5/25/10

Himpunan Besar 3 Julai



1. Membantah Lesen Judi Bola atau sukanyang diluluskan oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional membawa kepada tindakan tegas dari pihak Dewan Pemuda PAS Pusat .

Pertama : Himpunan 3 Julai 2010

Himpunan Besaran - besaran pada 3 Julai 2010 akan diadakan di perkarangan Masjid Negara dan kemudian berarak ke Istana negera mengiringi pimpinan Pemuda Pakatan rakyat untuk menyerahkan memorandum bantah Lesen Judi serta merayu campur tangan Raja - Raja Melayu untuk mendesak agar Kerajaan memansukhkan Lesen Judi Bola atau sukan tersebut .

Kedua : Himpunan 21 Mei 2010 [ jumaat ]

Himpunan besar - besaran yang mensasarkan penyertaan 5 ribu rakyat di setiap masjid negeri di seluruh negara pada 21 Mei 2010 untuk tujuan menyuarakan bantahan rakyat terhadap tindakan Kerajaan meluluskan Lesen Judi Bola dan sukan ini .

Ketiga : Memorandum kepada Mufti - Mufti Negeri [ tempoh 21 Mei hingga 30 June ]

Satu rally Dewan Pemuda PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Negeri - negeri akan menganjurkan satu siri penyerahan Memorandum Bantah Lesen Judi tersebut kepada mufti - mufti di setiap negeri sepanjang tempoh sebulan ini dari 21 Mei hingga 21 June 2010 . Mendesak agar mufti - mufti negeri membawa isu ini ke Majlis Mufti Kebangsaan lalu mendesak kerajaan agar menarik balik kelulusan Lesen Judi Bola yang telah dianugerahkan kepada Berjaya Group .

Keempat : Roadshow Mendidik rakyat [ sepanjang tempoih 21 Mei hingga 30 June ]

Dewan Pemuda PAS Pusat juga akan mengadakan Roadshow ke seluruh negara dalam tempoh sebulan ini bagi menjelaskan kepada rakyat mengenai keburukan dan kesan negatif judi bola yang akan dilaksanakan ini sekaligus mendidik rakyat agar tidak terjebak dalam perangkap judi yang diharamkan oleh semua agama .

Kelima : Edaran Risalah Hindari Judi

Risalah Hindari Judi [ Ya untuk Bola , Tidak untuk Judi ] akan diedarkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Negeri - negeri kepada semua khasnya peminat sukan bolasepak terutamanya di sepanjang musim FIFA WORLD CUP dan EPL pada musim depan .

2. Dewan Pemuda PAS Pusat juga akan memanafaatkan segala ruang dan peluang yang wujud sepanjang tempoh itu untuk menganjurkan apa jua tindakan berkesan ke arah mendesak Kerajaan menarik balik lesen judi yang telas diluluskan itu . Dalam masa yang sama peranan besar Dewan Pemuda PAS Pusat ialah mendidik rakyat agar menyedari keburukan judi lantas menjauhkan diri daripadanya .

3. Saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat mengharapkan penyertaan semua warga prihatin termasuklah badan - badan bukan kerajaan dan juga golongan non muslim agar turut menjayakan hasrat rakyat yang insaf dan sedar tentang implikasi buruk dari angkara judi tersebut .

Keterangan lanjut boleh hubungi sekteriat Dewan Pemuda PAS Pusat di talian : 03 269 25000
http://episodeperjuangan.blogspot.com/

Konsert Aura Unggu

Pintu Masuk Dewan Kebudayaan Negeri Selangor

Turun dari bas...sapa tak kenal ni bas?huhu

Acara Senam Robik

Penyokong dari Perlis

Gerai Perlis

Peserta kumpulan dari Perlis

Hasil Memanah...ada berani? paling tinggi kat kuning tu..walaupun kali pertama memanah..:)

5/24/10

Mengapa Suka Sangat Bersangka

Manusia hari ni suka sangat bersangka-sangka..
ada sangkaan baik..ada sangkaan buruk...
orang beribadah disangka riak..
orang yang relax disangka pemalas..
orang yang tabah disangka keras kepala..
orang yang senyum dikala ujian menyapa disangka ego..
orang yang senyum disangka mengejek..
orang yang diam disangka menyendiri..
orang menegur disangka memandai..
orang masam disangka merajuk..
orang baik disangka buruk..
orang buruk disangka baik...
orang diam disangka menyendiri..
lagi apa lagi..macam-macam sangkaan..



Mana tahu.... yang diam itu kerana berzikir kepada Allah, mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah, mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa, mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya, mana tahu yang ceria itu kerana cergas, manalah tahu yang menegur itu benar-baner ikhlas, manalah tahu yang membebel itu sedang menasihatinya. Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti memusnahkan kayu dimakan api...satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang kita boleh buat, semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya...

dan yang sebenarnya aku ni tak tahu nak tulis apa...huh. di bawah ni lirik lagi i believe yourself...'believe my self'...

Lonely the path you have chosen
A restless road, no turning back
One day you will find your light again
Don't you know
Don't let go the chance


Follow your heart
Let your love lead through the darkness
Back to a place you once knew
I believe I believe I believe in you
Follow your dreams
Be yourself an angel of kindness
There's nothing that you cannot do
I believe I believe I believe in you

Someday I'll find you
Someday you'll find me too
And when I hold you close
I know that it's true

Follow your heart
Let your love lead through the darkness
Back to a place you once knew
I believe I believe I believe in you
Follow your dreams
Be yourself an angel of kindness
There's nothing that you cannot do
I believe I believe I believe in you





5/13/10

Hukum Memakai Inai Bagi Lelaki?


Assalamualaikum w.b.t
Saya ditanyakan persoalan berkenaan hukum memakai inai bagi lelaki semasa perkahwinan yang mana ia menjadi satu adat didalam perkahwinan?

Jawapan:

Didalam Islam, kita mengutamakan dalil iaitu dari Al-Quran dan Al-Hadis  dari Al-Qur’an dan sunnah, sebagaimana Firman Allah:
Bermaksud: Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak
mempunyai pengetahuan tentangnya. sesungguhnya pendengaran,
penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggunganjawabnya.
(QS. 17:36).

Dan orang yang berkata dalam masalah agama tanpa dalil,bererti berkata atas nama Allah tanpa ilmu. Dan ini dilarang oleh Allah,sebagaimana firman-Nya,

Bermaksud:“ Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui”, (QS.2:169)."

Begitu juga ketika seseorang berfatwa dan memberikan jawapan dalam masalah agama tanpa dalil yang benar,maka fatwa atau jawabannya hanya akan menyesatkan saja. Rasulullah bersabda, 

Bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak mengambil ilmu dari manusia dengan mencabutnya, tetapi dengan mewafatkan para ulama’, dan ilmu akan ikut hilang bersamanya. Dan akan tinggal insan-insan jahil yang berfatwa tanpa ilmu, Maka dia telah tersesat dan akan menyesatkan”, (HR.Bukhari dan Muslim).

Jadi untuk menjawab persoalan ini memerlukan kepada tokohnya iaitu ulama yg berilmu.Dalam meneliti soalan dalam permasalahan Fiqh, metode yg digunakan adalah mengutamakan dalil dari Al-Quran dan Hadis kemudian Ijma' Sahabat dan pandangan ahli ilmu.

Mari kita lihat Fatwa-Fatwa para ulama Salaf dalam menjawab permasalahan inai dan hukumnya?


Memetik Fatwa Syiekh Masyhur Hassan Salman[1] didalam Kitab kumpulan Fatwa beliau:

خضاب الرجل يكون على الحال الذي استخدم عند الصحابة والتابعين ويكون في اللحية والشعر إن كان فيهما شيب ، أما في اليدين والرجلين فلا يجوز للرجل أن يستخدم الحناء إلا تطبباً ، أما من باب التزيين ففي هذا تشبه بالنساء فلا يحل له أن يحني رجله أو يديه إلا من باب التطبيب أما الشيب في اللحية أو الشعر وإن كان قليلاً فمن السنة أن يحني الشيب فقد صبغ النبي صلى الله عليه وسلم لحيته وشعرات الشيب قليلة
Maksudnya: Mewarnakan atau inai bagi lelaki dibolehkan pada keadaan yang digunakan oleh para Sahabat Nabi SAW dan Tabie'en dan juga dipakai pada janggut dan rambut sekiranya pada kedua-duanya terdapat uban, manakala pada tangan-tangan dan kaki-kaki maka tidak dibolehkan bagi lelaki untuk memakai inai melainkan hanya untuk berubat dengannya, adapun jika ia digunakan untuk tujuan perhiasan, padanya penyerupaan seperti perempuan, maka tidak dibolehkan baginya mewarnai kaki atau tangannya melainkan untuk tujuan perubatan. Adapun uban pada janggut dan rambut walaupun sedikit maka daripada sunnah Nabi SAW baginya mewarnai ubannya. Pernah dilakukan Nabi SAW, mewarnai janggut baginda dan rambut-rambut baginda yg sedikit.

Didalam Fatwa Online[2] oleh Mufti Markaz Fatwa dibawah naungan Prof. Dr Abdullah Faqeh, diajukan soalan berkenaan "Adakah dibolehkan inai dipakai oleh lelaki untuk majlis perkahwinan?

Beliau menjawab:
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أما بعد
Sekiranya yang dimaksudkan penyoal adalah mewarnakan seorang lelaki tangannya atau kakinya dengan inai bagi majlis perkahwinan, maka hal itu tidak dibolehkan, malah juga tidak dibolehkan selain perkahwinan kerana hal itu adalah daripada perhiasan wanita, dan tidak boleh (haram) menyerupai wanita ke atas apa yg dikhususkan ke atas para wanita dalam perhiasan atau pakaian.Dan dalil yg mengkhususkan bagi perempuan adalah berdasarkan hadis yg diriwayatkan oleh Abu Daud dan juga Al-Nasai'e dengan sanad yg Hasan:
Dari Ummul Mukminin A'isyah r.a. berkata:  Seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda S.A.W. lalu baginda melihat tangan itu seraya baginda bersabda: Aku tidak tahu samada ini tangan lelaki atau perempuan. itu menjawab: Aku adalah seorang wanita. bersabda: Sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakai inai dijarimu.
dan juga hadis yg diriwayatkan oleh abu hurairah radhiallahu anhu:
"Bahwasanya Nabi SAW didatangkan kepadanya seorang mukhannath (khunsa) yang mewarnakan tangannya dgn inai. Dikatakan kepada Rasulullah S.A.W: "Wahai Rasulullah. Lelaki ini cuba menyerupai wanita." Lalu diperintahkan lelaki itu dihantar ke naqi'ah(nama tempat) (sebagai hukuman, dihantar ke tempat yang terpencil supaya dijauhi dari orang ramai). Lalu mereka bertanya kepada rasulullah S.a.w: "Kenapa dia tidak dibunuh?" Lalu baginda S.A.W bersabda: "Aku dilarang membunuh mereka yang bersembahyang." (Diriwayatkan oleh Abu Daud dengan sanad yg soheh) 
Berkata Imam Al-Nawawi rahimahullah: Dan berkenaan menginaikan kedua-dua tangan dan kaki maka ia satu sunnah kepada pengantin perempuan. Dan ianya haram ke atas lelaki melainkan untuk tujuan perubatan. Dan daripada dalil-dalil ke atas pengharamannya adalah dari sabda baginda SAW:

Bermaksud:"Allah melaknat orang yg menyerupai wanita dari kalangan kaum lelaki, dan juga perempuan-perempuan yg menyerupai lelaki dari kalangan wanita. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Tirmizi)

Dan sekiranya bertujuan untuk menwarnakan uban dengan inai maka ianya dibolehkan malahan ia adalah sunnah ini berdasarkan hadis Nabi SAW:

Ertinya : Sesungguhnya sebaik-baik bahan untuk mengubah (mewarna) uban ini adalah inai dan khatam(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad)‌

Janganlah kita mencabut uban kerana Nabi SAW bersabda:
Ertinya : Janganlah kalian mencabut uban kerana uban itu cahaya seorang muslim. Tidaklah seorang muslim tumbuh ubannya kerana (memikirkan) Islam malainkan Allah catatkan baginya (dengan sebab uban tersebut) satu kebaikan, mengangkatnya (dengan sebab uban tersebut) satu derajat, dan menghapus darinya (dengan sebab uban tersebut) satu kesalahan‌ (Ahmad dan Abu Daud)

-----------------------------------------------------------------
Foot Note:

[1] Nama beliau adalah Masyhur bin Hasan bin Mahmud Ali Salman,dilahirkan diPalestin tahun 1960 dan kunyah beliau adalah Abu Ubaidah. Beliau adalah seorang Syaikh yang mengikuti manhaj salaf dan berpegang dengan atsar mereka. Beliau memiliki banyak buku yang unik, bermanfaat dan sangat ilmiah. Termasuk buku ulama lain yang beliau takhrij dan tahqiq. Beliau merupakan anggota Mujtama’ al-Ilmi wal Ifta’ markaz Imam
Albania juga murid kepada Syiekh Nasaruddin Al-Albani rahimahullah.

[2] Meenyepakati Fatwa Lajnah Al-Daimah Lil- Buhus I'lmiyah Wal Iftaa'
http://kemahilmu.blogspot.com/2010/05/hukum-memakai-inai-bagi-lelaki.html

5/11/10

Mohon Doa Semua

Assalamu'alaikum warahmatullah sahabat-sahabat sekalian.
Mohon jasa sahabat-sahabat sekalian untuk solat hajat dan baca Yaasin buat Ukhti Atiqah.
Kronologi : Pada 10 Mei 2010 yang lalu, petang... Hujan lebat dan kak atiqah berhenti berteduh di bawah jambatan. Kemudian, sebuah kereta memotong laluan kiri (laluan kecemasan) dan merempuh dan menyeret kak Atiqah. Beliau mengalami kecederaan parah pada kaki dan rahangnya patah. Keadaan kritikal.


Pada tengah malam 10 Mei 2010 ana dikhabarkan keadaan kak atiqah sudah stabil tetapi masih belum sedar.


Pada 11 Mei 2010, kak Atiqah mula memberi respon dan alhamdulillah beliau sudah sedar. Keadaannya agak teruk. Ana menerima satu mesej dari adik kak atiqah lewat malam tadi :


"Salam. Rakan2 dan taulan. Ni adik atiqah. Minta tolong doakan atiqah moga cepat sembuh seperti sedia kala. Saya sekeluarga dah tak dapat menahan sebak dan pilu bilamana doktor terpaksa bagitahu yang dia mungkin lumpuh kalau tak di rawat dengan betul. Minta jasa baik anda semua supaya berdoa agar Allah pelihara dia dari segala musibah, masalah, kesukaran. Minta bagi dia semangat, sebab semangat dia teruk sangat sekarang ni. AMpunkan segala dosa dia jika ada sama ada dia sedar atau tidak. Moga kesakitannya dikurangkan Allah. Insya Allah."


Moga kita semua sama-sama doakan kesejahteraan dan kesihatan buat kak atiqah.
* Kak Atiqah kini berada di Hospital Seremban *
Jazakumullah khairan katsira
Satu lagi... Ana RASA kak atiqah tak tahu keadaan beliau yang sebenar, pada sesiapa yang sms pada kak atiqah, jangan sebut apa-apa mengenai "keadaan sebenar" (beliau mungkin lumpuh). TQ..
SUMBER DARI UKHTI INSYIRAH

http://nurtakwa88.blogspot.com/

BLOG SAUDARI ATIQAH:http://atirah85.blogspot.com/



Ya Allah selamatkan sahabat kami..moga dikau tabah wahai sahabat. Baitul Irfan

5/10/10

Hari-hari adalah hari ibu..

 Ya Allah ya Tuhan ku,

Aku menghulurkan kedua tanganku yang hina ini, memohon Engkau limpahkan rahmat dan hidayahMu.
Terasa terlalu lemah diri ini tanpa pertolonganMu ya Allah.

Ya Allah
Segala pujian bagiMu Tuhan Sekelian Alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Tuhan Pemerintah hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan kepadaMu kami
memohon pertolongan Tunjukkanlah kami jalan yang lurus Jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat
keatas mereka Bukannya jalan orang yang Engkau murkai dan bukan pula orang-orang yang sesat.

Ya Allah Ya Zaljalaaliwalikrom
Ampunkan dosa-dosa ku kepada Mu ya Allah. Aku terlalu lemah dengan godaan syaitan,
aku masih melakukan maksiat walaupun ku tahu ianya Engkau murkai, aku masih lalai dalam ibadat walaupun ku tahu ianya
Engkau tuntuti.

Ya Allah, teguhkanlah iman ku, kuatkanlah hatiku, Kurniakanlah kepadaku hidayahMu, taufiqMu dan
lindunganMu Jauhilah aku dari segala laranganMu, Dekatkanlah aku dengan segala suruhanMu,
Tanamlah rasa benci dihatiku kepada maksiat, Tanamlah rasa cinta dihatiku kepada ibadat.

Ya Allah, Ya Rahim Ya Karim
Jadikanlah aku hambaMu dan umat Muhammad SAW yang beriman kepadaMu
dan berbakti kepada kedua ibubapaku. Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibubapaku
kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika aku kecil bukakanlah pintu hati mereka untuk beriman kepadaMu
aku terlalu banyak terhutang budi kepada mereka ya Allah terlalu banyak budi mereka yang ku balas dengan
menyakiti hati mereka kasih sayang mereka kubalas dengan kata-kata menentang sedangkan ku tahu,
Engkau melarang menyebut walaupun perkataan "huh" kepada mereka. Didikan dan asuhan mereka aku ambil ringan.
Aku lupa ya Allah, berkat usaha, asuhan dan didikan merekalah aku berjaya kini,keselesaan sanggup dilupakan ketika mengandungkan
aku kesakitan yang amat sangat sanggup dilalui ketika melahirkan aku tidur malam mereka aku ganggu
titik peluh mereka basah kering demi membesarkan aku tidak pernah mereka mengadu letih
tidak pernah mereka mengadu sakit lauk yang dimulut sanggup mereka luah untuk diberikan
kepadaku harta yang dikumpul sanggup dilepaskan untuk pendidikanku namun selama ini aku lupa semua itu ya Allah kerana mereka tidak pernah merungut kepadaku ya Allah
kerana mereka tidak pernah mengadu kepadaku ya Allah 

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim dimalam ini aku terkenang semua itu dimalam ini aku mengadu kepadaMu ya Allah dimalam ini aku memohon sepenuh hati kepadaMu ya Allah rahmatilah mereka, ampunilah dosa-dosa mereka, dan sekiranya ketika ini mereka Engkau siksa didalam kubur ya Allah aku memohon agar Engkau hentikanlah ya Allah aku memohon agar jangan Engkau siksa ibubapaku ya Allah aku tahu ya Allah mereka terlalu lemah dan tidak mungkin dapat menahan siksaanMu yang amat pedih itu ya Allah Perkenankanlah doa ku ini dan jadikanlah ini doa anak yang soleh yang Engkau janjikan akan diperkenankan ya Allah ya Tuhanku.

Maha Suci Allah Yang Maha Besar
Engkau jadikanlah anak-anak ku dari orang-orang yang soleh yang mendoakan keampunanku daripadaMu ya Allah jadikanlah mereka sebagai anak kunci pintu syurga ku ya Allah dan jangan Engkau jadikan mereka anak kunci ku ke nerakaMu. Teguhkanlah iman mereka ya Allah jauhilah mereka dari siksaMu ya Allah. Tuhan Sekalian Alam.
Amin.Amin Ya Rabal a'lamin.........
Tiada Hari Ibu dalam jiwa seorang muslim
Bagi penulis, Hari Ibu Sedunia bukan untuk sehari sahaja, tetapi setiap hari dan setiap ketika.
Tiada hari perayaan di dalam jiwa Muslim melainkan 3; iaitu Hari Raya Puasa, Hari Raya Korban dan Hari Jumaat. Sesiapa yang merayakan perayaan yang bukan syarak, maka bererti dia mengikuti apa yang dilakukan oleh kaum2 terdahulu sebelum datang Islam.
Benar seperti kata Nabi,
فعن أبي سعيد رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ” لتتبعن سَنن من قبلكم شبراً بشبرٍ وذراعاً بذراعٍ ، حتى لو سلكوا جحر ضبٍّ لسلكتموه ، قلنا : يا رسول الله اليهود والنصارى ؟ قال : فمن !؟ ” ، رواه البخاري ( 3269 ) ومسلم ( 2669 ) .
Dari Abu Said r.a., sesungguhnya Nabi SAW bersabda : Kamu akan mengikuti perbuatan kaum-kaum terdahulu dari kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga kalau mereka memasuki lubang dhab(biawak pasir) kamu akan memasukinya. Kami bertanya : Wahai Rasul Allah, adakah mereka Yahudi dan Nasrani? Nabi SAW berkata : Maka siapa lagi? [Riwayat Bukhari Hadis No 3269 dan Muslim No 2669]
Berbuat baik kepada ibu
Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri; [ An-Nisa ayat 36]
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).[ Al-Isra ayat 23]
Hukum menyambut Hari Ibu
لا يجوز الاحتفال بما يسمى ” عيد الأم ” ولا نحوه من الأعياد المبتدعة لقول النبي صلى الله عليه وسلم ” من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو رد ” ، وليس الاحتفال بعيد الأم من عمله صلى الله عليه وسلم ولا من عمل أصحابه رضي الله عنهم ولا من عمل سلف الأمة ، وإنما هو بدعة وتشبه بالكفار .
” فتاوى اللجنة الدائمة ” ( 3 / 86 ) .
Maksudnya ” Tidak boleh menyambut perayaan yang dinamakan ” Hari Ibu ” dan juga tidak boleh menyambut perayaan2 yang diadakan sepertinya seperti mana sabda Nabi SAW ” Sesiapa yang beramal dengan amalan yang bukan dari urusan kami(urusan dalam agama Islam), maka amalan itu tertolak “
Bukanlah merayakan Hari Ibu itu dari amalan Nabi SAW, dan amalan para sahabat, dan juga amalan salafussoleh, sesungguhnya Hari Ibu itu adalah bid’ah dan menyerupai orang kafir.
[Fatwa Lajnah KSA 3/86]
Wassalam
sumber




Menikmati Kritik Dan Celaan

Kejernihan dan kekotoran hati seseorang akan tampak jelas tatkala

dirinya ditimpa kritik, celaan, atau penghinaan orang lain. Bagi orang
yang lemah akal dan imannya, nescaya akan mudah goyah dan resah.
Ia akan sibuk menganiaya diri sendiri dengan menghabiskan waktu
untuk memikirkan kemungkinan melakukan pembalasan. Mungkin
dengan cara-cara mengorek-ngorek pula aib lawannya tersebut atau
mencari dalil untuk membela diri, yang ternyata akhir dari
perbuatannya tersebut hanya akan membuat dirinya semakin
tenggelam dalam kesengsaraan batin dan kegelisahan.  
 


Persis seperti orang yang sedang duduk di sebuah kerusi sementara

itu di bawahnya ada seekor ular berbisa yang hendak mematuk
kakinya. Tiba-tiba datang beberapa orang yang memberitahu bahaya
yang bakal mengancam dirinya itu. Yang seorang menyampaikannya
dengan cara halus, sedangkan yang lainnya dengan cara kasar.
Namun, apa yang terjadi? Setelah ia mendengar pemberitahuan itu,
diambilnya sebuah pemukul, lalu dipukulkannya, bukan kepada ular
namun kepada orang-orang yang memberitahu akan adanya bahaya
tersebut.  
  
Lain halnya dengan orang yang memiliki kejernihan hati dan

ketinggian akhlak. Ketika datang badai kritikan, celaan, serta
penghinaan seberat atau sedahsyat manapun, dia tetap tegar, tak
goyah sedikit pun. Malah ia justeru dapat menikmati kerana yakin
betul bahawa semua musibah yang menimpanya tersebut semata-mata
terjadi dengan izin Allah Azza wa Jalla.  
 


Allah Maha Mengetahui segala aib dan cela hambaNya dan Dia

berkenan memberitahunya dengan cara apa saja dan melalui apa saja
yang dikehendakiNya. Terkadang terbentuk nasihat yang halus,
adakalanya melalui perbualan dan senda gurau seorang teman,
bahkan tidak jarang berupa cacian teramat pedas dan menyakitkan.
Ia pun dapat muncul melalui lisan seorang guru, ulama, orang tua,
sahabat, adik, musuh, atau siapa sahaja.
Terserah Allah.  
  
Jadi, kenapa kita harus menyusahkan diri membalas orang-orang yang

menjadi jalan keuntungan bagi kita? Padahal seharusnya kita
bersyukur dengan sebesar-besar kesyukuran kerana tanpa kita bayar
atau kita member gaji mereka sudi meluangkan waktu memberitahu
segala keburukkan dan aib yang mengancam amal-amal sholeh
kita di akhirat kelak. 
  
Kerananya, jangan hairan jika kita saksikan orang-orang mulia dan

ulama yang sholeh ketika dihina dan dicaci, sama sekali tidak
menunjukkan perasaan sakit hati dan keresahan. Sebaliknya, mereka
malahan bersikap penuh dengan kemuliaan, memaafkan dan bahkan
mengirimkan hadiah sebagai tanda terima kasih atas pemberitahuan
ehwal aib yang justeru tidak sempat terlihat oleh dirinya sendiri,
tetapi dengan penuh kesungguhan telah disampaikan oleh orang-orang
yang tidak menyukainya. 

Sahabat, bagi kita yang berlumuran dosa ini, haruslah senantiasa

berwaspada terhadap pemberitahuan dari Allah yang setiap saat
boleh hadir dengan berbagai bentuk. 
  
Ketahuilah, ada tiga bentuk sikap orang yang menyampaikan kritikan.

Pertama, kritiknya benar dan caranya pun benar.
Kedua, kritiknya benar, tetapi caranya menyakitkan.
Dan ketiga, kritiknya tidak benar dan caranya pun menyakitkan.  

Bentuk kritik yang manapun datang kepada kita, semuanya
menguntungkan. Sama sekali tidak menjatuhkan kemuliaan kita
dihadapan sesiapapun, sekiranya sikap kita dalam menghadapinya
penuh dengan kemuliaan sesuai dengan ketentuan Allah SWT.
Kerana, sesungguhnya kemuliaan dan keredhaanNyalah yang menjadi
penentu itu.  

 Allah SWT berfirman, "Dan janganlah engkau berduka cita kerana

perkataan mereka. Sesungguhnya kekuatan itu bagi Allah semuanya.
Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
QS. Yunus [10] : 65  
  
Ingatlah, walaupun bergabung jin dan manusia menghina kita, kalau

Allah menghendaki kemuliaan kepada diri kita, maka tidak akan
membuat diri kita menjadi jatuh ke lembah kehinaan. Apalah ertinya
kekuatan sang makhluk dibandingkan Khaliknya? Manusia memang
sering lupa bahawa Kudrat dan Iradat Allah itu berada di atas
segalanya. Sehingga menjadi sombong dan takbur, seakan-akan dunia
dan isinya ini berada dalam genggaman tangannya.
Naudzubillaah!!!  

  
Padahal, Allah Azza wa Jalla telah berfirman,

"Katakanlah, Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan. Engkau berikan
kerajaan kepada orang Kau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan
dari orang yang Kau kehendaki. Engkau muliakan yang Kau kehendaki
dan Engkau hinakan orang yang Kau Kehendaki. Di tangan Engkaulah
segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Mahakuasa atas segala
sesuatu."
QS. Ali 'Imran [3] : 26  

5/5/10

Fitnah Petunjuk Istikharah


Ustaz, saya dan tunang saya sudah hampir ke tarikh pernikahan kami. Tetapi tunang saya telah secara mendadak memutuskan pertunangan kami. Beliau bermimpi melihat seorang perempuan lain dan setelah beristikharah, beliau yakin perempuan itu adalah pilihan sebenarnya kerana ia muncul dengan petunjuk Allah. Bagaimana pandangan ustaz? Saya dan keluarga saya serta keluarga tunang saya sangat terkilan. Apakah benar saya sudah dikeluarkan daripada petunjuk Allah? Di mana silap saya, ustaz?”
Sepucuk emel dihantar kepada saya.
Beristighfar dan mengurut dada.
Percaya atau tidak, gejala ini semakin menjadi-jadi.
Malah di kalangan pelajar universiti, Istikharah semakin popular di dalam trend yang tersendiri. Ia diamalkan bagi ‘memaksa’ Allah membuat pilihan untuk mereka. Berbekalkan kejadian persekitaran atau mimpi yang disangka petunjuk, kadang-kadang ‘pilihan Allah’ itu adalah tunang orang, suami orang, malah ada juga isteri orang. Bertindak atas nama ‘petunjuk Allah’, tercetus permusuhan sesama anak Adam.
Apakah Allah, atau Syaitan yang memberikan ‘petunjuk’ penuh mudarat dan zalim itu?
MEMBELAKANGKAN ILMU
Penyakit besar yang melanda anak-anak muda terbabit ialah beribadah tanpa ilmu. Mereka melaksanakan Solat Istikharah berdasarkan saranan rakan-rakan yang juga melakukannya atas saranan kawan-kawan yang lain. Berapa ramaikah yang membuka kitab Fiqh atau belajar mengenai Solat itu dan ibadah yang lain melalui para ustaz dan alim ulama’?
Keadaan ini menjadi lebih bermasalah apabila ada pula agamawan yang mengesyorkan panduan-panduan yang tidak berdasarkan keterangan al-Quran dan al-Sunnah malah diajar pula kaifiyat yang sangat membuka ruang manipulasi Syaitan dalam mengaburi pertimbangan anak Adam.
Mengira huruf tertentu di dalam Surah, menyelak secara rawak mushaf dan mencari petunjuk di muka surat yang terbuka, juga paling banyak meniti di minda ialah menanti mimpi yang menjawab permintaan.
Ia mengingatkan saya kepada pandangan Sheikh Saleem bin Eid al-Hilali di dalam kitab Bahjah al-Nadzireen syarah kepada Riyadh al-Sholiheen:
“Ada sesetengah orang berpendapat, “sesudah mengerjakan solat serta Doa Istikharah, akan muncullah nanti petunjuk dalam mimpinya, maka dia akan memilih sebagaimana yang ditunjukkan oleh mimpinya itu” Justeru ada sesetengah orang berwudhu’ dan kemudian melakukan Solat serta Doa Istikharah dan terus tidur (dengan meletakkan harapan  petunjuk datang melalui mimpi), malah ada juga mereka yang sengaja memakai pakaian berwarna putih kerana mengharapkan mimpi yang baik. Semua ini hakikatnya adalah prasangka manusia yang tidak berasas”
Menjadi satu keperluan yang sangat penting untuk kita kembali kepada maksud asal Solat Istikharah.
Istikharah itu bermaksud meminta bantuan daripada Allah untuk seseorang itu memilih di antara beberapa kemungkinan yang diharuskan oleh Syara’. Ada pun pilihan yang berada antara manfaat dan mudarat, apatah lagi Halal dan Haram hatta Makruh, maka tidak harus untuk Istikharah dilakukan kerana tindakan yang sepatutnya diambil sangat jelas iaitu pada meninggal dan menghindarkan pilihan yang tidak baik itu.
Sabda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:
“Hadith yang dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya dengan sanadnya daripada Jabir radhiyallaahu ‘anhuma, beliau berkata:
Daripada Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam Baginda bersabda:
Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan oleh sesuatu maka hendaklah dia Rukuk dengan dua Rukuk (mengerjakan Solat dua rakaat) yang selain daripada Solat yang Fardhu (yakni mengerjakan Solat dua Rakaat dengan niat Istikharah).
Kemudian hendaklah dia berdoa: Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau dengan ilmu-Mu dan aku juga memohon ketetapan dengan ketetapan yang bersandarkan kurniaan-Mu yang Maha Agung. Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkaulah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi. Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini – harus disebut hajat tersebut atau cukup sekadar meniatkannya kerana Allah Maha Mengetahui akan hajat itu – adalah baik untukku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan datang), maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian berkatilah bagiku di dalam pilihan ini. Dan andaikata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan akan datang), maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya.
ANTARA ISTIKHARAH DAN ISTISYARAH
Istikharah itu mempunyai gandingan yang memberi tambahan kemudahan. Ia dikenali sebagai Istisyarah.
Istisyarah ini bermaksud meminta pendapat mereka yang boleh dipercayai untuk membantu seseorang itu membuat keputusan.
Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah pernah berkata:
Tidak akan menyesal seorang yang beristikharah kepada al-Khaliq (Allah) serta bermesyuarat dengan para Makhluq, serta tetap pendirian dalam keputusannya”
Biar pun para Ulama berselisih pendapat tentang mana yang patut didahulukan antara Istisyarah dan Istikharah, ia tidak menjejaskan bahagian yang perlu dimainkan oleh seorang manusia dalam proses dirinya membuat keputusan. Sebelum sampai kepada pertimbangan memilih antara dua kebaikan, seseorang yang berhajat itu mestilah mempunyai asas dalam penilaiannya agar pilihan yang ada di depan matanya adalah antara dua perkara yang harus serta sama baik. Sudah tentu, hal ini juga memerlukan dirinya untuk mengambil bahagian dengan berusaha.
Setelah beristikharah, namun hati masih berada di dalam ketidak pastian, harus baginya untuk mengulangi Solat dan Doa Istikharah itu hingga beroleh ketetapan hati dalam membuat keputusan. Di samping itu juga, dia dianjurkan beristisyarah, yakni meminta pendapat individu-individu yang dipercayai integriti dan kemahirannya dalam urusan tersebut, agar keputusan boleh dibuat.
Titik pentingnya ialah, keputusan hendaklah kita yang berhajat itu melakukannya dan bukan menyerahkan kepada Allah untuk membuat keputusan itu dan menampakkanya melalui petanda-petanda yang dicari. Di sinilah ruang untuk fitnah berlaku apabila dalam suasana hidup kita yang dibelenggu oleh pelbagai maksiat serta Iman yang teruji, kita membuka suatu ruang kosong untuk dicelah oleh tipu helah Syaitan.
Tambahan pula dalam keadaan jiwa anak muda yang selalu lemah untuk menolak kehendak diri dan sering terdorong mengikut kemahuan. Jiwanya tidak bulat meminta kepada Allah, sebaliknya bermain helah untuk mengharapkan Allah menyokong kecenderungan dirinya sendiri.
Berhentilah mencari mimpi.
Berhentilah menunggu petanda.
Beristikharah memanggil kebersamaan Allah dalam keputusan yang kita buat. Kita yang membuat keputusan itu, dengan keyakinan hasil Istikharah, bahawa keputusan yang kita buat itu adalah dengan kebersamaan Allah. Jika di kemudian hari, pada pilihan yang dibuat itu, datang mehnah yang menguji kehidupan, kita tidak akan berfikiran negatif malah berusaha untuk mencari sisi-sisi positif pada apa yang berlaku kerana keputusan yang dibuat dahulu itu adalah dengan kelengkapan Syariatullah (Istikharah) serta Sunnatullah (Istisyarah – Ikhtiar Usaha).
Pertimbangkanlah… seandainya pilihan yang disangkakan petunjuk daripada Allah itu mencetuskan mudarat, permusuhan, meninggalkan yang afdhal dan mengambil yang mafdhul… berhati-hatilah.
Ia mungkin mainan Syaitan.
“Sebahagian (daripada umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada di dalam petunjuk hidayah” [Al-Aa'raaf 7: 30]
KESIMPULAN
  1. Hindarkan diri daripada kesukaran menetapkan pendirian dalam kehidupan. Was-was adalah permainan Syaitan dan penyakit jiwa yang mengundang bahaya.
  2. Dalam hal-hal yang tiada keraguan dalam membuat pilihan keputusan, ia tidak berhajatkan kepada Istikharah.
  3. Ketika berdepan dengan pilihan yang sukar ditentukan, gunakan pertimbangan diri untuk melihat buruk baiknya.
  4. Jika jelas mudarat atau sudah ditentukan Haram hukumnya, maka tidak harus beristikharah.
  5. Pada perkara yang sukar untuk dibuat keputusan, beristikharahlah kepada Allah mengikut kaifiyat Solat Istikharah dan Doa yang Ma’thur daripada Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
  6. Istikharah boleh diulang beberapa kali hingga beroleh ketetapan hati untuk membuat keputusan.
  7. Di samping itu juga beristisyarahlah dengan meminta pandangan pihak yang boleh dipercayai kewibawaannya.
  8. Petunjuk daripada Allah ialah kemampuan hati untuk tetap pendirian membuat keputusan.
  9. Hindarilah perbuatan menunggu mimpi atau petanda berbentuk isyarat kerana ia sangat terbuka kepada belitan Iblis.
  10. Jauhi Bid’ah dan Syirik.
  11. Setelah keputusan dibuat, bertawakkallah kepada Allah dan tenang dengan keputusan itu.
  12. Seandainya timbul cabaran atau muncul sisi kekurangan pada pilihan yang dipilih, tiada fikiran negatif muncul kerana yakin adanya hikmah dan kebaikan daripada Allah.
  13. Istikharah terbuka kepada apa sahaja urusan kehidupan yang berada di dalam ruang lingkup keharusan Syara’ dan salah jika hanya dilihat sebagai mekanisme jodoh.
  14. Rujuklah kitab-kitab Fiqh serta panduan Sunnah dalam urusan Istikharah serta ibadah-ibadah yang lain.
  15. Melakukan ibadah dengan hanya berpandukan hearsay adalah pintu kebinasaan dalam beragama.

p/s
trend yang semakin menjadi-menjadi di kalangan kita...berhati-hatilah dengan tipu daya Syaitan.Nauzubillah..moga diri ini dijauhi oleh tipu daya syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan manusia.