2/27/10

MENGURUS ORGANISASI : ANTARA KEFAHAMAN, PENGHAYATAN, FOKUS & KEUTAMAAN

Salam..tukar layout lagi..erm sukarnya mencari yang terbaik apatah lagi menjadi yang terbaik..hampir tidak pasti. Mungkin hanya mimpi..atau angan-angan. Bergerak di lapangan masyarakat mengajar aku bagaimana untuk mengurus perubahan. Berhadapan dengan golongan orang lama dan orang baru. Mengurus organisasi sewajarnya dilakukan dengan sentuhan pengalaman, kefahaman minda dan naluri ikhlas.

Asas kepada pengalaman adalah keberanian untuk mencuba, walaupun perkara itu, baru dalam diari kehidupannya. Tidak semestinya menceburi badan aktiviti atau persatuan baru seseorang itu benar-benar diiktiraf sebagai berpengalaman.

Menimba pengalaman daripada satu aktiviti, dikira cukup berkesan, sekiranya pengalaman aktiviti itu dihayati, difahami dan ditaakul dengan penuh jiwa. Menimba ilmu daripada satu pengalaman dengan penghayatan penuh adalah lebih berkesan daripada menimba ilmu daripada pelbagai aktiviti tanpa menghayati falsafah tersurat dan tersirat di sebalik aktiviti yang ditimba itu.

Sekurang-kurangnya tidak melibatkan kos melepas yang terlalu banyak dari sudut pembahagian masa, tenaga dan material. Dengan penghayatan penuh, sepatutnya pengalaman dari satu aktiviti itu akan membuka ruang minda seseorang itu untuk memikirkan sendiri apa yang bakal dilakukan untuk aktiviti akan datang;berani menerima risiko menjadi ketua setelah dididik menjadi pembantu.

Keberanian memikul tanggungjawab ini akan lebih menguji dan memperkayakan pengalaman seseorang itu apabila berhadapan dengan bermacam ragam karenah anak buah dan organisasi.Lebih penting lagi apabila ketua itu mampu keluar daripada kerangka yang pernah diasaskan oleh ketuanya sebelum ini.

'cakap memang la senang kak..banyak amanah yang terpikul tak mampu saya nak buat semua ni'
Sms seorang adik yang telah aku edit sedikit smsnya..tapi apa yang nak disampaikan sama. 

Keperluan anjakan paradigma ini merupakan prasyarat pemimpin; penentu pemimpin itu berkualiti,visi dan misi jelas. Hakikatnya, kombinasi pengalaman, pemahaman minda dan naluri ini saling berkaitan;sekiranya dihayati sepenuhnya akan menterjemahkan sikap komited, ikhlas, berani, bertanggungjawab, cekal, bermotivasi dan pelbagai sifat-sifat positif lain.

Tanpa penghayatan penuh, meskipun menceburi pelbagai aktiviti, akan menghasilkan kekosongan minda dan tidak memancarkan naluri positif. Walaupun tidak pernah diucapkan dengan kata-kata, tetapi sifat-sifat itu akan terpancar dalam diri seseorang itu melalui cara, sikap, tingkah laku kehidupan sehariannya.

Mulut berkata, "aku ikhlas", belum tentu, cara sebutan, tingkah laku dan perbuatannya melambangkan keikhlasannya. Minda berfikir, hati menghukum, naluri orang lain yang menentukan keikhlasan itu, mengikut kefahaman dan kata hatinya sendiri. Tidak penting apa yang seseorang itu perkatakan, tetapi yang lebih penting apa yang terpancar disebalik bukan kata-katanya.

Proses pengadunan ciri positif dalam jiwa seseorang perlu pula dibantu dengan tiga kemahiran lain iaitu cara penyelesaian, fokus dan keutamaan. Pemimpin akan berhadapan dengan cara untuk menyelesaikan masalah. Bagaimana cara kaedah penyelesaian yang diambilnya akan memberi kesan kepada organisasinya sama ada bijaksana atau tidak. Tidak ada bentuk tetap penyelesaian masalah kecuali berani mencuba dan mengetahui punca-punca berlakunya masalah itu.

Sikap berani menghadapi masalah dan mencari jalan penyelesaian terbaik adalah lebih terpuji daripada takut menghadapi masalah dan sentiasa menggelakkan diri daripada bertembung daripada masalah. Ini yang dikatakan Atichy Phobia atau Fear of Success. Contohnya bidang kejuruteraan lazimnya dikuasai oleh kaum lelaki, tetapi sejak kebelakangan ini kaum wanita semakin ramai menceburi bidang ini. Tetapi bila mana wanita berjaya menguasai bidang ini akan timbul satu dilema dalam dirinya 'tak perlulah aku berlebih-lebih nanti hilang pula sifat keperempuanan ku...' atau ' perempuan tak perlu belajar tinggi-tinggi satu hari di dapur juga.' 

Semakin runcing masalah itu, semakin terserlah, wajah diri, emosi dan kualiti diri seseorang. Pengalaman ini yang mematangkan serta memantapkan diri sekiranya dipelajari dan dihayati, hadis nabi yang bermaksud, "tidak mungkin dipatuk ular dua kali di tempat yang sama"

Setelah mengenalpasti masalah dengan segala faktornya, pembinaan fokus perlu dihayati untuk menyelesaikan permasalahan itu. Sewajarnya, pemimpin yang baik, bukan pemimpin yang hanya menghabiskan kehidupannya dengan penyelesaian masalah. Memperbesarkan masalah tanpa tindakan waras maka, permasalahan itu akan terus membesar. Mengecil permasalahan yang bukan masalah adalah ciri terpuji untuk mengurangkan karenah-karenah organisasi.

Di sinilah kebijaksanaan pemimpin yang mampu mengesan dan melihat secara jelas antara permasalahan besar dan kecil. Tujuannya untuk menentukan fokus gerak kerja yang lebih berkesan terhadap idea positif yang ingin diterjemahkannya. Fokus menentukan keberkesanan produk. Fokus kepada perkara penting dan kurangkan daya fokus kepada perkara remah temeh.

Idea-idea dan masalah-masalah dibentangkan tanpa dilabelkan indek kepentingannya. Semuanya dianggap penting dan perlu dilaksanakan. Kebijaksanaan pemimpin berkualiti menentukan prioriti antara idea utama dengan idea sampingan atau masalah major dengan masalah minoriti.

Bagaimana kita mengurus perubahan akan menunjukkan tahap kematangan sebuah gerakan. Idea utama diutamakan dan idea sampingan dikemudiankan.


2/24/10

Jemaah IPT: Bakal Kepimpinan Yang Sentiasa Diperhatikan Illuminati




oleh 
Ibnuyaacob

Tiadalah perkara lain yang lebih menakutkan pihak musuh Islam terhadap manusia Muslim yang berada di IPT-IPT seluruh dunia melainkan satu kelompok yang berasaskan Jemaah Harakah Islamiyah .Illuminati sedar bahawasanya ketentuan halatuju, kemantapan, perancangan dan kesinambungan perjuanhan harakah islamiyah bagi sesebuah negara Islam akan bergantung sepenuhnya terhadap kekukuhan manhaj setiap mahasiswa yang bergelar jemaah.

Persoalannya sekarang mengapa ahli Jemaah sangat merbahaya kepada Illuminati?
Mahasiswa yang berjemaah tidak sama intergriti intelektualiti nya dengan mahasiswa yang tidak berjemaah walaupun kedua-dua mahasiswa tersebut berada di bidang Pengajian Ilmu-Ilmu Islam. Mahasiswa yang memperjuangkan Islam tanpa menyertai jemaah umpama seorang Muslim yang bersolat seorang diri di dalam masjid. Menurut bekas Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Allahyarham Dr. Mustapha Masyur, kerja-kerja secara berjemaah adalah wajib;

“Oleh kerana bagi mencapai tujuan yang besar ini (jihad) merupakan kewajipan yang difardhukan oleh Islam ke atas umatnya, dan tidak mungkin dicapai kecuali dengan berjemaah dan kerja-kerja jemaah, maka kerja berjemaah ini menjadi wajib.”
(Mustapha Masyur, Jalan Dakwah: Antara Qiyadah dan Jundiyyah, hlm 7)


Perjuangannya mungkin kelihatan murni dan benar tetapi kekuatan dan keampuhan perjuangan itu kurang keberkesanannya dan mungkin hanya akan berlegar di dalam diri sahaja. Berbanding dengan mahasiswa yang berjemaah, walaupun teramat kecil bilangannya tetapi wadah perjuangan dikawal bai’ahyang mengikat persetiaan hidup dikalangan ahli-ahli jemaah.

1.   Mahasiswa Islam yang berjemaah mempunyai hierarki kepimpinan yang sangat sistematik walaupun tidak direkodkan seperti perlantikan Amir dan Amirah, Naqib dan Naqibah bagi sesuatu kumpulan-kumpulan kecil.
2.   Mahasiswa Islam yang berjemaah mempunyai sistem pembelajaran ilmu Islam yang tersusun melalui usrah-usrah di peringkat kelompok, Kolej dan IPT. Selain itu, jemaah juga perlu menghadiri tamrin-tamrin yang dijadualkan oleh para amir dan amirah.
3.   Mahasiswa Islam yang berjemaah mempunyai ikatan persahabatan seumur hidup berasaskan baiah yang diucapkan.


Namun begitu, muslim tanpa menyertai jemaah ada peranannya tersendiri mengikut kemampuan yang ada. Manakala muslim yang berjemaah tetapi akhirnya meninggalkan perjuangan selepas tamat pengajian adalah lebih mengaibkan kerana ia bisa saja melunturkan semangat ikhwan-ikhwan di dalam jemaahnya.


Kepimpinan Illuminati Adalah Golongan Intelektual
Di dalam Illuminati sendiri, golongan yang mempelopori gerakan itu ialah bekas-bekas pelajar universiti dari pelbagai bidang. Hatta sejarah Illuminati sendiri, jika dilihat ianya juga ditubuhkan oleh golongan berpendidikan iaitu Dr. Adam Weishaupt yang berpendidikan Undang-Undang malah menjadi profesor undang-undang di Universiti Ingolstadt, Jerman.


Tidak ada kepimpinan di dalam Illuminati mahupun secret society yang lain seperti Trilateral CommissionBilderberg Group, Club Rom, Skull & Bones dan sebagainya mengambil individu tidak berpendidikan untuk menerajui organisasi. Individu yang berpendidikan atau berilmu sangat tinggi nilainya malah Allah sendiri berfirman tentang orang-orang yang berilmu bahawasanya;


“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain), maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (serba-serbinya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjah orang-orang yang beriman diantara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengethauan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjah dan (ingatlah) Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan.”
(al-Mujadalah: 11)


Saidina Ali bin Abi Talib mengatakan;
“Wahai Kamil ilmu itu baik dari harta kerana ilmu menjaga kamu sedangkan harta kamu yang menjaganya. Ilmu menjadi hakim sedangkan harta dihukumkan atasnya dan harta semakin berkurangan dengan dibelanjakan sedangkan ilmu semakin bertambah apabila diamal dan digunakan.”


Pensyarah Berjemaah Sentiasa Diperhatikan Musuh Islam
Walaupun pada hakikatnya jemaah-jemaah di IPT diuruskan secara total oleh mahasiswa tetapi musuh-musuh Islam tahu pendokong yang membantu dari belakang ialah para pensyarah yang berfikrah Islam. Golongan pensyarah sentiasa diperhatikan gerak-gerinya khususnya berkaitan hubungan mereka dengan pelajar-pelajar kelas mereka.


Illuminati amat takutkan golongan ini kerana mereka sentiasa menjadi perangsang semangat kepada pelajar-pelajar mereka yang berjemaah malah masa dan harta benda mereka juga diinfakkan untuk kerja-kerja amal jemaah. Bagi Illuminati, golongan kecil ini boleh menjadi faktor penyebab lahirnya pejuang-pejuang Islam berstatus intelektual di peringkat global. Golongan pejuang Islam yang berstatus profesional lebih membahayakan bagi puak Illuminati kerana pemikiran mereka ‘out of box’ dan manhaj yang dipegang juga kukuh dan sukar tergelincir dari landasan jihad.


Apabila Jemaah Mempunyai Ilmu Konspirasi, ia lebih membahayakan Illuminati
Apabila seseorang ahli Jemaah mempunyai pengetahuan dalam hal ehwal konspirasi Zionis, sudah pasti ia menjadi batu bara untuk golongan Illuminati kerana golongan seperti ini sudah pasti tidak duduk diam sahaja memerap ilmu-ilmu itu melainkan ianya dikaji dan disebarkan dengan pelbagai cara.


Jemaah yang mempunyai pengetahuan konspirasi Illuminati kemungkinan boleh menjadi penghalang utama kepada perancangan Illuminati untuk menyerap masuk ke dalam parti-parti Islam. Jemaah seperti ini akan sentiasa bertindak memerhati dan menyelongkar segala macam anasir-anasir yang dikira boleh merosakkan parti-parti Islam.


Jemaah sebegini sangat proaktif dalam membentuk mekanisme khusus bagi menapis agen-agen tersembunyi di dalam kepimpinan parti. Kemungkinan juga pihak Illuminati hanya boleh memilih jalan menamatkan riwayat golongan ini dengan segala macam kejutan yang tidak diduga bagi memastikan perancangan mereka berjalan dengan sempurna. Namun hakikatnya golongan ini sukar dikesan dan dibukakan rahsia hati mereka.


Baitul Muslim adalah hakikat ketakutan Illuminati
Di dalam jemaah harakah Islamiyah yang bergerak di IPT-IPT sekarang ini, hanya ada satu perkara yang pada pandangan kami paling ditakuti oleh Illuminati. Perkara itu ialah Baitul Muslim.
Walaupun agak ganjil bunyinya tetapi perlaksaan Baitul Muslim di semua peringkat harakah Islamiyah kiranya boleh menggugat perancangan Illuminati secara jangka panjang. Ini kerana, objektif Baitul Muslim (BM) adalah melahirkan keluarga Muslim yang berfikrah Islam melalui pasangan-pasangan yang sama fikrahnya. Mahasiswa yang berjemaah walaupun tidak aktif sudah pasti akan terpahat dalam dirinya akanmendidik seluruh ahli keluarganya kelak agar menyertai jemaah. Apabila ramai ahli jemaah dikalangan golongan muda berpelajaran tinggi maka jarum-jarum sekular yang menyuntik dunia ilmu Islam sejak ratusan tahun dahulu mudah dikeluarkan.

Kesimpulan
Setiap konspirasi dari Illuminati dalam meranapkan harapan masyarakat Islam secara hakikatnya dapat dilihat akan menjurus kepada menghancurkan jemaah harakah islamiyah dalam apa cara sekali pun. Meskipun perancangan Illuminati itu untuk memusnahkan jemaah Islam seluruh dunia tidak dinyatakan secara zahiriah dan bertulis tetapi hambatan waktu yang menimpa ke atas setiap jemaah Islam di seluruh dunia membuktikan jemaah sangat dibimbangi Illuminati.


Illuminati sedar jemaah adalah satu-satunya tentera tersembunyi tanpa senjata bagi masyarakat Islam yang akan melancarkan daulah Islamiyah secara serentak di bawah pengawasan ulama’. Illuminati juga sedar cara terbaik menghalang pengaruh jemaah ini adalah dengan menguasai sistem-sistem politik dalam negara dari segenap sudut dan menggunakan orang-orang Islam sendiri yang berfahaman sekular sebagai jambatan aliran perancangan mereka.

2/21/10

Change Management

salam..punya la lembap internet ni..nak log in blog pun berjam2...ni la yang membuatkan aku rasa malas nak menulis..huh...baru saja sampai dr KL...keja study tak siap-siap lagi..progres kedua menanti bulan 3 ni..penyakit malas pulak yang melanda..

mengurus perubahan atau change management..usrah yang berisi dan penuh kesedaran...bagaimana mahu mengurus suasana atau hanya biar melihat suasana yang menguruskan kita..walaupun dah pergi charge batery...tapi...ee ntah la.bluring around me..

nak upload gambar pun mcm apa ja...berkurun br boleh.eer..

suasana Kl di malam hari


ni suasana kat umah aku 

meronda-ronda di sekitar lorong haji taib..melihat 'kawan2' yang menunggu kehadiran pelanggan..aduh banyak tanggungjawab yang menanti..tak sempat pulak nak snap gmbar mereka..erm salah siapa? tanggungjawab siapa? mungkin mereka punya kisah tersendiri kenapa jadi begitu...erm zaman semakin mencabar. bagaimana mengurus perubahan ini..



suasana di siang hari

kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan..masalah ummat yang menanti...masalah hati? hahha tak sempat nak pk..kalau di pk tak habis rasanya..sebab tu ada orang kata aku ni hati kering..huhu kering la sangat. tak da orang yang kenal aku secara mendalam semuanya secara surface..ummat sedang menanti..sedang kita masih lena di ulik masalah2 hati yang tak selesai2...kita sering berbicara mengenai pengorbanan masa, tenaga, wang..etc tapi kita lupa korbankan perasaan..korbankan hati..sapa sanggup??angkat tangan..


bila la aku nak dapat benda ni..ada sapa-sapa nak kasi hadiah..huhuh..boleh snap pic yang lagi cantik kualitinya. 'barang baik mesti mahal, barang mahal tak semestinya baik'..tunggu aku jadi kaya nanti..bila tak tahu la..ntah2 tak sempat nak kaya..

selesai satu program..program lain menanti..perlu menyibukkan diri..melihat proses kematangan adik2...cukup mempesonakan...menjadi satu kepuasan melihat mereka. semoga semua yang berlaku menjadi bekalan bila keluar di lapangan masyarakat nanti...cabaran menanti...bagaimana mengurus perubahan yang berlaku?? aku teringin nak pergi ekspidisi Tasik Banding tapi kebetulan hari yang sama ada program di sini...aduh perlu berkorban lagi..

aku ingin berjumpa seseorang..mahu mengurus perubahan dirinya..tapi mungkin tak berkesempatan...Allah mengatur segalanya. kita berjumpa di Sana....huhu sapa2 yang baca ni jangan membuat spekulasi sendiri..ok smbung buat kerja..malaria yang tak siap2..jangan aku kena malaria sudah..huh

2/16/10

Lima For All

Masa Pendaftaran

Malam Perasmian

Perasmi

Persembahan

AGM

Barisan Muslimin

Barisan Muslimat

2/9/10

salam..sudah lama rasanya tidak menulis..ketandusan idea. mungkin juga disibukkan dengan hal-hal yang lebih penting dan perlu diutamakan sehingga kekeringan idea untuk mencoretkan sesuatu..kembara kehidupan yang panjang belum tahu bila akhirnya..bagaimana akhirnya...banyak yang difikirkan. 

"Ya Allah, gantikan kepedihan ini dengan kesenangan, jadikan kesedihan itu awal kebahagiaan, dan sirnakan rasa takut ini menjadi rasa tenteram. Ya Allah, dinginkan panasnya kalbu dengan salju keyakinan, dan padamkan bara jiwa dengan air keimanan.
Wahai Rabb, anugerahkan pada mata yang tak terpejam ini rasa mengantuk dari-Mu yang menenteramkan. Tuangkan dalam jiwa yang bergolak ini kedamaian. Dan, ganjarilah dengan kemenangan yang nyata. Wahai Rabb, tunjukkanlah pandangan yang kebingungan ini kepada cahaya-Mu. Bimbinglah sesatnya perjalanan ini ke arah jalan-Mu yang lurus. Dan tuntunlah orang-orang yang menyimpang dari jalan-Mu merapat ke hidayah-Mu.
Ya Allah, sirnakan dari kami rasa sedih dan duka, dan usirlah kegundahan dari jiwa kami semua."

Pengalaman..macam2 perkara yang ditempuhi. Dan dari situ kita belajar jangan ulang perkara yang sama.Walau kadang-kadang kita ulang jugak..Itulah 'manusia' 'insan' . Istilahnya dr perkataan 'lupa'. Banyak perkara seminggu dua ni yg mengajar aku. Aku belajar dari pengalaman.Aku belajar dari rasa hati. Aku belajar dari nasihat teman.Walau keadaan baru nak pulih. Hati aku sedikit tercalar. Dan aku sedikit tawar hati. Biar..baru aku tahu..aku kuat sebenarnya! hahaha..(kuatlah sgt)



'weh dah la tu...jom g usrah...wasalam'



2/4/10

Perjalanan yang panjang..bilakah akhirnya??





"Tidak ada anugerah yang lebih baik selain peroleh sifat sabar." (HR Bukhari dan Muslim)


Nota buat HATI : Tiada yang menjadi milik kita, semuanya milik Allah hatta nyawa kita juga pinjaman dari Allah yang perlu kita manfaatkan sebaik-baiknya dan perlu ingat kita mesti kembalikan nyawa kepada Pencipta Yang Esa bila diminta. Harus bersedia untuk mati. Harus bersedia untuk disemadi, persoalannya bersediakah kamu wahai diri yang hina?

Nota Buat IMAN : Memilih suami seolah sama seperti memilih akidah, jadi pilihlah yang terbaik dari yang terbaik. Allahummaj'alni hubbak wa hubba man ahabbak waj'al hubbaka ahabba ilayya minal maail baridi. Allahumma ameen. Jadi yang SOLEHAH sebelum berhajat kepada yang SOLEH. ~ tarbiyyah madrasah mujahadah ~

Nota Buat DA'EI : Apabila kita sendiri di uji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia.

Nota Buat JIWA : Perasaan ditemani Allah merupakan penghibur dalam kesepian, pelindung dalam ketakutan, perencah keamanan diri, pencorak keceriaan jiwa, penawar segala duka. Peneman dikala senang dan payah. Hati terdetik diketuk rasa rindu pada Nya, kerana cinta pada Nya, hati redha menerima segala ketentuan dari Nya. Itulah tawakal pada Nya.

Nota Buat SRIKANDI : Hidup ini adalah untuk bersyukur. Bersyukur pada orang yang menyakiti kerana dialah orang yang menabahkan hatimu. Pada orang yang tidak mengendahkan dirimu kerana dialah yang memupuk berdikari. Pada yang menjatuhkan kamu kerana dia yang memperhebatkan potensimu. Pada yang mengujimu kerana dia memberi peluang mujahadahmu. Pada yang menyeksa kamu kerana dia yang menguji kesabaranmu. Bersyukur dengan segala ujian Nya kerana itulah tarbiyyah dari yang Esa.

Nota Buat MUJAHID : Andai perjuangan ini mudah, pasti ramai yang menyertainya. Andai perjuangan ini singkat, pasti ramai yang istiqamah. Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia, pasti ramai yang tertarik padanya. Tapi hakikat perjuangan bukan begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga. Andai rebah, bangkitlah semula! Andai terluka, ingatlah janji Nya!

"Manusia yang hidup untuk dirinya sendiri, usianya amatlah pendek, bermula dari hari kelahirannya dan tamat ketika disapa SAKARATULMAUT... Akan tetapi bagi yang hidup untuk PERJUANGAN, usianya panjang...sepanjang PERJUANGAN itu. Bermula dari hari ALLAH mencipta Adam, berakhir tatkala Dia musnahkan alam!" (As-Syahid Syed Qutb)

2/1/10

Jangan Rosakkan Jemaah

Cintailah Jamaah Jangan Rosakkannya

1. Jamaah adalah flatform atau wadah perjuangan kita untuk mendaulatkan syariat Allah swt di atas muka bumi ini . Fungsinya menggantikan khilafah yang telah runtuh sejak sekian lama .

2. Justeru itu , Jamaah ini [ PAS ] mesti dibaca dan dihayati sebagai sebuah Gerakan Islam bukan sebuah parti politik semata - mata . Meskipun ia menyertai pilihanraya dan menerima sistem demokrasi yang tidak bercanggahan dengan syariat , namun ia hanya sebahagian dari tugas besar dan utama sebagai sebuah Gerakan Islam.

3. Ini perbedaan utama PAS dengan parti - parti politik yang lain . Selain dasar dan prinsip perjuangannya ialah Islam , PAS juga mesti tegak dengan sistem pengkaderan syakhsiyah dan pembinaan ruhiyyah yang mantap dan istiqamah.

4. Inilah kekuatan PAS dan inilah juga sebenarnya rahsia kehebatan dan keunggulan PAS . Memisahkan PAS dari elemen - elemen spiritual dan amal tarbawi ini akan meletakkan PAS tidak ubah seperti parti - parti politik yang lain dan pastinya PAS akan hilang keistemewaan dan kewibawaannya.

5. Akhir - akhir ini , seperti wujud satu gerakkan terancang untuk menghakis nilai - nilai fundamental ini daripada PAS sekaligus untuk meletakkan PAS hanya sebagai sebuah parti politik yang bertarung dan bergelut di medan demokrasi malah berusaha untuk meletakkan PAS sepenuhnya menganut faham demokrasi .

6. Menjenamakan PAS sebagai sebuah parti politik bukan lagi sebagai sebuah Gerakan Islam , sebenarnya merupakan satu episod untuk memudahkan usaha segelintir pihak yang kini sedang bekerja keras mahu mengikis penghayatan terhadap prinsip wala' , thiqah , ukhuwwah , dengar dan taat kepada arahan jamaah di dalam PAS .

7. Wala' , thiqah dan taat membuatkan mereka tidak bebas mengatur gerak langkah dan merancang strategi berasaskan kemahuan mereka . Terma - terma ini senantiasa menghantui pemikiran dan membayangi tindakan mereka . Lantaran itu , mutaakhir ini sangat ketara idea dan tindakan yang meremehkan isu wala' , thiqah dan taat .

8. Segera mereka meletakkan definisi yang negatif kononnya wala' , thiqah dan taat ini membuatkan anggota parti terkongkong dan tidak bebas mengkritik pemimpin mereka secara terbuka di dalam blog atau media . Sedang cara mudah untuk menjatuhkan seseorang pemimpin pada era ini ialah mengkritik mereka secara terbuka dan membentuk persepsi yang negatif terhadap mereka pada mata umum .

9. Semakin hari , kelihatan sikap mengkritik pimpinan dan jamaah secara terbuka [meskipun saluran dalaman parti luas tersedia ] termasuklah mempertikai keputusan - keputusan parti kian menjadi budaya . Terdorong oleh rasa tidak puas hati dan api dendam yang tidak pernah padam , bukan sahaja kisah - kisah lama yang tidak berkepastian terus diungkit bahkan polemik - polemik baru terus dicipta reka untuk meretakkan jamaah dan membinasakannya atas alasan yang cukup mempesona iaitu " saya buat begini kerana saya sayangkan jamaah ..." barangkali ini juga sama sebagaimana kata bidalan " seperti tikus membaiki labu "

10. Jamaah mempunyai akhlak , adab dan disiplinnya yang tersendiri . Jika ianya diambil dengan tepat dan cukup melalui skima yang tepat serta manhaj yang tulen , Jamaah ini akan dihuni oleh pimpinan dan anggota yang :

a ] erat hubungan 
b ] mantap tindakan dan 
c ] kukuh benteng pertahanannya .

Malangnya hari ini , terdapat segelintir pimpinan dan anggota yang cepat terpengaruh dan terkesan dengan propaganda cyber trooper dari musuh yang kini bijak menyelinap . Berasaskan realiti inilah , usrah menjadi satu mekanisme yang masih kukuh bertahan untuk menjadi 

a ] medan penyatuan fikrah , 
b ] tali penghubung ukhuwwah dan 
c ] kilang menghasilkan rijaal tokoh pejuang ] .