7/5/10

TATAPAN UNTUK SENAMAN JIWA.....

DIRI KU DAN SAHABAT SEKELIAN.....

WAHAI DIRIKU....MENGERTILAH...!

Diriku,
dalam sibuk kau membicarakan soal strategi perjuangan,
dalam sibuk kau
menyusun perancangan, kadangkala kau lupa menyemak
kedudukanmu di sisi Zat Yang Agung, yang keranaNya kau
menyusun, mengatur dan berjihad.
terlupa kau bertanya sejauh mana keikhlasanmu. terlupa
kau membelek Manhajmu agar ia selari dengan manhaj
Rabbani yang diturunkan...

Diriku,
dalam rancak kau meyiram taman hati insan lain, kau
terlupa membaja taman hatimu sendiri agar ia sentiasa
segar dalam hubungan dengan Allah,tersentuh
dengan daulatNya, merasa terpikul amanah ad-deen ini
bukan kerana kau berjamaah, namun kerana engkau di
bawah perintahNya.

Diriku,
seringkah kau mencari jalan agar hatimu sentiasa
lembut halus sentuhannya,agar sentiasa sedar akan
keagunganNya, insafi kekerdilan, kelemahan,
kealpaan dan kesilapan dirimu...?

ketahuilah diriku...
hatimu itu keras. khusyu'mu kurang, syukur dan redhamu
tidak banyak kau hadiahkan padaNya. terlalu banyak
kurang dan salahmu....

Diriku,
tunaikanlah solatmu dalam khusyu'dan tenang.

muhasabahlah dirimu kala sunyi, selamilah kalam2
al-Quran yang kau perjuangkan. padanya ada bekalan
untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini.

Diriku,
pada nawafil dan amalan sunat ada jalan yang hampir
untukmu berkasih sayang dengan tuhanmu. pada
qiamullail di keheningan malam bersama bisikan doa
dan munajatmu, diiring esak airmata keinsafan dan
keikhlasanmu, kau akan temui kemanisan taqarrub di
bawah duli kebesaranNya. di situ ada bekalnya...
lazimilah awal harimu dengan al-Ma'thurat, pasti kau
akan mengenali siapa dirimu sebagai daie.

Diriku,
pada tawadhu', pada ukhuwah fillah, pada infaq fi
sabilillah, pada uzlah muhasabah diri, pada zikir dan
selawat, ada ketenangan dan kekuatanmu.

Diriku,
ketahuilah bahawa hanya hati yang hidup sahaja yang
bisa memberikan nafas kepada hati yang mati. hati yang
turut sama mati tidak mungkin menyembuhkan
hati yang sakit apatah lagi menghidupkan hati yang
mati.

Diriku,
amanahlah kau di hadapan manusia kerana kedaulatan
TuhanMu namun rasailah kekerdilan dirimu di hadapan
kudrat dan IradatNya....

PASAKKAN KEYAKINAN UNTUK SATU PERUBAHAN



“Ya Allah, Ya Tuhan kami, sesungguhnya amanah ini terlalu berat untuk kami selaku pejuang di jalanMu, terlalu kerdil diri ini untuk memikul taklif yang terpundak, namun seandainya kami meninggalkan tugas ini, nescaya akan menghancurkan harapan pewaris silam, Ya Allah, Tuhan Yang Maha Berkuasa, kudrat lemah yang Engkau pinjamkan buat sementara waktu ini akan kami manfaatkan untuk ketinggian addinMu, kami akan berusaha untuk mendidik nafsu, agar keringat yang mengalir adalah keranaMu semata, kekalkanlah semangat ini sepanjang hayat kami, agar kami tidak tergolong di kalangan almutasaqitun ‘ala tariqud dakwah.. Amin Ya Rabbal ‘alamin….”



7/1/10

Ibu Sultan Muhammad Al Fateh

Bismillah wal Hamdulillah..

Salam kepada semua sahabat-sahabat...sudah lama rasanya tidak mengupdate blog. hari ini baru sempat untuk update...ketandusan idea juga menjadi alasan. Artikel di bawah sebagai perkongsian kepada sahabat-sahabat muslimah sebagai panduan bagaimana untuk melahirkan generasi Al Fateh yang seterusnya. 

:: Sultan Muhammad Al-Fateh - Pembuka Kota Konstatinopel ::

Sabda Rasulullah SAW


Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Konstantinopel itu akan ditawan oleh tentera Islam. Rajanya(menakhluknya) adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera”

Ini sabda Rasulullah SAW, hampir 1000 tahun sebelum Konstantinopel ditawan.

Dan sabda Rasulullah SAW ini menjadi inspirasi kepada kaum Muslimin selepas zaman baginda untuk berusaha menakhluk Konstantinopel. 800 tahun kaum Muslimin berusaha, raja bertukar raja, jeneral bertukar jeneral, tetapi tetap tidak mampu menakhluk Konstantinopel yang ampuh itu.

Sebaik-baik raja, dan sebaik-baik tentera. Bukan mudah.

Ketika balita

Balita adalah anak-anak kecil. Balita adaalah perkataan indonesia.

Dr Anas, ketika menyebut perihal Muhammad Al-Fateh dalam khutbah beliau, beliau ada menyebutkan betapa pentingnya ibu bapa mentarbiyah anak-anak sedari umur kecil. Bukan tunggu akil baligh, bukan tunggu boleh bersuara. Dari kandungan lagi sebenarnya sudah mula tarbiyah anak.

Malah, seorang guru saya ada pernah berkata:
“Tarbiyah anak itu sebenarnya, bermula dari pencarian pasangan kita”

Dr Anas berkata:
“Lihatlah bagaimana ibu kepada Sultan Muhammad Al-Fateh yang menakhluk Konstantinopel. Tahukah kamu apakah yang dia lakukan kepada Muhammad Al-Fateh?”

Diceritakan bahawa, semenjak Muhammad Al-Fateh lahir, ibunya akan membawa Muhammad Al-Fateh pergi keluar dari istana dan berdiri di sebuah tebing, di mana tebing itu menghadap ke arah Konstantinopel. Ibunya akan berkata:

“Wahai anakku, di sana terdapat kota Konstantinopel. Dan Rasulullah SAW bersabda: Konstantinopel itu akan ditawan oleh tentera Islam. Rajanya(menakhluknya) adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera. Ketahuilah anakku, engkau lah orangnya”

Setiap hari, tanpa bosan, ibunya buat begitu. Dari dalam gendongan, hinggalah Muhammad Al-Fateh boleh berjalan. Dia akan membawa Muhammad Al-Fateh ke tebing itu dan menunjuk ke arah Konstantinopel kemudian membacakan Hadith Rasulullah SAW tadi.

Tidaklah ibu ini tahu bahawa hadith itu untuk Muhammad Al-Fateh. Namun tindakannya itu sebenarnya untuk memotivasikan anaknya agar menjadi lelaki yang mulia itu.

Akhirnya kita dapat melihat, dari tangan ibu yang juga bercita-cita besar, yang sabar dan tabah mendidik anak untuk menadi seorang yang hebat, lahirlah seorang Sultan, yang pada umurnya sangat muda, yakni 23 tahun, dia berjaya menawan Konstantinopel dalam masa sebulan lebih, sedangkan kaum muslimin telah berusaha 800 tahun sebelumnya dan tidak berjaya.

Hari ini, siapakah antara kita yang bercita-cita besar untuk Islam, seterusnya mendidik anak-anak kita degan didikan yang mampu merealisasikan cita-cita itu?

Siapa?

Salahuddin kedua?

Seringkali kita mendengar suara-suara melaung memanggil Salahuddin kedua.

Ternyata bahawa Salahuddin Al-Ayubi kedua tidak wujud. Dia tiada. Tiada Salahuddin yang kedua. Sesiapa yang melaung-laungkan laungan seperti:

“Di manakah Salahuddin kedua?”

“Nanti Allah akan datangkan Salahuddin kedua untuk membela ummah ini”

Mereka ini telah menyandarkan harapan kepada impian kosong.

Kerana Salahuddin Al-Ayubi kedua tiada. Yang ada hanyalah kita. Kita.

Jadi, kitalah sepatutnya bergerak mendidik diri menjadi Salahuddin Al-Ayubi yang kedua. Bukannya melaung-laung menunggu. Lihatlah ummat Islam terdahulu berurusan dengan hadith Rasulullah SAW tadi. Mereka bukan menunggu munculnya raja terbaik dan tentera terbaik itu.

Mereka bergerak, berlumba, menjadi raja dan tentera yang terbaik itu. Hatta ibu-ibu yang ada pun mentarbiyah anak-anak mereka untuk menjadi apa yang hadith itu katakan. Mereka bukannya menunggu. Tetapi mereka berlumba untuk menjadinya.

Penutup: Kita, Sultan Muhammad Al-Fateh dan ibunya

Pengajaran yang besar dalam perkongsian ini adalah, tarbiyah anak-anak sedari kecil.

Kita selalu merungut anak kita tidak soleh, nakal. Kita sibuk cari ubat lembut hati dan sebagainya. Tetapi hakikatnya, kita terlupa, kita hakikatnya tidak mendidik mereka secara betul. Semasa kecil, kita terlalu manjakan mereka hingga semuanya kita beri. Didikan agama, kita serahkan pada sekolah agama semata-mata. Tidak kitaa usahakan dengan tangan kita, dengan akhlak kita, dengan qudwah kita.

Silap masyarakat adalah, pendidikan diserahkan 100% kepada sekolah. Sedangkan rumah adalah madrasah pertama manusia.

Kedua, bergerak menjadi. Muhammad Al-Fateh, inspirasinya adalah hadith tadi. Dengan hadith itu, dia berusaha untuk menjadi Sultan yang diramalkan. Bukan untuk kebanggaan diri. Tetapi untuk mengangkat darjatnya di sisi Allah SWT. Dia berusaha. Kalau Rasulullah kata sebaik-baik raja, pastinya sebaik-baik raja di sisi Allah. Rasulullah tiada katanya yang dusta.

Maka siapa antara kita yang bergerak menyahut ratusan janji-janji Allah SWT dan Rasulullah SAW di dalam Al-Quran dan hadith?

Siapa?

Atau terus menunggu, menanti-nanti Salahuddin Al-Ayubi kedua yang tak kunjung tiba?

Sedangkan Salahuddin Al-Ayubi itu sendiri pun, dia bukan menunggu sesiapa, tetapi menggerakkan dirinya sendiri untuk menjadi pembuka Palestina.
Jawapannya adalah KITA.
 ~sama-sama kita amalkan moga akan lahir generasi akan datang adalah generasi yang akan menjadi pejuang kepada Agama Allah.  Akan lahirnya Sultan Muhamaad Al Fateh yang seterusnya...bukan sekadar nama tapi pada perjuangannya~ Ameen

Sumber : http://ms.langitilahi.com/motivasi-ibu-muhammad-al-fateh




6/15/10

Kem Bina Insan anjuran Kerajaan Negeri Kedah

sesi LDK

sesi mendengar ceramah

ldk

sesi kuliah

sesi tertidor pun ada

suap jangan tak suap

setiausaha yang bertungkus lumus menyiapkan laporan

Alhamdulillah selesai..terima kasih kepada semua ajk dan fasi yang bertungkus lumus menjayakan program pada kali ini..moga kita berjumpa lagi pada program yang akan datang

"Perjalanan kita masih panjang, noktah perjuangan kita masih jauh. Namun, tanda-tanda kemenangan sudah kelihatan. Walaupun guruh di langit bukan menandakan hujan akan turun, namun sekurang-kurangnya harapan ada untuk menyaksikan kemarau akan berakhir."

6/2/10

Doakan Aktivis Lifeline4Gaza selamat tiba di Gaza




Assalamualaikum.

Marilah kita sama-sama doakan lebih kurang 800 aktivis kemanusiaan yang menaiki 8 buah kapal menuju Gaza, Palestine diselamatkan dan dilindungi Allah dari serangan Zionis Israel laknatullah.

Sekarang mereka sudah hampir dengan Gaza dan menghadapi risiko kemungkinan diserang tentera Israel dan dirampas kapal mereka.

Kapal-kapal yang membawa bekalan makanan dan perubatan ini tidak dibenarkan melepasi garisan sempadan yang ditetapkan Israel, namun pejuang-pejuang ini bertekad utk menghadapi apa jua kemungkinan dengan tetap akan menuju ke Gaza.






Berikut artikel dipetik dari sumber laman web haluanHALUAN

30 Mei – Pasukan ketenteraan Israel kini di bawah pengawasan dan arahan terus dari kerajaan Israel, telah bersedia untuk misi yang mereka namakan “Operation Sky Wind” / Operasi Angin Laut” bagi menyerang dan menangkap aktivis armada bantuan kemanusiaan Gaza atau Freedom Frotilla yang akan bergerak menuju ke Gaza dalam masa terdekat.

Sumber Israel melaporkan bahawa angkatan laut telah bersiapsedia dengan semua persiapan untuk pengambilalihan kapal-kapal tersebut, samada secara paksa jika perlu, dalam usaha untuk mengelakkan daripada konvoi tersebut berlabuh di pantai Gaza. Operasi ini dipimpin langsung oleh Komando Angkatan Laut Israel Mayor Jenderal Elizer Marom

Serangan yang dirancang meliputi empat tahap;

1. Tahap Amaran; Tentera Laut akan sentiasa berusaha untuk menghentikan kapal dari menghampiri garis sempadan yang ditentukan yang dikategori sebagai garis merah, apabila kapal menceroboh garis yang ditentukan, mereka akan diberi amaran bahawa mereka telah “melanggar undang-undang”.

2. Hentikan dan mengawal kapal-kapal tersebut; sekiranya kapal-kapal gagal mematuhi arahan Tentera Laut Israel, tentera laut Israel akan menyerang dan seterusnya mengambilalih lapan buah kapal yang mengangkut hampir 800 aktivis. Kapal-kapal akan dibawa ke Asdod Port dan aktivis akan ditahan di sebuah khemah besar yang telah dipasang untuk tujuan ini.

3. Diasingkan dan dihantar balik; tentera dan polis Israel memerintahkan para aktivis ditahan untuk menandatangani kenyataan menerima untuk dihantarbalik ke negara asal mereka, dan akan dihantar pulang melalui udara di Lapangan Terbang Ben Gurion.

4. Penangkapan sebelum dihantarbalik; sekiranya aktivis enggan dan menolak untuk menandatangani kenyataan untuk dihantar balik ke negara asal, mereka akan ditangkap, dihantar untuk pemeriksaan perubatan, kemudian dipindahkan ke Brigade Nahason milik Pentadbiran Penjara Israel sebelum dihantar ke Penjara Be’er Sheva Penjara dan kemungkinan penjara yang lain.

Mereka akan diadili dan dihantar pulang pada tahap seterusnya.

Sekitar 600 aktivis hak asasi manusia yang menaiki 8 buah kapal misi bantuan kemanusiaan menuju Gaza mengatakan bahawa mereka bertekad untuk sampai ke Gaza tanpa menghiraukan ancaman Israel.
Greta Berlin, juru bicara dari Gerakan Pembebasan Gaza, menyatakan bahawa “tidak ada yang akan menghentikan kapal ini, para aktivis hak asasi manusia tekad untuk mematahkan pengepungan dan sekatan Israel ke atas lebih 1.5 juta penduduk Palestin di Gaza, dan kami akan tetap menghantar bantuan kemanusiaan ini.” (imemc/alqudsol)


Info boleh didapati di http://haluanpalestin.haluan.org.my/?p=3795


Berikut adalah beberapa sms yang ana terima dari sumber-sumber Haluan:

"Dari ketua misi LL4G Malaysia: Tuan Hj. Noorazman: Kami sedang berada di perairan Gaza, dalam jam 4.30ptg (waktu malaysia), kami akan berdepan dengan kapal Israel. Pasukan konvoi LL4G Malaysia dan Indonesia diberi amanah utk menjaga keselamatan kapal konvoi.
Dijangkakan Komando Israel akan turun ke kapal melalui helikopter dan cuba merampas kapal konvoi tesebut. Pesanan beliau lagi, beliau minta doa dari kita semua. From sender: S/U CMT."

Sms lagi:

"Kapal kemanusiaan Gaza dikepung helikopter Israel. 11 rakyat Malaysia turut ada. website rasmi www.lifeline4gaza.org tak dapat dikemaskini kerana pihak Israel berusaha utk menghalang hubungan internet dan satelit antara konvoi dgn hubungan luar. Israel mengesahkan akan menghalang armada bantuan kemanusiaan memasuki Gaza."

Sama-samalah kita doakan saudara seIslam kita di sana selamat dan diberi perlindungan Allah dari yahudi zionis laknatullah. Bayangkan kita berada di tempat mereka sekarang, mungkin mereka bersedia menghadapi apa saja kemungkinan walaupun syahid fi sabilillah....

Info boleh didapati di http://www.lifeline4gaza.org/

Kem Bina Insan

5/25/10

Himpunan Besar 3 Julai



1. Membantah Lesen Judi Bola atau sukanyang diluluskan oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional membawa kepada tindakan tegas dari pihak Dewan Pemuda PAS Pusat .

Pertama : Himpunan 3 Julai 2010

Himpunan Besaran - besaran pada 3 Julai 2010 akan diadakan di perkarangan Masjid Negara dan kemudian berarak ke Istana negera mengiringi pimpinan Pemuda Pakatan rakyat untuk menyerahkan memorandum bantah Lesen Judi serta merayu campur tangan Raja - Raja Melayu untuk mendesak agar Kerajaan memansukhkan Lesen Judi Bola atau sukan tersebut .

Kedua : Himpunan 21 Mei 2010 [ jumaat ]

Himpunan besar - besaran yang mensasarkan penyertaan 5 ribu rakyat di setiap masjid negeri di seluruh negara pada 21 Mei 2010 untuk tujuan menyuarakan bantahan rakyat terhadap tindakan Kerajaan meluluskan Lesen Judi Bola dan sukan ini .

Ketiga : Memorandum kepada Mufti - Mufti Negeri [ tempoh 21 Mei hingga 30 June ]

Satu rally Dewan Pemuda PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Negeri - negeri akan menganjurkan satu siri penyerahan Memorandum Bantah Lesen Judi tersebut kepada mufti - mufti di setiap negeri sepanjang tempoh sebulan ini dari 21 Mei hingga 21 June 2010 . Mendesak agar mufti - mufti negeri membawa isu ini ke Majlis Mufti Kebangsaan lalu mendesak kerajaan agar menarik balik kelulusan Lesen Judi Bola yang telah dianugerahkan kepada Berjaya Group .

Keempat : Roadshow Mendidik rakyat [ sepanjang tempoih 21 Mei hingga 30 June ]

Dewan Pemuda PAS Pusat juga akan mengadakan Roadshow ke seluruh negara dalam tempoh sebulan ini bagi menjelaskan kepada rakyat mengenai keburukan dan kesan negatif judi bola yang akan dilaksanakan ini sekaligus mendidik rakyat agar tidak terjebak dalam perangkap judi yang diharamkan oleh semua agama .

Kelima : Edaran Risalah Hindari Judi

Risalah Hindari Judi [ Ya untuk Bola , Tidak untuk Judi ] akan diedarkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Negeri - negeri kepada semua khasnya peminat sukan bolasepak terutamanya di sepanjang musim FIFA WORLD CUP dan EPL pada musim depan .

2. Dewan Pemuda PAS Pusat juga akan memanafaatkan segala ruang dan peluang yang wujud sepanjang tempoh itu untuk menganjurkan apa jua tindakan berkesan ke arah mendesak Kerajaan menarik balik lesen judi yang telas diluluskan itu . Dalam masa yang sama peranan besar Dewan Pemuda PAS Pusat ialah mendidik rakyat agar menyedari keburukan judi lantas menjauhkan diri daripadanya .

3. Saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat mengharapkan penyertaan semua warga prihatin termasuklah badan - badan bukan kerajaan dan juga golongan non muslim agar turut menjayakan hasrat rakyat yang insaf dan sedar tentang implikasi buruk dari angkara judi tersebut .

Keterangan lanjut boleh hubungi sekteriat Dewan Pemuda PAS Pusat di talian : 03 269 25000
http://episodeperjuangan.blogspot.com/

Konsert Aura Unggu

Pintu Masuk Dewan Kebudayaan Negeri Selangor

Turun dari bas...sapa tak kenal ni bas?huhu

Acara Senam Robik

Penyokong dari Perlis

Gerai Perlis

Peserta kumpulan dari Perlis

Hasil Memanah...ada berani? paling tinggi kat kuning tu..walaupun kali pertama memanah..:)

5/24/10

Mengapa Suka Sangat Bersangka

Manusia hari ni suka sangat bersangka-sangka..
ada sangkaan baik..ada sangkaan buruk...
orang beribadah disangka riak..
orang yang relax disangka pemalas..
orang yang tabah disangka keras kepala..
orang yang senyum dikala ujian menyapa disangka ego..
orang yang senyum disangka mengejek..
orang yang diam disangka menyendiri..
orang menegur disangka memandai..
orang masam disangka merajuk..
orang baik disangka buruk..
orang buruk disangka baik...
orang diam disangka menyendiri..
lagi apa lagi..macam-macam sangkaan..



Mana tahu.... yang diam itu kerana berzikir kepada Allah, mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah, mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa, mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya, mana tahu yang ceria itu kerana cergas, manalah tahu yang menegur itu benar-baner ikhlas, manalah tahu yang membebel itu sedang menasihatinya. Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti memusnahkan kayu dimakan api...satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang kita boleh buat, semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya...

dan yang sebenarnya aku ni tak tahu nak tulis apa...huh. di bawah ni lirik lagi i believe yourself...'believe my self'...

Lonely the path you have chosen
A restless road, no turning back
One day you will find your light again
Don't you know
Don't let go the chance


Follow your heart
Let your love lead through the darkness
Back to a place you once knew
I believe I believe I believe in you
Follow your dreams
Be yourself an angel of kindness
There's nothing that you cannot do
I believe I believe I believe in you

Someday I'll find you
Someday you'll find me too
And when I hold you close
I know that it's true

Follow your heart
Let your love lead through the darkness
Back to a place you once knew
I believe I believe I believe in you
Follow your dreams
Be yourself an angel of kindness
There's nothing that you cannot do
I believe I believe I believe in you





5/13/10

Hukum Memakai Inai Bagi Lelaki?


Assalamualaikum w.b.t
Saya ditanyakan persoalan berkenaan hukum memakai inai bagi lelaki semasa perkahwinan yang mana ia menjadi satu adat didalam perkahwinan?

Jawapan:

Didalam Islam, kita mengutamakan dalil iaitu dari Al-Quran dan Al-Hadis  dari Al-Qur’an dan sunnah, sebagaimana Firman Allah:
Bermaksud: Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak
mempunyai pengetahuan tentangnya. sesungguhnya pendengaran,
penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggunganjawabnya.
(QS. 17:36).

Dan orang yang berkata dalam masalah agama tanpa dalil,bererti berkata atas nama Allah tanpa ilmu. Dan ini dilarang oleh Allah,sebagaimana firman-Nya,

Bermaksud:“ Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui”, (QS.2:169)."

Begitu juga ketika seseorang berfatwa dan memberikan jawapan dalam masalah agama tanpa dalil yang benar,maka fatwa atau jawabannya hanya akan menyesatkan saja. Rasulullah bersabda, 

Bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak mengambil ilmu dari manusia dengan mencabutnya, tetapi dengan mewafatkan para ulama’, dan ilmu akan ikut hilang bersamanya. Dan akan tinggal insan-insan jahil yang berfatwa tanpa ilmu, Maka dia telah tersesat dan akan menyesatkan”, (HR.Bukhari dan Muslim).

Jadi untuk menjawab persoalan ini memerlukan kepada tokohnya iaitu ulama yg berilmu.Dalam meneliti soalan dalam permasalahan Fiqh, metode yg digunakan adalah mengutamakan dalil dari Al-Quran dan Hadis kemudian Ijma' Sahabat dan pandangan ahli ilmu.

Mari kita lihat Fatwa-Fatwa para ulama Salaf dalam menjawab permasalahan inai dan hukumnya?


Memetik Fatwa Syiekh Masyhur Hassan Salman[1] didalam Kitab kumpulan Fatwa beliau:

خضاب الرجل يكون على الحال الذي استخدم عند الصحابة والتابعين ويكون في اللحية والشعر إن كان فيهما شيب ، أما في اليدين والرجلين فلا يجوز للرجل أن يستخدم الحناء إلا تطبباً ، أما من باب التزيين ففي هذا تشبه بالنساء فلا يحل له أن يحني رجله أو يديه إلا من باب التطبيب أما الشيب في اللحية أو الشعر وإن كان قليلاً فمن السنة أن يحني الشيب فقد صبغ النبي صلى الله عليه وسلم لحيته وشعرات الشيب قليلة
Maksudnya: Mewarnakan atau inai bagi lelaki dibolehkan pada keadaan yang digunakan oleh para Sahabat Nabi SAW dan Tabie'en dan juga dipakai pada janggut dan rambut sekiranya pada kedua-duanya terdapat uban, manakala pada tangan-tangan dan kaki-kaki maka tidak dibolehkan bagi lelaki untuk memakai inai melainkan hanya untuk berubat dengannya, adapun jika ia digunakan untuk tujuan perhiasan, padanya penyerupaan seperti perempuan, maka tidak dibolehkan baginya mewarnai kaki atau tangannya melainkan untuk tujuan perubatan. Adapun uban pada janggut dan rambut walaupun sedikit maka daripada sunnah Nabi SAW baginya mewarnai ubannya. Pernah dilakukan Nabi SAW, mewarnai janggut baginda dan rambut-rambut baginda yg sedikit.

Didalam Fatwa Online[2] oleh Mufti Markaz Fatwa dibawah naungan Prof. Dr Abdullah Faqeh, diajukan soalan berkenaan "Adakah dibolehkan inai dipakai oleh lelaki untuk majlis perkahwinan?

Beliau menjawab:
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أما بعد
Sekiranya yang dimaksudkan penyoal adalah mewarnakan seorang lelaki tangannya atau kakinya dengan inai bagi majlis perkahwinan, maka hal itu tidak dibolehkan, malah juga tidak dibolehkan selain perkahwinan kerana hal itu adalah daripada perhiasan wanita, dan tidak boleh (haram) menyerupai wanita ke atas apa yg dikhususkan ke atas para wanita dalam perhiasan atau pakaian.Dan dalil yg mengkhususkan bagi perempuan adalah berdasarkan hadis yg diriwayatkan oleh Abu Daud dan juga Al-Nasai'e dengan sanad yg Hasan:
Dari Ummul Mukminin A'isyah r.a. berkata:  Seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda S.A.W. lalu baginda melihat tangan itu seraya baginda bersabda: Aku tidak tahu samada ini tangan lelaki atau perempuan. itu menjawab: Aku adalah seorang wanita. bersabda: Sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakai inai dijarimu.
dan juga hadis yg diriwayatkan oleh abu hurairah radhiallahu anhu:
"Bahwasanya Nabi SAW didatangkan kepadanya seorang mukhannath (khunsa) yang mewarnakan tangannya dgn inai. Dikatakan kepada Rasulullah S.A.W: "Wahai Rasulullah. Lelaki ini cuba menyerupai wanita." Lalu diperintahkan lelaki itu dihantar ke naqi'ah(nama tempat) (sebagai hukuman, dihantar ke tempat yang terpencil supaya dijauhi dari orang ramai). Lalu mereka bertanya kepada rasulullah S.a.w: "Kenapa dia tidak dibunuh?" Lalu baginda S.A.W bersabda: "Aku dilarang membunuh mereka yang bersembahyang." (Diriwayatkan oleh Abu Daud dengan sanad yg soheh) 
Berkata Imam Al-Nawawi rahimahullah: Dan berkenaan menginaikan kedua-dua tangan dan kaki maka ia satu sunnah kepada pengantin perempuan. Dan ianya haram ke atas lelaki melainkan untuk tujuan perubatan. Dan daripada dalil-dalil ke atas pengharamannya adalah dari sabda baginda SAW:

Bermaksud:"Allah melaknat orang yg menyerupai wanita dari kalangan kaum lelaki, dan juga perempuan-perempuan yg menyerupai lelaki dari kalangan wanita. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Tirmizi)

Dan sekiranya bertujuan untuk menwarnakan uban dengan inai maka ianya dibolehkan malahan ia adalah sunnah ini berdasarkan hadis Nabi SAW:

Ertinya : Sesungguhnya sebaik-baik bahan untuk mengubah (mewarna) uban ini adalah inai dan khatam(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad)‌

Janganlah kita mencabut uban kerana Nabi SAW bersabda:
Ertinya : Janganlah kalian mencabut uban kerana uban itu cahaya seorang muslim. Tidaklah seorang muslim tumbuh ubannya kerana (memikirkan) Islam malainkan Allah catatkan baginya (dengan sebab uban tersebut) satu kebaikan, mengangkatnya (dengan sebab uban tersebut) satu derajat, dan menghapus darinya (dengan sebab uban tersebut) satu kesalahan‌ (Ahmad dan Abu Daud)

-----------------------------------------------------------------
Foot Note:

[1] Nama beliau adalah Masyhur bin Hasan bin Mahmud Ali Salman,dilahirkan diPalestin tahun 1960 dan kunyah beliau adalah Abu Ubaidah. Beliau adalah seorang Syaikh yang mengikuti manhaj salaf dan berpegang dengan atsar mereka. Beliau memiliki banyak buku yang unik, bermanfaat dan sangat ilmiah. Termasuk buku ulama lain yang beliau takhrij dan tahqiq. Beliau merupakan anggota Mujtama’ al-Ilmi wal Ifta’ markaz Imam
Albania juga murid kepada Syiekh Nasaruddin Al-Albani rahimahullah.

[2] Meenyepakati Fatwa Lajnah Al-Daimah Lil- Buhus I'lmiyah Wal Iftaa'
http://kemahilmu.blogspot.com/2010/05/hukum-memakai-inai-bagi-lelaki.html