


"Allah menetapkan (menjamin) kebahagiaan bagi suami dan isteri yangbertaqwa kepada Allah pada pasangan mereka, Allah juga menjamin kebahagiaan bagi rumah yang didirikan atas dasar pemeliharaan hak dan pelaksanaan tanggungjawab."




long journey to the End
posting-posting dalam blog aku ni pasal hati ja kerjanya..ada sahabat yang tegur supaya post pasal isu semasa tapi aku kekeringan idea nak post mengenai isu semasa...kerana hidup manusi lahirnya dari seketul daging yang bernama HaTI..
Dalam HATI manusia terdapat kekuatan
Tidak terurai kecuali menerima kehendak ALLAH
Dalam HATI terdapat keganasan
Tidak hilang kecuali berjinak dengan ALLAH
Dalam HATI terdapat kesedihan
Tidak hilang kecuali seronok mengenali ALLAH dan baik muamalah(perhubungan) denganNYA)
Dalam HATI terdapat kegelisahan
Tidak tenang dan damai kecuali berjumpa denganNYA dan lari menujuNYA
Dalam HATI terdapat api penyesalan
Tidak padam kecuali redha dengan suruhanNYA dan sentiasa bersabar sehingga menemuiNYA
Dalam HATI terdapat hajat
Tidak terbendung dengan kecintaan kepadaNYA, memohon kepadaNYA, sentiasa berzikir kepadaNYA dan keikhlasan kepadaNYA. Andai dunia dan seisinya diberi, tidak akan dapat membendung hajat hati si insan ini.

MUQADDIMAH
Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing.
Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!
MUSLIMAH & GAMBAR : ADA APA DENGANNYA?
Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum? Muslimahku, Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari.
Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan. ”
Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup. Muslimahku, Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.
Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….
Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet! Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!
PENYELESAIANNYA….
Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah? Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu.
Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.
Ingat, wajah anda, anugerah Allah.
Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja...
Wallahu A’lam..
Wanita solehah, Itulah sebaik-baik hiasan...
wallahua'lam...
------------------------------------------------------------------------------------
Semoga kita semua sentiasa dibawah lembayung pelindungan Allah..amin
yup absolutely agree....ha jadi sesapa yang suka sangat publish gambar dalam blog ka fs ka..fb ka...smpan la yerk gambar antum untuk yang berhak sahaja...kesian dia,,pic antum dah di publish ke seluruh dunia..yang sedih lagi kalau yang pakai purdah then letak juga pic dalam fs or fb...for what? ntah aku pun tak faham..kalau dah pakai purdah ttp saja sumanya..jangan di publish lagi di mana2...erm ntah apa2 ntah..

Wajah yang cantik atau tampan tidak semestinya hati seseorang itu suci dari melakukan dosa. Wajah yang cantik atau tampan, merupakan salah satu ujian yang diberikan oleh Allah kepada hamba-Nya yang telah dikurniakan pemberian itu, dalam mengatasi perkara-perkara yang dilarang. Manakala, wajah yang kurang cantik atau kurang tampan, tidak semestinya hatinya kotor. Wajah dalam keadaan ini mudah bagi seseorang insan itu dalam mengelakkan masalah perkara-perkara yang terlarang. Ujian Allah tetap ada bagi mereka yang tergolong dalam golongan ini.
Beruntunglah kepada manusia itu, sekiranya wajah yang telah diberikan oleh Allah dalam keadaan cantik atau tampan dijaga dan dipelihara seperti memelihara nyawa sendiri serta hatinya sentiasa bersih dan dibersihkan apabila melakukan dosa. Setiap perkara di dunia ini, ada hikmahnya dan pahalanya.
Orang yang sentiasa dalam mengerjakan ibadat kepada Allah, wajahnya akan sentiasa berseri bagaikan cahaya yang menerangi kegelapan. Ini kerana, hatinya sentiasa ingat kepada Allah dan dipelihara bersungguh-sungguh.
Manakala, wajah orang melakukan perkara yang dilarang tidak berseri bagaikan satu permukaan dinding yang kotor (tidak dibersihkan atau dicuci). Ini kerana, hatinya telah terlekat satu tompok "daging hitam" yang menunjukkan seseorang itu dalam keadaan yang tidak menjaga amal ibadatnya dan melakukan perkara yang dilarang. "Daging hitam" ini, lama kelamaan akan bertukar dari setompok menjadi segumpal dan seterusnya. Ini yang akan membawa manusia yang tergolong dalam golongan ini mudah terjerumus ke dalam api neraka yang tidak terkata kepanasan dan seksaannya.
Oleh yang demikian, marilah sahabat-sahabat, kita bersihkan hati kita dengan memperbanyakkan amal ibadat dan perkara kebajikan serta menjauhi sebarang perkara-perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T. Semoga Allah memberikan kita wajah-wajah yang berseri bagaikan cahaya putih menerangi setiap pelusuk kegelapan di dunia dan akhirat kelak. Insya'Allah...
Masalah hati tiada siapa yang tahu seperti kata pepatah, ;Dalam laut
dapat diduga, dalam hati siapa yang tahu.; Yakinlah bagaimana
pandainya manusia menutupi kejahatan hatinya, lambat laun Allah
akan menampakkan juga apa yang tersimpan dalam lubuk hatinya.
Seseorang itu tidak layak mendapat gelaran hamba Allah yang baik dan
yang suci hatinya selagi ia:
Oleh itu, berazamlah kita semua termasuklah diri sendiri untuk
menjadi hamba Allah yang baik, yang mulia di sisinya kelak, dan
bercita-citalah mengatur langkah untuk terus memburu kasih sayang
dan redha Allah. Semoga Allah menerima kita semua sebagai hamba-
hambanya yang berhak mendapat kedudukan yang mulia di sisi Nya kelak

"Wahai Tuhan ku yg Esa, Bila kenang kan QahharMu, rasa gerun di hatiku kerana takut kan seksaMu hambaMu rasa berputus asa siapa kah dapat bersihkan diri dari segala dosa yg memburu setiap hari setiap ketika. Sewaktu mengenang GhaffarMu putus asa tiada lagi semangat ku pulih semula, harapan ku subur kembali. Alangkah susah nya mendidik nafsuku yg tidak melihat kebenaran Mu, mehnah Mu itu penghapus dosa ku pengganti hukuman Mu di akhirat." Ya Allah, alangkah sukarnya mendidik nafsuku. Alangkah sukarnya mengekalkan taubatku, alangkah payahnya menepati janjiKu padaMu, Alangkah berat nya utkku mengingatiMu setiap saat. Alangkah payahnya utk ku merasai bahawa kau sentiasa melihatKu. YaAllah, ampunilah aku, hambaMu yg lemah. Ya Allah sukarnya aku menepati janji ku padaMu, sedangkan Kau Tuhan yg menciptakan aku, yg memegang rohku, yg meminjamkan jasadku, yg menentukan takdirku, yg menjadikan aku dari air yg hina, dari segumpal tanah. Ya Allah, sesungguhnya tiada rugi bagiMu andai aku mendurhakai Mu. Namun alangkah besar kerugian dan penyesalan ku nanti, andai aku mendurhakai mu. YaAllah, yg mengetahui isi hati ku.Ya Allah yg membolak-balikkan hati2 manusia, tetapkanlah hatiku kepada mentaatiMu YaAllah. YaRahman peliharalah aku dari dosa2 yg ingin ku tinggalkan. YaAllah, janganlah kau tinggal kan aku dari pemerhatianmu, jgnlah kau biarkan aku hanyut dari mengagungkan Mu. Janganlah kau biarkan aku menggantikan tempatMu di hati ini dgn dunia yg terlalu kecil nilainya disisiMu. jadikanlah aku manusia yg dipercayai kerana imanku kepadaMu. Jadikanlah aku org yg dicintai, kerana cintaku kepadaMu. Jadikanlah aku org yg tinggi darjatnya kerana aku mengagungkan mu. Jadikanlah aku org yg sentiasa sedar bahawa dunia ini tidak lain dari sekadar ujian sejauh mana cinta ku pada Mu. YaAllah, bersihkan lah hatiku dari perkara2 yg boleh mensyirikkan ku pada Mu. Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim, janganlah kau beri kebahgiaan kepada ku di dunia ini andainya ia menjadikan ku sengsara di akhirat nanti. Janganlah kau temukan aku dgn seseorang yg akan kucintai andainya ia akan menjauhkan aku dari sisiMu di akhirat nanti, jgnlah kau beri kan aku kekayaan didunia andai nya ia akan menyebabkan aku gagal dalam hisabku di akhirat nanti.
YaAllah bersihkan lah hatiku dari noda2 hitam yg ku ciptakan sendiri. YaAllah kembalikan lah sinar di hatiku, walau secebis agar ia dapat menjadi sumber cahaya yg menyuluh hidupku, agar ku dapat membezakan antara yg hak dan yg batil. Ya Allah, Sedarkanlah aku akan hakikat kewujudanMu dan KeagunganMu. Lembutkanlah hatiku ini sebagaimana kau jadi kan besi lembut utk nabi Daud alaihissalam. YaAllah dengarlah rintihan hatiku, hambamu yg hina, hambamu yg lemah dan berdosa, hambamu yg sering melupakan mu, hambamu yg susah utk melakukan suruhanmu, hambamu yg sering melupakanmu di waktu senang dan hanya mengingatimu diwaktu susah, hambamu yg sering bongkak dan takbur hingga melupakan keagungan mu. hambamu yg sering berdolak dalik, hambamu yg sering berpura2 dan hambamu yg sering memungkiri janji taubatnya padamu. Ya Allah, Bantulah aku, ingatkanlah aku bila aku lupa, tegurlah aku dgn segera andainya aku lalai dan mula jauh dariMu. Jgnlah kau palingkan pemerhatianMu dari ku. YaAllah yg menciptakan alam yg sgt luas ini, berilah aku ruang disisiMu agar aku menjadi hambaMu yg soleh, hambamu yg beribadah bukan kerana inginkan syurga mu atau takutkan nerakamu tapi kerana inginkan keredhaan dan Rahmat dari mu Tuhan semesta alam.Ya Allah, jadikanlah hati yg kau pinjamkan kepadaku utk sementara ini, sentiasa mengingat keagunganmu dikala susah mahupun senang, jadikanlah tanganku yg kau pinjamkan sesaat didunia ini utk melakukan perkara yg kau redhai, jadikanlah sepasang mataku yg kau berikan ini utk melihat kebesaran dan keagunganMu melalui alam ciptaanMu, Jadikanlah juga ia, utk mengalirkan airmata taubat kepadamu, utk mengalirkan airmata kerana takut akan kemurkaanMu, kerana takut tidak diredhai olehMu, kerana takut tidak diterima olehMu di alam yg kekal selamanya nanti. Jadikanlah kakiku yg kau pinjam kan sementara didunia ini utk ku melangkah kearah jalan yg kau redhai. Jadikanlah mulut dan lidahku ini, utk ku menyebut2 keagungan dan kebesaran Mu kerana benar2 ku mengagungkanMu. Jadikanlah juga segala rezeki darimu yg masuk kemulut ku ini adlah yg halal dan jauh dari syubhah yg akan menjadi darah dagingku. Jadikanlah juga mindaku ini, utk memikirkan tentang KeesaanMu dan KehebatanMu menciptakan aku dan seluruh alam yg maha luas ini. Jadikanlah juga 24 jam sehari yg kau pinjamkan kepadaku dipenuhi dgn perkara bermanfaat dan yg kau redhai. Jadikanlah juga tempoh hayatku yg sementara dan tidak ku ketahui itu dipenuhi dgn perkara yg boleh membahagiakan aku diakhirat nanti.
YaAllah yg maha mengetahui isi hatiku. Kurniakanlah aku kebahagian didunia dan akhirat dan jauhkanlah aku dari azab api neraka. Amiiiin.355am~Hamba Allah

ntah apa2...aku pun tak tahu.life alone lagi best..tak da ganggu sapa2..tapi buat kerja Islam jangan sorang2..yang ni kena paham dan jangan tersilap paham...

Kasih sayang Allah SWT kepada manusia begitu luas. Meskipun kita, hamba-Nya kerap terjerumus dalam dosa, namun Allah senantiasa Mengasihi kita, dengan memberikan kemudahan-kemudahan bagi hamba-Nya untuk mensucikan diri dari karat-karat dosa dan kemaksiatan. Sungguh, tak dibayangkan, sebesar apa noda hitam kemaksiatan yang tergores dalam hati kita, apabila Allah tidak melimpahkan ampunan-Nya yang Maha luas? Ramadhan merupakan salah satu saranan yang Allah berikan kepada kita untuk menggapai ampunan-Nya. Banyak sekali kelebihan-kelebihan yang Allah berikan kepada hambanya melalui bulan penuh berkah ini. Salah satunya dengan kehadiran malam Lailatul Qadar, malam kemuliaan yang diselimuti keberkahan, dimana malam itu lebih baik dari seribu bulan. Allah SWT berfirman dalam Al Quran "Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukan kamu apakah malam kemuliaan itu ? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhan-Nya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar," (QS al-Qadr (97) : 1 - 5) Berdasarkan firman di atas, kita dapat melihat, begitu banyaknya kemuliaan yang Allah berikan. Malam itu, merupakan saat pertama kalinya Al Quran diturunkan kepada Rasulullah SAW. Sebagai orang yang beriman, tentu kita sangat mendambakan untuk mendapatkan malam kemuliaan itu. Kerana, betapa bahagianya kita, jika berhasil mendapatkannya. Hanya saja, tentu tidak semua manusia akan dapat memperolehnya. Lantas, siapa yang akan memperoleh malam kemuliaan Lailatul Qadar itu ? Cuba semak sabda Rasulullah SAW dari Abu Hurairah ra, Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda : "Barangsiapa orang yang berdiri di bulan Ramadhan, kerana iman dan ikhlas lillahi ta'ala, niscaya akan diampuni baginya apa-apa yang telah lalu dari dosanya. (HR Bukhari Muslim) Jadi, orang yang layak akan mendapatkan berbagai keutamaan pada Lailatul Qadar tersebut adalah orang-orang yang beriman, hamba-hamba Allah SWT yang tengah melaksanakan berbagai pengabdiannya kepada Allah, disertai dengan keimanan, kekhusyuan, kesungguhan dan keikhlasan. Malam Lailatul Qadar adalah suatu malam yang sangat dinantikan oleh segenap orang beriman, termasuk kita. Kenapa ? Kita tahu, betapa hebatnya kelebihan, dan keutamaan malam Lailatul Qadar itu. Lalu, bilakah tepatnya malam itu turun ? Wallahu a'lam. Tampaknya bagi kita, tidak menjadi persoalan bila Lailatul Qadar itu didatangkan, tetapi yang penting adalah bagaimana menjemput kedatangannya setiap waktu, dan mempersiapkan diri untuk itu. Mungkin lebih baik, jika kita pusatkan perhatian pada i. kesiapan mental ii. kejernihan hati iii. ketulusan jiwa iv. kepenuhan iman kita v. serta totalitas iman dan kepasrahan jiwa kita kepada Allah Azza wa Jalla. Berangkat dari sini, kita perlu menyikapinya, dengan senantiasa mengoptimakan ibadah kita dalam bulan yang penuh rahmat ini. Dengan begitu, kita tidak khawatir akan terlepas dari malam Lailatul Qadar, akibat kita mencarinya hanya pada malam-malam tertentu. Kalau ada pertanyaan tentang bagaimana cara untuk meraih kemuliaan itu ? salah satu jawabannya yakni dengan beri'tikaf, seperti yang dicontohkan Rasulullah SAW setiap bulan Ramadhan. Lalu kapan kita mulai melaksanakan i'tikaf, dan berapa lama ? Perhatikan sabda Rasulullah SAW : "Dari Aisyah ra berkata : Adalah Rasulullah SAW apabila masuk tanggal sepuluh yaitu yang terakhir dari bulan Ramadhan, beliau mengencangkan ikat pinggangnya (bersungguh-sungguh dalam ibadahnya) beliau hidupkan malamnya serta membangunkan ahli rumahnya (HR Bukhari - Muslim) Kerana itulah, mari jadikan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya sebagai media yang bisa mengantarkan kita pada kesucian. Adalah sangat disunahkan bagi kita untuk berusaha memperolehnya dengan memperbanyak ibadah dan amalan-amalan yang baik. Alangkah sombongnya, manusia yang sangat menginginkan pengampunan dari Allah atas perbuatan-perbuatan mereka yang banyak menyimpang, apabila mereka menyia-nyiakan kesempatan emas yang belum tentu akan mereka dapatkan di masa-masa yang akan datang. Oleh kerana itu, merupakan keharusan untuk kita merebut janji yang Allah taburkan. Kita, sebagai hamba Allah yang benar-benar memahami kebenaran kekuasaaan-Nya, sedar, bahawa usaha kita dalam mencari Lailatul Qadar ini adalah untuk membuktikan dan merealisasikan penghambaan kita kepada Allah SWT. Sehingga hal itu mengingatkan kita, seharusnya kita bersama-sama mendekatkan diri bila pun dan dimanapun, tanpa dibatasi ruang dan waktu. Semoga Allah Yang Maha Agung, memberi kesempatan kepada kita untuk mengecap, menikmati dan melampaui malam Lailatul Qadar pada bulan Ramadhan ini dengan kesungguhan beribadah dan keikhlasan hati. Wallahu a'lam
| | ||