:

Tidak mentaati titah perintah Allah sungguh-sungguh. .
Tidak meninggalkan larangan-larangan Allah
Tidak menghiasi diri dengan sifat-sifat terpuji.
Tidak mengikiskan diri daripada sifat-sifat tercela.

Bercita-citalah kita untuk menjadi hamba yang baik sesuai dengan
tuntutan-Nya dan Rasul-Nya. Baik dari segi amal dan kelakuan, baik
hati dan halus tuturkata sesama insan. Hendaklah berusaha sedaya
upaya menghapuskan penyakit hati yang merosakkan diri seperti hasad
dengki, pemarah, iri hati, jahat sangka dan sebagainya. Beramallah
semata-mata mengharapkan redha Allah bukan untuk riak dan sombong.

Oleh itu, berazamlah kita semua termasuklah diri sendiri untuk
menjadi hamba Allah yang baik, yang mulia di sisinya kelak, dan
bercita-citalah mengatur langkah untuk terus memburu kasih sayang
dan redha Allah. Semoga Allah menerima kita semua sebagai hamba-
hambanya yang berhak mendapat kedudukan yang mulia di sisi Nya kelak

semoga diriku akan terus istiqamah di jalan ini hingga ke titisan terakhir..
Ya Mukollibal qulub, thabbait qulubana 'ala dinik wa a'ala jihadina fi sabilik.

8/13/09

Aku Hamba Mu Ya Allah


"Wahai Tuhan ku yg Esa, Bila kenang kan QahharMu, rasa gerun di hatiku kerana takut kan seksaMu hambaMu rasa berputus asa siapa kah dapat bersihkan diri dari segala dosa yg memburu setiap hari setiap ketika. Sewaktu mengenang GhaffarMu putus asa tiada lagi semangat ku pulih semula, harapan ku subur kembali. Alangkah susah nya mendidik nafsuku yg tidak melihat kebenaran Mu, mehnah Mu itu penghapus dosa ku pengganti hukuman Mu di akhirat." Ya Allah, alangkah sukarnya mendidik nafsuku. Alangkah sukarnya mengekalkan taubatku, alangkah payahnya menepati janjiKu padaMu, Alangkah berat nya utkku mengingatiMu setiap saat. Alangkah payahnya utk ku merasai bahawa kau sentiasa melihatKu. YaAllah, ampunilah aku, hambaMu yg lemah. Ya Allah sukarnya aku menepati janji ku padaMu, sedangkan Kau Tuhan yg menciptakan aku, yg memegang rohku, yg meminjamkan jasadku, yg menentukan takdirku, yg menjadikan aku dari air yg hina, dari segumpal tanah. Ya Allah, sesungguhnya tiada rugi bagiMu andai aku mendurhakai Mu. Namun alangkah besar kerugian dan penyesalan ku nanti, andai aku mendurhakai mu. YaAllah, yg mengetahui isi hati ku.Ya Allah yg membolak-balikkan hati2 manusia, tetapkanlah hatiku kepada mentaatiMu YaAllah. YaRahman peliharalah aku dari dosa2 yg ingin ku tinggalkan. YaAllah, janganlah kau tinggal kan aku dari pemerhatianmu, jgnlah kau biarkan aku hanyut dari mengagungkan Mu. Janganlah kau biarkan aku menggantikan tempatMu di hati ini dgn dunia yg terlalu kecil nilainya disisiMu. jadikanlah aku manusia yg dipercayai kerana imanku kepadaMu. Jadikanlah aku org yg dicintai, kerana cintaku kepadaMu. Jadikanlah aku org yg tinggi darjatnya kerana aku mengagungkan mu. Jadikanlah aku org yg sentiasa sedar bahawa dunia ini tidak lain dari sekadar ujian sejauh mana cinta ku pada Mu. YaAllah, bersihkan lah hatiku dari perkara2 yg boleh mensyirikkan ku pada Mu. Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim, janganlah kau beri kebahgiaan kepada ku di dunia ini andainya ia menjadikan ku sengsara di akhirat nanti. Janganlah kau temukan aku dgn seseorang yg akan kucintai andainya ia akan menjauhkan aku dari sisiMu di akhirat nanti, jgnlah kau beri kan aku kekayaan didunia andai nya ia akan menyebabkan aku gagal dalam hisabku di akhirat nanti.
YaAllah bersihkan lah hatiku dari noda2 hitam yg ku ciptakan sendiri. YaAllah kembalikan lah sinar di hatiku, walau secebis agar ia dapat menjadi sumber cahaya yg menyuluh hidupku, agar ku dapat membezakan antara yg hak dan yg batil. Ya Allah, Sedarkanlah aku akan hakikat kewujudanMu dan KeagunganMu. Lembutkanlah hatiku ini sebagaimana kau jadi kan besi lembut utk nabi Daud alaihissalam. YaAllah dengarlah rintihan hatiku, hambamu yg hina, hambamu yg lemah dan berdosa, hambamu yg sering melupakan mu, hambamu yg susah utk melakukan suruhanmu, hambamu yg sering melupakanmu di waktu senang dan hanya mengingatimu diwaktu susah, hambamu yg sering bongkak dan takbur hingga melupakan keagungan mu. hambamu yg sering berdolak dalik, hambamu yg sering berpura2 dan hambamu yg sering memungkiri janji taubatnya padamu. Ya Allah, Bantulah aku, ingatkanlah aku bila aku lupa, tegurlah aku dgn segera andainya aku lalai dan mula jauh dariMu. Jgnlah kau palingkan pemerhatianMu dari ku. YaAllah yg menciptakan alam yg sgt luas ini, berilah aku ruang disisiMu agar aku menjadi hambaMu yg soleh, hambamu yg beribadah bukan kerana inginkan syurga mu atau takutkan nerakamu tapi kerana inginkan keredhaan dan Rahmat dari mu Tuhan semesta alam.Ya Allah, jadikanlah hati yg kau pinjamkan kepadaku utk sementara ini, sentiasa mengingat keagunganmu dikala susah mahupun senang, jadikanlah tanganku yg kau pinjamkan sesaat didunia ini utk melakukan perkara yg kau redhai, jadikanlah sepasang mataku yg kau berikan ini utk melihat kebesaran dan keagunganMu melalui alam ciptaanMu, Jadikanlah juga ia, utk mengalirkan airmata taubat kepadamu, utk mengalirkan airmata kerana takut akan kemurkaanMu, kerana takut tidak diredhai olehMu, kerana takut tidak diterima olehMu di alam yg kekal selamanya nanti. Jadikanlah kakiku yg kau pinjam kan sementara didunia ini utk ku melangkah kearah jalan yg kau redhai. Jadikanlah mulut dan lidahku ini, utk ku menyebut2 keagungan dan kebesaran Mu kerana benar2 ku mengagungkanMu. Jadikanlah juga segala rezeki darimu yg masuk kemulut ku ini adlah yg halal dan jauh dari syubhah yg akan menjadi darah dagingku. Jadikanlah juga mindaku ini, utk memikirkan tentang KeesaanMu dan KehebatanMu menciptakan aku dan seluruh alam yg maha luas ini. Jadikanlah juga 24 jam sehari yg kau pinjamkan kepadaku dipenuhi dgn perkara bermanfaat dan yg kau redhai. Jadikanlah juga tempoh hayatku yg sementara dan tidak ku ketahui itu dipenuhi dgn perkara yg boleh membahagiakan aku diakhirat nanti.
YaAllah yg maha mengetahui isi hatiku. Kurniakanlah aku kebahagian didunia dan akhirat dan jauhkanlah aku dari azab api neraka. Amiiiin.355am~Hamba Allah

Doa

8/11/09

Aku yang Sorang


Salam...tak tahu nak buat apa sebenarnya..dalam lab ni pun dak2 ni sumanya keluar pergi merayap mencari barang tok persediaan konvo..dah nak konvo rupanya aku. macam tak percaya..masa berlalu dengan pantas..tuptup dah habis degree..mengayuh bahtera ke peringkat seterusnya..insyaAllah moga dipermudahkan..

belajar sampai ke tua la jawabnya..tak da masalah..kakak2 yang satu lab ngan aku ni lagi tua dari aku..kira aku ni kategori pertengahan juga..belajar adalah proses hidup..life to learn

Aku yang sorang....
Hidup sorang...
Buat amende semua sorang...
Mati nanti sorang gakk...
Makan Sorang2..
Minum pun , sorang2...
Nak makan dua orang...
Apakan daya...tak de orang....
Aku yang sorang...
Bangun pagi sorang...
Berjalan sorang2...berlari pun sorang2...
Lepak sorang2..mimpi pun sorang2...
Berangan sorang2..
Pegi bandar sorang2..balik bandar pun sorang2...
Bersendirian memanglah sorang2....
Semalam aku sorang...
Kini aku masih sorang...
Esok lusa sorang lagi kot...
Takkan selamanya aku sorang kott...
Tapi...
Aku bukannya orang-orang...
Aku juga bukannya orang minyak...
Dan aku juga bukannya orang gila...
Dan aku juga bukanlah orang jahat...
Tapi aku juga orang...macam orang lain Jugak...
Aku tahu...
Aku bukanlah orang berada...
Aku juga bukanlah orang glamer...
Dan aku bukanlah orang ternama...
Walaupun aku hanya orang biasa...
Aku tetap orang...
Aku yang sorang...
Walaupun aku sorang aku tetap orang...
Takkan selamanya harus aku sorang...
Untuk itu..carilah sorang...
Sesorang yang boleh mengubah..
Hidupku yang sorang...
Tapi...masalahnya...
Layakkah aku bertahta dihati sesorang?
Aku seorang orang yang sorang..

ntah apa2...aku pun tak tahu.life alone lagi best..tak da ganggu sapa2..tapi buat kerja Islam jangan sorang2..yang ni kena paham dan jangan tersilap paham...

8/10/09

Meraih Malam Yang Mulia


Kasih sayang Allah SWT kepada manusia begitu luas. Meskipun kita, hamba-Nya kerap terjerumus dalam dosa, namun Allah senantiasa Mengasihi kita, dengan memberikan kemudahan-kemudahan bagi hamba-Nya untuk mensucikan diri dari karat-karat dosa dan kemaksiatan. Sungguh, tak dibayangkan, sebesar apa noda hitam kemaksiatan yang tergores dalam hati kita, apabila Allah tidak melimpahkan ampunan-Nya yang Maha luas?

Ramadhan merupakan salah satu saranan yang Allah berikan kepada kita untuk menggapai ampunan-Nya. Banyak sekali kelebihan-kelebihan yang Allah berikan kepada hambanya melalui bulan penuh berkah ini. Salah satunya dengan kehadiran malam Lailatul Qadar, malam kemuliaan yang diselimuti keberkahan, dimana malam itu lebih baik dari seribu bulan.

Allah SWT berfirman dalam Al Quran surat al Qadr:

"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukan kamu apakah malam kemuliaan itu ? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhan-Nya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar," (QS al-Qadr (97) : 1 - 5)

Berdasarkan firman di atas, kita dapat melihat, begitu banyaknya kemuliaan yang Allah berikan. Malam itu, merupakan saat pertama kalinya Al Quran diturunkan kepada Rasulullah SAW. Para malaikat dan Malaikat Jibril turun ke langit dunia atas izin Allah SWT, dengan membawa berbagai kebaikan dan kesejahteraan dari Allah hingga tiba waktu Subuh. Dan yang paling mengagumkan, manusia yang melakukan ibadah pada saat itu, maka dia akan memperoleh kebaikan yang sangat melimpah, yang lebih baik ketimbang ibadahnya selama 1000 bulan atau sekitar 83 tahun. Subhanallah.

Sebagai orang yang beriman, tentu kita sangat mendambakan untuk mendapatkan malam kemuliaan itu. Kerana, betapa bahagianya kita, jika berhasil mendapatkannya. Hanya saja, tentu tidak semua manusia akan dapat memperolehnya. Lantas, siapa yang akan memperoleh malam kemuliaan Lailatul Qadar itu ?

Cuba semak sabda Rasulullah SAW dari Abu Hurairah ra, Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda :

"Barangsiapa orang yang berdiri di bulan Ramadhan, kerana iman dan ikhlas lillahi ta'ala, niscaya akan diampuni baginya apa-apa yang telah lalu dari dosanya. (HR Bukhari Muslim)

Jadi, orang yang layak akan mendapatkan berbagai keutamaan pada Lailatul Qadar tersebut adalah orang-orang yang beriman, hamba-hamba Allah SWT yang tengah melaksanakan berbagai pengabdiannya kepada Allah, disertai dengan keimanan, kekhusyuan, kesungguhan dan keikhlasan.

Malam Lailatul Qadar adalah suatu malam yang sangat dinantikan oleh segenap orang beriman, termasuk kita. Kenapa ? Kita tahu, betapa hebatnya kelebihan, dan keutamaan malam Lailatul Qadar itu.

Lalu, bilakah tepatnya malam itu turun ? Wallahu a'lam. Ada beberapa keterangan yang menjelaskan, bahwa kaum muslim hendaklah mencari Lailatul Qadar pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan (HR Bukhari). Atau atau pada tujuh hari terakhir, seperti sabda Rasulullah dari Ibnu Umar ra (HR Bukhari - Muslim)

Tampaknya bagi kita, tidak menjadi persoalan bila Lailatul Qadar itu didatangkan, tetapi yang penting adalah bagaimana menjemput kedatangannya setiap waktu, dan mempersiapkan diri untuk itu. Mungkin lebih baik, jika kita pusatkan perhatian pada

i. kesiapan mental

ii. kejernihan hati

iii. ketulusan jiwa

iv. kepenuhan iman kita

v. serta totalitas iman dan kepasrahan jiwa kita kepada Allah Azza wa Jalla.

Berangkat dari sini, kita perlu menyikapinya, dengan senantiasa mengoptimakan ibadah kita dalam bulan yang penuh rahmat ini. Dengan begitu, kita tidak khawatir akan terlepas dari malam Lailatul Qadar, akibat kita mencarinya hanya pada malam-malam tertentu.

Kalau ada pertanyaan tentang bagaimana cara untuk meraih kemuliaan itu ? salah satu jawabannya yakni dengan beri'tikaf, seperti yang dicontohkan Rasulullah SAW setiap bulan Ramadhan. Lalu kapan kita mulai melaksanakan i'tikaf, dan berapa lama ? Perhatikan sabda Rasulullah SAW :

"Dari Aisyah ra berkata : Adalah Rasulullah SAW apabila masuk tanggal sepuluh yaitu yang terakhir dari bulan Ramadhan, beliau mengencangkan ikat pinggangnya (bersungguh-sungguh dalam ibadahnya) beliau hidupkan malamnya serta membangunkan ahli rumahnya (HR Bukhari - Muslim)

Kerana itulah, mari jadikan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya sebagai media yang bisa mengantarkan kita pada kesucian. Adalah sangat disunahkan bagi kita untuk berusaha memperolehnya dengan memperbanyak ibadah dan amalan-amalan yang baik.

Alangkah sombongnya, manusia yang sangat menginginkan pengampunan dari Allah atas perbuatan-perbuatan mereka yang banyak menyimpang, apabila mereka menyia-nyiakan kesempatan emas yang belum tentu akan mereka dapatkan di masa-masa yang akan datang. Oleh kerana itu, merupakan keharusan untuk kita merebut janji yang Allah taburkan.

Kita, sebagai hamba Allah yang benar-benar memahami kebenaran kekuasaaan-Nya, sedar, bahawa usaha kita dalam mencari Lailatul Qadar ini adalah untuk membuktikan dan merealisasikan penghambaan kita kepada Allah SWT. Sehingga hal itu mengingatkan kita, seharusnya kita bersama-sama mendekatkan diri bila pun dan dimanapun, tanpa dibatasi ruang dan waktu.

Semoga Allah Yang Maha Agung, memberi kesempatan kepada kita untuk mengecap, menikmati dan melampaui malam Lailatul Qadar pada bulan Ramadhan ini dengan kesungguhan beribadah dan keikhlasan hati. Wallahu a'lam

Pada Saat Rinduku Kembali

Jun lalu kita telah memasuki bulan Rajab. ("Ya Allah berkahilah kami dalam bulan Rajab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan.")

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa (QS 2:183)

Beberapa hari lagi kita akan kedatangan bulan Ramadhan. Kedatangan Ramadhan tahun ini tentu kita sambut dengan penuh kegembiraan karena insya Allah, kesempatan menikmati ibadah Ramadhan kembali kita peroleh. Target utama dari ibadah Ramadhan sebagaimana yang disebutkan pada ayat diatas adalah semakin

mantapnya ketaqwaan kepada Allah Swt. Sebagai wujud dari rasa gembira itulah, Ramadhan tahun ini tidak boleh kita lewatkan begitu saja tanpa aktiviti yang dapat meningkatkan ketaqwaan diri, keluarga dan masyarakat kita kepada Allah Swt. Maka, persiapan-persiapan kearah itu sudah harus kita lakukan, baik secara peribadi maupun bersama-sama.

Ramadhan yang penuh berkah harus kita jadikan sebagai momentum untuk menyelamatkan masyarakat dengan melakukan taqarrub ilallah (mendekatkan diri kepada Allah), baik dengan taubat, munajat dan menjalankan sejumlah peribadatan maupun dengan khidmat yakni memberikan layanan yang terbaik kepada masyarakat agar kehidupan kita betul-betul dapat dirasakan manfaatnya bagi orang lain dan perbaikan masyarakat dapat kita wujudkan dari waktu ke waktu, baik perbaikan diri, keluarga, masyarakat maupun bangsa dan negara.

Persiapan Menjelang Ramadhan

1-Memperbanyak doa, jika telah memasuki bulan Rejab lalu Nabi Bersabda :

"Ya Allah berkahilah kami dalam bulan Rajab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan."

"Ya Allah bulan Ramadhan telah menaungi kami dan telah hadir, serahkanlah ia pada kami dan serahkanlah kami padanya, karunikanlah kami kesanggupan untuk berpuasa, dan menegakkan malam-malamnya. Dan karuniakanlah kami kesungguhan kekuatan dan semangat serta jauhkanlah kami dari fitnah didalamnya." "Ya Allah sampaikanlah kami pada Ramadhan dengan aman, keimanan, keselamatan, Islam, kesehatan dan terhindar dari penyakit serta bantulah kami untuk melaksanakan shalat, puasa dan tilawah al-Quran padanya."

2- Memperbanyak aktiviti puasa di bulan Sya’ban, seperti yang dilakukan oleh Rasulullah saw dalam hadis Bukhari-Muslim, Aisyah ra. berkata : Tidaklah aku lihat Rasul menyempurnakan puasanya sebulan penuh kecuali pada Ramadhan dan tidak juga aku lihat beliau memperbanyak puasa sunnatnya kecuali di bulan Sya’ban.

3- Memperbanyak aktiviti tilawah Quran, sebagaimana yang diungkapkan Anas bin Malik bahwa para sahabat jika memasuki bulan Sya’ban, mereka segera mengambil mushaf dan membacanya.

4- Segera mengqodho’ puasa. Aisyah ra. berkata : Dulu aku pernah punya hutang puasa Ramadhan, dan aku tidak dapat membayar qodho’nya kecuali pada bulan Sya’ban.

5- Saling maaf memaafkan sesama muslim, sehingga dalam memasuki Ramadhan dosa kita dengan sesama sudah terhapuskan sehingga pada bulan Ramadhan hanya menyelesaikan dosa kepada Allah swt saja, dan pada saat hari raya Idul Fitri tiba , kita benar-benar berada dalam keadaan fitrah.

6- Mengkaji fiqih yang berkaitan dengan ibadah Ramadhan, sehingga pelaksanaannya berjalan dengan baik berdasarkan pemahaman yang benar.

Pada Saat Ramadhan

Ihya Ramadhan atau menghidupkan Ramadhan dengan berbagai aktivitas yang dapat mendekatkan diri kepada Allah.Bulan yang penuh berkah, rahmat dan ampunan ini hendaknya diisi dengan memperbanyak ibadah kepada Allah swt, memperpanjang ruku’, sujud, shalat tarawih, bermunajat kepada Allah, memperbanyak sholat nawafil, senantiasa berzikit, tilawah dan tadabbur al-Quran, I’tikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, mengurangi waktu tidur pada siang hari (sementara Rasulullah dan Ummahatul Mu’minin selama Ramadhan begitu aktifnya beramal). Disamping itu aktiviti Ramadhan juga harus dapat memperkokoh hubungan dengan sesama, seperti memberikan zakat, infaq dan shadaqah, ifthor (buka puasa bersama) dll. Menjauhkan diri dari perbuatan laghwu (sia-sia) Bulan Ramadhan adalah fursah untuk memperbanyak ibadah sehingga kita dapat menjauhi hal-hal yang mempersempit waktu ibadah, seperti menghabiskan waktu hampir seharian di dapur untuk menyiapkan makanan berbuka, karena saat yang terbaik untuk pengisian ruh dan pensucian jiwa akan hilang begitu saja dengan pengisian perut dan pengotoran jiwa, menghabiskan waktu di depan television dan perbuatan lainnya yang cenderung tidak ada gunanya. Menahan anggota tubuh dan hati dari perbuatan yang diharamkan menjadi suatu keniscayaan dalam bulan Ramadhan ini. Seperti misalnya menahan pandangan mata dari pandangan yang dimakruhkan, Menahan pendengaran dari namimah, ghibah dan kemungkaran, menjaga Lisan dan hati dari perbuatan yang dapat mengotorinya. Rasulullah saw Bersabda : bukanlah shaum itu sekedar meninggalkan makan dan minum, Melainkan meninggalkan pekerjaan sia-sia (tak bernilai) dan kata-kata Sombong (HR.Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah). Rasulullah saw juga Bersabda : Barangsiapa yang selama berpuasa tidak juga meninggalkan kata-kata bohong, bahkan mempraktekkannya, maka tidak ada nilainya bagi Allah apa yang ia sangkakan sebagai puasa, yaitu sekedar meninggalkan makan dan minum (HR.Bukhari-Muslim).

Dalam Ramadhan ini kita bertekad akan menyelami rahsia kehidupan, dari mana, di mana dan hendak kemana kita ? Sehingga kita akan menghayati bahwa dunia ini adalah tempat berusaha untuk mematuhi perintah Allah dan akhirat adalah untuk menerima balasan dariNya.Pada bulan Ramadhan ini, kita akan berusaha untuk mendapatkan rahmat dan ampunan Allah, karena sesungguhnya kecelakaanlah bagi orang-orang yang tidak mendapatkan rahmat Allah pada bulan yang penuh dengan rahmat ini.

Selamat datang Wahai Ramadhan, bulan yang agung, bulan yang penuh berkah, bulan yang menghapuskan dosa dan mengabulkan doa bagi orang-orang yang bersungguh-sungguh beribadah di dalamnya.

Ya Ilahi, Engkaulah tujuan kami dan KeridhoanMulah dambaan kami.

8/8/09

salam

salam...selesai sudah program selama 3 hari 2 malam..moga adik2 suma beroleh ilmu yang berguna untuk menempuh dugaan yang mendatang..moga apa yang di ucap akan dilakukan sebaik mungkin..aku percaya adik2 boleh melakukan yang terbaik..insyaAllah

masalah hati sering berlaku terutamanya kepada muslimat..biasalah masalah turun temurun dulu kini dan selamanya..tinggal lagi bagaimana untuk mengurus hati dengan baik. 'hablun minallah wa hablun minannas' jagalah hubungan dengan Allah pasti hubungan dengan manusia akan berjalan dengan lancar..

masalah remeh temeh jangan dihiraukan..jangan biarkan masalah hati membantutkan jalan perjuangan yang panjang..'dia hati kering tak pe la'...huhuh mana ada orang yang hatinya kering..kalau aku tak ambil pendekatan ni dah lama aku tak berada di sini..mungkin di dunia lain...atau di alam lain. hati kering bukan bermakna tiada hati...just let it go...masalah remeh temeh jangan disimpan...delete saja daripada ingatan.kalau tak mampu delete..pause kejap..then delete..

masalah..perkara biasa dalam kehidupan..cuma bagaimana untuk kita menguruskan masalah itu dengan baik...selain itu sentiasalah berdoa moga setiap urusan kita mendapat petunjuk dari Dia..

bak pesanan Al Syahid Hasan Al Banna yang ke 10..kerja yang ada melebihi dari masa yang ada. jangan menjadi insan yang lemah kerana manusia yang lain..."ana romyun min rimayatil Islam farni ainama syi'ta"..maksudnya aku adalah panah dari panahan Islam, di mana saja aku dicampakkan di situ aku terus Berjuang..

selamat berjuang buat antum semua..kita jumpa lagi di 'family' akan datang..insyaAllah.

Alam yang maha indah ini..

Umpama sebuah kitab besar

Yang terbentang luas di hadapan kita..

Didalamnya tertulis perjuangan hidup yang bakal ditempuhi setiap manusia

Ada yang bahagia dan ada pula yang sengsara…

Bagi mereka yang bijaksana..

Semuanya itu akan dijadikan pelita dengan

Mengambil iktibar darinya..

Buatmu Adik-adik...

Dengan kecantikan Mu..Kau lebih elok dari matahari…

Dengan akhlakmu kau lebih wangi dari haruman..

Dengan rendah hatimu kau lebih tinggi dari rembulan..

Dengan kelembutanmu kau lebih halus dari rintik..

Maka pertahankanlah keindahan ini,agar kau terusan menjadi sayap kiri perjuangan islam..

Penegak kalimah Allah dimuka bumi..

Allah akhbar !!!!

“kadang-kala tuhan sembunyikan mentari,datangkan hujan, petir dan kilat.kita menangis dan tertanya kemana hilangnya mentari…Tapi rupanya tuhan hendak memberik kita pelangi indah…”

8/4/09

Andai Ini Ramadhan Terakhir..


wahai dikau...renunglah engkau akan nasib diri wahai qalbu...sedarkah engkau akan gerak hati wahai aqal...terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir kali buatmu sekujur jasad yang bakal berlalu pergi tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi kematian...adalah sesuatu yang pasti
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu siangnya engkau sibuk berzikir biarpun anak tekak kering kehausan air tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu solat yang dikerjai...sungguh khusyuk lagi tawadhu' tubuh, minda, dan qalbu...bersatu memperhamba diri mengadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku... kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tidak akan kau persiakan walau sesaat yang berlalu setiap masa tak akan dipersia begitu saja di setiap kesempatan juga masa yang terluang alunan Al-Quran bakal kau dendang... bakal kau syairkan andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu malammu engkau sibukkan dengan pesta-pestaan berterawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. .. mengadu...merintih. ..meminta belas kasih "sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU" oleh itu duhai Ilahi...kasihanilah daku hamba-MU ini andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu dirimu tak akan melupai mereka yang tersayang ayuh ke mari kita meriahkan Ramadhan kita buru...kita cari...suatu malam idaman yang lebih berkat dari seribu bulan andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu engkau bakal bersedia batin dan zahir mempersiap diri...rohani dan jasmani menanti-nanti jemputan Izrail di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman duhai Ilahi... andai ini Ramadhan terakhir buat kami jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri... menerangi kegelapan hati-hati kami menyuluhi diri ke jalan menuju redha serta kasihsayang mu Ya Ilahi semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti namun saudara... tak akan ada manusia yang bakal mengetahui samada Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali hanya yang termampu bagi seorang hamba itu berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita Selamat Menyambut Ramadhan ............ ..] Seorang yang berakal, dalam sisi Allah, tak akan takut terhadap pencelaan dari orang yang mencela..... Semua makhluk, dalam pandangannya, identik sebagai orang yang lemah, sakit dan miskin.
Renung-renung bersama..... ....
Allahuakbar! !!