8/26/10

MEMBUMI ATAU MENGKEBUMIKAN AL-QURAN?



Segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah Azza wa Jalla atas kurniaNya kepada kita memberikan kesempatan dan kekuatan bagi meneruskan ibadah puasa di bulan yang mulia ini. Sedar atau tidak, telah dua minggu kita menjalani ibadah rukun Islam ketiga ini dan tinggal lebih kurang dua minggu sahaja lagi bulan yang penuh rahmat ini akan meninggalkan kita. Sesungguhnya bulan Ramadhan telah mengkhazanahkan banyak peristiwa berharga kepada umat Islam di sepanjang sejarahnya. Antara peristiwa penting yang diabadikan oleh Allah di dalam Al-Quran adalah peristiwa mula turunnya (nuzul) Al-Quran kepada Muhammad al-Amin. Dengan penurunan ayat yang pertama di Gua Hira’, maka Muhammad telah dipilih dan diangkat oleh Allah, Tuhan sekelian alam menjadi RasulNya yang akan membawa dan mengembangkan risalahNya kepada seluruh manusia. Bermula dengan Nuzul Quran inilah, menandakan bermulanya perjuangan Rasulullah Sallallahu ‘alihi wa Sallam dalam menyeru manusia kepada satu cara hidup berlandaskan kehendak Yang Maha Mencipta dan meninggalkan segala bentuk kehidupan yang kufur dan merosakkan. Justeru, adalah amat tidak wajar jika ada antara umat Islam yang tidak mengetahui peristiwa penting ini - peristiwa yang telah menjadi titik tolak hadirnya Islam menerangi dunia dari kegelapan cara hidup ciptaan manusia. Cuma persoalannya, adakah umat Islam pada tahun ini akan mengingati peristiwa Nuzul Quran sebagaimana tahun-tahun sebelumnya, tanpa memerhatikan apakah visi dan misi diturunkan Al-Quran kepada umat manusia? Apakah umat Islam pada tahun ini akan memahami peri pentingnya Nuzul Quran dan berusaha untuk membumikan ajaran Al-Quran atau masih tetap ingin mengkebumikan ajaran-ajarannya?

Saban tahun setiap kali tibanya Nuzul Quran, tazkirah-tazkirah di masjid oleh imam-imam dan guru agama yang dilantik akan memperkatakan perkara ini. Tidak mustahil sekiranya khutbah Jumaat pada hari ini juga disampaikan dalam konteks dan tema yang sama. Dari satu sudut, kita bersyukur kerana situasi ini menggambarkan masih wujud sentimen Islam di kalangan kaum Muslimin, namun dari sudut yang lebih jauh, cukupkah tindakan imam-imam atau golongan ulama yang sekadar memperingati dan mengingatkan umat Islam akan peristiwa Nuzul Quran melalui kuliah-kuliah atau ceramah-ceramah, tetapi mereka tidak pernah mengingatkan golongan pemimpin umat Islam untuk menerapkan hukum Al-Quran? Mereka juga diam, malah ada yang hanya meng‘amin’kan tindakan pemerintah yang jelas-jelas tidak berhukum dengan kitab Allah ini. Cukupkah tindakan mensucikan Al-Quran dengan sekadar mengkhatamkan bacaannya secara beramai-ramai di bulan Ramadhan? Wajarkah umat Muhammad ini mengagungkan Al-Quran sekadar dengan memperdengarkannya di dalam majlis-majlis sebagai acara pemula dan penutup sahaja? Molekkah tindakan mereka apabila menjadikan ayat-ayat Al-Quran hanya sebagai halwa telinga dengan lirik nasyid-nasyid berbagai nada atau sekadar penyedap mata dengan khat dan kaligrafi di dinding atau di atas meja? Cocokkah tindakan kaum Muslimin sebegini walhal pada masa yang sama isi kandungan Al-Quran mereka kebumikan dalam-dalam dan tidak diamalkan sebagaimana diperintahkan oleh Al-Quran itu sendiri? Walaupun pahit untuk ditelan, namun inilah realiti yang kita sedang hadapi.

Serangan Ke Atas Pemikiran Umat


Sebelum kita mencari jalan penyelesaian bagaimana untuk memulihkan pemikiran yang telah tersasar ini, perlu kita mengkaji bagaimanakah fenomena yang menyedihkan ini boleh berlaku di kalangan umat Islam. Hanya dengan memahami bagaimana ianya bermula barulah kita mampu memahami bagaimana untuk meng‘akhirkan’nya. Hanya dengan mengenalpasti puncanya, barulah kita dapat memecahkan permasalahan yang ada serta mengelakkannya daripada berulang. Sekiranya tidak, maka umat Islam akan terus-menerus menyusuri jalan-jalan buntu yang hanya akan membuang masa, kudrat dan harta yang ada dan apa yang lebih menakutkan, ia memburukkan lagi keadaan yang sedia ada.

Sesungguhnya pemikiran umat Islam telah mula diserang sejak kurun kedua selepas Hijrah. Bermula dengan pertembungan falsafah-falsafah asing dari India, Parsi dan Yunani, umat Islam telah terjerat apabila cuba mengasimilasikan pemikiran-pemikiran tersebut agar selari dengan kehendak Islam. Cubaan untuk mengadaptasikan falsafah asing telah menyebabkan wujudnya penafsiran-penafsiran baru tentang pelbagai idea di dalam Islam yang menyebabkan berlakunya kekeliruan dan kadang-kala melenyapkan terus idea Islam yang sebenar dalam pemikiran umat ketika itu. Musuh-musuh Islam dan para hipokrit telah mengambil kesempatan daripada keadaan ini dengan mengenengahkan idea-idea asing yang bercanggah dengan idea Islam. Sejak dari itu, sedikit demi sedikit cara berfikir yang dituntut oleh Islam mula memudar dan ditinggalkan oleh umat Islam. Cara berfikir yang asing dan bercanggah dengan pemikiran Islam mula meresap ke dalam proses pemikiran umat. Akhirnya, asas pemikiran Islam yang jernih telah lupus dari pemikiran umat. Idea-idea yang mengelirukan seperti idea bahawa manusia lebih arif tentang beberapa urusan dunia telah dipesongkan pemahamannya dan dipergunakan untuk memberi hak kepada perlaksanaan sistem-sistem ciptaan Barat. Idea-idea tentang kejadian manusia yang berbagai bangsa telah dijadikan asas membolehkan amalan nasionalisme. Begitu juga idea tentang penurunan Al-Quran secara beransur-ansur, maka dihujahkan bahawa perlaksanaan Islam pun perlu beransur-ansur.

Kekusutan pemikiran umat Islam ini telah dilihat sebagai peluang keemasan bagi musuh-musuh Islam untuk menghancurkannya. Barat yang memang menyimpan dendam ke atas Islam mula melaksanakan serangan pemikiran ke atas idea-idea Islam setelah serangan fizikal mereka menerusi beberapa cubaan perang salib gagal menundukkan umat Islam. Islam mula dimomokkan, hukum-hakam Islam mula diperlecehkan dan dikatakan sudah ketinggalan zaman. Perundangan Islam seperti hukum hudud telah dikatakan menindas dan kejam. Sistem pergaulan (Nidzam al-Ijtima’i) yang meningkatkan martabat wanita dikatakan berat sebelah dan melemahkan kaum Hawa. Umat Islam tidak mampu lagi menangkis serangan pemikiran ini dengan jawapan-jawapan yang tepat. Umat Islam mula mengambil posisi bertahan setiap kali serangan-serangan sebegini dibuat. Jawapan-jawapan yang dibalas oleh umat Islam mula bersifat mengalah atau seperti berada di pihak yang bersalah. Apabila idea jihad diserang, umat Islam mula membuat tafsiran jihad yang baru dengan mengatakan jihad adalah untuk mempertahankan diri atau jihad juga mempunyai banyak kategori seperti jihad diri, jihad keluarga, jihad ekonomi, jihad ilmu dan sebagainya. Kesan dari pencemaran pemikiran yang berlaku ini telah menyebabkan umat Islam tidak lagi mampu berfikir dengan acuan Islam dan hasilnya, terhapuslah hukum-hukum Islam, lalu diterapkanlah sistem-sistem ciptaan manusia yang sebenarnya merosakkan kehidupan umat Islam itu sendiri. Islam yang asalnya datang untuk menguruskan kehidupan manusia secara praktikal telah disempitkan peranannya sekadar menjadi agama ritual yang digunakan untuk pemenuhan ‘kehendak rohani’ sahaja.

Apabila penjajahan kolonial berlaku ke atas tanah-tanah umat Islam seluruh dunia, undang-undang Islam telah mula diubah kepada undang-undang Barat bagi menguruskan kehidupan umat di tempat-tempat yang dijajah. Sistem berteraskan sekularisme yang memisahkan kehidupan dengan agama telah dilaksanakan ke atas umat Islam. Penukaran secara fizikal ini telah mengakar di dalam benak pemikiran umat Islam hinggakan biarpun setelah penjajah kolonial tiada lagi di bumi umat Islam secara fizikal, sistem-sistem yang telah mereka laksanakan kekal hingga ke hari ini. Umat Islam tidak lagi mampu mengasingkan sistem-sistem Barat yang telah mengakar umbi di dalam sistem kehidupan zaman ini. Islam tidak lagi dipandang mampu berdiri dengan sendiri tanpa melaksanakan sistem-sistem tinggalan Barat. Sistem ekonomi, perundangan dan pendidikan Barat terus utuh diterap dan dipaksakan ke atas umat Islam. Islam tinggal menjadi ibadah ritual dan kebudayaan semata-mata sebagaimana kedudukan agama di dalam mana-mana sistem sekular. Kaum Muslimin tidak lagi merasa janggal meninggalkan ayat-ayat Al-Quran yang mengandungi peraturan-peraturan kehidupan asalkan nama Islam dapat dikekalkan dalam sistem-sistem tersebut biarpun tiada kena-mengena dengan sistem Islam yang sebenar. Apabila hukum riba secara nyata diamalkan dalam sistem ekonomi yang ada sekarang, umat Islam langsung tidak merasa bersalah, malah ‘membolehkan’ dan lebih buruk, bergelumang dengan amalan keji ini, walhal mereka membaca ayat-ayat Al-Quran (tentang keharamannya). Keadaan ini diburukkan lagi oleh pemimpin-pemimpin kaum Muslimin yang sekular yang mempertahankan sistem kufur ini habis-habisan bagi kepentingan kuasa masing-masing. Islam dicanang bagi memancing kepercayaan rakyat biarpun sistem Islam langsung tidak dilaksanakan. Al-Quran dibenarkan dibaca dan dipertandingkan untuk memenangi hati rakyat, namun hukum Al-Quran dilalaikan. Melalui para pemimpin ini, Barat berjaya mengekalkan ‘hegemoni’ pemikiran mereka ke atas umat Islam.

Inilah hakikat yang sedang melanda sebahagian besar umat Islam dewasa ini. Mereka berang apabila orang-orang kafir menghina Al-Quran secara fizikal tetapi mereka tidak sedar bahawa mereka menghina Al-Quran apabila menidakkan hukum-hukum yang terkandung di dalamnya dan menggantikannya dengan hukum-hukum ciptaan manusia. Mereka marah apabila orang-orang kafir mencampakkan Al-Quran ke dalam tandas tetapi pada masa yang sama mereka mencampakkan ayat-ayat Al-Quran ke tepi apabila tidak berhukum dengan hukum Al-Quran, malah mengatakan bahawa hukum Islam boleh dan perlu diubah mengikut keadaan zaman. Mereka mencela apabila mendapati orang-orang kafir cuba memesongkan ayat-ayat Al-Quran walhal mereka sendiri menterjemah dan mentafsir ayat-ayat Al-Quran agar sesuai dengan kehendak orang-orang kafir. Realitinya, mereka ini tidak meletakkan Al-Quran di tempat yang sepatutnya tetapi meminggirkan kitab pembimbing umat ini. Malah, mereka sekadar menjadikannya sebagai satu objek kerohanian yang hanya akan digunapakai apabila perlu sahaja. Al-Quran dibaca sebagai amalan tambahan di bulan Ramadhan atau sebagai ‘santapan rohani’ tatkala diri mendambakan pemenuhan naluri beribadah (gharizah at-tadayyun).

Begitulah kedudukan Al-Quran yang telah hilang fungsi dan terpadam sebab nuzulnya dari pemikiran umat. Al-Quran yang asalnya turun sebagai panduan kepada manusia kini hanya sekadar dijadikan objek keagamaan yang statik tanpa apa-apa erti dalam kehidupan seharian melainkan sebagai kitab suci yang perlu dibaca secara peribadi untuk meraih pahala. Memanglah membaca Al-Quran itu merupakan satu tuntutan, namun, mereka ini benar-benar menjadikan Al-Quran sebagai sebuah ‘kitab bacaan’, bukan kitab amalan. Pendek kata, jika mereka membaca Al-Quran, hal ini amat jauh berbeza berbanding mereka membaca Perlembagaan Persekutuan, Akta atau Enakmen. Mereka tahu bahawa Perlembagaan adalah kitab yang wajib diterapkan, namun tidak Al-Quran. Mereka ‘hidup’ dengan berpandukan Perlembagaan, Akta dan Enakmen tetapi tidak hidup berpandukan Al-Quran. Inilah antara kemenangan golongan kuffar Barat (Yahudi dan Nasara) dalam menyesatkan umat Islam mengikut cara mereka. Ziyad bin Labid meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam pada suatu hari berbicara tentang sesuatu, lalu bersabda,

"Akan tiba satu masa di mana ilmu itu akan hilang." Ziyad berkata, "Wahai Rasulullah, bagaimana ilmu boleh hilang sedangkan kita membaca Al-Quran dan mengajarkannya kepada anak kita dan anak kita membacakannya kepada anak mereka sehinggalah hari Kiamat?" Baginda menjawab, "Wahai Ziyad, semoga ibumu menangisimu, aku kira kamu adalah orang yang sangat memahami agama di Madinah, adakah engkau tidak melihat bahawa orang-orang Yahudi dan Nasara juga membaca Taurat dan Injil, tetapi mereka langsung tidak mengamalkan isinya?” [HR Ahmad, Ibnu Majah, Tirmizi]

Al-Quran – Kitab Pemerintahan


Islam merupakan satu agama yang lengkap darihal cara-cara membuang air hinggalah cara mentadbir dunia. Islam bukan sekadar agama yang mengatur rumahtangga, malah Islam adalah agama yang dijadikan Allah untuk mengatur dunia. Inilah antara tujuan dari diturunkan Al-Quran yakni untuk menjadi petunjuk bagi manusia di dalam segenap tindak-tanduknya, dari menjaga anak hingga menjaga negara. Dunia wajib diperintah dengan Islam dan manusia seluruhnya (samada kafir mahupun Islam) wajib tunduk kepada ketentuan Ilahi. Nah, tidak cukupkah lagi untuk kita memahami bahawa Al-Quran adalah sebuah kitab untuk mengatur dan memerintah dunia ini mengikut kehendak Penciptanya? Justeru, apakah layak bagi manusia mencipta aturan sendiri, malah mengambil aturan golongan kuffar musuh Allah untuk mengatur hidup mereka, negara mereka dan dunia umumnya? Amat hinalah manusia yang telah mengambil hukum selain hukum Allah dan dijadikan undang-undang untuk mengatur kehidupan dunia. Tersesatlah manusia yang hanya berdiam diri menyaksikan segala bentuk kekufuran ini tanpa berbuat apa-apa. Mereka sesungguhnya telah lari dari petunjuk.

Turunnya Al-Quran adalah untuk menjadi petunjuk kepada seluruh manusia dalam menguruskan kehidupan mereka di dunia fana ini. Al-Quran adalah sumber penerangan dan penyelesaian kepada permasalahan manusia hinggalah ke hari kiamat. Allah berfirman,

“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeza (antara yang haq dan yang bathil)” [TMQ al-Baqarah (2):185].

Konsep Al-Quran sebagai Al-Huda (petunjuk) perlu difahami dari aspek kehidupan manusia yang memerlukan panduan dan jawapan kepada setiap perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Di dalam Al-Quran terkandung semua panduan yang dapat menyelesaikan permasalahan manusia merangkumi hukum-hakam Islam dalam bab aqidah, ibadah, akhlak, muamalat, uqubat, pemerintahan dan sebagainya. Al-Quran juga memberikan sumber rujukan bagi mereka yang memerlukan jawapan bagi membuat pilihan dalam hidup sesuai dengan peranannya sebagai pembeza (Al-Furqan). Yang mana baik dan yang mana buruk tidak sepatutnya diukur dari penggunaan aqal manusia yang cetek tetapi harus dilihat dari perspektif yang telah digariskan di dalam Al-Quran. Dengan kata lain, Al-Quran bukanlah sekadar sebuah kitab yang diberikan pahala jika membacanya semata-mata tetapi Al-Quran itu adalah kitab panduan bagi umat Islam dalam menjalani kehidupan mereka di atas muka bumi ini. Al-Quran umpama ‘manual’' kehidupan yang perlu sentiasa dirujuk oleh umat manusia untuk memastikan kehidupan mereka berjalan lancar selari dengan fitrah kejadiannya.

Malangnya pemerintahan dunia Islam yang ada sekarang telah terpisah dari Al-Quran. Dengan kata lain, Al-Quran dan pemerintahan telah menjadi dua perkara yang tidak ada hubungannya antara satu sama lain. Walhal di zaman Rasulullah dan Khulafa’ Rasyidin, mereka menjalankan roda pemerintahan dengan Al-Quran. Hukum-hukum Al-Quran adalah hukum-hukum pemerintahan, baik ianya menyentuh uqubat ataupun muamalat. Hukum qisas berjalan, hukum hudud dilaksana, pencuri dipotong tangan, penzina disebat dan direjam, riba dan judi diharamkan, kesihatan diberi percuma, pendidikan dan keamanan dinikmati, kekayaan negara dikongsi, jihad dilancarkan, ghanimah dikumpul, kharaj dipungut, jizyah dikutip, darah dan kehormatan umat Islam dijaga dan keseluruhan hukum-hukum Al-Quran lainnya adalah diterapkan di dalam pemerintahan. Bagaimana dengan sekarang? Hukum Al-Quran dibuang, hukum kufur dijulang; ajaran Al-Quran diketepi, Akta dan Enakmen dipatuhi; hukum Islam dikebumikan, hukum manusia kemaskinikan; pemerintahan bukan lagi bertunjangkan Al-Quran, tapi berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. Benarlah apa yang telah disebut oleh Rasulullah 14 abad yang lalu,

“Sesungguhnya akan terungkai ikatan Islam itu, satu demi satu. Setiap kali terungkai satu ikatan, mereka (umat Islam) akan berpegang dengan ikatan yang seterusnya. Yang pertama terungkai adalah Pemerintahan dan yang terakhirnya adalah solat” [HR Imam Ahmad].

Mafhum yang boleh diambil dari hadis ini adalah bahawa Islam itu mengandungi pelbagai hukum yang mengikat umatnya umpama satu tali yang besar yang mengikat kesemua tali-tali yang lain. Tali yang besar itu adalah ‘pemerintahan’ dan semua tali-tali yang lain mencerminkan hukum-hukum syara’ yang diterapkan di dalam pemerintahan tersebut. Hadis ini menjelaskan bahawa ikatan Islam (hukum syara’) ini akan terlepas dari umat Islam satu demi satu dan yang pertama sekali akan terlepas adalah tali pemerintahan. Benar! Sistem pemerintahanlah yang mengikat segala-galanya di mana apabila yang diterapkan adalah sistem pemerintahan Islam, maka sistem ini akan menjaga dan memastikan semua hukum yang berjalan adalah hukum Allah. Hal ini dapat kita saksikan di sepanjang sejarah Daulah Islam di mana dengan penerapan Sistem Pemerintahan Khilafah, sistem ekonomi, sosial, pendidikan, urusan dalam negeri, polisi luar negeri dan segalanya berjalan mengikut ketentuan syara’. Jika ada perlanggaran sekalipun, maka hukum syara’lah yang akan digunapakai untuk menghukum segala perlanggaran tersebut.

Setelah jatuhnya Daulah Khilafah yang sekaligus menandakan terburainya ikatan yang utama, maka ikatan-ikatan Islam yang lain pun terlepaslah dari umat Islam satu persatu. Negeri kaum Muslimin mula terlepas satu demi satu dan yang mengikat mereka bukan lagi ikatan akidah (ikatan Islam), tetapi ikatan assabiyyah dan wathaniyyah (ikatan kufur). Dengan runtuhnya Sistem Pemerintahan Khilafah, umat Islam mengambil sistem pemerintahan kufur dari Barat, baik Sistem Republik, Monarki, Persekutuan dan sebagainya, semuanya berteraskan sistem demokrasi-sekular ciptaan Barat. Dengan hancurnya Daulah Khilafah, maka berkecailah juga sistem ekonomi Islam, sistem sosial Islam, pendidikan, hudud, qisas, ta’zir, mukhalafat, jihad dan sebagainya dan digantikan dengan undang-undang kufur dari Barat. Bukan setakat itu, malah hukum-hukum per individu pun turut terburai seperti masalah akhlak, aurat, riba, zakat, puasa dan seumpamanya di mana kita menyaksikan kerosakan akhlak yang dahsyat, pendedahan aurat di mana-mana, penyelewengan asnaf zakat, pengambilan riba yang merajalela dan banyak lagi yang telah tercabut dari umat ini, dan negara pula langsung tidak mengambil apa-apa tindakan. Pendek kata, benarlah sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bahawa setelah terlucutnya ikatan pemerintahan, maka ikatan Islam lainnya akan terungkai satu demi satu dari umat Islam dan yang akhir sekali akan terlucut adalah solat. Sesungguhnya Al-Quran dan pemerintahan telah benar-benar terpisah.

Wahai kaum Muslimin! Keadaan ini wajib diubah. Semua ikatan Islam mesti disatukan kembali, walau sesukar mana sekalipun, yang pasti ia bukan suatu kemustahilan. Satu kebangkitan yang sistematik perlu dilaksanakan bagi memastikan objektif yang ingin dicapai dapat direalisasikan dengan sempurna. Pertamanya, umat Islam memerlukan anjakan paradigma dengan membuang segala bentuk pemikiran kufur dan menggantikannya dengan pemikiran Islam, semata-mata Islam. Kebangkitan pemikiran ini perlu dimulakan dengan kembali melihat Islam sebagai sebuah agama yang bersifat praktikal di dalam menyelesaikan seluruh aspek kehidupan. Umat Islam perlu berpegang bahawa Al-Quran bukanlah sekadar sebuah kitab yang perlu dibaca namun jauh lebih dari itu, ia wajib diamal dan diterapkan hukum-hakamnya bagi mengatur kehidupan manusia. Keduanya, setelah kefahaman terhadap Islam sebagai satu ideologi (mabda’) yang menjadi paksi kepada kehidupan, maka perlu ada usaha dakwah dalam memastikan pemahaman tersebut membenak di dalam jiwa umat Islam di seluruh dunia. Segala kefahaman Islam yang salah perlu diperbetulkan agar pemikiran Islam yang bersih dan jernih sahaja yang kekal dan menjadi asas kebangkitan umat seluruh dunia. Ketiganya, satu gerakan/parti politik secara kolektif yang tersusun perlu ada agar usaha-usaha untuk mengembalikan sistem-sistem Islam ini ke atas manusia sejagat dapat dilaksanakan menerusi gerakan politik yang terancang. Gerakan bersifat politik ini perlu bagi memandu emosi umat Islam yang semakin membara mahukan kembalinya Islam di dalam kehidupan mereka secara penuh (kaffah). Akhirnya, tidak dapat tidak sebuah entiti pemerintahan (Daulah Khilafah) perlu wujud bagi menyatukan semula kesemua ikatan Islam yang ada, sekaligus menerapkan semula segala hukum yang terkandung di dalam Al-Quran dalam bentuk penerapan yang praktikal dan menyeluruh.

Khatimah


Wahai kaum Muslimin! Bersempena dengan bulan penurunan Al-Quran ini, marilah kita memuhasabah diri kita sejauh manakah kita telah berusaha untuk menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk dalam hidup kita. Sejauh manakah kita telah mengamalkan ajaran-ajaran Al-Quran dan apakah usaha yang telah kita curah untuk memastikan hukum-hukum Al-Quran diterapkan di negara ini khasnya dan di dunia amnya. Sejauh manakah kita telah berusaha untuk merubah hukum-hukum kufur yang ada sekarang untuk menggantikannya dengan hukum-hukum Al-Quran. Atau adakah kita termasuk ke dalam kategori mereka yang menjadikan kitab Allah ini sekadar tulisan-tulisan yang tersemadi di dalam mushaf-mushaf usang semata-mata. Periksalah diri kita samada kita telah membumikan segala ajaran Al-Quran atau kita termasuk ke dalam golongan yang mengkebumikan ajaran Al-Quran. Ingatlah! Jika kita tidak mengambil Al-Quran sebagai petunjuk, maka kita akan sesat; jika kita cuai dengannya kita akan celaka; jika hari ini kita melupakan Al-Quran, maka esok kita akan dilupakan; jika hari ini kita mengkebumikan Al-Quran, maka esok kita akan pasti dikebumikan. Dan ingatlah, setelah itu kita akan dibangkitkan dan dihisab. Fikirkanlah, siapakah yang dapat menolong kita di kala itu, di waktu dan saat tiada gunanya harta-benda, anak-anak, rakan-taulan dan sahabat-handai? Siapakah yang dapat menyelamatkan kita dari azabNya? Justeru, ingatlah akan firman Allah ini baik-baik,

“Maka jika datang kepadamu petunjuk daripada-Ku, lalu barangsiapa yang mengikut petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka. Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta. Berkatalah ia: ‘Ya Tuhanku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya adalah seorang yang melihat?’ Allah berfirman: ‘Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini kamupun dilupakan’.” [TMQ Thaha (20):123-126]

sekiAn Wallhua'lam

Kejahilan apakah ini???

Salam Ramadhan...dah lama kan tak update blog.sahabat-sahabat pun dah mula bising..'bila nak update blog ni'. adus ketandusan idea..ketandusan tulisan..ketandusan masa...etc. Dalam dok baca-baca berita yang keluar di dada internet...yang ni paling berkenan. Apalah yang telah terjadi dengan ummat hari ni. manusia semakin pelik bin ajaib.


Akibat kejahilan segelintir umat Islam, ada yang sanggup berbuka puasa dengan meminum arak di pub-pub di ibu negara.Pelik, tetapi itulah hakikatnya yang berlaku di dua pub di Jalan Ampang, Bukit Bintang yang berselindung di sebalik tawaran bufet Ramadan. Tanpa berasa janggal, mereka menikmati bufet tersebut walaupun minuman yang disediakan hanya minuman keras.


Helah pub itu berakhir apabila diserbu sepasukan penguat kuasa Jakim dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Jakim, Encik Mohd Amri Abdullah, berkata serbuan pada 1 petang kelmarin itu dilakukan selepas pihaknya mendapati pub berkenaan menawarkan bufet Ramadan.


'Kita mengesan pub-pub menawarkan bufet Ramadan itu berdasarkan iklan yang pada kain rentang yang digantung di depan premis. Dalam pemeriksaan pertama pub di Bukit Bintang, kita terkejut kerana minuman yang disediakan di situ hanyalah arak. Ini bererti pengunjung berbuka puasa dengan arak'. Beliau menambah, makanan di pub berkenaan pula disediakan peniaga Islam yang menyewa dapur pub tersebut. Encik Mohd Amri memberitahu, ketika pihaknya melakukan pemeriksaan di pub di Jalan Ampang pula mendapati keadaannya hampir sama walaupun pekerja pub tersebut terdiri daripada orang Islam.


'Bufet Ramadan disediakan, diletakkan di tepi bar yang penuh dengan arak manakala minuman untuk pelanggan berbuka puasa juga disediakan di situ. Berikutan itu, Jakim mengarahkan supaya pub tersebut menurunkan kain rentang yang mempromosi bufet Ramadan itu serta-merta selain memberi notis supaya premis berkenaan tidak lagi menyediakan pakej untuk berbuka puasa.'Malah kita juga meminta pub itu agar tidak mengklasifikasikan makanan yang disediakan adalah halal kerana premis tersebut tidak mempunyai sijil halal Jakim'.

inilah yang akan terjadi bila mana manusia semakin jauh dengan syariat yang telah Allah tetapkan. Nauzubillah

8/12/10

Jom Bersama Nisa

Bismillahirrahmanirrahim.


Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, sempena Ramadhan nanti beberapa program telah disusun mengikut tiga kawasan, Kangar, Arau dan Padang Besar. Insyallah, jika tiada halangan, kita jumpa di sana!!

***************************************************************************************


14 Ogos 2010 (Sabtu)
4 Ramadhan 1431H
8.00 pg - 12.30 tgh
Program Titian Kasih Ramadhan
Anjuran Nisa' Arau & bahagian ta'mir masjid
Tempat : Masjid Nurul Muttaqin, Kg Belat Che Ok, Simpang 4, Perlis
Penyertaan : Remaja muslimah berusia 12-20 tahun
Pengisian program:
1. Tadarus Al-Quran
2. Surat Cinta
3. Khatam al-Quran
4. Pertandingan Hafazan


###

21 Ogos 2010 (Sabtu)
11 Ramadhan 1431H
8.00 pg - 2.00 ptg
Nisa' Turun Masjid : Ramadhan Quranic Circle
Anjuran Nisa' Padang Besar & Biro Wanita Masjid As-Syakirin
Tempat: Masjid As-Syakirin, Jalan Mata Ayer, Perlis
Penyertaan : Remaja wanita berusia 14 - 40 tahun
Pengisian program :
1. Tadarus Al-Quran
2. Ahkam Tajwid
3. Tayangan Video
4. Tazkirah
5. Iftor Jamaie

###


22 Ogos 2010 (Ahad)
12 Ramadhan 1431H
8.00 pg - 2.00 ptg
Quranic Circle
Anjuran Nisa' Kawasan Kangar
Tempat: Masjid Saidina Umar AL-Khattab, Kg Guar Syed Alwi
Penyertaan : Remaja wanita berusia 14 - 40 tahun
Pengisian:
1. Tazkirah
2. Tadarus Al-Quran
3. Teen Circle
4. Iftor Jamaie


*************************************************************************************

Jom kita meriahkan Ramadhan kali ini dengan membaca Al-Quran ...

Pesan Murabbi ;

1. Fahami apa yg mesti dibuat dalam Bulan Ramadhan.


2. Kenali Ramadhan itu sebaiknya melalui Al Quran & As Sunnah. Ingat sahabat sekalian,Ramadhan bukan hanya bln PUASA.


3. Jangan ulangi kesilapan Ramadhan yg lalu. Cth;tak budayakan Al Quran,byk tidur dll.


4. Sabda Rasulullah saw : Celakalah org yg gagal mendapat keampunan Allah setelah Ramadhan berlalu pergi.


5. Ramadhan adalah saat yg sgt mustajab doa. Namun ingat,yg memutuskan silaturrahmi tidak akan terangkat doanya.


8/9/10

Dilema Kehidupan Seorang Pejuang

Perjuangan adalah sebuah kata tiada henti. Ia memerlukan nafas panjang yang akan selalu memenuhi relung-relung hati pelakunya. Hanya sebuah nilai-nilai mulia yang diyakini yang akan selalu menjadi penggerak agar  tetap bertahan pada perjuangannya. Karena sudah menjadi tabiatnya bahwa perjuangan akan selalu penuh dengan onak dan duri. Banyak hal-hal rumit yang akan dijumpai oleh seorang pejuang dan itu harus diselesaikan dengan bijak. Banyak hal-hal tak terduga yang bakal dijumpai dan itu harus dihadapi dengan kelapangan dada dan keluasan fikiran . Seorang pejuang harus selalu mengasah keikhlasan hatinya, kerana ikhlas adalah energi yang tidak mengenal lelah, di setiap waktu.

Setiap pejuang pasti akan merasai dilema ini. Mungkin tidak semuanya tapi ku yakin hal ini dialami oleh sebagian besar para pejuang. Bahwa seorang pejuang adalah juga seorang manusia seperti yang lainnya, namun apa yang ada dalam pikirannya melampaui orang-orang pada umumnya. Dalam pikirannya pasti ada cita-cita besar yang akan diperjuangkan dan akan diraih di kemudian hari. Dan itu memerlukan bekal yang tidak sedikit. Seorang pejuang harus menyiapkan dirinya dengan banyak kemampuan dan potensi yang tidak bisa dikatakan sedikit dan tidak sederhana. Nah, di sinilah masalahnya, seorang pejuang bisa saja banyak menemui banyak masalah peribadi yang ditemui sejalan dengan perjuangannya. Di satu sisi dia bisa saja kelihatan hebat apabila dilihat oleh orang-orang luar, tampak cemerlang apabila kita melihatnya dari luar. Namun siapa tahu dilema yang ada di dalam hatinya..

Seorang pejuangmungkin dilihat sebagai seorang sukses dan hebat. Tapi dalam kehidupan pribadinya, atau dalam relung-relung jiwanya mungkin saja dia akan menemui banyak masalah di situ. Lebih tepat ia diistilahkan sebagai sebuah "pengorbanan". Iya. itu adalah pengorbanan. Seorang pejuang harus siap berkorban, dan seringkali pengorbanan itu hanya dia dan orang-orang yang terdekat sahaja yang tahu. Pengorbanan itu terutama adalah pengorbanan jiwa. Ya, seorang pejuang seringkali mengorbankan perasaan atau jiwanya untuk meraih cita-citanya. Seringkali jiwanya menjadi rapuh walaupun hal itu tidak dinampakkannya dan dari luar dilihat sebagai orang yang hebat. Bisa jadi dia sangat begitu lemah saat sendirian, atau saat bersama orang terdekatnya, walaupun di luar dia begitu kuat menghadapi setiap badai. Yah, itulah dilema seorang pejuang. 

Intinya bahawa pengorbanan seorang pejuang seringkali disembunyikan oleh pelakunya dan orang melihat dia sebagai orang hebat dan kuat. Walaupun keadaan yang sebenarnya dia orang yang sangat rapuh dan sangat memerlukan pertolongan. Namun, itu tidak dinampakkannya, dan hanya kepada Allah saja para pejuang meminta kekuatan dan berkeluh kesah. Aku tidak tahu bagaimana mengatasi dilema ini. Ataukah memang tidak perlu diatasi? Hanya karena bahwa seorang pejuang memang harus menghadapi sebuah risiko? bagaimanapun seorang pejuang adalah manusia juga. Dia harus bisa mengatasi dirinya sendiri agar kehidupannya berjalan seimbang, tawazun, sehingga tidak menimbulkan gangguan-gangguan jiwa dalam dirinya. Dan agar dia juga tetap menjalani kehidupan normal seperti layaknya manusia lainnya.


Moga Ramadhan kali ini akan membuahkan keputusan yang terbaik dalam menghadapi dilema hidup ini.

8/4/10

Konspirasi World Cup 2010


wmc
Salamua’laik,
Kalian sudah puas dengan keputusan Piala Dunia yang baru lepas? Baiklah, kini kita tumpukan perhatian kita berbalik kpd kajian konspirasi ‘kebetulan’ semula. Terima kasih kepada saudara Rijal82, JTR, BradoKapak dan beberapa lagi pengkaji konspirasi lain atas pendedahan awal mereka mengenai Piala Dunia yang lepas.
Mavi Marmara diserang, satu dunia menumpukan mata pandangan ke Gaza lalu meninggalkan Bilderberg melakukan mesyuarat secara senyap. Terima kasih kepada Ibnuyaacob.com yang mendedahkan hal mengenai mesyuarat ini. Mavi Marmara kemudian ditinggalkan kita lalu terbanglah kita keawangan menuju ke Afrika Selatan melihat dan ‘memuja’ kehebatan ciptaan Tuhan yang juga kebanyakan daripada mereka adalah anti-Tuhan.
Para pengkaji konspirasi telah mendedahkan logo Piala Dunia yang berbentuk kepala Horus dan bola yang digunakan ketika Piala Dunia (Jabulani) yang menyamai lambang Jahbulon. Jahbulon adalah ALAT sembahan Freemason yang dihasilkan daripada gabungan triniti Jehovah, Ba’al dan Osiris.
Para saintis terhandal dunia telah membuat beberapa siri kajian supaya bola kesayangan mereka itu menjadi bulatan yang sempurna dan menjadi rebutan dan kesayangan para ‘pahlawan’ atas padang. Perancangan mereka tidaklah selengkap perancangan Allah.
Sepanjang kempen Piala Dunia, ‘kesempurnaan’ Jabulani telah memberi banyak masalah kepada para pemain dan memaksa Adidas (pengeluar) menghantar bintang-bintang mereka (Ricardo Kaka, Petr Cech, Oliver Kahn, Michael Ballack dan beberapa pemain lain) mempertahankan Jabulani.
Tanpa kita sedari, upacara pembukaan Piala Dunia juga sebenarnya dipenuhi dengan upacara sembahan ‘dewa’ mereka (saya tidak berkesempatan menyaksikan upacara pembukaan. bahagian ini diceritakan kepada saya melalui gambar-gambar dan penerangan-penerangan yang disiarkan di laman BBC. maaf jika ada sebarang bahagian yang salah)
Upacara dimulakan dengan persembahan penyanyi Afrika dengan bunyian gendang dan alat-alat muzik yang lain. Persembahan ini dipanggil The Calling. Siapa yang mereka panggil?Mungkin ini yang mereka panggil untuk masuk ke tengah padang dan menjadi perhatian dunia..
[BBC: A giant human-powered dung beetle dribbles an equally large Jabulani around the pitch to the delight of the fans in the stadium]
Upacara pembukaan diteruskan dengan beberapa krew mengangkat kumbang (Dung Beetle) yang menolak masuk Jabulani ke tengah pentas persembahan/padang. Kumbang juga merupakan salah satu unsur penyembahan firaun mesir kuno. Manusia/kita mengangkat kumbang tersebut dan kumbang tersebut mengangkat Jabulani ke tengah perhatian dunia supaya menjadi tatapan dan pujian semua.
Penyanyi terkenal Hollywood (ejen mata satu terhebat), R Kelly bersamaSoweto Spiritual Singers, penyanyi gereja Afrika menyanyikan lagu ‘Sign of a Victory’ sebagai tanda kemenangan mereka menjauhkan perhatian dunia daripada isu-isu yang jauh lebih penting.
Peta Afrika dilakarkan ditengah padang diperhatikan seluruh masyarakat dunia. Sememangnya tumpuan kita tertumpu disana!
[BBC : A smoking calabash, depicting the stadium design is featured during the opening ceremony]
Mereka diluar stadium (the Hidden Hand) menggunakan kita semua dengan ‘membakar’ kita dalam kawah berapi besar (stadium) dalam upacara penyembahan matahari mereka! Pembinaan stadium Soccer City, Johannesburg berbentuk kawah berapi disertai dengan bahagian dalaman yang diwarnai dengan warna api.
Sepanjang kempen Piala Dunia, kita disajikan dengan kehebatan sotong Paulmenyesatkan umat Islam. Dengan senang kita menerima Paul dan pasangannyaPauline dari Jerman dengan mengiakan kehebatan mereka. Sotong (dalam bahasa Jerman dipanggil Krake) memang sudah sinonim dengan mitos Kraken, sotong gergasi di tengah lautan dalam yang menghancurkan kapal-kapal besar.
Sudah terang lagi bersuluh, sotong Jerman tersebut memang disediakan awal-awal bagi memecahkan buih-buih di lautan. Bukankah nabi sudah berpesan, umat Islam akhir zaman hanya ibarat buih-buih di lautan? Jika anda rajin perhatikan laman-laman web yang menyiarkan berita bola sepak sepanjang kempen Piala Dunia, anda sebenarnya dapat mengagak bahawa pemenangnya memang sudah dipilih awal-awal lagi… ‘allahu’alam.

8/3/10

Aktiviti hujung minggu


Aktiviti hujung minggu bersama masyarakat.

strike 2 kali walaupun baru first time main...:) persediaan menghadapi pertandingan bowling Nisa' bulan 10 akan datang.

antara ahli usrah yang hadir. yang depan ahli usrah termuda..

bersama mendengar taujihad dari pejuang muda..Ukhti Aiman Athirah Al Jundi

kelahiran mahasiswa yang hebat...mahu menjadi sepertinya??

pesanan terakhir
'di kala letih dan lesu menghadapi perjuangan ingatlah bahawa NABI dan Para Sahabat itu lagi susah dan perit membawa ISLAM kepada kita' :)


7/26/10

Bait Muslim : Alternatif @ Kesempatan?

Artikel ni sahabat email so mgkn ada yang bolah djadikan panduan...

:Perkongsian Daripada Sahabat DKIAS

Saya sangat-sangat tidak mengetahui sejak bilakah Unit ini ditubuhkan, siapa dan dimana. Yang pasti sudah terlalu lama.

Ketika berkongsi pengalaman dengan kami beberapa orang sahabat bersama Ust Ilias Ahmad yang sinonim dengan sapaan Pok Su Li sering menceritakan pengalaman beliau ketika memimpin PMRAM di Mesir.

Katanya “ Bait Muslim di Mesir yang digerakkan oleh PMRAM tujuannya sebagai pembantu kepada mereka yang sudah memerlukan sangat perkahwinan. Unit ini diketuai dan dipegang oleh mereka yang sudah berkahwin. Merekalah yang memberi kaunseling, nasihat, tunjuk ajar dan lain-lain keperluan untuk individu yang berhajat ini”.

“ Tetapi, agak pelik di Malaysia ini, kampus-kampus yang ada Bait Muslim sudah agak ‘jauh’ cara pelaksanaanya tidak sebagaimana yang digerakkan oleh PMRAM.” Kami tidak faham apa maksudnya. Beliau lantas menerangkan “ kalau disana, kita membantu menyelesaikan mana-mana individu yang sudah memerlukan sangat…tapi disini sudah jadi ruang untuk mencari pasangan sesama ahli jama’ah. Muncul istilah ‘cop’ lebih awal…” akhirnya semua ahli jama’ah masing-masing sudah ada pasangan masing-masing”. Begitulah lebih kurang komentar Ust dihadapan kami yang membuatkan kami berfikir.

Ini jauh dari matlamat asal Bait Muslim yang bertujuan membantu menyelesaikan masalah, bukan menjadi wasilah untuk mencari pasang-pasangan kepada ahli. Padahal saat itu, ahli bukanlah berkeperluan yang mendesak lagi.

Bait Muslim : Kelurusan Pelaksanaan.

Di Mesir, ianya adalah unit terbuka yang dikawal selia oleh PMRAM dan boleh dimanfaatkan oleh seluruh mahasiswa disana dengan beberapa peringkat seperti pengisian borang, makluman kepada Pengerusi Bait Muslim, diadakan pertemuan antara 2 individu tersebut dirumah ustaz-ustaz penasihat unit ini, dibincangkan, dan ditanya kepada kedua-dua pihak, tempoh sehinggalah tarikh perkahwinan serta nasihat-nasihat dan syarat-syarat agar hubungan tersebut dapat dipelihara dalam tempoh sebelum perkahwinan.

Itulah sedikit sebanyak yang saya ketahui dari teman-teman disana. Syukran ya teman-temanku. .

Adapun pelaksanaanya di kampus-kampus di Malaysia mungkin hanya sebatas kepada anggota persatuan mahasiswa Islam atau gerakan dakwah kampus sahaja kerana gerakan dakwah tidak menguasai kampus sepenuhnya. Saya optimis bahawa kaedah pelaksanaannya hampir sama sahaja. Jika ada perbedaan pun, mungkin sedikit sahaja khas berkait perkara yang menjadi khilaf sahaja.

Pandangan sahaja:

1)Jika seorang lelaki mahukan kepada seorang wanita, sebaiknya gunakanlah mana-mana muslimat lain yang terpercaya ( mungkin daripada Unit ini) untuk memaklumkan hajat anda kepada wanita tersebut. Elakkan terus berhubung dengan wanita itu kerana dipertengahannya penuh mudarat yang tidak dijangka. Ini juga kerana wanita lebih mengetahui mengenai teman
wanitanya. Maka biarkanlah mereka yang amanah ini menjadi wakil anda.

Peringatan! jangan terlalu cepat dan mudah untuk meluahkan isi hati kepada mana-mana lelaki atau wanita jika anda masih mempunyai keraguan atas kesedian anda untuk berbicara soal perkahwinan, jika tidak perhubungan anda hanya akan menjadi alat bermesra-mesraan dalam tempoh yang panjang yang tidak diketahui kesudahannya.

2)Maklumkan segera kepada penasihat, ustaz/ustazah, atau mas’ul kepada unit ini tentang hasrat anda dan keputusan kedua-dua pihak. Jangan anda melaju berlayar dalam perhubungan sementara ini tanpa dimaklumkan kepada mereka yang bertanggungjawab.

3)Jika masing-masing telah mempersetujui, maka solusi terbaiknya, putuskan perhubungan sehinggalah sampai hampir kepada tarikh yang ditetapkan.

Peringatan:

Maaf, saya tidak bersetuju jika ada yang membuka ruang kebenaran saling menyampaikan tazkirah, nasihat menasihati dan saling memberi semangat dan motivasi. Tiada perhatian khusus yang dihalalkan kepada anda melainkan dengan jalan pernikahan.

Saudara, istilah ‘taqdim’ bukan bererti anda yang mengconfirmkan dengan penuh confidence bahawa perhubungan anda itu benar-benar akan sampai kepada majlis perkahwinan.
Letakkanlah segala-galanya kepada Allah dan berdoalah agar jika dia yang terbaik untuk anda, maka kekalkan dia untuk anda, jika tidak, serahkan kepada Allah. Permohonan kepada Allah mesti diteruskan.

4)Elakkan dalam tempoh yang terlalu lama dalam ikatan sementara ini. Nafsu sebenarnya memberontak dan menjerit-jerit agar anda berhubung juga dalam tempoh ini (rujuk artikel sebelum ini).

Catatan:
Tempoh lama atau tidak tergantung kepada anda sebenarnya. Sejauhmana kita mampu bertahan dengan nafsu dan mudarat-mudarat ditengah ikatan sementara ini.

5)Jadikan ikatan sementara ini hanya sebagai simpanan rahsia anda dan individu-individu tertentu seperti mas’ul sahaja. Jangan jadikan ianya kebanggaan untuk dicerita-ceritakan kepada orang lain. Mungkin, Allah mentaqdirkan terputus ditengah-tengah ini, maka sakit bagi anda untuk menerimanya kerana sudah diwar-warkan berlebih-lebihan.

6)Jangan jadikan wanita atau lelaki pilihan anda ini sebagai bahan gurauan bersama teman-teman. Peliharalah maruahnya. Berhubunglah dengan mengharapkan redho Allah. Bukan percintaan monyet muda-mudi yang tidak menghayati agama. Seriuslah ! Matanglah ! Anda sedang membina kedewasaan.

7)Berdoalah agar anda dijauhkan dari maksiat, kekejian dan perhubungan haram dalam tempoh ini. Permulaan dengan mengenepikan redho Allah akan berakhir dengan penghinaan Allah. Pastikan dan usahakan mencari kebersihan dalam perhubungan ini.

8)Sibukkan diri anda dengan tugasan dakwah, pengajian seperti biasa dalam tempoh ini. Kelapangan waktu membuatkan anda masih sempat berkhayal tentangnya. Berhati-hatilah. Jangan sampai ibadah kerananya, pengajian kerananya.

9)Dalam membuat keputusan, banyakkanlah beristikharah dan memohon petunjuk dari Allah. Allah lebih mengetahui siapa yang terbaik untuk kita. Jangan ‘mendesak’ Allah menerima kehendak kita, bimbang Dia memberi dengan campakan, maka kita akan menggigit jari kelak.


Baiklah, teman-teman seperjuanganku sekalian. Ini hanya pandangan peribadi sahaja, Kalian berhak memberikan pandangan, kritikan dan komentar lain yang dirasakan baik. Maafkan kekurangan dan kesilapan saya. Saya juga seperti kalian dalam isu diatas. Mudah-mudahan Allah memelihara kita.. 
salam perjuangan.

7/21/10

KEHIDUPAN INSAN



Di dalam meniti usia kehidupan di dunia ini, pelbagai rencah dan asam garam perisa hidup kita lalui. Bermula tika nafas pertama kita hirup melalui rongga hidung higgalah nafas terakhir kita hembuskan pabila dipanggil oleh Ilahi untuk mengadapNya. Pelbagai kisah demi kisah dijalini sama ada manis atau pahit, ada suka ada duka, dan sebagainya.

Batasan usia di zaman kanak-kanaklah yang paling menggembirakan. Kerana tidak dibebani fikiran dan akal dalam menghadapi sebarang masalah juga cara penyelesaiannya. Namun tika diri digelar sebagai pelajar, kehidupan inilah yang paling merimaskan. Perlu menghadiri tiap kelas dan pengajian, berpakaian seragam juga bermacam-macam peraturan perlu dipatuhi sebagai adunan mendisiplinkan diri. Hinggalah ke peringkat pengajian tinggi. Tidak sunyi dengan 'homework' juga peperiksaan yang menggamit sedikit tekanan dalam satu jangka masa tertentu. Tetapi apabila diri melangkah ke alam pengajian yang lebih tinggi kematangan fikiran perlu dipertonjolkan dan memainkan peranan terpenting. Menidakkan perasaan dalam membuat sebarang keputusan. Lebih menghargai diri demi menjamin kebahagiaan kelak. Punya sasaran, 'aim' dan 'target' disetiap peperiksaan dalam melepasi ujian tersebut demi memperolehi kerjaya yang diimpi harapkan sebelum ini.

Tatkala masuk ke alam kerjaya, pelbagai azam disemat suburkan untuk mempertingkatkan kualiti dan daya kerja dalam mencitakan peningkatan pangkat mahupun pendapatan. Setiap hari berulang-alik dari tempat kediaman ke tempat kerja. Tidak mengira panas dan dingin tanggungjawab dan tugas perlu dilaksanakan bagi menambah dan memperbaiki taraf hidup . Apabila mendapat imbuhan disetiap bulan, agihan dan 'budget' perlu kemas dan teliti. Mana yang hendak digunakan, mana yang hendak disimpan dan mana yang dikirimkan kepada keluarga.

Mungkin bagi lelaki setelah mempunyai kedudukan yang stabil dan selesa dari sudut kewangan, kemampuan, terdetik di hati untuk mencari pasangan hidup. Gadis yang menepati citarasa dipinang dan dinikahi. Terus melayari alam rumah tangga yang menjanjikan seribu satu kemanisan atau sebaliknya yang bergantung kepada kecekapan dan kemahiran 'kapten kapal' dalam mengharungi gelombang lautan yang sangat luas. Nafkah zahir juga batin perlu disediakan kepada si isteri dalam memberi kepercayaan dan keyakinannya kepada kita sebagai pilihan teman hidup. Berusaha mencorakkan kehidupan yang sempurna, lengkap dan bahagia agar usia perkahwinan bertahan lama dan biarlah sampai ke akhir hayat.

Lahir pula cahaya mata sebagai menyeri hidup. Seorang, dua atau seterusnya menjanjikan keperluan hidup yang lebih daripada sebelum ini, Cuma berdua. Sebagai ketua keluarga harus bijak dalam hal ehwal kewangan kekeluargaan untuk mengelakkan masalah timbul kelak. Peranan ibu bapa amat penting dalam proses tumbesaran anak-anak hinggalah mereka mampu berfikir dalam peringkat mumayyiz atau baligh hinggalah keseterusnya. Dapat memberi perangsang dan semangat kepada mereka ketika di dalam kesulitan. Memahami keinginan dan kecenderungan anak dalam membina cita-cita mereka. Memberi panduan dan jalan kepada si anak dalam menuju ke arah cita-cita tersebut. Hinggalah mereka berjaya dengan yang apa yang dicitakan.

Kita pula semakin melewati batasan usia yang kian senja. Duduk di kerusi malas sambil menatap beberapa potret lama yang tergantung. Puas dan mampu tersenyum melihat anak yang 'menjadi' hasil dari didikan dan asuhan kita. Punya kerjaya dan hidup semakin mewah. Dan rutin harian kini hanya berulang ke surau atau masjid yang berhampiran dengan gayutan biji tasbih di tangan. Kerana 'rumah kata pergi kubur kata mari'. Kulit-kulit kian mengendur, tahap kesihatan dan penglihatan juga semakin menurun. Apa lagi yang diharapkan hanyalah kebahagiaan abadi di alam sana.

Penghidupan sebeginikah yang kita citakan??? Yang kita harapkan??? Yang kita impikan???
Bermula dari alam kanak-kanak yang bebas dari pelbagai masalah nan hidupnya penuh ceria dan gembira. Melalui alam remaja yang mejoritinya begelar sebagai pelajar yang perlu lulus disetiap kali peperiksaan. Terus ke alam dewasa yang punya kerjaya, berkahwin, punya anak dan keluarga hinggah ke alam tua.
Dimanakah bakti-bakti dan sumbangan kita terhadap Islam yang kian ditindas dan kian hilang sirna kemuliaannnya? Dimanakah sebahagian hidup kita yang harus diinfakkan untuk Islam???
Adakah kita tergolong dalam seperti cerita di atas???

Hanya mengimpikan sebuah kejayaan di dalam peperiksaan. Hanya mengimpikan pasangan hidup seperti yang diinginkan. Hanya bekerja untuk makan dan pakai. Hanya hendakkan anak-anak berjaya dalam hidup. Melalui hari-hari kehidupan seperti hidup, belajar, kerja, berkeluarga, tua dan terus mati???
Dimanakah tempat dan bilakah masa dan waktunya status kita sebagai seorang da'ie harus diguna pakai??? " Siapa yang mengucap kalimah Lailahaillah, dia seorang da'ie"

Semoga kita yang masih dibekalkan kewarasan fikiran dan 'sedar' dengan tugas dan tanggungjawab sebagai khlaifah di bumi ini perlu memikirkan secara serius. Tidak alpa dan leka dengan status sebagai pelajar, pekerja, ibu bapa. Malah lebih wajar kita bertanya kepada diri, 'aku seorang Islam, aku seorang mukmin, tetapi apakah sumbangan aku kepada agama Allah ini?' Sama-samalah kita fikirkan. Ke manakah arah tuju kita sebenarnya???

'The ball in your hand. The goal in your mind'






7/16/10

Usrah Nisa'

Assalamualaikum wbt.. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafaqkan ke hadrat Ilahi yang Maha Menjadikan kita semua dengan sempurna serta memberkahi kita dengan akal yang mampu untuk berinteraksi sebaik mungkin. ALhamdulillah juga, kita panjatkan kepada anugerah Allah yang menjadikan kita ini pewaris kepada agama Tauhid, sekaligus menempatkan kita sebagai salah seorang ummat Muhammad, pesuruhNya yang di kasihi.

Pada Ahad yang lepas (11 Julai 2010) bertempat di Nisa' Educare Centre, Nisa' Perlis di bawah Unit Pembangunan Insan (UPI) telah mengadakan usrah bulanan. Alhamdulillah, setelah sekian lama terhenti akhirnya, pada petang yang agak redup kelmarin, usrah Nisa' dapat dijalankan dengan sempurna.

Bahan yang dibawa adalah tafsir surah Al-Asr dan menggunakan teks 'Prinsip Dakwah'.
Antara isu semasa yang dibincangkan ketika usrah kelmarin adalah isu berkenaan UPSR dan PMR yang bakal dimansuhkan, selain itu usrah Nisa' kali ini juga turut membincangkan bab Isra' Mikraj.

Alhamdulillah, ramailah ahli Nisa' dan AJk yang hadir majlis ilmu kali ini. ^ ^
Insyallah, bulan depan kita berusrah lagi yer!

::kredit to mira safiah for foto::


Amboi, bestnye dia berusrah sambil baring2..




7/8/10

Seteguh Acuan Muslimat Palestin




DR MARYAM SOLEH

Tokoh Muslimat Dalam Kabinet HAMAS

Golongan muslimat merupakan sayap kanan dalam perjuangan Islam semenjak zaman Nabi SAW. Pengorbanan mereka setanding dengan kaum muslimin dalam menjaga dan menenangkan agama Allah SWT, bukan sahaja merapikan sebuah rumahtangga tetapi berkubang darah dan keringat di medan perjuangan. Sumaiyyah, ibu kepada Ammar bin Yassir menjadi syuhada yang pertama dalam perjuangan Islam. Ummi Nusaibah binti Kaab menjadi muslimah yang berbai’ah dengan Nabi SAW dalam perjanjian Aqabah kedua dan merupakan muslimah yang mempertahankan Nabi SAW di medan Uhud sehingga berlinang darah mengucur dari badannya akibat tikaman musuh. Ummi Mukminin, Aishah pula dengan keupayaan akal yang tinggi menjadi tempat rujukan bagi sahabat dan sahabiah dalam perkara agama, terutamanya selepas kewafatan Nabi SAW.

Peranan muslimah sebagai pejuang Islam berterusan sehingga akhir zaman dan mereka tidak pernah gentar berhadapan dengan musuh walaupun diancam dengan kematian. Ini pernah terbukti di Mesir, Iran, Lubanan, Palestin, malah ada yang mati syahid kerana mempertahankan maruah diri mereka.

Muslimat Palestin

Hamas merupakan salah satu cabang Gerakan Islam Ikhwan Muslimin yang ditubuhkan oleh as-Syahid Syeikh Ahmad Yasin pada 1987 di Gaza yang juga merupakan ibu negara bagi Palestin. Puluhan tahun sebelum ditubuhkan Hamas, pejuang Islam telah bergerak dalam usrah-usrah Ikhwan di Gaza terutama anak-anak muda yang berpendidikan dan menyintai Islam yang berdaulat. Sejak tertubuhnya Hamas sebagai sebuah gerakan Islam secara aktif, ia telah banyak melahirkan individu pejuang yang sanggup berkorban Islam khususnya bagi menghadapi ancaman Zionis. Mereka bukan sahaja bangkit menentang penindasan terhadap mereka tetapi berjuang untuk membebaskan kiblat pertama umat Islam dan mengambil kembali Masjidil Aqsa.

Hamas merupakan pergerakan Islam kontemporari yang mempunyai kekuatan yang tersendiri berbanding dengan gerakan lain. Mereka menguasai masyarakat dengan kerja kebajikan dan dakwah, pergerakan mereka juga sarat dengan intelektual Islam dan mempunyai jaringan di seluruh dunia terutamanya melalui parti-parti Islam. Mereka juga merekrut anggota jihad yang terlatih yang dikenali sebagai Brigged al Qassam, Hamas sentiasa berada di hati umat Islam sehingga diberikan kepercayaan dalam pilihanraya oleh rakyat Palestin untuk memimpin mereka.

Pejuang-pejuang Hamas bukan sahaja terdiri daripada golongan kaum Adam semata-mata, akan tetapi juga melibatkan kaum Hawa termasuklah mereka yang berpendidikan tinggi dalam pelbagai bidang duniawi dan ukhrawi, antara mereka ialah Dr Maryam Soleh salah seorang pejuang muslimah yang cukup kental dan cekal pendiriannya bersama Hamas.

Mengenali Dr Maryam Soleh 

Dr Maryam dilahirkan pada 1953 di kem pelarian Dir Ammar, Palestin. Mendapat pendidikan awal dan menengah di kawasan penempatan pelarian, setelah itu melanjutkan pengajian peringkat Sarjana Muda dalam jurusan Dakwah Fakulti Syariah Islamiyyah Universiti Malik Abdel Aziz di Makkah dengan mendapat keputusan cemerlang pada 1979, pada 1986 menyambung pengajian di peringkat Sarjana/M.A di Jabatan al-Quran dan as-Sunnah dari Universiti Ummul Qura juga di dalam bidang dan universiti yang sama dengan mendapat kepujian dan sokongan daripada kerajaan Arab Saudi.

Setelah tamat pengajian, Dr Maryam memulakan kerjaya sebagai seorang pensyarah di Fakulti Syariah Islamiyyah di Universiti al-Quds Abu Dis di Palestin, pada masa yang sama dilantik menjadi pensyarah jemputan di Universiti Terbuka al-Quds.

Dr Maryam berkahwin dengan seorang jurutera pertanian dan perladangan, Nazmi al-Tarifi dan dikurniakan tujuh orang anak, lima daripada mereka adalah lelaki dan dua perempuan. Ketika menyambung pelajaran di peringkat Ph.D, beliau ditemani oleh suami serta anak-anak untuk menetap sementara di Arab Saudi bagi memudahkan urusan menghabiskan penulisan tesis.

Meninggalkan kerjaya sebagai seorang pensyarah pada Januari 2006, apabila Hamas menang besar dalam pilihan raya negara, Dr Maryam yang merupakan calon Hamas menang dalam pilihan raya bagi kawasan Ramallah. Sejurus selepas pilihan raya, beliau dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Wanita Palestin hingga sekarang sebagai kerajaan yang sah yang dipilih rakyat.

Pandangan dan Harapan Dr Maryam selaku Menteri Wanita

Setelah memegang jawatan Menteri Wanita dan juga Exco kerajaan Hamas, Dr Maryam lebih menumpukan perhatian kepada penambahbaikan khususnya terhadap golongan muslimah bagi memacu satu program integriti melibatkan golongan berkenaan untuk memajukan kerajaan dalam segenap agenda yang dirancang. Lebih-lebih lagi program yang boleh mendatangkan keuntungan kepada keutuhan ekonomi negara ketika dunia dilanda krisis ekonomi global.

Bagi Dr Maryam, golongan wanita terlebih dahulu perlu menjalani program pembinaan jati diri berasaskan motivasi yang dirancang khas oleh kementeriannya bagi memastikan agar mereka mendapat sedikit sebanyak informasi berguna bagi menghadapi dunia yang serba terdedah kepada bahaya penyelewengan yang tidak mengecualikan wanita-wanita Islam seluruh dunia, apatah lagi warga Palestin yang menjadi sasaran musuh luaran dan dalaman (Fatah).

Dalam satu wawancara dengan wakil media asing, Dr Maryam ditanya mengenai penglibatannya sebagai ahli politik dengan mempunyai ramai anak, adakah ia tidak merencatkan kestabilan politik yang beliau ceburi sekarang ini, tanpa ragu dan teragak-agak, Dr Maryam dengan penuh yakin menyatakan, bahawa semua aspek berkenaan tidak sedikit pun mengganggu kariernya dalam politik Palestin, kerana yang paling penting ialah pegangan agama yang cukup bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Beliau selanjutnya menegaskan, bahawa beliau mempunyai pengalaman satu ketika dahulu, bagaimana kemampuannya membahagi masa antara pengajian peringkat Ph.D serta pendidikan anak-anak, ia bergantung sejauhmana masa itu dibahagikan dengan saksama yang membuahkan hasil hingga penghujung pengajian, malah beliau dinobatkan sebagai pelajar terbaik keseluruhan. Pengalaman berharga itulah yang meyakinnya untuk terjun dalam arena politik secara praktikal bagi memajukan golongan wanita di Palestin khususnya untuk mencapai cita-cita seperti wanita-wanita lain di dunia.

Benarkah wanita Arab tidak dibenarkan untuk berkarier?

Itulah soalan yang ditujukan oleh media asing kepadanya bagi menyelami pandangannya sebagai Menteri wanita yang begitu optimis untuk menyelamatkan bangsanya daripada tertindas dalam segenap aspek kehidupan dek kerana hilang jati diri dan rasa terlalau rendah diri kepada pihak musuh. Dr Maryam dengan penuh semangat jihad dan memiliki kefahaman mendalam mengenai Islam berdasarkan elemen Sirah Nabi Muhammad SAW dan Siyasah Syar’iyyah, menegaskan bahawa selagi Islam memerintah, umat Islam bahkan umat manusia seluruhnya akan berada di bawah naungan keamanan dan keselamatan maksimum, kerana Allah SWT adalah Yang Maha Pengampun seperti yang ditegaskan-Nya di dalam al-Quran.

Maryam merupakan contoh bagaimana, kehebatan manusia Palestin yang tidak mengalah kepada keadaan. Beliau sentiasa memanfaatkan ruang masa dengan kerja yang berfaedah sehingga membuktikan kejayaan dalam bidang akademik dan menjadi seorang Menteri Kabinet. Beliau juga mempunyai PR yang baik dengan masyarakat serta disayangi oleh Muslimat Palestin. Penulis yang berkesempatan mengunjungi Gaza juga berkesempatan bertemu dengan beliau di Hotel Gaza semsa Menteri-menteri Hamas menerima tetamu luar Negara. Dr Maryam kelihatan bersungguh-sungguh menyantuni tetamu-tetamu kerajaan termasuk ahli Parlimen dari Morocco.

Bagi Dr Maryam yang merupakan satu-satunya exco muslimah dalam kerajaan Hamas, anggota Fatah yang sebenarnya tidak mendapat tempat dalam masyarakat, mereka melakukan perkara yang tidak memperlihatkan mereka sebagai golongan yang berpelajaran tinggi dengan mewujudkan kerajaan baru yang dibentuk oleh mantan Presiden Mahmud Abbas yang telah tamat tempoh pemerintahannya pada Januari lalu, dengan memilih kebanyakan kabinetnya daripada Fatah yang dipersetujui Barat, akhirnya mereka akan dihukum sekali lagi jika pilihan raya dilangsungkan pada bila-bila masa.