"Allah menetapkan (menjamin) kebahagiaan bagi suami dan isteri yangbertaqwa kepada Allah pada pasangan mereka, Allah juga menjamin kebahagiaan bagi rumah yang didirikan atas dasar pemeliharaan hak dan pelaksanaan tanggungjawab."
3/7/10
3/3/10
Being mujahid's wife!
3/2/10
Juzt For Fun
|
3/1/10
Moga dirimu tabah
Innalillah hiwainna ilaihirojiu'un...rasanya baru semalam wahidah tidor di rumah ku...sambil bercerita panjang mengenai masalah yang melanda dia dan sahabat-sahabat seperjuangan.
'macam mana dah dapat tiket bas belum?' aku
'alhamdulillah ada sahabat nak hantar balik kelantan' shah
'ok tak pa la gitu...moga selamat pergi dan balik ya, kalau mengantok rehat dulu..' aku
indahnya hidup berjemaah..susah dan senang dirasai bersama..di kala susah ada saja sahabat yang membantu. maaf ya tak dapat akak menemani wahidah balik kampung..hanya iringan doa sahaja. Teringat masa sama-sama pergi ziarah 2 orang sahabat di kelantan..Allah lebih menyayangi abah mu...
bersabarlah wahai pejuang...
Adakah kamu menyangka, bahawa kamu akan dibiarkan (dalam keadaan kamu yang ada itu), padahal belum lagi terbukti kepada Allah (sebagaimana yang diketahuiNya) orang-orang yang berjihad ( BERJUANG ) di antara kamu dan yang tidak mengambil teman-teman rapat (untuk mencurahkan rahsia kepada mereka), selain daripada Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman? Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu kerjakan.
-Surah At Taubah:16
semoga dirimu tabah menghadapi ujian Tuhan..setiap yang diberi pinjam akan diambil kembali...
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman",
sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. "
2/27/10
MENGURUS ORGANISASI : ANTARA KEFAHAMAN, PENGHAYATAN, FOKUS & KEUTAMAAN
Salam..tukar layout lagi..erm sukarnya mencari yang terbaik apatah lagi menjadi yang terbaik..hampir tidak pasti. Mungkin hanya mimpi..atau angan-angan. Bergerak di lapangan masyarakat mengajar aku bagaimana untuk mengurus perubahan. Berhadapan dengan golongan orang lama dan orang baru. Mengurus organisasi sewajarnya dilakukan dengan sentuhan pengalaman, kefahaman minda dan naluri ikhlas.
Asas kepada pengalaman adalah keberanian untuk mencuba, walaupun perkara itu, baru dalam diari kehidupannya. Tidak semestinya menceburi badan aktiviti atau persatuan baru seseorang itu benar-benar diiktiraf sebagai berpengalaman.
Menimba pengalaman daripada satu aktiviti, dikira cukup berkesan, sekiranya pengalaman aktiviti itu dihayati, difahami dan ditaakul dengan penuh jiwa. Menimba ilmu daripada satu pengalaman dengan penghayatan penuh adalah lebih berkesan daripada menimba ilmu daripada pelbagai aktiviti tanpa menghayati falsafah tersurat dan tersirat di sebalik aktiviti yang ditimba itu.
Sekurang-kurangnya tidak melibatkan kos melepas yang terlalu banyak dari sudut pembahagian masa, tenaga dan material. Dengan penghayatan penuh, sepatutnya pengalaman dari satu aktiviti itu akan membuka ruang minda seseorang itu untuk memikirkan sendiri apa yang bakal dilakukan untuk aktiviti akan datang;berani menerima risiko menjadi ketua setelah dididik menjadi pembantu.
Keberanian memikul tanggungjawab ini akan lebih menguji dan memperkayakan pengalaman seseorang itu apabila berhadapan dengan bermacam ragam karenah anak buah dan organisasi.Lebih penting lagi apabila ketua itu mampu keluar daripada kerangka yang pernah diasaskan oleh ketuanya sebelum ini.
'cakap memang la senang kak..banyak amanah yang terpikul tak mampu saya nak buat semua ni'
Sms seorang adik yang telah aku edit sedikit smsnya..tapi apa yang nak disampaikan sama.
Keperluan anjakan paradigma ini merupakan prasyarat pemimpin; penentu pemimpin itu berkualiti,visi dan misi jelas. Hakikatnya, kombinasi pengalaman, pemahaman minda dan naluri ini saling berkaitan;sekiranya dihayati sepenuhnya akan menterjemahkan sikap komited, ikhlas, berani, bertanggungjawab, cekal, bermotivasi dan pelbagai sifat-sifat positif lain.
Tanpa penghayatan penuh, meskipun menceburi pelbagai aktiviti, akan menghasilkan kekosongan minda dan tidak memancarkan naluri positif. Walaupun tidak pernah diucapkan dengan kata-kata, tetapi sifat-sifat itu akan terpancar dalam diri seseorang itu melalui cara, sikap, tingkah laku kehidupan sehariannya.
Mulut berkata, "aku ikhlas", belum tentu, cara sebutan, tingkah laku dan perbuatannya melambangkan keikhlasannya. Minda berfikir, hati menghukum, naluri orang lain yang menentukan keikhlasan itu, mengikut kefahaman dan kata hatinya sendiri. Tidak penting apa yang seseorang itu perkatakan, tetapi yang lebih penting apa yang terpancar disebalik bukan kata-katanya.
Proses pengadunan ciri positif dalam jiwa seseorang perlu pula dibantu dengan tiga kemahiran lain iaitu cara penyelesaian, fokus dan keutamaan. Pemimpin akan berhadapan dengan cara untuk menyelesaikan masalah. Bagaimana cara kaedah penyelesaian yang diambilnya akan memberi kesan kepada organisasinya sama ada bijaksana atau tidak. Tidak ada bentuk tetap penyelesaian masalah kecuali berani mencuba dan mengetahui punca-punca berlakunya masalah itu.
Sikap berani menghadapi masalah dan mencari jalan penyelesaian terbaik adalah lebih terpuji daripada takut menghadapi masalah dan sentiasa menggelakkan diri daripada bertembung daripada masalah. Ini yang dikatakan Atichy Phobia atau Fear of Success. Contohnya bidang kejuruteraan lazimnya dikuasai oleh kaum lelaki, tetapi sejak kebelakangan ini kaum wanita semakin ramai menceburi bidang ini. Tetapi bila mana wanita berjaya menguasai bidang ini akan timbul satu dilema dalam dirinya 'tak perlulah aku berlebih-lebih nanti hilang pula sifat keperempuanan ku...' atau ' perempuan tak perlu belajar tinggi-tinggi satu hari di dapur juga.'
Semakin runcing masalah itu, semakin terserlah, wajah diri, emosi dan kualiti diri seseorang. Pengalaman ini yang mematangkan serta memantapkan diri sekiranya dipelajari dan dihayati, hadis nabi yang bermaksud, "tidak mungkin dipatuk ular dua kali di tempat yang sama"
Setelah mengenalpasti masalah dengan segala faktornya, pembinaan fokus perlu dihayati untuk menyelesaikan permasalahan itu. Sewajarnya, pemimpin yang baik, bukan pemimpin yang hanya menghabiskan kehidupannya dengan penyelesaian masalah. Memperbesarkan masalah tanpa tindakan waras maka, permasalahan itu akan terus membesar. Mengecil permasalahan yang bukan masalah adalah ciri terpuji untuk mengurangkan karenah-karenah organisasi.
Di sinilah kebijaksanaan pemimpin yang mampu mengesan dan melihat secara jelas antara permasalahan besar dan kecil. Tujuannya untuk menentukan fokus gerak kerja yang lebih berkesan terhadap idea positif yang ingin diterjemahkannya. Fokus menentukan keberkesanan produk. Fokus kepada perkara penting dan kurangkan daya fokus kepada perkara remah temeh.
Idea-idea dan masalah-masalah dibentangkan tanpa dilabelkan indek kepentingannya. Semuanya dianggap penting dan perlu dilaksanakan. Kebijaksanaan pemimpin berkualiti menentukan prioriti antara idea utama dengan idea sampingan atau masalah major dengan masalah minoriti.
Bagaimana kita mengurus perubahan akan menunjukkan tahap kematangan sebuah gerakan. Idea utama diutamakan dan idea sampingan dikemudiankan.
2/24/10
Jemaah IPT: Bakal Kepimpinan Yang Sentiasa Diperhatikan Illuminati
Tiadalah perkara lain yang lebih menakutkan pihak musuh Islam terhadap manusia Muslim yang berada di IPT-IPT seluruh dunia melainkan satu kelompok yang berasaskan Jemaah Harakah Islamiyah .Illuminati sedar bahawasanya ketentuan halatuju, kemantapan, perancangan dan kesinambungan perjuanhan harakah islamiyah bagi sesebuah negara Islam akan bergantung sepenuhnya terhadap kekukuhan manhaj setiap mahasiswa yang bergelar jemaah.
Persoalannya sekarang mengapa ahli Jemaah sangat merbahaya kepada Illuminati?
Mahasiswa yang berjemaah tidak sama intergriti intelektualiti nya dengan mahasiswa yang tidak berjemaah walaupun kedua-dua mahasiswa tersebut berada di bidang Pengajian Ilmu-Ilmu Islam. Mahasiswa yang memperjuangkan Islam tanpa menyertai jemaah umpama seorang Muslim yang bersolat seorang diri di dalam masjid. Menurut bekas Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Allahyarham Dr. Mustapha Masyur, kerja-kerja secara berjemaah adalah wajib;
“Oleh kerana bagi mencapai tujuan yang besar ini (jihad) merupakan kewajipan yang difardhukan oleh Islam ke atas umatnya, dan tidak mungkin dicapai kecuali dengan berjemaah dan kerja-kerja jemaah, maka kerja berjemaah ini menjadi wajib.”
(Mustapha Masyur, Jalan Dakwah: Antara Qiyadah dan Jundiyyah, hlm 7)
Perjuangannya mungkin kelihatan murni dan benar tetapi kekuatan dan keampuhan perjuangan itu kurang keberkesanannya dan mungkin hanya akan berlegar di dalam diri sahaja. Berbanding dengan mahasiswa yang berjemaah, walaupun teramat kecil bilangannya tetapi wadah perjuangan dikawal bai’ahyang mengikat persetiaan hidup dikalangan ahli-ahli jemaah.
1. Mahasiswa Islam yang berjemaah mempunyai hierarki kepimpinan yang sangat sistematik walaupun tidak direkodkan seperti perlantikan Amir dan Amirah, Naqib dan Naqibah bagi sesuatu kumpulan-kumpulan kecil.
2. Mahasiswa Islam yang berjemaah mempunyai sistem pembelajaran ilmu Islam yang tersusun melalui usrah-usrah di peringkat kelompok, Kolej dan IPT. Selain itu, jemaah juga perlu menghadiri tamrin-tamrin yang dijadualkan oleh para amir dan amirah.
3. Mahasiswa Islam yang berjemaah mempunyai ikatan persahabatan seumur hidup berasaskan baiah yang diucapkan.
Namun begitu, muslim tanpa menyertai jemaah ada peranannya tersendiri mengikut kemampuan yang ada. Manakala muslim yang berjemaah tetapi akhirnya meninggalkan perjuangan selepas tamat pengajian adalah lebih mengaibkan kerana ia bisa saja melunturkan semangat ikhwan-ikhwan di dalam jemaahnya.
Kepimpinan Illuminati Adalah Golongan Intelektual
Di dalam Illuminati sendiri, golongan yang mempelopori gerakan itu ialah bekas-bekas pelajar universiti dari pelbagai bidang. Hatta sejarah Illuminati sendiri, jika dilihat ianya juga ditubuhkan oleh golongan berpendidikan iaitu Dr. Adam Weishaupt yang berpendidikan Undang-Undang malah menjadi profesor undang-undang di Universiti Ingolstadt, Jerman.
Tidak ada kepimpinan di dalam Illuminati mahupun secret society yang lain seperti Trilateral Commission, Bilderberg Group, Club Rom, Skull & Bones dan sebagainya mengambil individu tidak berpendidikan untuk menerajui organisasi. Individu yang berpendidikan atau berilmu sangat tinggi nilainya malah Allah sendiri berfirman tentang orang-orang yang berilmu bahawasanya;
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain), maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (serba-serbinya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjah orang-orang yang beriman diantara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengethauan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjah dan (ingatlah) Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan.”
(al-Mujadalah: 11)
Saidina Ali bin Abi Talib mengatakan;
“Wahai Kamil ilmu itu baik dari harta kerana ilmu menjaga kamu sedangkan harta kamu yang menjaganya. Ilmu menjadi hakim sedangkan harta dihukumkan atasnya dan harta semakin berkurangan dengan dibelanjakan sedangkan ilmu semakin bertambah apabila diamal dan digunakan.”
Pensyarah Berjemaah Sentiasa Diperhatikan Musuh Islam
Walaupun pada hakikatnya jemaah-jemaah di IPT diuruskan secara total oleh mahasiswa tetapi musuh-musuh Islam tahu pendokong yang membantu dari belakang ialah para pensyarah yang berfikrah Islam. Golongan pensyarah sentiasa diperhatikan gerak-gerinya khususnya berkaitan hubungan mereka dengan pelajar-pelajar kelas mereka.
Illuminati amat takutkan golongan ini kerana mereka sentiasa menjadi perangsang semangat kepada pelajar-pelajar mereka yang berjemaah malah masa dan harta benda mereka juga diinfakkan untuk kerja-kerja amal jemaah. Bagi Illuminati, golongan kecil ini boleh menjadi faktor penyebab lahirnya pejuang-pejuang Islam berstatus intelektual di peringkat global. Golongan pejuang Islam yang berstatus profesional lebih membahayakan bagi puak Illuminati kerana pemikiran mereka ‘out of box’ dan manhaj yang dipegang juga kukuh dan sukar tergelincir dari landasan jihad.
Apabila Jemaah Mempunyai Ilmu Konspirasi, ia lebih membahayakan Illuminati
Apabila seseorang ahli Jemaah mempunyai pengetahuan dalam hal ehwal konspirasi Zionis, sudah pasti ia menjadi batu bara untuk golongan Illuminati kerana golongan seperti ini sudah pasti tidak duduk diam sahaja memerap ilmu-ilmu itu melainkan ianya dikaji dan disebarkan dengan pelbagai cara.
Jemaah yang mempunyai pengetahuan konspirasi Illuminati kemungkinan boleh menjadi penghalang utama kepada perancangan Illuminati untuk menyerap masuk ke dalam parti-parti Islam. Jemaah seperti ini akan sentiasa bertindak memerhati dan menyelongkar segala macam anasir-anasir yang dikira boleh merosakkan parti-parti Islam.
Jemaah sebegini sangat proaktif dalam membentuk mekanisme khusus bagi menapis agen-agen tersembunyi di dalam kepimpinan parti. Kemungkinan juga pihak Illuminati hanya boleh memilih jalan menamatkan riwayat golongan ini dengan segala macam kejutan yang tidak diduga bagi memastikan perancangan mereka berjalan dengan sempurna. Namun hakikatnya golongan ini sukar dikesan dan dibukakan rahsia hati mereka.
Baitul Muslim adalah hakikat ketakutan Illuminati
Di dalam jemaah harakah Islamiyah yang bergerak di IPT-IPT sekarang ini, hanya ada satu perkara yang pada pandangan kami paling ditakuti oleh Illuminati. Perkara itu ialah Baitul Muslim.
Walaupun agak ganjil bunyinya tetapi perlaksaan Baitul Muslim di semua peringkat harakah Islamiyah kiranya boleh menggugat perancangan Illuminati secara jangka panjang. Ini kerana, objektif Baitul Muslim (BM) adalah melahirkan keluarga Muslim yang berfikrah Islam melalui pasangan-pasangan yang sama fikrahnya. Mahasiswa yang berjemaah walaupun tidak aktif sudah pasti akan terpahat dalam dirinya akanmendidik seluruh ahli keluarganya kelak agar menyertai jemaah. Apabila ramai ahli jemaah dikalangan golongan muda berpelajaran tinggi maka jarum-jarum sekular yang menyuntik dunia ilmu Islam sejak ratusan tahun dahulu mudah dikeluarkan.
Kesimpulan
Setiap konspirasi dari Illuminati dalam meranapkan harapan masyarakat Islam secara hakikatnya dapat dilihat akan menjurus kepada menghancurkan jemaah harakah islamiyah dalam apa cara sekali pun. Meskipun perancangan Illuminati itu untuk memusnahkan jemaah Islam seluruh dunia tidak dinyatakan secara zahiriah dan bertulis tetapi hambatan waktu yang menimpa ke atas setiap jemaah Islam di seluruh dunia membuktikan jemaah sangat dibimbangi Illuminati.
Illuminati sedar jemaah adalah satu-satunya tentera tersembunyi tanpa senjata bagi masyarakat Islam yang akan melancarkan daulah Islamiyah secara serentak di bawah pengawasan ulama’. Illuminati juga sedar cara terbaik menghalang pengaruh jemaah ini adalah dengan menguasai sistem-sistem politik dalam negara dari segenap sudut dan menggunakan orang-orang Islam sendiri yang berfahaman sekular sebagai jambatan aliran perancangan mereka.
Subscribe to:
Comments (Atom)


