10/15/09

Federic Kanoute di Seville

Salam..dari kuliah Ustaz Kamal Asyaari pada minggu lepas ada satu slot yang menceritakan mengenai pemain bola sepak ini. Hebat?? inilah kehebatan Islam...Islam sudah semakin mendapat tempat di mata dunia. kita bila lagi??

Frederic Kanoute, 31 dalam perlawanan antara Seville vs Deportivo La Coruna telah menyatakan sokongan beliau kepada PALESTIN dengan menyelak jersinya dan menayangkan perkataan “PALESTINA” setelah menjaringkan gol kedua bagi pasukannya, Seville. Perlawanan bolasepak tersebut telah diadakan pada 8/1/2009.

Meraih prihatin dunia terhadap PALESTIN melalui sukan bolasepak.

Meraih prihatin dunia terhadap PALESTIN melalui sukan bolasepak.

Dikhabarkan bahawa dalam perlawanan menentang Osasuna (4/1/09), beliau juga memakai baju yang sama tertera perkataan “PALESTINA”. Tetapi tidak ditunjuk kerana beliau tidak dapat menghasilkan gol pada ketika itu.

Namun, pada saat keunggulan beliau telah menjaringkan gol pada perlawanan menentang Deportivo La Coruna; Pada saat semua kamera menumpukan fokus kepada beliau; Pada saat ribuan manusia bersorak kepada beliau; Pada saat ribuan pasang mata menonton kejayaan beliau; Pada saat itulah, Frederic Kanoute memilih untuk menayangkan sokongan beliau kepada PALESTIN dengan cara yang tersendiri. Sungguh pandai dan sungguh bijak. Alhamdulillah… :D .

Adakah itu sahaja sumbangan beliau?

  1. Beliau malah telah menyelamatkan sebuah bangunan yang dijadikan masjid oleh penganut ISLAM di Seville. Bangunan tersebut telah dibuat keputusan untuk dijual kerana kontrak penggunaan bangunan tersebut sebagai tempat solat telah tamat. Namun, Frederic Kanoute telah tampil menyelamat dengan membeli bangunan tersebut dengan harga 510,860 euros (iaitu $700,000 USD). Harga tersebut menyamai setahun pendapatannya. (Baca lanjutan di Islamonline.net)kanoute

  2. Beliau juga telah membuktikan bahawa berpuasa pada bulan Ramadhan tidak melemahkan ummat ISLAM. Frederic Kanoute telah dimahkotakan dengan penjaring gol terbanyak liga iaitu 20 gol, mengalahkan Ronaldinho. Bukan setakat BOLEH bermain bolasepak di arena profesional, malah CEMERLANG walaupun sedang berpuasa. Semenjak itu, kelab yang beliau wakili tidak lagi memberi tekanan kepada beliau untuk menjalankan rutin sebagai seorang muslim. (Baca lanjutan di Islamonline.net)

  3. Sebagai seorang muslim, beliau juga menolak untuk memakai jersi bolasepak kelab beliau yang tertera nama sebuah syarikat internet perjudian. Kelab beliau telah menyediakan jersi khas untuk beliau pakai.
  4. Beliau juga telah mewujudkan sebuah yayasan untuk membantu anak-anak yatim di Mali dan lain2 kebajikan agama yang menjadi dambaan setiap muslim.

SubhanALLAH, insan seistimewa Frederic Kanoute ini telah membuat suatu yang sangat bernilai di sisi ISLAM. Walaupun baru 10 tahun memeluk ISLAM, sumbangan beliau telah mengalahkan sebahagian kita yang telah lama memeluk Islam

Semoga kisah Frederic Oumar Kanoute ini bisa memberikan kita keinsafan dan dapat kita ambilnya sebagai iktibar.

wAllahu ta’ala a’lam.



Antara pemain Beragama Islam di Arsenal

Samir Nasri ketika membaca doa

Samir Nasri

Robin Van Persie

Kolo Toure

Bacaru Sagna

Armand Traore


10/14/09

Mohon Sumbangan

Salam alaik

Bagi sahabat2 yang mengenali Ustaz Ramadhan Fitri (exco DPP Pusat) dan Ustazah Khadijah Ismail (Naqibah Nisa' Serdang), anak mereka kini sedang berada dlm keadaan kritikal di wad ICU Hospital Putrajaya. Mohon bantuan sahabat untuk kita sama-sama solat hajat dan berdoa apa yang terbaik utk adik Nur Fatimah.

Bagi mana-mana individu yang berminat untuk menghulurkan sedikit derma bagi meringankan bebanan pasangan Mujahid & Mujahidah ini, bolehlah dihulurkan terus ke akaun bank bendahari Nisa' Serdang sebelum 12.00 pm esok (14 Oktober 2009) memandangkan kami akan menziariahi adik Nur Fatimah di Hospital Putrajaya semasa waktu melawat tengahari. Sebarang transaksi duit, harap dimaklumkan terus ke email saya bagi memastikan sumbangan kalian terus sampai kepada yang hak.

Jutaan terima kasih bagi mewakili kedua ibu bapa adik Nur Fatimah atas sumbangan dan doa yang dihulurkan. Semoga adik Nur Fatimah akan dapat diselamatkan dan kedua ibubapanya tabah dengan ujian ini.

Sumbangan boleh disampaikan terus melalui akaun:

NOR IZA BINTI MOHD RAWI
Maybank (162245635367)
CIMB (12180092258522)

~Jazakallah~

10/12/09

Bala


Taufan Tornado

Gempa Bumi



CUKUP menyayat hati apabila melihat satu persatu bala dan ujian Allah SWT turunkan kepada manusia pada hari ini. Daripada bala yang datang secara halus sehingga cara menakut dan mengerikan. Semuanya menyakitkan, menyeksakan kehidupan kita, memedihkan perasaan kita dan memilukan hati nurani kita semua.

Adakah semua bala yang melanda kita hari ini sekadar bencana alam dan masalah kebersihan yang tidak dijaga sehingga bertukar menjadi penyakit atau virus? Hanya orang berfikir, menghayati, insaf dan merenung saja yang akan mendapati jawapan terhadap fenomena ini.

Semua bala dan ujian yang Allah turunkan kepada manusia adalah sebagai dalil bahawa Allah benar-benar berkuasa ke atas makhluknya. Allah juga menurunkan bala supaya manusia berfikir bahawa di alam ini ada kuasa ghaib yang mentadbir, mengurus dan menyelaras keseluruhan proses kejadian alam. Allah menimpakan pada manusia bala dan ujian untuk manusia menyedari bahawa gunung-ganang, teknologi canggih, perkembangan sains, persenjataan hebat, negara bertamadun, pemimpin yang punya kuasa politik besar dan rakyat yang hidup mewah, semuanya akan musnah apabila berhadapan dengan bala dan ujian Allah SWT.

Adakah bala dan ujian Allah datang tanpa dijemput? Pernahkah kita mengangkat kedua-dua tapak tangan ke langit untuk memohon bala dan ujian Allah SWT? Mestilah kita katakan tidak pernah. Hakikatnya, kita menjemput bala Allah tanpa disedari. Kita menyeru bala Allah dengan membanyakkan zina, menyebarkan budaya minum arak, memperkayakan kehidupan dengan mata pencarian haram, meninggalkan arahan Allah, melakukan segala larangan Allah, budaya keseronokan (hiburan) dan pembuangan bayi menyebabkan turunnya bala dan ujian Allah, sedangkan kita tidak menyedarinya.

Sebenarnya kita hanya diberi bala dan ujian yang kecil Allah jika dibandingkan bala Allah kepada Kaum Ad, Thamud, kaum Nuh, kaum Hud dan umat terdahulu sehingga mereka tidak meninggalkan generasi sehingga hari ini.

Firman Allah yang bermaksud, “Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu.” (As-Syura: 30)

Sabda Rasulullah SAW: “Tidak menghalang sesuatu kaum itu daripada mengeluarkan harta melainkan mereka menghalang langit daripada menurunkan hujan, kalaulah tidak kerana binatang (di muka bumi) nescaya langit pasti tidak menurunkan hujan selama-lamanya.”

Maksud hadis, daripada Ali bin Abi Thalib r.a., Rasullulah s.a.w. bersabda: “Apabila umatku membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar kepada orang tertentu.

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang.

4. Suami turut kehendak isteri.

5. Anak derhaka kepada ibunya.

6. Anak suka berbaik-baik dengan kawan.

7. Anak suka menjauhkan diri daripada ayah.

8. Suara ditinggikan di dalam masjid.

9. Ketua kaum adalah yang terhina di antara mereka.

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Arak diminum di merata tempat.

12. Kain sutera banyak dipakai oleh lelaki.

13. Artis jadi pujaan.

14. Muzik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir umat ini melaknat serta menyalahkan generasi pertama iaitu sahabat Nabi SAW.

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau mereka akan diubah menjadi makhluk yang lain. (Hadis Tarmizi)

Ada ulama' berpendapat angin merah di sini bermaksud penyakit yang melanda yang merebak melalui udara atau angin. Terbukti sudah melalui H1N1 yang Allah turunkan kepada kita. Gempa bumi...baru saja melanda jiran kita. Walaupun Malaysia hanya merasai gegaran namun itu adalah peringatan ringkas dari Allah kepada kita. Tidak mustahil kita juga akan ditimpa bala seperti mereka kerana Allah itu Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Mereka akan diubah menjadi makhluk yang lain di sini bermaksud mereka tetap manusia tetapi berperangai seperti binatang. Lihat saja kes rogol, pembuangan bayi, seks, penderaan dan sebagainya...ianya sudah menjadi perkara biasa dalam masyarakat mutaakhir ini. wallahua'lam Pengisian kuliah ustaz pada minggu lepas.

peringatan khas buat diri sendiri

Ulasan Bagan Pinang


Salam..sudah pastinya kemenangan di Bagan Pinang akan disiarkan dengan gahnya di dada-dada akhbar mahupun di TV. Pastinya Bagan Pinang akan menjadi berita terhangat sehangat goreng pisang di gerai-gerai.

MEDIA masa pro kerajaan yang kempunan sejak pilihan raya kecil Permatang Pauh tahun lalu, akan dapat mengembangkan senyum hingga ke telinga. Akhbar-akhbar perdana Berita Hairan, Utusan Meloya dan media eletronik perdana juga boleh menambahkan muka surat atau memanjang siaran untuk melaporkan kemenangan bergaya BN di Bagan Pinang. Kemenangan itu perlu diuar-uarkan setelah tujuh kali menghadapi kekalahan.

Seperti selalunya bila BN menang akhbar dan tv akan menyiarkan secara besar-besaran. Akhbar utama BN dan segala macam kroninya pasti akan meletakkan gambar Mohd Isa Samad yang sedang angkat telunjuk simbol 1 Malaysia dimuka depan. Najib dan Rosmah juga turut gembira.

Maka akan diulas dan dicincanglah Pas selumat-lumatnya dengan apa yang berlaku dan ternatijah dalam pilihan raya itu. Diceritakan kemenangan itu menunjukkan Pas dan Pakatan Rakyat ditolak oleh rakyat. Bahawa BN sudah mula mendapat kepercayaan rakyat semula. Bahawa 1 Malaysiaditerima oleh semua lapisan rakyat.

Namun bagi para Daie kekalahan bukanlah bermakna 'kalah'. Ia adalah peringatan Allah kepada kita. Bahawa Allah berhak untuk memberi kuasa kepada siapa Dia suka dan akan menarik semula kuasa daripada siapa yang Dia suka.



Dan (telah menjanjikan pula kemenangan-kemenangan) yang lain (atas negeri-negeri) yang kamu belum dapat menguasainya yang sungguh Allah telah menentukan-Nya[1402]. Dan adalah Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Surah Al Fath 21

Kalah bukan bermakna dakwah juga akan terhenti. Kerana perlu diingat Dakwah akan berjalan sepanjang masa tidak kira waktu dan ketika, susah atau senang, sihat atau sakit. Dan juga bukan mengikut musim..musim panas, musim luruh, musim sejuk ataupun musim panas dan hujan sepanjang masa juga bukannya berjalan di musim pilihanraya sahaja. Kalah di medan tidak bermakna akan terhenti setiap pergerakan. Pergerakan akan diteruskan lambat atau pun laju. Seperti mana kata Tuan Guru Nik Aziz ' Perjuangan Islam ibarat kereta..kalau tiada halangan kita laju..kalau ada speed trap kita perlahankan kenderaan...kalau di traffic light, warna merah kita berhenti, tapi enjin jangan mati..kerana perjalanan masih jauh' wallahua'lam

peringatan khas buat diri sendiri




10/11/09

Isu Purdah yang Disalah Ertikan

Al-Azhar haram purdah

Ulama Mesir dakwa amalan bukan kehendak Islam

KAHERAH: Imam al-Azhar, Muhammad Sayyed Tantawi, bercadang mengharamkan penuntut wanita memakai purdah ketika berada di dalam kampus dengan memberikan alasan keselamatan.


Akhbar al-Masry al-Youm melaporkan, cadangan Muhammad tercetus ketika dia melawat sebuah sekolah menengah awal minggu ini.

Melawat sekolah itu pada permulaan sesi akademik bagi mengekang penularan selesema babi, dia berang melihat pelajar berpurdah dan mengarahkan ia dibuka.

“Purdah tidak ada kena mengena dengan Islam, sebaliknya hanya budaya,” katanya.

Muhammad kemudian mengumumkan akan mengeluarkan arahan melarang penuntut wanita memasuki Universiti al-Azhar jika mengenakan purdah.

“Purdah bukan ajaran Islam. Saya lebih tahu mengenai agama berbanding ibu bapa kamu,” katanya.

Sementara itu, sumber berkata, polis menerima arahan lisan melarang pelajar wanita memasuki al-Azhar, selain menguatkuasakan arahan sama di sekolah menengah dan beberapa dormitori universiti di Kaherah.

Arahan itu dilihat sebahagian daripada kempen kerajaan membanteras pengaruh golongan konservatif tegar di Mesir.

Seorang ulama, Abdel Moati Bayoumi, berkata ulama al-Azhar akan menyokong Muhammad jika dia mengeluarkan perintah itu.

“Kami sependapat purdah bukan kehendak agama.

“Taliban memaksa wanita memakai purdah dan fenomena itu semakin menular.

“Kini sampai masanya ia dibanteras,” katanya. - AP Sumber dari Harian Metro

Komen

Sekali lagi hati ini terguris bilamana para ulama dipermainkan.Inilah bahananya jika pekerjaan yang dilakukan langsung tidak berpaksikan iman dan adab.Sikap pembaca pula terlalu cepat menghukum dan memberikan komentar. Saya mendengar khabar daripada beberapa sahabat, sudah ada yang menggunakan laman facebook untuk mengecam dan mengutuk Syaikhul Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah.Seringkali kita memberikan nasihat dan pesanan kepada akhbar Tanah Melayu yang sering bersekongkol dengan akhbar dunia yang lain agar melakukan penelitian sebaiknya kepada setiap pernyataan yang dikeluarkan.

Berkali-kali kita sebutkan , selepas ini jika berita dan akhbar Melayu mengeluarkan sesuatu pernyataan kontroversi tentang pendapat para ulama maka perkara pertama yang perlu dipasakkan di dalam minda sidang pembaca ialah “ BOLEH DIBACA NAMUN PERCAYA JANGAN”. Kamu tak takutkah dengan hukum Allah taala kerana sering mempermain-mainkan para ulama.

Ingatlah, daging ulama itu beracun. Jangan bermain-main dengan maruah seorang ulama.

Pendapat yang dikeluarkan oleh Syaikhul al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah jelas bertentangan dengan apa yang dikeluarkan olehakhbar Malaysia.Lain yang diucapkan oleh Syeikh, lain pula yang mereka masukkan ke dalam akhbar milik mereka.Kalau ya pun inginkan akhbar picisan milik kamu terjual laku di pasaran, usahlah lakukan fitnah kepada para ulama sehingga sedemikian rupa.

Apa yang diterangkan oleh IslamOnline dapat menjelaskan segala kekusutan yang berlaku. Saya diminta berkali-kali oleh sahabat-sahabat untuk membahaskan isu ini. Sikap saya yang pertama, tidak mahu terlalu cepat meletakkan hukum kepada ulama yang kita kenali sangat wara’ di dalam mengeluarkan sesuatu hukum.

Secara jelasnya , Syaikhul Akbar tidaklah melarang @ mengharamkan ( seperti bahasa yang digunakan oleh Akhbar Malaysia) pemakaian niqab secara mutlak.Malah larangan ini hanyalah kepada sekolah dan pusat pengajian yang di dalamnya hanya terdapat wanita sahaja. Ini bermakna, jika terdapat lelaki di dalam kawasan tersebut, maka dibenarkan untuk memakai niqab bagi wanita. Apa yang kita kesalkan, akhbar Malaysia jelas menyebarkan berita yang bertentangan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Syaikhul Akbar.

IslamOnline juga menerangkan bahawa, Syaikhul Akbar bukanlah menentang pemakaian Niqab kepada wanita. Malah beliau amat-amat menghormati pandangan wanita yang ingin mengekalkan pemakaian niqab.Namun, apa yang beliau tentang ialah kesalahfahaman yang berlaku dan meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.Bahasa mudahnya, mengamalkan agama bukan pada tempat yang sepatutnya. Jika sesebuah institusi tersebut ahlinya terdiri daripada golongan wanita semata-mata, apa faedahnya mereka memakai niqab?? Ini yang ingin Syaikhul Akbar terangkan dan bawa kepada masyarakat. Bukannya seperti yang disebarkan oleh akhbar-akhbar picisan yang seolah-olah mengatakan bahawa niqab ingin diharamkan seratus-peratus kepada golongan wanita muslimah.

Manakala isu tohmahan terhadap Syaikhul Akbar yang mengatakan bahawa beliau menghina pelajar wanita tersebut dengan mengatakan bahawa “ Aku lebih mengetahui tentang agama daripada kamu dan orang-orang yang mendidik kamu” jelas merupakan fitnah terhadap Syaikhul Azhar. Perkataan ini langsung tidak diucapkan oleh Syaikhul Akbar. Ini jelas putar belit yang dilakukan oleh akhbar yang memang terkenal suka mencari publisiti murahan dengan melakukan penghinaan terhadap para ulama.

Penjelasan lanjut boleh dilihat di IslamOnline.

Inilah senario masyarakat sekarang, ulama terlalu dipandang rendah dan hina. Malah dianggap tiada langsung kedudukan disisi mereka. Saya tidak mahu membahaskan isu sama ada niqab ini benar-benar merupakan tuntutan agama atau sekadar adat seperti yang disebutkan oleh Syaikhul Akbar.Ini merupakan permasalahan khilaf dikalangan para ulama.Khilaf di dalam permasalahan ini bukanlah merupakan perkara usul yang boleh membawa kepada kekufuran. Malah ianya cuma khilaf di dalam permasalahan cabang agama. Terlalu dangkal golongan yang ingin melakukan tohmahan kepada Syaikhul Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah hanya kerana beliau mengatakan bahawa niqab ini hanyalah merupakan adat.

Orang zaman sekarang lebih suka percayakan akhbar yang ditulis oleh wartawan yang tidak diketahui peribadinya berbanding mempercayai ulama muktabar.

Saya sangat tertarik dengan penjelasan yang diberikan oleh Fadhilatus Syaikhuna Habib Ali al-Jufri hafizahullah bilamana ditanya pandangan beliau berkenaan pendapat Syaikhul Akbar tentang “ Harus Memberikan Infaq Kepada Pembinaan Gereja”. Kata Syaikhuna Habib Ali al-Jufri hafizahullah(secara ringkasnya) :

Sepanjang pengetahuan saya perkara ini merupakan sepakat daripada para ulama mengatakan bahawa tidak dibenarkan untuk kita memberikan bantuan terhadap pembinaan gereja.Cuma ianya dibenarkan untuk pihak kerajaan memberikan bantuan jika keadaan memerlukan seperti yang berlaku di Gaza setelah peperangan antara Yahudi laknatullah dan tentera Islam.Kerajaan Hamas ketika itu memberikan bantuan kewangan untuk pembinaan gereja yang runtuh akibat peperangan tersebut. Secara jelasnya, saya menyebutkan perkara ini dengan ilmu saya yang sedikit berbanding Syaikhuna al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah.Mungkin Fadhilatul al-Imam al-Akbar pernah terjumpa pendapat ulama yang mengatakan bahawa dibenarkan untuk memberikan bantuan kepada pembinaan gereja.Manakala saya dengan sedikitnya ilmu pengetahuan yang ada pada saya maka tidak dapat saya memberikan pendapat sepertimana yang diberikan oleh al-Imam al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah.

Nah, inilah sikap sebenar seorang ulama dan sikap seorang pendengar yang tidak cepat menghukum.Malah meletakkan adab yang terlalu tinggi terhadap para ulama.

Moga kita semua dapat mengambil sifat terpuji yang ditunjukkan oleh para ulama kita di dalam memberikan pendapat dan berbeza pendapat.

Saya juga ada menulis tentang hukum memakai niqab pada keluaran yang lalu. Sila lihat :

Perbahasan Niqab dan Hukum Pemakaiannya

Wartawan-wartawan akhbar perlu menilai perkara ini dengan teliti. Muslim yang baik bukanlah yang terjatuh ke dalam lubang sebanyak dua kali walau telah diperingatkan berkali-kali.

**********

Ya Allah, Aku bersaksi kepadaMu, jikalau aku tidak mampu menjadi seorang ulama, maka cukuplah diriku menjadi khadam kepada para ulama, membela mereka daripada ditohmah walau diri ini tergadai.. Moga mereka akan memberikan syafaat kepadaku kelak dengan Rahmat dan InayahMu Ya Rabbal A'lamin...

Sumber dari http://nazrulnasir.blogspot.com/2009/10/isu-purdah-pembaca-jangan-cepat-melatah.html

Satu Fitnah besar kepada seorang Ulama' apabila Islam tidak difahami sepenuhnya. Apa motif mereka melabelkan isu ini sehingga diletakkan di muka surat hadapan akhbar?? sama-sama fikirkan


Kita Menang

Jika intergriti menjadi ukuran, calon PAS N31 sudah mendahului...Itulah hakikatnya. Memadailah dengan 7-0 selama ini, kini kita memberi ruang berpihak kepada mereka pula. BUKAN untuk selamanya tetapi untuk membuat KOREKSI sebelum agenda perjuangan rakyat kita teruskan. Ayuh kita buat "post mortem" dan plan tindakan kerana kita perlu hamparan ilmiah dan pemikiran kondusif .Setiap kejadian itu ada hikmahnya


Kepada para pejuangku, tahniah dan syabas atas komitmen berhemah di N31. Kita tiada harta tapi ada maruah dan kita mohon pada ALLAH agar perjuangan kita direstui. Teruskan perjuangan dan doa adalah senjata kita: "Ya ALLAH ampunilah kami, rahmatilah kami, perbaikilah perjuangan kami, amgkatlah darjat kami, berikanlah rezeki kepada kami, afiatkanlah kami dan maafilah kami ....Cu ainhany.blogspot.com/

Selamat Hari Lahir


Abang bersama adik Nisa masa kecik


Abang dan adik Nisa'

Mohamad Aufa Syauqie

Selamat hari lahir...moga menjadi insan berguna kepada Agama kelak. Anak buah yang ke 5..lahirnya pada 11 oktober..sudah menjangkau 4 tahun...lahir pada jam 6.20 pagi..(~.~)

10/9/09

MANIFESTO CALON PAKATAN RAKYAT N31 BAGAN PINANG

Peta Bagan Pinang


1. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada pihak media kerana melaporkan dengan adil aktiviti saya, PAS dan Pakatan Rakyat sehingga petang ini.


2. Kesempatan ini, ingin saya sebutkan beberapa fokus kempen saya serta agenda kesejahteraan yang ingin saya tawarkan kepada pengundi N31 Bagan Pinang.


3. Ikhlas saya katakan bahawa di Port Dickson, khususnya di Dun Bagan Pinang ini terdapat banyak isu malar segar yang perlu ditangani bersama. Daripada 13 permasalahan yang dekat dengan rakyat, umumnya rakyat mahu isu penaiktarafan jalan utama dari Telok Kemang ke Pasir Panjang segera diselesaikan. Kedua, rakyat mahu masalah perparitan yang menjadi punca utama banjir kilat, pembiakan lalat serta nyamuk segera diselesaikan. Ketiga dan terakhir, rakyat mahu isu alam sekitar yang melibatkan Pantai Port Dickson kerana dengan berbuat demikian, bukan sahaja menggamit semula kehadiran pelancong malah menjana ekonomi setempat.


4. Ikhlas saya katakan, kemenangan saya tidak akan mengubah lanskap kuasa kerajaan negeri. Tetapi, kemenangan ini akan membawa satu lagi ‘kehendak rakyat’ ke Dewan Undangan Negeri. Pakatan tambah satu kerusi Adun lagi, menjadikan 16 keseluruhannya. Umno tinggal 18 kerusi sahaja. Beza kerusi kita (Pakatan) dan BN hanya 2 kerusi sahaja. Semoga inilah yang dikatakan bersama kehendak rakyat.


5. Tahun lepas, Datuk Shaziman Abu Mansor kata di Parlimen, tiada peruntukan untuk membaiki jalan di sini. Sedangkan tanggungjawab membina jalan sebenarnya di dalam Senarai Persekutuan (Federal List). Jadi, Umno tidak perlulah memperbodohkan rakyat dengan kempen adakah saya mampu memperbaiki jalan jika saya menang. Sedangkan jika Tan Sri Mohd Isa Samad menang sekalipun, itu bukan tanggungjawabnya untuk membina jalan. Maka, saya akan senantiasa membawa isu penaiktarafan jalan ini di Dun kelak, di samping membantu Ahli Parlimen Telok Kemang membawa isu ini di Parlimen. Sama ada jalan siap dulu, atau Umno tumbang di Negeri Sembilan, biarlah rakyat terus membuat perhitungan.


6. Begitu juga dalam isu perparitan, Port Dickson dikenali khalayak tempatan sebagai Bandar Pembiakan Lalat, Banjir Kilat dan beberapa lagi. Akar masalah pada segala permasalahan kedua ini adalah sistem perparitan yang tidak efisyensi. Pembiakan lalat adalah natijah pada masalah perparitan. Bau busuk juga adalah natijah pada masalah perparitan. Banjir kilat yang berlaku setiap kali musim hujan juga adalah natijah pada masalah perparitan. Selesaikan akan masalah, bermakna selesailah segala natijah/masalah berantai tersebut. Selesaikan masalah perparitan, insyaAllah selesailah segala yang membelenggu rakyat hampir sedekad ini.


7. Saya yakin rakyat tempatan tahu tentang privasi pantai awam oleh segelintir pemimpin Umno bersama-sama pihak tertentu. Saya yakin, rakyat tempatan semuanya tahu isu masalah sampah-sarap ini berpunca oleh sistem pengangkutan sampah oleh syarikat SWM. InsyaAllah, pengalaman menjadi sukarelawan dan aktivis alam sekitar dan kemasyarakatan, menjadi pengerusi ‘No Incinerator Broga’; saya sedia mengetengahkan idea-idea yang lebih progresif demi kepentingan rakyat.


8. Dalam maksud yang lebih mudah, manifesto saya untuk rakyat adalah memperjuangkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat khususnya di Telok Kemang. Jadikan Adun Bagan Pinang sebagai satu lagi suara pendesak di Dewan Undangan Negeri (DUN), agent semak dan imbang terhadap projek-projek terbekangkalai serta urus tadbir kerajaan negeri yang dilihat pincang dan pembaziran oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional.


BERSAMA KEHENDAK RAKYAT


Zulkefly Mohamad Omar
Calon Pakatan Rakyat

10/5/09

Perfume Paradise

Set Lelaki

Perfume Paradise menawarkan set minyak wangi untuk lelaki Tampil dengan enam jenis haruman tanpa alcohol setiap 1 set. Dengan botol berciri Roll-On, ianya lebih mudah digunakan dan tidak tumpah.dijamin halal dan boleh pakai solat.

Setiap botol berkuantiti 3ml dan boleh digunakan lebih kurang 120 kali.

Set Wanita

Perfume Paradise menawarkan set minyak wangi untuk wanita.Tampil dengan enam jenis haruman tanpa alcohol setiap 1 set. Dengan botol berciri Roll-On, ianya lebih mudah digunakan dan tidak tumpah.dijamin halal dan boleh pakai solat.

Setiap botol berkuantiti 3ml dan boleh digunakan lebih kurang 120 kali.

KEISTIMEWAAN MINYAK WANGI PARADISE

- Pati minyak wangi berkualiti tinggi yang diimport;

- Tahan lama dan dalam bentuk pati minyak wangi (oil-based);

- Bauan minyak wangi ini telah diinspirasikan daripada haruman berjenama terkenal yang berada di pasaran

Semua pati minyak wangi ini adalah HALAL dan bebas dari alkohol dimana pada 3 September 2008, Perfume Paradise telah diiktiraf oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia. Dan mulai tarikh ini juga dengan rasminya, Perfume Paradise telah diberi status PRODUK AHLI oleh PPIM

SESIAPA YANG INGIN MEMBUAT TEMPAHAN

BOLEH HUBUNGI SAYA : ZURAIDA MAT DALI (JITRA)

H/P: 013-4137137 @ 017-4706741

PS: Bukan aku yang jual minyak wangi ni tukang promote ja. Memenuhi kehendak seorang adik..nanti dah untung jangan buat-buat lupa ya..


Muslimat Power

1) Sumayyah bintu Khoiyat

Beliau begitu tabah dan thabat mempertahankan kesucian kalimah tauhid لااله الاالله walaupun diseksa oleh musyrikin dan akhirnya mendapat martabah syahid di disisi Allah SWT sehingga Rasullah SAW sentiasa memuji-muji kesabaran yang ditonjolkan oleh Sumayyah dan keluarganya dengan mengungkapkanصبران ال يسيرyang bermakna bersabarlah seperti keluarga Yaser.


2) Asma bintu Abu Bakar

Beliau telah diamanahkan oleh Rasulullah SAW untuk membawa makanan ke gua Tsur iaitu tempat persembunyian baginda dan Abu Bakar ketika peristiwa hijrah.Baginda sempat berpesan kepada Asma agar tidak sekali-kali membocorkan rahsia lokasi persembunyian baginda kepada sesiapapun.Dengan keikhlasan hati,Asma telah sanggup memikul tanggungjawab yang sungguh berat ini meskipun mengetahui risiko yang begitu tinggi menanti beliau.Beliau telah diberi keberanian oleh Allah untuk mempertahankan rahsia meskipun ditampar oleh orang musyrikin ketika disoal siasat.


3) Ummu ‘Amarah

Nama sebenar beliau adalah Nusaibah bintu Ka’ab.Meskipun seorang wanita,beliau tidak ragu-ragu meminta izin daripada Nabi Muhammad SAW untuk turut sama menghunus pedang bersama kaum lelaki lain di medan perang demi membela Nabi Muhammad SAW dan perjuangan Islam.Nabi tidak mensia-siakan semangat yang ditonjolkan oleh beliau,jauh sekali untuk mengatakan,”Tempat perempuan hanyalah di rumah sahaja.”Sebaliknya, Nabi Muhammad SAW telah memberikan kata perangsang dan motivasi kepada beliau.Ini membuktikan bahawa kemampuan wanita juga tidak diperkecilkan daripada menyahut tuntutan jihad fi sabilillah di dalam Islam.


4) Rufaidah Islamiyah

Beliau telah merawat para mujahid yang cedera ketika berperang di jalan Allah sehingga dinobatkan sebagai doktor pertama dalam Islam.


5) Ummu Salamah

Ummu Salamah telah memberi cadangan yang bernas sebagai jalan keluar kepada Nabi Muhammad SAW dalam Peristiwa Hudaibiah ketika sahabat tidak bersetuju untuk kembali ke Madinah dan mengerjakan haji pada tahun berikutnya.


6) Khansak

Beliau merupakan ibu yang telah menyuntik semangat jihad kepada kesemua putera beliau untuk terjun ke medan perang.Akhirnya,kesemua putera beliau mendapat syahid di sisi Allah.

Inilah barisan pejuang Allah di kalangan wanita yang sepatutnya kita hayati dan tauladani segala jerit-perih mereka dalam mempertahankan agama Allah SWT. Memetik kalam Assyahid Syeikh Ahmad Yasin.


“Didiklah kaum wanita dengan thaqafah islamiyah.Maka dia akan mendapat syahid.Didiklah mereka melakukan gerakkerja Islam serta menceburi pelbagai skop kerjaya meskipun menjadi seorang guru,doktor,jurutera dan lain-lain”