10/11/09

Kita Menang

Jika intergriti menjadi ukuran, calon PAS N31 sudah mendahului...Itulah hakikatnya. Memadailah dengan 7-0 selama ini, kini kita memberi ruang berpihak kepada mereka pula. BUKAN untuk selamanya tetapi untuk membuat KOREKSI sebelum agenda perjuangan rakyat kita teruskan. Ayuh kita buat "post mortem" dan plan tindakan kerana kita perlu hamparan ilmiah dan pemikiran kondusif .Setiap kejadian itu ada hikmahnya


Kepada para pejuangku, tahniah dan syabas atas komitmen berhemah di N31. Kita tiada harta tapi ada maruah dan kita mohon pada ALLAH agar perjuangan kita direstui. Teruskan perjuangan dan doa adalah senjata kita: "Ya ALLAH ampunilah kami, rahmatilah kami, perbaikilah perjuangan kami, amgkatlah darjat kami, berikanlah rezeki kepada kami, afiatkanlah kami dan maafilah kami ....Cu ainhany.blogspot.com/

Selamat Hari Lahir


Abang bersama adik Nisa masa kecik


Abang dan adik Nisa'

Mohamad Aufa Syauqie

Selamat hari lahir...moga menjadi insan berguna kepada Agama kelak. Anak buah yang ke 5..lahirnya pada 11 oktober..sudah menjangkau 4 tahun...lahir pada jam 6.20 pagi..(~.~)

10/9/09

MANIFESTO CALON PAKATAN RAKYAT N31 BAGAN PINANG

Peta Bagan Pinang


1. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada pihak media kerana melaporkan dengan adil aktiviti saya, PAS dan Pakatan Rakyat sehingga petang ini.


2. Kesempatan ini, ingin saya sebutkan beberapa fokus kempen saya serta agenda kesejahteraan yang ingin saya tawarkan kepada pengundi N31 Bagan Pinang.


3. Ikhlas saya katakan bahawa di Port Dickson, khususnya di Dun Bagan Pinang ini terdapat banyak isu malar segar yang perlu ditangani bersama. Daripada 13 permasalahan yang dekat dengan rakyat, umumnya rakyat mahu isu penaiktarafan jalan utama dari Telok Kemang ke Pasir Panjang segera diselesaikan. Kedua, rakyat mahu masalah perparitan yang menjadi punca utama banjir kilat, pembiakan lalat serta nyamuk segera diselesaikan. Ketiga dan terakhir, rakyat mahu isu alam sekitar yang melibatkan Pantai Port Dickson kerana dengan berbuat demikian, bukan sahaja menggamit semula kehadiran pelancong malah menjana ekonomi setempat.


4. Ikhlas saya katakan, kemenangan saya tidak akan mengubah lanskap kuasa kerajaan negeri. Tetapi, kemenangan ini akan membawa satu lagi ‘kehendak rakyat’ ke Dewan Undangan Negeri. Pakatan tambah satu kerusi Adun lagi, menjadikan 16 keseluruhannya. Umno tinggal 18 kerusi sahaja. Beza kerusi kita (Pakatan) dan BN hanya 2 kerusi sahaja. Semoga inilah yang dikatakan bersama kehendak rakyat.


5. Tahun lepas, Datuk Shaziman Abu Mansor kata di Parlimen, tiada peruntukan untuk membaiki jalan di sini. Sedangkan tanggungjawab membina jalan sebenarnya di dalam Senarai Persekutuan (Federal List). Jadi, Umno tidak perlulah memperbodohkan rakyat dengan kempen adakah saya mampu memperbaiki jalan jika saya menang. Sedangkan jika Tan Sri Mohd Isa Samad menang sekalipun, itu bukan tanggungjawabnya untuk membina jalan. Maka, saya akan senantiasa membawa isu penaiktarafan jalan ini di Dun kelak, di samping membantu Ahli Parlimen Telok Kemang membawa isu ini di Parlimen. Sama ada jalan siap dulu, atau Umno tumbang di Negeri Sembilan, biarlah rakyat terus membuat perhitungan.


6. Begitu juga dalam isu perparitan, Port Dickson dikenali khalayak tempatan sebagai Bandar Pembiakan Lalat, Banjir Kilat dan beberapa lagi. Akar masalah pada segala permasalahan kedua ini adalah sistem perparitan yang tidak efisyensi. Pembiakan lalat adalah natijah pada masalah perparitan. Bau busuk juga adalah natijah pada masalah perparitan. Banjir kilat yang berlaku setiap kali musim hujan juga adalah natijah pada masalah perparitan. Selesaikan akan masalah, bermakna selesailah segala natijah/masalah berantai tersebut. Selesaikan masalah perparitan, insyaAllah selesailah segala yang membelenggu rakyat hampir sedekad ini.


7. Saya yakin rakyat tempatan tahu tentang privasi pantai awam oleh segelintir pemimpin Umno bersama-sama pihak tertentu. Saya yakin, rakyat tempatan semuanya tahu isu masalah sampah-sarap ini berpunca oleh sistem pengangkutan sampah oleh syarikat SWM. InsyaAllah, pengalaman menjadi sukarelawan dan aktivis alam sekitar dan kemasyarakatan, menjadi pengerusi ‘No Incinerator Broga’; saya sedia mengetengahkan idea-idea yang lebih progresif demi kepentingan rakyat.


8. Dalam maksud yang lebih mudah, manifesto saya untuk rakyat adalah memperjuangkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat khususnya di Telok Kemang. Jadikan Adun Bagan Pinang sebagai satu lagi suara pendesak di Dewan Undangan Negeri (DUN), agent semak dan imbang terhadap projek-projek terbekangkalai serta urus tadbir kerajaan negeri yang dilihat pincang dan pembaziran oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional.


BERSAMA KEHENDAK RAKYAT


Zulkefly Mohamad Omar
Calon Pakatan Rakyat

10/5/09

Perfume Paradise

Set Lelaki

Perfume Paradise menawarkan set minyak wangi untuk lelaki Tampil dengan enam jenis haruman tanpa alcohol setiap 1 set. Dengan botol berciri Roll-On, ianya lebih mudah digunakan dan tidak tumpah.dijamin halal dan boleh pakai solat.

Setiap botol berkuantiti 3ml dan boleh digunakan lebih kurang 120 kali.

Set Wanita

Perfume Paradise menawarkan set minyak wangi untuk wanita.Tampil dengan enam jenis haruman tanpa alcohol setiap 1 set. Dengan botol berciri Roll-On, ianya lebih mudah digunakan dan tidak tumpah.dijamin halal dan boleh pakai solat.

Setiap botol berkuantiti 3ml dan boleh digunakan lebih kurang 120 kali.

KEISTIMEWAAN MINYAK WANGI PARADISE

- Pati minyak wangi berkualiti tinggi yang diimport;

- Tahan lama dan dalam bentuk pati minyak wangi (oil-based);

- Bauan minyak wangi ini telah diinspirasikan daripada haruman berjenama terkenal yang berada di pasaran

Semua pati minyak wangi ini adalah HALAL dan bebas dari alkohol dimana pada 3 September 2008, Perfume Paradise telah diiktiraf oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia. Dan mulai tarikh ini juga dengan rasminya, Perfume Paradise telah diberi status PRODUK AHLI oleh PPIM

SESIAPA YANG INGIN MEMBUAT TEMPAHAN

BOLEH HUBUNGI SAYA : ZURAIDA MAT DALI (JITRA)

H/P: 013-4137137 @ 017-4706741

PS: Bukan aku yang jual minyak wangi ni tukang promote ja. Memenuhi kehendak seorang adik..nanti dah untung jangan buat-buat lupa ya..


Muslimat Power

1) Sumayyah bintu Khoiyat

Beliau begitu tabah dan thabat mempertahankan kesucian kalimah tauhid لااله الاالله walaupun diseksa oleh musyrikin dan akhirnya mendapat martabah syahid di disisi Allah SWT sehingga Rasullah SAW sentiasa memuji-muji kesabaran yang ditonjolkan oleh Sumayyah dan keluarganya dengan mengungkapkanصبران ال يسيرyang bermakna bersabarlah seperti keluarga Yaser.


2) Asma bintu Abu Bakar

Beliau telah diamanahkan oleh Rasulullah SAW untuk membawa makanan ke gua Tsur iaitu tempat persembunyian baginda dan Abu Bakar ketika peristiwa hijrah.Baginda sempat berpesan kepada Asma agar tidak sekali-kali membocorkan rahsia lokasi persembunyian baginda kepada sesiapapun.Dengan keikhlasan hati,Asma telah sanggup memikul tanggungjawab yang sungguh berat ini meskipun mengetahui risiko yang begitu tinggi menanti beliau.Beliau telah diberi keberanian oleh Allah untuk mempertahankan rahsia meskipun ditampar oleh orang musyrikin ketika disoal siasat.


3) Ummu ‘Amarah

Nama sebenar beliau adalah Nusaibah bintu Ka’ab.Meskipun seorang wanita,beliau tidak ragu-ragu meminta izin daripada Nabi Muhammad SAW untuk turut sama menghunus pedang bersama kaum lelaki lain di medan perang demi membela Nabi Muhammad SAW dan perjuangan Islam.Nabi tidak mensia-siakan semangat yang ditonjolkan oleh beliau,jauh sekali untuk mengatakan,”Tempat perempuan hanyalah di rumah sahaja.”Sebaliknya, Nabi Muhammad SAW telah memberikan kata perangsang dan motivasi kepada beliau.Ini membuktikan bahawa kemampuan wanita juga tidak diperkecilkan daripada menyahut tuntutan jihad fi sabilillah di dalam Islam.


4) Rufaidah Islamiyah

Beliau telah merawat para mujahid yang cedera ketika berperang di jalan Allah sehingga dinobatkan sebagai doktor pertama dalam Islam.


5) Ummu Salamah

Ummu Salamah telah memberi cadangan yang bernas sebagai jalan keluar kepada Nabi Muhammad SAW dalam Peristiwa Hudaibiah ketika sahabat tidak bersetuju untuk kembali ke Madinah dan mengerjakan haji pada tahun berikutnya.


6) Khansak

Beliau merupakan ibu yang telah menyuntik semangat jihad kepada kesemua putera beliau untuk terjun ke medan perang.Akhirnya,kesemua putera beliau mendapat syahid di sisi Allah.

Inilah barisan pejuang Allah di kalangan wanita yang sepatutnya kita hayati dan tauladani segala jerit-perih mereka dalam mempertahankan agama Allah SWT. Memetik kalam Assyahid Syeikh Ahmad Yasin.


“Didiklah kaum wanita dengan thaqafah islamiyah.Maka dia akan mendapat syahid.Didiklah mereka melakukan gerakkerja Islam serta menceburi pelbagai skop kerjaya meskipun menjadi seorang guru,doktor,jurutera dan lain-lain”

10/4/09

Ke mana akhirnya Perjuangan Muslimat? Second Version

Assalamualaikum wbt.

Mungkin pembaca tertanya-tanya mengapa tajuk posting saya hari ini agak lain dari biasa. Biasanya posting blog ini tidak lari dari berkisarkan remaja dan pemuda sahaja, tetapi kali ini berkisarkan tentang mslimah. Sudahkah kalian membaca Utusan Melayu, atau paling bagus membaca Harakah dan blog-blog pilihan anda.

Lihat di sini dan di sini.

Jika anda prihatin tentang ISA dan mangs ketidakadilannya, anda akan mengenali siapa dia Norlaila Othman dan Mat Sah Satray. Alhamdulillah, kini Mat Sah sudah bebas dari Kamunting dan tercapailah nilai erti sebuah perjuangan bagi isterinya.

Siapa yang tidak kenal Norlaila yang gigih berjuang melalui blognya, memperkenalkan manusia satu mergastua tentang sebuah akta yang zalim bernama ISA. Bahkan beliau sanggup ke Geneva untuk memansuhkan akta zalim tersebut.

Ini bukti sebuah cinta yang suci dan perjuangan seorang muslimah selepas berkahwin. Jika dulu kita dengar bagaimana beraninya Nailah Al-Farafishah mempertahankan suaminya dari dibunuh pemberontak, hari ini kita dapat lihat kegembiraan seorang isteri berkat perjuangannya membebaskan suaminya dari ISA selama 7 tahun lamanya.

Ini hanya sebuah contoh kecil tentang perjuangan seorang muslimah. Banyak lagi contoh lain yang dapat kita ambil buat cerita untuk saudari-saudari kita yang me’murah’kan nilai mereka di jalanan sana.Lihat saja contoh-contoh yang ada;

1. Dr Jemilah Mahmood – seorang doktor pakar O&G yang sekian lama membidankan bayi-bayi yang baru hendak menjengah sinar dunia. Dia mengasaskan & memimpin MERCY yang menyelamatkan & mengurangkan sengsara ribuan manusia seluruh dunia.

2. Dr. Lo’ Lo’, YB Zuraida, YB Fuziah, Datin Wan Azizah & YB Nurul Izzah – ahli politik wanita yang disegani dan vocal dalam mengetengahkan isu masyakat terutamanya wanita & keluarga sama ada di dewan Parlimen atau di mana sahaja. Perjuangan mereka telahpun dimaklumi hatta sebelum mereka menyertai pilihanraya.

3. Puan Norlina Alawi – mengasaskan PERNIM untuk menjaga anak-anak HIV. Bukan dosa mereka untuk mendapat HIV seterusnya menjadi anak-anak terbuang.

Ini jawapan bagi tajuk di atas, dan contoh realiti dan solusi bagi muslimah yang buntu tentang nasib mereka selepas berkahwin kelak. Tidak ramai muslimah yang dapat menjadi contoh-contoh seperti di atas, kebanyakannya berjuang ketika bujang sahaja tetapi diam menyepi apabila berkahwin dan beranak-pinak.

Secara ringkas, dapat kita simpulkan perjuangan seorang Muslimah akhirnya terletak pada penerimaan & keterbukaan suaminya kelak.

Samaada Muslimah berjuang di ruang rumah semata ataupun keluar ke lapangan masyarakat, kedua-duanya ada kelebihan tersendiri. Walaupun norma orang kita berkata, perempuan seeloknya ke dapur sahaja, namun kita tidak boleh sewenang-wenangnya meremehkan Muslimah berada di gelanggang luar berbanding di rumah.

Walaupun Muslimah yang berjuang di luar ini kebanyakannya mempunyai kurang anak & masa bersama anak berbanding suri rumah sepenuh masa, tapi itu bukanlah kayu ukur yang boleh dipakai. Kerana sumbangan mereka membantu, mendidik & memberi harapan hidup kepada anak-anak manusia lain di seluruh dunia amat besar impaknya.

Andai si Muslimah tersebut mempunyai bakat yang lebih memberi manfaat kepada Ummah secara lebih luas di luar, maka mengapa ‘kurung’nya di dapur sahaja?

Keputusan seterusnya terletak pada kehebatan si Muslimah untuk mengadaptasi dirinya dalam pelbagai keadaan dan keterbukaan sang suami.

Allah SWT telah menyebutkan perkara ini dalam kitabnya yang mulia,

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.(At-Taubah 71).

Kenapa tak digunakan sepenuhnya manfaat hidup dalam dunia ‘ maklumat di hujung jari’ ini. Lihat sahaja Norlaila, Ummu Saif dan sebagainya yang sudah terkehadapan.

Lihatlah bila kepercayaan sang suami digunakan sepenuhnya untuk jalan dakwah dan kelembutan sseorang isteri memadamkan duri-duri perjalanan dakwah suaminya, maka masing-masing ada peranannya untuk ‘bekerja’ dalam bidang dakwah ini.

Dan ini peranan seorang muslimah,

1) Sebagai hamba Allah (peranan wanita sebagai guru, jurutera, doktor jatuh dalam bidang ini, berharakah, berdakwah dan sebagainya dilihat dalam aspek ini yang menjadi kewajipannya)

2) Sebagai isteri (tanggungjawab wanita untuk mendapatkan suami yang baik, peranannya sebagai isteri yang solehah dan sekitarnya)

3) Sebagai Ibu (peranan wanita sebagai ibu dan madrasah bagi anak-anaknya)

Sepatutnya fokus muslimah ialah bagaimana mereka mampu mencapai kecemerlangan dalam 3 perkara itu.

Akhirnya, sebelum pena ini berhenti menulis, saya akan sertakan beberapa blog muslimah untuk perkongsian dan manfaat bersama.

Ketua Muslimat PAS, AJK Penerangan Muslimat PAS, AJK PeneranganMuslimat,Dr. LoLo dan ramai lagi.

Teringat pepatah sindiran member2 dahulu – Lelaki yang hebat, ada perempuan di belakangnya. Wassalam

http://rajawalibiru.wordpress.com

10/3/09

Ikhlas

Memberi bukan untuk menerima. Menabur budi bukan untuk dianggap berjasa. apa yang sepatutnya diharapkan ialah Keredhaan Ilahi semata-mata. Sesungguhnya apa yang dijanjikan oleh Nya adalah lebih baik, kekal dan abadi.

Namun bukan mudah untuk mendapatkan keikhlasan. dalam samar mainan rasa kekadang malah selalu atau kerap kali matlamat akan tersasar yang akan menyebabkan hilangnya keikhlasan. Manusia biasa pasti akan menagih penghargaan dan uacapan terima kasih daripada manusia yang lain. Kata bijak pandai 'Siapa yang mengharapkan terima kasih atas kebaikan yang dilakukannya akan mengalami sakit jiwa' Mengapa??

Kerana manusia seringkali dan umumnya tidak pandai berterima kasih apatah lagi menghargai. Lalu bersedialah....jika madu yang anda berikan pasti balasannya adalah tuba..apakah ini adil? Tentu jawapannya tidak. Namun inilah hakikat dunia tidak Akan ada keadilan mutlak di dalamnya. Tidak perlu untuk memuaskan hati semua pihak atau membuat sesi penerangan kerana yang penting Allah tahu apa yang anda lakukan.

Sering kali keikhlasan akan terhiris oleh kata-kata manusia yang tidak tahu apa tujuannya. Namun bagi orang yang beriman yang percaya akan adanya Allah dan hari akhirat jika dunia dan seisinya tidak menghargai dan tidak tahu ucapan terima kasih itu tidak mengapa...di hari Akhirat pasti akan ada ganjarannya. Ameen moga begitu..Sence of The End...amat penting ketika menjalani hidup di dunia. Kita akan mendapat kekuatan untuk terus hidup..

Feeling of God in you. Pasti kita tidak akan kecewa...'perjuangannya hanya hangat-hangat tahi ayam saja' Penghinaan kedua.. wait and see..you and me and all of us will be test by Allah..moga apa yang dilakukan bukan kerana cabaran tapi kerana keikhlasan..InsyaAllah

10/1/09

Zulkefly Mohamad Omar calon Pakatan Rakyat PRK Bagan Pinang


Nama: Zulkefly Mohamad Bin Omar

Profesion: Ahli Perniagaan

Umur: 45 Tahun

Tarikh Lahir: 14/5/1964

Kelulusan: Master Sains (Upm) & Ijazah Komunikasi (Uitm)

Nama Isteri: Saeiah Binti Tarmizi

Anak:6 Orang

Ahmad Fakhrurazi 20 Tahun

Farah Wahidah 18 Tahun

Mohamad Fadli 14 Tahun

Mohamad Fadhil 11 Tahun

Fadhlin Sakinah 8 Tahun

Mohamad Fawwas 4 Tahun

Jawatan Dalam Pas:

Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan- 2 Penggal (2007 - Hingga Sekarang)

Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan - 1 Penggal - (2005 - 2007)

Setiausaha Badan Perhubungan Pas Negeri Sembilan (2001-2005)

Exco Pemuda Pas Pusat (2001 - 2005)

Pemangku Ketua Pemuda Pas Negeri Sembilan (2004 - 2005)

Timbalan Ketua Pemuda Pas Negeri Sembilan (2001 - 2004)

Ketua Penerangan Pemuda Pas Negeri Sembilan (1999 - 2001)

Bendahari Dewan Pemuda Pas Seremban (1997 - 1999)

Lain-Lain Jawatan:

1.Pengerusi 'No Incinerator' Broga

2.Timbalan Pengerusi Teras Keupayaan Melayu Negeri Sembilan

Pengalaman Kerja:

1.Pengarah Urusan, L & R Enterprise Sdn Bhd.

2.Pengurus Kanan, Is Technologies Telecommunication Sdn Bhd.

3.Perancang Pemasaran, Telekom Malaysia Berhad.

4.Ekskutif Perhubungan Korporat, Pusat Zakat Selangor.

5.Pegawai Perhubungan, Koperasi Celcom Berhad.

6.Pegawai Perhubungan, Biro Angkasa.

Dare to Change





exellence is never an accident - Derric Johnson

people are always blaming circumstances for what they are. i dont believe in circumstances. the people who get in this world are the people who get up and look for the circumstances they want, if they can't find them, make them..
- George Bernard Shaw


semua orang mempunyai pilihan. anda, aku dan juga siapa-siapa sahaja. kejayaan hanya boleh dicapai dengan membuat pilihan yang betul. Jadi kenapa kita harus menyerahkan hidup kepada peluang dan kemungkinan apabila kita sebenarnya boleh melakukan sesuatu mengenainya..Dan kenapa hendak dipersoalkan!


SO CHOOSE! MAKE A CHOICE....
EVERY MOMENT IS A CHOICE. AND EVERY CHOICE IS OUR CHOICE.. (^_~)

9/30/09

Selamat Hari Lahir


Selamat hari lahir Buat Abang Sulung...(~.~)

1hb oKTOBER tahun tak ingat..yang pasti usianya semakin meningkat. 34 tahun...anak sudah 4 semuanya mujahid. Moga menjadi mujahid yang membantu agama Allah..

Mohamad Harith Syifa'
Mohamad hanis Syuhada
Mohamad Hasyir
Mohamad Hifzan

(~.~) Belajar rajin-rajin ya..

Ke mana akhirnya Perjuangan Muslimat?


salam... Hari ini aku dihujani persoalan 'kemana akhirnya perjuangan seorang muslimat? aduh berat nak jawab ni..sebab aku pun masih dalam pencarian ke mana akhirnya perjuangan ini. Namun apa yang pasti semuanya mengharapkan Redha Allah dari sedikit pengorbanan yang dilakukan..sapa ada jawapan untuk persoalan ini?

Sebelum itu kita mulakan dengan matlamat. Apa matlamat kita berada di sini? memilih jalan ini? sekadar ikut ikutan atau terpaksa atau dah ditakdirkan atau apa2 saja pandangan yang ada. Matlamat biar jelas agar jalan yang yang ingin ditujui juga jelas dan terang. Tepuk dada tanya Iman pasti setiap dari kita punya matlamat yang satu kerana kita semua berada di jalan yang sama. dan persolan membina keluarga sudah pastinya soalan pertama yang timbul..

UNTUK APA BERNIKAH?

1. Pernikahan menyelamatkan masyarakat daripada penyakit sosial dan akhlak. Ini adalah kerana kecenderungan kepada jantina yang berlawanan hanya dapat dikenyangkan dengan pernikahan yang syari’e dan perhubungan yang halal. Ini dapat dilihat apabila Rasulullah menyeru kepada pemuda dengan sabdanya : Wahai pemuda, sekiranya kamu mampu untuk bernikah, maka bernikah lah kerana ia mampu menjaga pandangan dan memelihara kemaluan”

2. Perkahwinan memberi pertanggungjawaban kepada lelaki dan perempuan untuk membina generasi baru yang bertaqwa. Ia tidak dapat dilakukan sekiranya pasangan itu hanya bertaraf kekasih. Lihatlah realiti sekarang, berapa ramai perempuan ditipu oleh lelaki setelah segala kehormatannya telah dirobek. Akhirnya perempuanlah yang membesarkan anak dan lelaki hanya berlepas tangan. Berlainan dengan perkahwinan yang meletakkan suami dan isteri untuk memainkan peranan-peranan masing-masing dalam membentuk dan mendidik anak-anak.

3. Pernikahan akan menjadikan setiap orang mempunyai pusat kasih sayang dan kecintaan iaitu pasangannya. Ini dinyatakan oleh Allah s.w.t dalam surah ar-Rum ayat 21.

BERNIKAH DEMI PERJUANGAN

Bagi seorang pejuang agama, pernikahan mempunyai nilai tersendiri. Ia bukan sekadar “i love you or you love me”, bahkan lebih daripada itu. Ia bukan juga tempat untuk sekadar membanyakkan anak, bahkan lebih daripada itu. Ia bukan sekadar seseorang lelaki ingin dipanggil ‘abang’ oleh isterinya dan seorang isteri dipanggil ’sayang’ oleh suaminya, bahkan lebih daripada itu. Ia bukannya manifestasi cinta bertahun-tahun yang ingin direalisasikan dengan pernikahan. Ia juga bukan sekadar menikah tapi punya matlamat yang berbeza dari manusia biasa. Kerana kita telah ditarbiyah untuk menjadi manusia yang luar biasa. Muslim yang luar biasa...mukmin yang luar biasa.

Roh perjuangan itu sendiri sebenarnya telah menjadikan semua yang ada di dunia ini hanyalah batu loncatan untuk mendapat redha Allah dan jiwa ini tidak akan tenang selagi Islam tidak didaulatkan dan tidak diberi tempat yang sepatutnya seperti yang dikehendaki oleh Allah.

Oleh sebab itu, sejak daripada marhalah memilih lagi, seorang pejuang amat teliti dalam memilih pasangan. Tidak cukup kalau pasangan itu belajar tinggi-tingi tapi tak tahu Islam. Tidak cukup kalau calon pasangan itu berjawatan besar tapi tak faham Islam. Tak cukup kalau calon pasangan itu seorang pemimpin negara tapi amalkan rasuah. Tidak cukup kalau calon pasangan itu hanya sekadar belajar agama, tapi tidak bekerja untuk Islam. Seorang pejuang sentiasa mementingkan ciri-ciri seorang pejuang dalam diri calonnya, jika tiada ciri pejuang akan ditolak dan akan dicari calon yang lain.

Secara ringkasnya, kita mahukan daripada pernikahan itu sesuatu yang akan menguatkan lagi roh perjuangan kita, bukan melemahkan. Sudah banyak kita dengari orang-orang yang kuat berdakwah di kampus dan alam pengajian tetapi ‘tewas’ apabila melangkah ke alam perkahwinan dan perkerjaan. Kerja-kerja dakwah semakin jauh ditinggalkan. Tiada lagi edaran risalah, tiada lagi ucapan berapi-api dan tiada lagi kepetahan dalam berhujah. Semuanya tenggelam dengan satu pernikahan yang tidak didasari dengan perjuangan.

Rumahtangga perjuangan merupakan idamanku sejak mula mengenali dunia dakwah dan tarbiah ini. Rumahtangga yang dihiasi dengan suami/isteri penguat perjuangan dan anak-anak penerus perjuangan. Apa lagi menyedari diri ini amat dhaif dan lemah dalam mengharungi arus mehnah dan tribulasi dalam mendaulatkan agama Allah lebih-lebih lagi iman diri ini amat nipis pagi-paginya beriman dan petang-petangnya tidak. Ditambah pula aku sekarang ini sedang merasai sendiri kebenaran kalimah “Allahu Muqallibul Qulub” ( Allah yang membolak-balikkan hati manusia)…

Aku telah melihat pasangan-pasangan yang bernikah demi perjuangan, mereka cukup bahagia. Anak-anak mereka semuanya menjadi. Hidup mereka bukan bahagia dengan wang dan harta sebaliknya mereka bahagia apabila mereka istiqamah dalam perjuangan. Apabila isteri lemah, suami membimbing dan memberi kekuatan. Apabila suami lemah, isteri dengan segala kekuatan yang ada cuba meniupkan semula semangat dan menyuburkan semuala harapan ibarat lagu Isteri Solehah nyanyian The Zikr… Alangkah manisnya hidup mereka kerana dapat merasai percikan kemanisan hidup antara Rasulullah dan Khadijah. Mereka tidak kisah dengan sedikitnya harta sebaliknya risau apabila masing-masing tidak mampu untuk memberi sumbangan yang terbaik untuk perjuangan.

Ringkasnya, bagi seorang pejuang lelaki, mereka mendambakan seorang calon isteri yang mampu menguatkan perjuangan, bukan melemahkan mereka dengan rengekan-rengekan (permintaan) duniawi seperti barang emas, perabot, perhiasan diri dan sebagainya begitu juga sebaliknya bagi seorang isteri. Elemen-elemen matang (bukan serius sangat), tenang dan boleh menjadi penasihat yang baik adalah basic value (nilai asas) bagi seorang calon isteri. Perkara sama yang diperlukan bagi seorang mujahidah tetapi sudah tentu wanita memerlukan lebih daripada lelaki lantaran lelaki adalah ketua yang akan membimbing mujahidah.

Kiranya kita mempunyai calon dan sudah ditemui calon yang sesuai untuk pemangkin perjuangan, jagalah entiti ini supaya tidak lari dari garis asalnya. Wahai pejuang, sematkanlah dalam dada apabila menerima nikah seorang ayah mewakili anak perempuannya “Aku Terima Nikahnya Demi Perjuangan !!! “.

Inilah pengakhiran perjuangan seorang Muslimat. Tidak dinafikan muslimat akhirnya akan masuk dapur, duduk di rumah jaga anak kerja biasa seorang isteri tapi ia akan diserikan lagi dengan matlamat yang jelas. Masaknya untuk suami yang berjuang, urusan rumahnya untuk perjuangan, basuh bajunya untuk perjuangan, basuh pinggannya untuk perjuangan etc. Jangan menyempitkan pemikiran dengan melihat perjuangan dalam kotak sendiri. Tetapi Think Out of The Box...isterinya adalah isteri yang luar biasa, suaminya adalah suami yang luar biasa. dan itulah kita kerana kita telah dididik menjadi manusia yang luar biasa.

Huh terima kasih kerana telah memberi aku idea yang panjang lebar untuk menulis pada entry kali ini. Entry kali ini adalah untuk menjawab persoalan di atas bukannya disebabkan yang lain yer. *pesanan khas buat diri sendiri