9/10/09

Perasaan Malu di sisi Islam


Setiap waktu dikurniakan Allah S.W.T sifat malu;

Kerana malu, si wanita tahu menjaga kehormatannya

Kerana malu si wanita tahu menilai batas-batas sosialnya

Kerana malu juga si wanita gagal diperdaya pujukan nafsu

Namun kini si wanita itu sudah hilang malunya..

Kerana hilang malu, terdedahlah auratnya lantas kehormatan diri tergadai

Kerana hilangnya malu itu, si wanita gagal menilai apa itu halal, apa itu haram,

Golongan lelaki juga tidak dilupakan oleh Allah SWT dengan mengurniakan sifat malu kepada mereka.;

Kerana malu, si lelaki menasihati diri dan si wanita agar sama-sama menjaga maruah diri serta menjaga aurat.

Kerana malu, si lelaki mengingatkan diri dan si wanita tentang batas-batas social dan pergaulan halal dan haram,

Kerana malu itu, si lelaki sentiasa menjaga dan mendidik nafsunya..

Ingatlah wahai lelaki…

Janganlah mengajak si wanita untuk berbuat dosa sebaliknya selalulah mengingatkan mereka dengan kata

takutlah akan ALLAH”

Tapi kini, si lelaki itu sudah hilang malunya;

Kerana hilang malu itu, si lelaki mengajak wanita berbuat mungkar

Kerana hilang malu itu, si lelaki lupa tentang hukum Allah S.W.T.

Kerana telah hilang malu itu, si lelaki mungkin hilang taraf khalifah.

Sabda Rasulullah S.A.W “ Sesungguhnya malu itu sebahagian daripada iman”

Wahai si wanita dan si lelaki janganlah menzalimi diri dengan meletakkan hati itu bukan pada tempatnya.

Malulah kamu dengan Allah S.w.T kerana ingkar akan suruhan- Nya

Malulah kamu dengan Rasullullah S.A.W kerana meninggalkan sunnahnya

Malulah kamu kerana lupa dan malas membaca Al – Quran

Malulah kamu kerana melawan ibu bapa

Malulah kamu atas dosa-dosa yang kamu lakukan

Maka, percayalah bahawa malu itu akan menyelamatkan kita daripada fahsha' wal mungkar.


9/9/09

Nyamuk

Manusia meniru sistem yang sama yang digunakan oleh nyamuk

Larva Nyamuk


Ibu nyamuk menyambung telur-telurnya dalam bentuk rakit supaya tidak tenggelam
Bijakkan?? Maha Suci Allah



The Miracle of Mosquito..Hebat ciptaan Allah. bila buat research ni baru la aku kehebatan seekor nyamuk yang dicipta Allah..setiap ciptaan pasti ada kehebatan yang tersendiri. Amazing..Subhanallah...b4 diz tak pernah kaji pun makhluk yang bernama nyamuk ni..

let me tell u all...

Pengembaraan Hebat Seekor Nyamuk

Nyamuk merupakan makhluk yang paling dikenali kerana ia sering melawat kediaman kita ketika musim panas. Tahukah kamu mengapa badan nyamuk berwarna merah? Badannya berwarna merah kerana ia dipenuhi darah manusia atau apa sahaja yang dihinggapinya? Ramai manusia percaya nyamuk menghidap darah. Kenyataannya, nyamuk menghisap manisan bunga. Hanya nyamuk betina menghisap darah, dan ia adalah untuk keperluan telur yang dibawanya. Selepas mempelajari perkara ini, kamu pasti akan melihat nyamuk dengan pandangan yang berbeza. Terdapat beberapa perkara tentang nyamuk ini yang akan menghairankan kamu. Seperti yang kamu ketahui nyamuk adalah makhluk yang tinggal di darat dan ia terbang, tetapi mereka membesar di dalam air dan setelah dewasa, mereka keluar daripada air tanpa basah. Pernahkah kamu mendengar tentang perkara menakjubkan ini? Jika tidak, teruskanlah membaca dan kamu akan merasa kagum.

Pengembaraan Bermula

Pengembaraan nyamuk kecil bermula apabila ibu nyamuk meninggalkan telur-telurnya di dalam kolam atau daun-daun basah. Tetapi, ia tidak meninggalkan telur-telurnya begitu sahaja. Ia menyusunnya dengan rapi saling bersebelahan. Telur-telur ini kelihatan seperti sebuah rakit. Tahukah kamu mengapa ibu nyamuk menyusun telur-telurnya dalam bentuk ini? tak dapat nak letak gambar pulak..lain kali aku letakkan.

Ia membentuk telur-telurnya begitu kerana, memandangkan mereka akan ditinggalkan di atas air, ia mungkin akan tenggelam. Jika ia disambungkan seperti ini, risiko untuk ia tenggelam tidak mungkin ada. Telur-telur putih yang disusun oleh ibu nyamuk serta merta berubah menjadi gelap. Dengan cara itu, telur-telur ini akan selamat daripada serangan serangga dan burung. Jadi, bagaimana telur nyamuk yang kecil ini belajar menukarkan warnanya? Sudah tentu, telur kecil ini tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Nyamuk yang menjadi ibu kepada telur-telur ini juga tidak mungkin tahu bagaimana menukarkan warnanya. Allah yang telah menukarkan warna telur-telur itu. Allah Yang Maha Pengasih dan Pelindung kepada semua benda yang telah dijadikannya. Dia menukarkan warna telur nyamuk itu untuk melindunginya. Nanti dulu! Pengembaraan si nyamuk ini baru sahaja bermula.

Telur itu kemudian berubah menjadi makhluk seperti ulat dikenali sebagai larva. Larva-larva ini, seperti yang dapat kamu saksikan di dalam halaman berikutnya, kekal di dalam air dalam keadaan kepalanya berada di bawah. Bagaimanakah larva ini bernafas sekiranya kepalanya berada di dalam air? Allah telah menjadikan bagi mereka satu organ yang yang membolehkan mereka bernafas.Tahukah kamu bagaimana bentuk organ ini? Ia kelihatan seperti alat
menyelam yang digunakan oleh kanak-kanak di dalam gambar ini. Ia adalah satu pembuluh dari bahagian atas yang sentiasa berada di atas air. Udara yang masuk melalui pembuluh ini membolehkan nyamuk kecil ini bernafas di bawah air. Bagaimanapun, terdapat satu masalah besar.

Pembuluh ini berada di atas air tetapi ombak yang kecil boleh menyebabkan air memasukinya dan menyebabkan nyamuk ini lemas. Tetapi, ini tidak berlaku. Satu bahan
melekit di hujung pembuluh ini menghalang air daripada memasukinya. Apakah kamu fikir nyamuk-nyamuk ini boleh berkata, “Mari letakkan bahan melekit pada hujung pembuluh ini,
supaya air tidak dapat masuk ke dalam”? Apakah mungkin nyamuknyamuk kecil ini memiliki kebijaksanaan dan kemahiran seperti ini? Sudah tentu nyamuk-nyamuk kecil ini tidak dapat berfikir untuk melakukan perkara berikut. Allah yang telah menjadikan pembuluh itu supaya nyamuk ini dapat bernafas dan bahan melekit di hujungnya agar air tidak dapat masuk. Seperti yang dapat kamu lihat, Allah tidak hanya melindungi kita tetapi dia juga melindungi semua hidupan lain. Jangan fikir pengembaraan ini telah tamat. Ia masih berterusan. Pada ketika yang sama, nyamuk-nyamuk kecil ini juga menyalin kulitnya beberapa kali. Sehingga akhirnya ia berbentuk seperti yang dapat kamu saksikan di dalam gambar di sebelah. Ia masih tidak kelihatan seperti seekor ramarama. Fasa ini dikenali sebagai peringkat pupa. Di dalam kulitnya dikenali sebagai kokun, nyamuk yang telah cukup matang dan mempunyai bentuk seekor rama-rama yang sebenar. Ia bersedia untuk terbang dengan sesungutnya, mulut, kaki, dan mata yang memenuhi sebahagian besar kepalanya. Tetapi, ia perlu keluar daripada kulit ini dahulu.

to be continue..



Wahai Hati Dengarlah..

long journey to the End

Siapa yang mengakui indahnya bunga? Dengan warna yang menarik dan bau yang harum, ia sering menjadi idaman. Kadang-kadang ia juga menjadi perhiasan.Mata yang menilai pula mendapat tafsir tentang keindahan dari akalnya.Akal yang baik dan cerdas adalah akal yang dipandu oleh kasih Allah dan Rasulnya. Bukankah ini yang dinamakan iman............
Tidak seorang pun yang dapat menafikan, betapa indahnya mega petang. Warnanya yang begitu menawan, memukau setiap mata yang memandang, setiap hati yang terusik dan setiap jiwa yang rindukan kedamaian. Namun.... lebih indah lagi sekiranya hati kecilnya berkata: 'Mahasuci Allah, tidak engkau jadikan semua ini sia-sia. Mahasuci Engkau ya
Allah, lindungilah aku dari api neraka.' Begitu juga dengan keindahan jeram-jeram di kali, dedaunan gugur dihembus angin. Peristiwa-peristiwa sebegini amat meniggalkan kesan kepada hati makhluk yang bergelar insan . Itulah hakikatnya, fitrah jiwa manusia . jiwanya cenderung kepada keindahan dan kecantikan. Biar apapun pangkat dan kedudukannya. Seorang kaya mungkin merasakan
bahawa keindahan itu ialah rumahnya yang tersergam indah di atas bukit dan potretnya yang dilukis hebat. Seorang fakir pula mungkin merasakan bahwa keindahan itu adalah dari riak wajah anak-anak kecilnya yang menunggu kepulangannya.
Namun tidak ramai yang mengetahui, tentang wujudnya satu keindahan hakiki.... indahnya ia membuahkan perasaan kasih sayang pada ibu dan ayah. Indahnya ia , melahirkan rasa kasih pada sahabat dan indahnya ia, memandu akal dan jiwa kepada ketenangan, kedamaian, dan kerinduan kepada kebahagiaan. Itulah tanda kasih dan sayang pada Maha Pencipta dan Maha Pengasih. Itulah tanda kasih dan sayang pada Allah dan Rasulnya.

Hatinya berbisik; lagi........'Ya Allah, banyaknya nikmat-Mu padaku.tapi .......... sedikitnya aku bersyukur, ya Allah , hatiku tahu nafsu jahat itu musuhku, tapi banyaknya jalan-jalannya yang telah aku turuti. Ya Allah, besarnya pengorbanan ayah, tingginya
nilai kasih dan mesra ibu, tapi aduhai sedikitnya do'aku untuk mereka. Ampunkan, ampunkanlah wahai yang Maha Pengasih'
Marilah kita bersama-sama memiliki keindahan iman ini. Milikilah ia dengan banyak merenung dan memikirkan nikmat-nikmat Allah.... Milikilah ia dengan ilmu yang mendalam, mudah-mudahan dengannya keindahan yang hakiki akan kita peroleh. Tidak
seperti keindahan dunia ini yang hanya bersifat sementara................

posting-posting dalam blog aku ni pasal hati ja kerjanya..ada sahabat yang tegur supaya post pasal isu semasa tapi aku kekeringan idea nak post mengenai isu semasa...kerana hidup manusi lahirnya dari seketul daging yang bernama HaTI..


ISU BUNUH DIRI SISWI UNIMAP

Assalamualaikum wbh
Salam Sejahtera, Salam Ramadhan & salam Penyayang,

Kepada semua ahli & mahasiswa/i UniMAP, baru-baru ini kita digemparkan dengan suatu kejadian yang berlaku terhadap mahasiswi kita yang menuntut seluruh mahasiswa/i memandang serius terhadapnya iaitu berkenaan tindakan seorang mahasiswi untuk membunuh diri gara-gara kerana menjadi mangsa percintaan. Namun, mangsa sempat diselamatkan daripada mati lemas dan kini sedang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah(HTF).

Apa yang saya cuba highlightkan disini ialah berkenaan krisis pegangan agama yang wujud dikalangan mahasiswa/i yang akhirnya menatijahkan tindakan yang bertentangan agama.

Sebelum dari ini lagi, kita diperdendangkan dengan berita-berita dan kes-kes yang tidak menyenangkan hati yang pastinya menjadi bibit-bibit permulaan kepada keruntuhan akhlak & moral dikalangan mahasiswa/i UniMAP.

Saudara & saudari sekalian,
Apakah punca akar perkara ini berlaku? Tidak lain adalah kecelaruan dalam cara berfikir & lemahnya pegangan agama siswa/i di UniMAP
Kebiasaannya, sebelum seseorang manusia melakukan sesuatu perkara, apa yang dilakukannya adalah berfikir dan membuat keputusan terhadap tindakannya dengan berpandukan kepada ilmu & iman yang dimilikinya.

Gagalnya seseorang berfikir mengikut landasan kebenaran, pastinya akan memberi impak negatif terhadap keputusan yang diambil.
Demikianlah juga apa yang berlaku kepada mereka yang terjebak dalam gejala sosial yang membarah. Mereka tidak berfikir mengikut panduan ilmu dan agama, tetapi hanya mengikut kehendak hati yang melulu.

Lantaran itu, satu penerapan nilai agama yang lebih kukuh perlu dibina di dalam diri siswa/i bagi memastikan universiti kita mampu menjadikan agama sebagai benteng yang terbaik, agar kelak natijahnya juga akan menjadi baik. Maka secara rasional, benteng ini perlu dibina dengan cara mempergiatkan pendidikan dan aktiviti yang mampu menzahirkan kemurniaan Islam.

Kita tidak akan mampu untuk mengatasi masalah ini, selagimana aktiviti-aktiviti kerohanian hanya menjadi “event & function” semata-mata tanpa mampu untuk memberi kesan kepada Siswa/i.

Oleh itu, Saya menyarankan kepada EXCO-EXCO saya untuk melaksanakan beberapa pendekatan & aktiviti yang mungkin dapat mengurangkan & memperbaiki krisis ini. Hal ini juga merupakan sebahagian daripada Misi Kelab untuk kembali membudayakan konsep kasih sayang & keprihatinan yang sebenar serta memberi kefahaman yang jelas kepada Mahasiswa/I mengenai konsep kasih sayang yang dibenarkan.

Saya juga berharap kepada pihak universiti agar mengambil inisiatif terbaik dalam usaha mengatasi krisis ini bagi memastikan hal-hal seperti ini tidak akan berulang lagi. Toleransi diantara semua persatuan & kelab bersama Majlis Perwakilan Pelajar juga sudah mampu untuk memastikan hal ini tidak akan berulang lagi.


Marilah bersama saya untuk memperbaiki keadaan ini.
Sekian dulu dari saya,
Wallahu ‘alam

MOHD IZUWAN BIN ZAINI
PRESIDEN
KELAB PENYAYANG UniMAP

komen aku

Bukanlah satu yang mustahil untuk perkara ini berlaku di zaman yang penuh pancaroba ini. Iman telah dicabut dari hati manusia. Manusia menjadi lemah kerana Cinta..Cinta yang sepatutnya hanya diberi kepada yang berhak tetapi telah disalah erti lalu terjadilah perkara seperti ini meskipun di dalam bulan yang mulia ini iaitu Bulan Ramadhan. Puasa tidak dapat membentuk manusia untuk melahirkan rasa cintanya kepada Pencipta yang Maha Agung. Hanya penat dan lelah sahaja yang diperolehi..

Cinta adalah satu perkara yang sangat berharga bukan untuk dipermainkan atau menjadi bahan jualan lalu diterjemahkan melalui perbuatan seperti Frustrated 'ni orang kampung aku sebut' aka frust menonggeng ' yang ni istilah Sains'..sehingga membawa kepada bunuh diri. Sungguh lemah manusia menjadi mangsa Cinta yang dipenuhi maksiat kepada Allah sehingga lupa kepada dosa dan pahala.

Orang yang kononya faham agama tidak terkecuali untuk terlibat dengan kes seperti ini..cuma mereka menterjemahkan cinta mengikut fahaman mereka sendiri. Namun dosa dan maksiat tetap terpalit di hatinya jika hanyut dengan istilah cinta sendiri..Cintai Allah dan Rasul nescaya kamu akan perolehi cinta manusia yang mencintaiNya..Cinta Sempurna pesanan khas buat diri sendiri


9/8/09

Perihal Hati yang Hidup


Dalam HATI manusia terdapat kekuatan

Tidak terurai kecuali menerima kehendak ALLAH

Dalam HATI terdapat keganasan

Tidak hilang kecuali berjinak dengan ALLAH

Dalam HATI terdapat kesedihan

Tidak hilang kecuali seronok mengenali ALLAH dan baik muamalah(perhubungan) denganNYA)

Dalam HATI terdapat kegelisahan

Tidak tenang dan damai kecuali berjumpa denganNYA dan lari menujuNYA

Dalam HATI terdapat api penyesalan

Tidak padam kecuali redha dengan suruhanNYA dan sentiasa bersabar sehingga menemuiNYA

Dalam HATI terdapat hajat

Tidak terbendung dengan kecintaan kepadaNYA, memohon kepadaNYA, sentiasa berzikir kepadaNYA dan keikhlasan kepadaNYA. Andai dunia dan seisinya diberi, tidak akan dapat membendung hajat hati si insan ini.


9/7/09

Salam




Assalamualaikum,

minta sahabat/sahabiah tolong FLAG blog ini agar ia di'block' secepat mungkin
cara flag:
-buka blog tu.
-klik gambar bendera on top of the blog (kat sebelah bendera tu ada tulis FLAG)
-pilih kategori 'hate violation' kemudian ikut arahan seterusnya sehingga akhir proses.
-tahniah, sekurang2nya anda telah berusaha menyekat satu lagi ajaran sesat akhir zaman, hanya perlu luangkan masa kurang dari 3 minit (ikut keadaan internet jugak la...bulan2 pose ni berbaloi bersabar kan...)

syukran



pergh terang2 dah nak kiamat aku rasa..apa kejadahnya Pak Cik Kahar ni..kalau zaman Saidina Abu Bakar mahu kena perang dah dia ni..dah tak da masa nak berbicara di mahkamah..bunuh terus..nak tunggu apa lagi terang2 sesat..bunuh saja pakcik. tengak kes ni dah berapa lama dah..tapi tak setle2...dan skang dia bermaharajalela menyebarkan ajaran sesat di blog..eer ntah apa2 ntah..

9/6/09

Salam Ramadhan

salam ramadhan...kita sudah hampir memasuki fasa terakhir dalam Madrasah Ramadhan..masa berlalu dengan pantas sepantas kerdipan mata..betul ke??? gambaran ja..nak bagitahu masa sangat cepat berlalu..dah masuk hari yang ke 17 dalam bulan Ramadhan..

moga aku dipilih untuk sampai ke garisan penamat larian Ramadhan...dan moga aku terpilih lagi untuk larian akan datang..erk dah zohor kekasihku sedang memanggil..chow cin chaw..:)

9/4/09

salam

MUQADDIMAH

Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing.

Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!

MUSLIMAH & GAMBAR : ADA APA DENGANNYA?

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum? Muslimahku, Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari.

Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan. ”

Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup. Muslimahku, Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.
Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….

Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet! Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!

PENYELESAIANNYA….

Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah? Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu.

Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.

Ingat, wajah anda, anugerah Allah.

Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja...
Wallahu A’lam..

Wanita solehah, Itulah sebaik-baik hiasan...

wallahua'lam...

------------------------------------------------------------------------------------
Semoga kita semua sentiasa dibawah lembayung pelindungan Allah..amin

yup absolutely agree....ha jadi sesapa yang suka sangat publish gambar dalam blog ka fs ka..fb ka...smpan la yerk gambar antum untuk yang berhak sahaja...kesian dia,,pic antum dah di publish ke seluruh dunia..yang sedih lagi kalau yang pakai purdah then letak juga pic dalam fs or fb...for what? ntah aku pun tak faham..kalau dah pakai purdah ttp saja sumanya..jangan di publish lagi di mana2...erm ntah apa2 ntah..

tenet lembap la pulak nak publish posting ni..sabar je la.mahalnya harga seorang wanita bukan untuk dijual beli..apatah lagi untuk dipamerkan..janganlah menjadi wanita yang menjadi punca maksiat kepada seorang lelaki atau melemahkan lagi perjuangannya...jadilah sayap kiri yang membantu perjuangannya..

keberkatan dalam sebuah perhubungan perlu dijaga agar tidak terpalit dengan dosa maksiat yang disangka kecil..muhasabah diri kita kenapa dakwah tidak sampai ke hati mad'u???? kerna mungkin ada dosa yang terpalit di hati tanpa disedari..janganlah menjadi manusia yang hipokrit yang berselindung di sebalik wajah yang manis tetapi hakikat sebenar adalah sebaliknya..

maruah mu bukan untuk di jual beli...walaupun ada yang pernah mengata aku 'kamu ni dah tak da maruah'...terima kasih cabaran ini membuatkan aku lagi kuat untuk manghadapi hidup...ingat sampai mati beb..

pesanan khas buat diri sendiri..

9/3/09

Selamat Pagi

salam...salam pagi jumaat yang mulia. penghulu segala hari..on the way ke kluster tadi ternampak ada sorang pakcik ni g gerai cina makan nasi lemak..erm what's going on wif Muslim...dah la hari Jumaat yang mulia..perasaan malu sudah dicabut dari diri manusia..
Tu kisah pagi Jumaat...hari-hari lain tak tahu la macam mana..kedai makan kat depan Muhibbah tu tak tahu la buka ke tak tahun ni. hari tak puasa tak nak buka...hari puasa pukul 11 dah buka..dah la yang buka tu makcik2 lakk tu..erm kesian betul..

geram pun ada bila tengak...tepon pejabat agama katanya ni bukan tanggungjawab dia ni tanggungjawab MPK..tepon MPK kata nak g tengak kedai tu..sampai dah nak habis puasa still buka...moga Allah memberi hidayah pada makcik2 sekelain untuk menemui jalan yang benar..

Dunia dah nak kiamat...tunggu saja bala dari Allah..H1N1 adalah salah satu darinya..kalau manusia tak sedar lagi..erm tak tahu la nak kata..ya Allah pilihlah aku untuk berada di Jalan ini hingga ke titisan terakhir...juga untuk sahabat2 yang lain...

wallahua'lam...sambung buat kerja..yang tak setle2..dah asyik ngadap benda ni ja...(~.^)

9/2/09

salam

salam..tukar layout lagi..sebenarnya aku masih tercari2 layout yang sesuai untuk blog ni..itu yang masih tak kekal2 layout yang ada...

banyak pilihan tapi nak cari yang sesuai tu agak mengambil masa...biasala we must do d best in our life..whatever it is hatta nak cari layout pun...moga layout ini yang terbaik

erm macam-macam orang ada kat dunia ni..naik menyampah aku dibuatnya..

dihempas gelombang dilemparkan angin
sekisah kubersedih kubahagia
di indah dunia yang berakhir sunyi
langkah kaki di dalam rencananya

semua berjalan dalam kehendaknya
nafas hidung cinta dan segalanya

dan tertakdir menjalani segala kehendakmu ya robbi
ku berserah ku berpasrah hanya padamu ya robbi
dan tertakdir menjalani segala kehendakmu ya robbi
ku berserah ku berpasrah hanya padamu ya robbi

bila mungkin ada luka coba tersenyumlah
bila mungkin tawa coba bersabarlah
karena air mata tak abadi
akan hilang dan berganti ( hilang kan berganti )

bila mungkin hidup hampa dirasa
mungkinkan hati rindukan Dia
karena hanya dengannya hati tenang
damai jiwa dan raga

dan tertakdir menjalani segala kehendakmu ya robbi
ku berserah ku berpasrah hanya padamu ya robbi
dan tertakdir menjalani segala kehendakmu ya robbi
ku berserah ku berpasrah hanya padamu ya robbi
hanya padamu ya robbi

9/1/09

Hati di Sebalik Wajah


Wajah merupakan satu pemberian dari Allah S.W.T. Wajah ini dapat membezakan seseorang insan dengan insan yang lain dalam kehidupan seharian. Manakala hati adalah satu bentuk yang tidak dapat dilihat walaupun dibayar dengan darah kerana hati wujud dalam bentuk "segumpal daging".

Wajah yang cantik atau tampan tidak semestinya hati seseorang itu suci dari melakukan dosa. Wajah yang cantik atau tampan, merupakan salah satu ujian yang diberikan oleh Allah kepada hamba-Nya yang telah dikurniakan pemberian itu, dalam mengatasi perkara-perkara yang dilarang. Manakala, wajah yang kurang cantik atau kurang tampan, tidak semestinya hatinya kotor. Wajah dalam keadaan ini mudah bagi seseorang insan itu dalam mengelakkan masalah perkara-perkara yang terlarang. Ujian Allah tetap ada bagi mereka yang tergolong dalam golongan ini.

Beruntunglah kepada manusia itu, sekiranya wajah yang telah diberikan oleh Allah dalam keadaan cantik atau tampan dijaga dan dipelihara seperti memelihara nyawa sendiri serta hatinya sentiasa bersih dan dibersihkan apabila melakukan dosa. Setiap perkara di dunia ini, ada hikmahnya dan pahalanya.

Orang yang sentiasa dalam mengerjakan ibadat kepada Allah, wajahnya akan sentiasa berseri bagaikan cahaya yang menerangi kegelapan. Ini kerana, hatinya sentiasa ingat kepada Allah dan dipelihara bersungguh-sungguh.

Manakala, wajah orang melakukan perkara yang dilarang tidak berseri bagaikan satu permukaan dinding yang kotor (tidak dibersihkan atau dicuci). Ini kerana, hatinya telah terlekat satu tompok "daging hitam" yang menunjukkan seseorang itu dalam keadaan yang tidak menjaga amal ibadatnya dan melakukan perkara yang dilarang. "Daging hitam" ini, lama kelamaan akan bertukar dari setompok menjadi segumpal dan seterusnya. Ini yang akan membawa manusia yang tergolong dalam golongan ini mudah terjerumus ke dalam api neraka yang tidak terkata kepanasan dan seksaannya.

Oleh yang demikian, marilah sahabat-sahabat, kita bersihkan hati kita dengan memperbanyakkan amal ibadat dan perkara kebajikan serta menjauhi sebarang perkara-perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T. Semoga Allah memberikan kita wajah-wajah yang berseri bagaikan cahaya putih menerangi setiap pelusuk kegelapan di dunia dan akhirat kelak. Insya'Allah...




8/31/09

Ujian Menguji Tahap Perjuangan Kita



Begitulah hakikatnya seorang manusia..atau lebih spesific lagi seorang lelaki huhu lelaki jangan marah yer..buktikan pada ku bahawa masih ada lelaki yang setia pada CintaNya...lelaki perempuan sama saja..hakikatnya ia tetap manusia..what ever la..ustaz ke apa ka..iman lah nilaiannya...dan kita akan diuji dengan setiap patah perkataan yang diucap..

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.

Bahkan patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa mereka akan terlepas dari azab Kami? Amatlah buruk apa yang mereka hukumkan itu. Sesiapa yang percaya akan pertemuannya dengan Allah (untuk menerima balasan), maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan tiba (dengan tidak syak lagi); dan Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk. Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh sesungguhnya Kami akan hapuskan dari mereka kesalahan-kesalahan mereka, dan Kami akan membalas apa yang mereka telah kerjakan - dengan sebaik-baik balasan. ( Al-Angkabut 1-7 )

Masalah hati tiada siapa yang tahu seperti kata pepatah, ;Dalam laut
dapat diduga, dalam hati siapa yang tahu.; Yakinlah bagaimana
pandainya manusia menutupi kejahatan hatinya, lambat laun Allah
akan menampakkan juga apa yang tersimpan dalam lubuk hatinya.
Seseorang itu tidak layak mendapat gelaran hamba Allah yang baik dan
yang suci hatinya selagi ia:

Tidak mentaati titah perintah Allah sungguh-sungguh. .
Tidak meninggalkan larangan-larangan Allah
Tidak menghiasi diri dengan sifat-sifat terpuji.
Tidak mengikiskan diri daripada sifat-sifat tercela.

Bercita-citalah kita untuk menjadi hamba yang baik sesuai dengan
tuntutan-Nya dan Rasul-Nya. Baik dari segi amal dan kelakuan, baik
hati dan halus tuturkata sesama insan. Hendaklah berusaha sedaya
upaya menghapuskan penyakit hati yang merosakkan diri seperti hasad
dengki, pemarah, iri hati, jahat sangka dan sebagainya. Beramallah
semata-mata mengharapkan redha Allah bukan untuk riak dan sombong.

Oleh itu, berazamlah kita semua termasuklah diri sendiri untuk
menjadi hamba Allah yang baik, yang mulia di sisinya kelak, dan
bercita-citalah mengatur langkah untuk terus memburu kasih sayang
dan redha Allah. Semoga Allah menerima kita semua sebagai hamba-
hambanya yang berhak mendapat kedudukan yang mulia di sisi Nya kelak

semoga diriku akan terus istiqamah di jalan ini hingga ke titisan terakhir..
Ya Mukollibal qulub, thabbait qulubana 'ala dinik wa a'ala jihadina fi sabilik.

8/13/09

Aku Hamba Mu Ya Allah


"Wahai Tuhan ku yg Esa, Bila kenang kan QahharMu, rasa gerun di hatiku kerana takut kan seksaMu hambaMu rasa berputus asa siapa kah dapat bersihkan diri dari segala dosa yg memburu setiap hari setiap ketika. Sewaktu mengenang GhaffarMu putus asa tiada lagi semangat ku pulih semula, harapan ku subur kembali. Alangkah susah nya mendidik nafsuku yg tidak melihat kebenaran Mu, mehnah Mu itu penghapus dosa ku pengganti hukuman Mu di akhirat." Ya Allah, alangkah sukarnya mendidik nafsuku. Alangkah sukarnya mengekalkan taubatku, alangkah payahnya menepati janjiKu padaMu, Alangkah berat nya utkku mengingatiMu setiap saat. Alangkah payahnya utk ku merasai bahawa kau sentiasa melihatKu. YaAllah, ampunilah aku, hambaMu yg lemah. Ya Allah sukarnya aku menepati janji ku padaMu, sedangkan Kau Tuhan yg menciptakan aku, yg memegang rohku, yg meminjamkan jasadku, yg menentukan takdirku, yg menjadikan aku dari air yg hina, dari segumpal tanah. Ya Allah, sesungguhnya tiada rugi bagiMu andai aku mendurhakai Mu. Namun alangkah besar kerugian dan penyesalan ku nanti, andai aku mendurhakai mu. YaAllah, yg mengetahui isi hati ku.Ya Allah yg membolak-balikkan hati2 manusia, tetapkanlah hatiku kepada mentaatiMu YaAllah. YaRahman peliharalah aku dari dosa2 yg ingin ku tinggalkan. YaAllah, janganlah kau tinggal kan aku dari pemerhatianmu, jgnlah kau biarkan aku hanyut dari mengagungkan Mu. Janganlah kau biarkan aku menggantikan tempatMu di hati ini dgn dunia yg terlalu kecil nilainya disisiMu. jadikanlah aku manusia yg dipercayai kerana imanku kepadaMu. Jadikanlah aku org yg dicintai, kerana cintaku kepadaMu. Jadikanlah aku org yg tinggi darjatnya kerana aku mengagungkan mu. Jadikanlah aku org yg sentiasa sedar bahawa dunia ini tidak lain dari sekadar ujian sejauh mana cinta ku pada Mu. YaAllah, bersihkan lah hatiku dari perkara2 yg boleh mensyirikkan ku pada Mu. Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim, janganlah kau beri kebahgiaan kepada ku di dunia ini andainya ia menjadikan ku sengsara di akhirat nanti. Janganlah kau temukan aku dgn seseorang yg akan kucintai andainya ia akan menjauhkan aku dari sisiMu di akhirat nanti, jgnlah kau beri kan aku kekayaan didunia andai nya ia akan menyebabkan aku gagal dalam hisabku di akhirat nanti.
YaAllah bersihkan lah hatiku dari noda2 hitam yg ku ciptakan sendiri. YaAllah kembalikan lah sinar di hatiku, walau secebis agar ia dapat menjadi sumber cahaya yg menyuluh hidupku, agar ku dapat membezakan antara yg hak dan yg batil. Ya Allah, Sedarkanlah aku akan hakikat kewujudanMu dan KeagunganMu. Lembutkanlah hatiku ini sebagaimana kau jadi kan besi lembut utk nabi Daud alaihissalam. YaAllah dengarlah rintihan hatiku, hambamu yg hina, hambamu yg lemah dan berdosa, hambamu yg sering melupakan mu, hambamu yg susah utk melakukan suruhanmu, hambamu yg sering melupakanmu di waktu senang dan hanya mengingatimu diwaktu susah, hambamu yg sering bongkak dan takbur hingga melupakan keagungan mu. hambamu yg sering berdolak dalik, hambamu yg sering berpura2 dan hambamu yg sering memungkiri janji taubatnya padamu. Ya Allah, Bantulah aku, ingatkanlah aku bila aku lupa, tegurlah aku dgn segera andainya aku lalai dan mula jauh dariMu. Jgnlah kau palingkan pemerhatianMu dari ku. YaAllah yg menciptakan alam yg sgt luas ini, berilah aku ruang disisiMu agar aku menjadi hambaMu yg soleh, hambamu yg beribadah bukan kerana inginkan syurga mu atau takutkan nerakamu tapi kerana inginkan keredhaan dan Rahmat dari mu Tuhan semesta alam.Ya Allah, jadikanlah hati yg kau pinjamkan kepadaku utk sementara ini, sentiasa mengingat keagunganmu dikala susah mahupun senang, jadikanlah tanganku yg kau pinjamkan sesaat didunia ini utk melakukan perkara yg kau redhai, jadikanlah sepasang mataku yg kau berikan ini utk melihat kebesaran dan keagunganMu melalui alam ciptaanMu, Jadikanlah juga ia, utk mengalirkan airmata taubat kepadamu, utk mengalirkan airmata kerana takut akan kemurkaanMu, kerana takut tidak diredhai olehMu, kerana takut tidak diterima olehMu di alam yg kekal selamanya nanti. Jadikanlah kakiku yg kau pinjam kan sementara didunia ini utk ku melangkah kearah jalan yg kau redhai. Jadikanlah mulut dan lidahku ini, utk ku menyebut2 keagungan dan kebesaran Mu kerana benar2 ku mengagungkanMu. Jadikanlah juga segala rezeki darimu yg masuk kemulut ku ini adlah yg halal dan jauh dari syubhah yg akan menjadi darah dagingku. Jadikanlah juga mindaku ini, utk memikirkan tentang KeesaanMu dan KehebatanMu menciptakan aku dan seluruh alam yg maha luas ini. Jadikanlah juga 24 jam sehari yg kau pinjamkan kepadaku dipenuhi dgn perkara bermanfaat dan yg kau redhai. Jadikanlah juga tempoh hayatku yg sementara dan tidak ku ketahui itu dipenuhi dgn perkara yg boleh membahagiakan aku diakhirat nanti.
YaAllah yg maha mengetahui isi hatiku. Kurniakanlah aku kebahagian didunia dan akhirat dan jauhkanlah aku dari azab api neraka. Amiiiin.355am~Hamba Allah

Doa

8/11/09

Aku yang Sorang


Salam...tak tahu nak buat apa sebenarnya..dalam lab ni pun dak2 ni sumanya keluar pergi merayap mencari barang tok persediaan konvo..dah nak konvo rupanya aku. macam tak percaya..masa berlalu dengan pantas..tuptup dah habis degree..mengayuh bahtera ke peringkat seterusnya..insyaAllah moga dipermudahkan..

belajar sampai ke tua la jawabnya..tak da masalah..kakak2 yang satu lab ngan aku ni lagi tua dari aku..kira aku ni kategori pertengahan juga..belajar adalah proses hidup..life to learn

Aku yang sorang....
Hidup sorang...
Buat amende semua sorang...
Mati nanti sorang gakk...
Makan Sorang2..
Minum pun , sorang2...
Nak makan dua orang...
Apakan daya...tak de orang....
Aku yang sorang...
Bangun pagi sorang...
Berjalan sorang2...berlari pun sorang2...
Lepak sorang2..mimpi pun sorang2...
Berangan sorang2..
Pegi bandar sorang2..balik bandar pun sorang2...
Bersendirian memanglah sorang2....
Semalam aku sorang...
Kini aku masih sorang...
Esok lusa sorang lagi kot...
Takkan selamanya aku sorang kott...
Tapi...
Aku bukannya orang-orang...
Aku juga bukannya orang minyak...
Dan aku juga bukannya orang gila...
Dan aku juga bukanlah orang jahat...
Tapi aku juga orang...macam orang lain Jugak...
Aku tahu...
Aku bukanlah orang berada...
Aku juga bukanlah orang glamer...
Dan aku bukanlah orang ternama...
Walaupun aku hanya orang biasa...
Aku tetap orang...
Aku yang sorang...
Walaupun aku sorang aku tetap orang...
Takkan selamanya harus aku sorang...
Untuk itu..carilah sorang...
Sesorang yang boleh mengubah..
Hidupku yang sorang...
Tapi...masalahnya...
Layakkah aku bertahta dihati sesorang?
Aku seorang orang yang sorang..

ntah apa2...aku pun tak tahu.life alone lagi best..tak da ganggu sapa2..tapi buat kerja Islam jangan sorang2..yang ni kena paham dan jangan tersilap paham...

8/10/09

Meraih Malam Yang Mulia


Kasih sayang Allah SWT kepada manusia begitu luas. Meskipun kita, hamba-Nya kerap terjerumus dalam dosa, namun Allah senantiasa Mengasihi kita, dengan memberikan kemudahan-kemudahan bagi hamba-Nya untuk mensucikan diri dari karat-karat dosa dan kemaksiatan. Sungguh, tak dibayangkan, sebesar apa noda hitam kemaksiatan yang tergores dalam hati kita, apabila Allah tidak melimpahkan ampunan-Nya yang Maha luas?

Ramadhan merupakan salah satu saranan yang Allah berikan kepada kita untuk menggapai ampunan-Nya. Banyak sekali kelebihan-kelebihan yang Allah berikan kepada hambanya melalui bulan penuh berkah ini. Salah satunya dengan kehadiran malam Lailatul Qadar, malam kemuliaan yang diselimuti keberkahan, dimana malam itu lebih baik dari seribu bulan.

Allah SWT berfirman dalam Al Quran surat al Qadr:

"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukan kamu apakah malam kemuliaan itu ? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhan-Nya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar," (QS al-Qadr (97) : 1 - 5)

Berdasarkan firman di atas, kita dapat melihat, begitu banyaknya kemuliaan yang Allah berikan. Malam itu, merupakan saat pertama kalinya Al Quran diturunkan kepada Rasulullah SAW. Para malaikat dan Malaikat Jibril turun ke langit dunia atas izin Allah SWT, dengan membawa berbagai kebaikan dan kesejahteraan dari Allah hingga tiba waktu Subuh. Dan yang paling mengagumkan, manusia yang melakukan ibadah pada saat itu, maka dia akan memperoleh kebaikan yang sangat melimpah, yang lebih baik ketimbang ibadahnya selama 1000 bulan atau sekitar 83 tahun. Subhanallah.

Sebagai orang yang beriman, tentu kita sangat mendambakan untuk mendapatkan malam kemuliaan itu. Kerana, betapa bahagianya kita, jika berhasil mendapatkannya. Hanya saja, tentu tidak semua manusia akan dapat memperolehnya. Lantas, siapa yang akan memperoleh malam kemuliaan Lailatul Qadar itu ?

Cuba semak sabda Rasulullah SAW dari Abu Hurairah ra, Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda :

"Barangsiapa orang yang berdiri di bulan Ramadhan, kerana iman dan ikhlas lillahi ta'ala, niscaya akan diampuni baginya apa-apa yang telah lalu dari dosanya. (HR Bukhari Muslim)

Jadi, orang yang layak akan mendapatkan berbagai keutamaan pada Lailatul Qadar tersebut adalah orang-orang yang beriman, hamba-hamba Allah SWT yang tengah melaksanakan berbagai pengabdiannya kepada Allah, disertai dengan keimanan, kekhusyuan, kesungguhan dan keikhlasan.

Malam Lailatul Qadar adalah suatu malam yang sangat dinantikan oleh segenap orang beriman, termasuk kita. Kenapa ? Kita tahu, betapa hebatnya kelebihan, dan keutamaan malam Lailatul Qadar itu.

Lalu, bilakah tepatnya malam itu turun ? Wallahu a'lam. Ada beberapa keterangan yang menjelaskan, bahwa kaum muslim hendaklah mencari Lailatul Qadar pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan (HR Bukhari). Atau atau pada tujuh hari terakhir, seperti sabda Rasulullah dari Ibnu Umar ra (HR Bukhari - Muslim)

Tampaknya bagi kita, tidak menjadi persoalan bila Lailatul Qadar itu didatangkan, tetapi yang penting adalah bagaimana menjemput kedatangannya setiap waktu, dan mempersiapkan diri untuk itu. Mungkin lebih baik, jika kita pusatkan perhatian pada

i. kesiapan mental

ii. kejernihan hati

iii. ketulusan jiwa

iv. kepenuhan iman kita

v. serta totalitas iman dan kepasrahan jiwa kita kepada Allah Azza wa Jalla.

Berangkat dari sini, kita perlu menyikapinya, dengan senantiasa mengoptimakan ibadah kita dalam bulan yang penuh rahmat ini. Dengan begitu, kita tidak khawatir akan terlepas dari malam Lailatul Qadar, akibat kita mencarinya hanya pada malam-malam tertentu.

Kalau ada pertanyaan tentang bagaimana cara untuk meraih kemuliaan itu ? salah satu jawabannya yakni dengan beri'tikaf, seperti yang dicontohkan Rasulullah SAW setiap bulan Ramadhan. Lalu kapan kita mulai melaksanakan i'tikaf, dan berapa lama ? Perhatikan sabda Rasulullah SAW :

"Dari Aisyah ra berkata : Adalah Rasulullah SAW apabila masuk tanggal sepuluh yaitu yang terakhir dari bulan Ramadhan, beliau mengencangkan ikat pinggangnya (bersungguh-sungguh dalam ibadahnya) beliau hidupkan malamnya serta membangunkan ahli rumahnya (HR Bukhari - Muslim)

Kerana itulah, mari jadikan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya sebagai media yang bisa mengantarkan kita pada kesucian. Adalah sangat disunahkan bagi kita untuk berusaha memperolehnya dengan memperbanyak ibadah dan amalan-amalan yang baik.

Alangkah sombongnya, manusia yang sangat menginginkan pengampunan dari Allah atas perbuatan-perbuatan mereka yang banyak menyimpang, apabila mereka menyia-nyiakan kesempatan emas yang belum tentu akan mereka dapatkan di masa-masa yang akan datang. Oleh kerana itu, merupakan keharusan untuk kita merebut janji yang Allah taburkan.

Kita, sebagai hamba Allah yang benar-benar memahami kebenaran kekuasaaan-Nya, sedar, bahawa usaha kita dalam mencari Lailatul Qadar ini adalah untuk membuktikan dan merealisasikan penghambaan kita kepada Allah SWT. Sehingga hal itu mengingatkan kita, seharusnya kita bersama-sama mendekatkan diri bila pun dan dimanapun, tanpa dibatasi ruang dan waktu.

Semoga Allah Yang Maha Agung, memberi kesempatan kepada kita untuk mengecap, menikmati dan melampaui malam Lailatul Qadar pada bulan Ramadhan ini dengan kesungguhan beribadah dan keikhlasan hati. Wallahu a'lam