9/29/10

Tak mau DUIT JUdI


WARGA emas memulangkan semula wang ihsan RM100 daripada kerajaan negeri Pulau Pinang di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Datuk Azhar Ibrahim, hari ini selepas curiga dengan sumber wang berkenaan.

***Alhamdulillah, walaupun hidup susah dan nilai RM100 itu agak besar, tapi mereka tidak teragak-agak untuk memulangkannya semula. biarlah takkan papa kedana kerana RM100 tu. emmh, sayugia nak ingatkan pakcik-pakcik sekelian, agak-agak duit  pencen yang pakcik dok terima tu termasuk duit judi atau tidak?. pakcik tahu ka berapa banyak cukai hasil judi yang kerajaan dapat? kerajaan ada akaun asing macam kerajaan Kelantan ka?. kalau pakcik tak tahu tak apa. kalau anak-anak pak cik kerja gomen, gaji depa pun ada juga termasuk sebahagian dari sumber cukai judi. kalau anak-anak pakcik bagi tiap bulan, lepas ni pakcik pulangkan semula pada depa. pakcik eja pelan-pelan jangan gopoh-gopoh, baca apa kata Dr Asri, pensyarah di usm, mantan mufti Perlis: "Sekiranya semua transaksi bantuan dipersoalkan sumbernya, tidak ada lagi wang yang bukan daripada sumber haram. Setiap duit yang kita terima itu tentulah pernah digunakan untuk kegiatan lain".
"Apa yang jadi pertikaian bukanlah duit contohnya RM50 daripada hasil judi itu, tapi nilainya. Apabila diterima, nilainya adalah sumbangan daripada hasil judi, tapi bila ia disalurkan kepada orang miskin, nilainya adalah bantuan" takpalah dah dipulangkan janganlah dok menyesal pulak. insyaAllah mungkin ada egen mana-mana pihak yang akan bagi upah pulak sebagai tanda terima kasih, kerana jasa pakcik-pkcik memalukan kerajaan LGE. yang depa bagi tu 100% bersih, suci lagi menyucikan***
nota: susah juga kalau jadi manusia bengong yang diperalatkan.

-ni lah masalahnya kalau tak mengaji...agak2 boleh ka terima duit hasil judi ni?

jawabnya boleh tapi jangan guna untuk beli makan dan pakai..duit tu buat la guna untuk baiki rumah ka..baiki tandas ka...buat longkang ka...etc yang sewaktu dengannnya. wallahua'lam

sumber

al-fatihah buat Tuan Guru Hj Abd Latif @ Pak Teh Keruh



Salam takziah...
Kita semua milik Allah. Dan pasti akan kembali kepada Nya jua. Malam ini menjadi saksi atas kematian seorang lagi ulama yang sangat ikhlas dan zuhud iaitu Tuan guru Hj Abd Latif atau lebih dikenali dengan gelaran Pak teh Keruh.


al-Fatihah buat al-Marhum Tuan guru Hj Latif.. Semoga ruh beliau bersama dengan para kekasih Allah..amiin...

9/9/10

Salam Aidilfitri


Salam buat semua pembaca...pejam celik pejam celik sudah tamat  kita berada dalam MADRASAh Ramadhan yang Mulia.Sedikit perkongsian kepada sahabat-sahabat Taujihat yang telah disampaikan oleh Murobbi Ustaz Zainul Asri Bin Haji Ramli aka Pak Long.

'Adakah Ramadhan yang bakal meninggalkan kita telah  menjadi MAdrasah kepada jiwa dan rohani kita?'
'Berapa kalikah kita menangis di sepanjang Ramadhan yang berlalu?'
'Berapa kalikah kita mengkhatam Al Quran?'

Buktinya ialah:

Bertanyalah kepada perasaan mu..kerana apa yang kita rasa sudah pasti kita saja yang mengetahuinya. Apa perasaan kita untuk meninggalkan Ramadhan? adakah hati membuak-buak tidak sabar menanti hari raya?atau sedih meninggalkan Ramadhan? atau ada juga yang tidak berasa apa-apa..rasa nak raya pun tak apatah lagi sedih meninggalkan Ramdhan...Di manakah kita?adakah kita merasai nikmat kemanisan Ramadhan...Ya Allah masih jauh rupanya hati kita...ada yang sudah berpuasa selamat 20 tahun..ada yang 25 tahun ada yang 15 tahun..tapi apa yang kita dapat apabila keluar dari madrasah Ramadhan..

Adakah Ramadhan yang berlalu benar-benar menjadi madrasah kepada jiwa dan hati kita. Semakin tinggi keyakinan kepada Allah...atau ramdhan yang berlalu sekadar adat yang dilalui setiap tahun. Kembalilah kepada Fitrah Jiwamu..Malam Qadr dikurnikan Allah kepada jiwa yang mencapai ketinggian maksima Ruhiyyah...kita? Allah jauhnya...Berapa kali khatam Al quran...berapa kali kita menangis mengenangkan dosa yang terlalu banyak..jauh jaraknya untuk mencapai Lailatul Qadr. hadiah Tuhan kepada HambaNya yang mencapai maqam TAQWa.

Adakah modul yang telah digariskan dalam Ramadhan benar-benar telah kita hayati?
1-AL Quran
2-Solat Terawih
3-Sembahyang berjemaah
4-Sunat sebelum dan selepas
5-Iktikaf

Jika modul yang digariskan masih gagal untuk kita hayati...bagaimana mungkin untuk kita menjadi GENERASI KEMENANGAN YANG DINANTI?? Ya Allah pilihlah kami untuk tergolong dalam generasi ini...kalau bukan kami mungkin anak adan cucu kami. Hidup adalah untuk mencipta seni kematian...kerana matlamat hidup setiap mukmin adalah MATI.

Akhir kalam semoga RAmaDAhan yang bakal pergi akan meningkatkan keTAQwaan kepada hati dan jiwa kita khususnya kepada mereka yang MEngaKU sebagai peJUAng AGAMA yang suci ini. InsyaAllah..Adakah layak untuk kita merayakan kemenangan yang belum tentu menjadi milik kita..:(

9/5/10

Oh Malaysia ku tercinta

Kebenaran di sebalik penipuan dan kebetulan. (shared)

Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3 setiap kali mendapat sambutan hangat dan komen yang memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas. Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kac televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan ini disiarkan. Namun Iklan Aidilfitri 2010 tampil dengan membawakan 1001 kelainan. Apakah yang lainnya? sila lihat sendiri videonya di link ini:

http://www.youtube.com/watch?v=YKN5jW8WJ9Y

Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Sama ada pembaca-pembaca yang bijak sekalian hendak mempercayainya atau tidak, terpulang.



Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingk...ap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
Pokok Krismas - Simbol Paganism



Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian
Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.
Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang 'menyalib' setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?


Apa sebab perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.


Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh..

 
Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..

Mungkinkah semua ini adalah kebetulan? Banyakkan membaca tentang agenda kafir laknatullah terhadap umat Islam memandangkan iklan ini berkaitan dengan perayaan umat Islam. Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran: "Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka" (2:120).

9/4/10

Sambutan Merdeka Kerajaan Negeri SElangor

Sajak : Pesaka Merdeka

PESAKA MERDEKA 

Bergalang Tanah Bergadai Pesaka
Rebah Bangun Lintang Tiarap
Terlentang Minum Embun
Meniarap Makan Tanah

Bumi Pertiwiku
Tetap diperjuang
Maruah Agama
Setia digalas dipertahan
Maruah Bangsa dan negara
Dikandung Badan
Demi Kedaulatan
Negara Merdeka

Merdeka dari Penjajahan
Minda yang menjarah
Merdeka dari Perhambaan
Ekonomi yang Memerah
Merdeka dari Penindasan
Politik yang Serakah



Tanahairku Mesti bangkit
Mendongak Dagu maju
Membina Masa Depan
Gemilang dan Maju
Membina Negara
Munajat Redha dan Restu

Aku , Engkau , Kamu
Adalah Anak Merdeka
Ayuuuuuh !

Tuntutlah Ilmu Binalah Jiwa
Jangan Alpa Usah Leka

Amanah Ummah Merdeka
Adalah dibahu Kita

Amanah Negara Merdeka
Adalah dibahu Kita

Amanah Nusa Bangsa
Adalah dibahu Kita

Merdekalah Jiwa
Merdekalah Minda
Merdekalah Bangsa
Merdekalah Negara
Merdekalah Kita

Merdekakah Kita ?
Terbelakah Kita ?

Atas Lebar Hamparan
Tanah Tumpah Air Insan
Merekah Bumi Gersang
Tandus Nilai Kasih Sayang

Merdekakah Kita ? 
Terbelakah Kita ?

Menebus Maruah Balar Tercalar
Angkara Haiwan Berpangkat Bergelar
Dada dirobek Jantung dikelar
Bahasa diherdik Sesuku Ajar
Penguasa Membidik Bohong di Layar

Merdekakah Kita ?
Terbelakah Kita ?

Suara dipasung Media disuaka
Puaka diusung Jelata disita

Merdekakah Kita ?
Terbelakah Kita ?

Usah Bercanda Gurindam Sendu
Lupa Sengsara Semalam ditipu


Merdekakah Kita ?
Terbelakah Kita ?
Lambaian Merdeka buat seluruh anak bangsa yang turun ke I City Shah Alam 30 August menanti detik 12 tengah malam meraikan ulangtahun kemerdekaan negara ke 53 . Alhamdulillah dihadapan ribuan hadhirin , saya diberi kepercayaan untuk mendeklamasikan sajak berjudul Merdeka : Sebenarnya Untuk Siapa ? secara berduet dengan Sdr Shamsul Iskandar [ Ketua AMK Pusat] , sdr Jonah [ Ketua AMK Selangor ] dan Ustaz Hasbullah [ Ketua DPP Negeri Selangor ] . Sementara secara solo saya mendeklamasikan sajak bertajuk Pesaka Merdeka yang saya cipta Khas buat seluruh warga Malaysia terutama buat anak - anak muda.
Ustaz Asyraf [ Imam Muda Realiti T 9 ] mengimamkan solat Isyak dan Terawih di tapak sambutan Penghayatan Ramadhan dan Kemerdekaan Negara [ i city Seksyen 7 Shah Alam ]. Sungguh merdu suara dan lunak tertib bacaan imam muda ini .
Anak - anak muda yang mula memisahkan diri dari sambutan kemerdekaan yang bergelumang dengan maksiat dan mungkar . Nyata kini jiwa yang kosong mula mencari sentuhan ruhani yang mampu membahagiakan mereka di dunia dan akhirat .
Biarpun disambut dengan nilai spiritual dan hiburan sederhana yang dibenarkan oleh syara' , ia tetap meriah dengan semangat patriotik anak - anak muda yang beralih kepada bentuk sambutan alternatif . Syabas Kerajaan Negeri Selangor dan syabas kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor .

Ramli Sarip yang juga dikenali dengan Papa Rock tidak canggung menyapa saya dibilik persalinan selebriti [ di belakang pentas ] biarpun datang dari benua atau planet [pinjam kata - kata Aqil Hayy ] yang berbeza . kami mula berkenalan dan kini berputik satu jalinan 2 hala antara kami .
Orang ramai yang teruja menyertai program alternatif Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan Negara bagi kali ke 57 dan Penghayatan Ramadhan . Tiada peleseran dan pergaulan bebas kecuali mereka yang berada di luar tapak persembahan . Sejurus selesai persembahan sambutan ulangtahun kemerdekaan , Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor meneruskan aktiiti dengan dakwah dan kempen Anti Zina [ edar risalah ] , qiamulail dan kuliah subuh di I City Shah Alam.
A Samad Said turut mendeklamasikan sajaknya


Mawi menyampaikan beberapa buah lagu terbarunya
Ustaz Asyraf Imam Muda mengibarkan Jalur Gemilang .



* baru betul sambut merdeka begini. MOga jumlah bayi yang di buang pada musim akan datang akan berkurang insyaAllah* oh Malaysia tanah air ku..

9/1/10

Kelebihan puasa dari segi saintifik

PUASA memiliki banyak hikmah dan manfaat untuk tubuh, ketenangan jiwa, dan kecantikan. Semasa berpuasa, organ-organ tubuh dapat beristirehat dan sel dalam tubuh boleh berkumpul untuk bertahan. Puasa juga boleh mengeluarkan kotoran, toksin/racun dari dalam tubuh, meremajakan sel-sel tubuh dan menggantikan sel-sel tubuh yang sudah rosak dengan yang baru serta untuk memperbaiki fungsi hormon, menjadikan kulit sihat dan meningkatkan daya tahan tubuh kerana manusia mempunyai kemampuan terapi secara semulajadi.
Puasa dapat membuat kulit menjadi segar, sihat, lembut, dan berseri. Kerana setiap saat tubuh mengalami metabolisme tenaga, iaitu peristiwa perubahan dari energi yang terkandung dalam zat gizi menjadi tenaga potensi dalam tubuh. Sisanya akan disimpan di dalam tubuh, sel ginjal, sel kulit dan kelopak mata serta dalam bentuk lemak dan glikogen.
Beberapa cendekiawan telah melakukan beberapa ujian tentang puasa diantaranya secara ringkas dibawah ini:



1. Allan Cott, M.D.,

Seorang pakar dari Amerika Syarikat, telah menghimpun hasil pengamatan dan penelitian para ilmuwan berbagai negara, lalu menghimpunnya dalam sebuah bukuWhy Fast iaitu berbagai hikmah puasa, antara lain: a. To feel better physically and mentally (merasa lebih baik secara fizikal dan mental).
b. To look and feel younger (merasa lebih muda).
c. To clean out the body (membersihkan badan)
d. To lower blood pressure and cholesterol levels (menurunkan tekanan darah dan kadar lemak.
e. To get more out of sex (lebih mampu mengendalikan seks).
f. To let the body health itself (membuat badan sihat dengan sendirinya).
g. To relieve tension (mengendurkan ketegangan jiwa).
h. To sharp the senses (menajamkan fungsi sense).
i. To gain control of oneself (memperolehi kemampuan mengendalikan diri sendiri).
j. To slow the aging process (memperlambat proses penuaan).



2. Dr. Yuri Nikolayev


      Pengarah bahagian diet di Moscow menilai kemampuan untuk berpuasa yang mengakibatkan orang yang menjalaninya boleh menjadi awet muda, sebagai suatu penemuan (ilmu) terbesar abad ini. Beliau mengatakan: what do you think is the most important discovery in our time? The radioactive watches? Exocet bombs? In my opinion the bigest discovery of our time is the ability to make onself younger phisically, mentally and spiritually through rational fasting. (Menurut pendapat anda, apakah penemuan terpenting pada abad ini? Jam radioaktif? Bom exoset? Menurut pendapat saya, penemuan terbesar dalam abad ini ialah kemampuan seseorang membuat dirinya tetap awet muda secara fizikal, mental, dan spiritual, melalui puasa yang rasional).



3. Alvenia M. Fulton

Direktor Lembaga Makanan Sihat “Fultonia” di Amerika Syarikat menyatakan bahawa puasa adalah cara terbaik untuk memperindah dan mempercantik wanita secara semulajadi. Puasa menghasilkan kelembutan pesona dan daya pikat. Puasa menormalkan fungsi-fungsi kewanitaan dan membentuk kembali keindahan tubuh (fasting is the ladies best beautifier, it brings grace charm and poice, it normalizes female functions and reshapes the body contour).


4.  Muzam MG, Ali M.N dan Husain

Berpendapat bahawa puasa juga selamat untuk pesakit yang mempunyai gangguan ulser. Penelitian dilakukan oleh Muzam MG, Ali M.N dan Husain dalam tindakan terhadap kesan puasa ramadhan terhadap sakit perut.



5. Elson M. Haas M.D.

Direktor Medical Centre of Marin (sejak 1984) mengatakan dalam puasa merupakan bahagian dari trilogy nutrision, balancing, building( toning). Elson percaya bahwa puasa adalah bahagian yang hilang “missing link” dalam diet di dunia barat. Kebanyakan orang di barat over eating atau terlalu banyak makan, makan dengan protein yang berlebihan dan lemak yang berlebihan. Sehingga ia menyarankan agar orang lain mulai mengatur makanannya agar lebih seimbang dan mulai berpuasa, kerana puasa bermanfaat sebagai: purifikasi, peremajaan, istirahat pada organ pencernaan, anti aging, mengurangi alergi, mengurangi berat badan, mengawal mental dan emosi, perubahan kebiasaan dari kebiasaan makan yang buruk menjadi lebih seimbang dan lebih terkawall, meningkatkan daya tahan tubuh.
Puasa dapat mengubati penyakit seperti Influeza, bronkitis, diare, konstipasi, alergi makanan, asma, aterosklerosis, penyakit jantung koroner, hipertensi, diabetes, obesitas, kanker, epilepsi, sakit pada punggung, sakit mental, angina pectoris (sakit dada kerana jantung), panas dan insomnia.



6. Dr Sabah al-Baqir dan kawan-kawan

Mengatakan bahawa puasa dapat mengurangi jumlah hormon melawan stress. Dia bersama kumpulan dari Falkuti kedoktoran Universiti King Saud yang melakukan studi terhadap hormon prolaktin, insulin dan kortisol, pada tujuh orang laki-laki yang berpuasa sebagai sampel. Hasilnya bahawa tidak ada perubahan signifikan pada level kortisol. Prolaktin, dan insulin. Ini menunjukkan bahawa puasa bulan ramadhan bukanlah pekerjaan yang memberatkan, dan tidak mengakibatkan tekanan mental maupun saraf.



7. Dr Riyadh Sulaiman dan kawan-kawan

Tahun 1990 dari RS Universiti King Khalid, Riyadh Saudi melakukan penelitian terhadap pengaruh puasa Ramadhan terhadap 47 penderita diabetes tahap kedua (pesakit yang tidak tergantung insulin). Dan sejumlah orang sihat. Hasil penelitian menunjukkan bahawa puasa bulan ramadhan tidak menimbulkan penurunan berat badan yang signifikan. Tidak ada pengaruh apapun yang bererti pada kawalan penyakit diabetes diabetes dikalangan penderita ini. Sejauh ini puasa Ramadhan selamat sahaja bagi penderita diabetes sejauh dilakukan dengan kesedaran dan kawalan makanan serta ubat-ubatan.



8. Dr. Muhammad Munib

Dan kawan-kawan dari Turki juga melakukan sebuah kajiselidik terhadap seratus responden muslim, Sampel darah mereka diambil sebelum dan diakhir bulan ramadhan, untuk dilakukan analisis dan pengukuran terhadap kandungan protein, total lemak (total lipid), lemak fosfat, asam lemak bebas, kolesterol, albumin, globulin, gula darah, tryglycerol, dan unsur-unsur pembentuk darah lainnya, dan didapat, antara lain bahwa terjadi penurunan umum pada kadar gula (glukosa) dan tryacyglicerol orang yang berpuasa, terjadinya penurunan parsial dan ringan pada berat badan, tidak terlihat adanya aseton dalam urin, baik dalam awal maupun akhir puasa, sebab sebelum puasa ramadhan, kenyataan ini menegaskan tidak adanya pembentukan zat-zat keton yang berbahaya bagi tubuh selama bulan puasa islam, Dengan keutamaan puasa, glikogen dalam tubuh mengalami peremajaan, memompa gerakan lemak yang tersimpan, sehingga menghasilkan energi yang lebih meningkat.
Sejak zaman dulu puasa dipakai sebagai pengubatan yang terbaik seperti kata Plato bahwa puasa adalah untuk mengubati sakit fizikal dan mental. Philippus Paracelsus mengatakan bahwa “Fasting is the greatest remedy the physician within!”
Puasa sudah diakui menjadi penyembuh terhebat dalam menangani penyakit, bahkan di Amerika ada pusat puasa yang diberi nama “Fasting Center International, Inc”, Director Dennis Paulson yang berdiri sudah sejak 35 tahun yang lalu, dengan pesakit dari 220 negara. Yang mencadangkan Puasa dalam:
(1) program penurunan berat badan,
(2) mengeluarkan toxin tubuh,
(3) puasa dapat memperbaiki energy, kesehatan mental, kesehatan fisik dan yang paling terpenting meningkatkan kualiti hidup.


   Oleh itu,wajiblah kita sebagai hambaNya menyedari bahawa setiap yang ditetapkan oleh  Allah itu adalah tidak sia-sia.Justeru,banyakkan lah beramal,sebagai persediaan menempuh alam akhirat kelak,sekian.

                           "IBADAH DIPERTINGKATKAN , ISLAM DIMULIAKAN"


Baitul_Irfan