10/1/09

Zulkefly Mohamad Omar calon Pakatan Rakyat PRK Bagan Pinang


Nama: Zulkefly Mohamad Bin Omar

Profesion: Ahli Perniagaan

Umur: 45 Tahun

Tarikh Lahir: 14/5/1964

Kelulusan: Master Sains (Upm) & Ijazah Komunikasi (Uitm)

Nama Isteri: Saeiah Binti Tarmizi

Anak:6 Orang

Ahmad Fakhrurazi 20 Tahun

Farah Wahidah 18 Tahun

Mohamad Fadli 14 Tahun

Mohamad Fadhil 11 Tahun

Fadhlin Sakinah 8 Tahun

Mohamad Fawwas 4 Tahun

Jawatan Dalam Pas:

Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan- 2 Penggal (2007 - Hingga Sekarang)

Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan - 1 Penggal - (2005 - 2007)

Setiausaha Badan Perhubungan Pas Negeri Sembilan (2001-2005)

Exco Pemuda Pas Pusat (2001 - 2005)

Pemangku Ketua Pemuda Pas Negeri Sembilan (2004 - 2005)

Timbalan Ketua Pemuda Pas Negeri Sembilan (2001 - 2004)

Ketua Penerangan Pemuda Pas Negeri Sembilan (1999 - 2001)

Bendahari Dewan Pemuda Pas Seremban (1997 - 1999)

Lain-Lain Jawatan:

1.Pengerusi 'No Incinerator' Broga

2.Timbalan Pengerusi Teras Keupayaan Melayu Negeri Sembilan

Pengalaman Kerja:

1.Pengarah Urusan, L & R Enterprise Sdn Bhd.

2.Pengurus Kanan, Is Technologies Telecommunication Sdn Bhd.

3.Perancang Pemasaran, Telekom Malaysia Berhad.

4.Ekskutif Perhubungan Korporat, Pusat Zakat Selangor.

5.Pegawai Perhubungan, Koperasi Celcom Berhad.

6.Pegawai Perhubungan, Biro Angkasa.

Dare to Change





exellence is never an accident - Derric Johnson

people are always blaming circumstances for what they are. i dont believe in circumstances. the people who get in this world are the people who get up and look for the circumstances they want, if they can't find them, make them..
- George Bernard Shaw


semua orang mempunyai pilihan. anda, aku dan juga siapa-siapa sahaja. kejayaan hanya boleh dicapai dengan membuat pilihan yang betul. Jadi kenapa kita harus menyerahkan hidup kepada peluang dan kemungkinan apabila kita sebenarnya boleh melakukan sesuatu mengenainya..Dan kenapa hendak dipersoalkan!


SO CHOOSE! MAKE A CHOICE....
EVERY MOMENT IS A CHOICE. AND EVERY CHOICE IS OUR CHOICE.. (^_~)

9/30/09

Selamat Hari Lahir


Selamat hari lahir Buat Abang Sulung...(~.~)

1hb oKTOBER tahun tak ingat..yang pasti usianya semakin meningkat. 34 tahun...anak sudah 4 semuanya mujahid. Moga menjadi mujahid yang membantu agama Allah..

Mohamad Harith Syifa'
Mohamad hanis Syuhada
Mohamad Hasyir
Mohamad Hifzan

(~.~) Belajar rajin-rajin ya..

Ke mana akhirnya Perjuangan Muslimat?


salam... Hari ini aku dihujani persoalan 'kemana akhirnya perjuangan seorang muslimat? aduh berat nak jawab ni..sebab aku pun masih dalam pencarian ke mana akhirnya perjuangan ini. Namun apa yang pasti semuanya mengharapkan Redha Allah dari sedikit pengorbanan yang dilakukan..sapa ada jawapan untuk persoalan ini?

Sebelum itu kita mulakan dengan matlamat. Apa matlamat kita berada di sini? memilih jalan ini? sekadar ikut ikutan atau terpaksa atau dah ditakdirkan atau apa2 saja pandangan yang ada. Matlamat biar jelas agar jalan yang yang ingin ditujui juga jelas dan terang. Tepuk dada tanya Iman pasti setiap dari kita punya matlamat yang satu kerana kita semua berada di jalan yang sama. dan persolan membina keluarga sudah pastinya soalan pertama yang timbul..

UNTUK APA BERNIKAH?

1. Pernikahan menyelamatkan masyarakat daripada penyakit sosial dan akhlak. Ini adalah kerana kecenderungan kepada jantina yang berlawanan hanya dapat dikenyangkan dengan pernikahan yang syari’e dan perhubungan yang halal. Ini dapat dilihat apabila Rasulullah menyeru kepada pemuda dengan sabdanya : Wahai pemuda, sekiranya kamu mampu untuk bernikah, maka bernikah lah kerana ia mampu menjaga pandangan dan memelihara kemaluan”

2. Perkahwinan memberi pertanggungjawaban kepada lelaki dan perempuan untuk membina generasi baru yang bertaqwa. Ia tidak dapat dilakukan sekiranya pasangan itu hanya bertaraf kekasih. Lihatlah realiti sekarang, berapa ramai perempuan ditipu oleh lelaki setelah segala kehormatannya telah dirobek. Akhirnya perempuanlah yang membesarkan anak dan lelaki hanya berlepas tangan. Berlainan dengan perkahwinan yang meletakkan suami dan isteri untuk memainkan peranan-peranan masing-masing dalam membentuk dan mendidik anak-anak.

3. Pernikahan akan menjadikan setiap orang mempunyai pusat kasih sayang dan kecintaan iaitu pasangannya. Ini dinyatakan oleh Allah s.w.t dalam surah ar-Rum ayat 21.

BERNIKAH DEMI PERJUANGAN

Bagi seorang pejuang agama, pernikahan mempunyai nilai tersendiri. Ia bukan sekadar “i love you or you love me”, bahkan lebih daripada itu. Ia bukan juga tempat untuk sekadar membanyakkan anak, bahkan lebih daripada itu. Ia bukan sekadar seseorang lelaki ingin dipanggil ‘abang’ oleh isterinya dan seorang isteri dipanggil ’sayang’ oleh suaminya, bahkan lebih daripada itu. Ia bukannya manifestasi cinta bertahun-tahun yang ingin direalisasikan dengan pernikahan. Ia juga bukan sekadar menikah tapi punya matlamat yang berbeza dari manusia biasa. Kerana kita telah ditarbiyah untuk menjadi manusia yang luar biasa. Muslim yang luar biasa...mukmin yang luar biasa.

Roh perjuangan itu sendiri sebenarnya telah menjadikan semua yang ada di dunia ini hanyalah batu loncatan untuk mendapat redha Allah dan jiwa ini tidak akan tenang selagi Islam tidak didaulatkan dan tidak diberi tempat yang sepatutnya seperti yang dikehendaki oleh Allah.

Oleh sebab itu, sejak daripada marhalah memilih lagi, seorang pejuang amat teliti dalam memilih pasangan. Tidak cukup kalau pasangan itu belajar tinggi-tingi tapi tak tahu Islam. Tidak cukup kalau calon pasangan itu berjawatan besar tapi tak faham Islam. Tak cukup kalau calon pasangan itu seorang pemimpin negara tapi amalkan rasuah. Tidak cukup kalau calon pasangan itu hanya sekadar belajar agama, tapi tidak bekerja untuk Islam. Seorang pejuang sentiasa mementingkan ciri-ciri seorang pejuang dalam diri calonnya, jika tiada ciri pejuang akan ditolak dan akan dicari calon yang lain.

Secara ringkasnya, kita mahukan daripada pernikahan itu sesuatu yang akan menguatkan lagi roh perjuangan kita, bukan melemahkan. Sudah banyak kita dengari orang-orang yang kuat berdakwah di kampus dan alam pengajian tetapi ‘tewas’ apabila melangkah ke alam perkahwinan dan perkerjaan. Kerja-kerja dakwah semakin jauh ditinggalkan. Tiada lagi edaran risalah, tiada lagi ucapan berapi-api dan tiada lagi kepetahan dalam berhujah. Semuanya tenggelam dengan satu pernikahan yang tidak didasari dengan perjuangan.

Rumahtangga perjuangan merupakan idamanku sejak mula mengenali dunia dakwah dan tarbiah ini. Rumahtangga yang dihiasi dengan suami/isteri penguat perjuangan dan anak-anak penerus perjuangan. Apa lagi menyedari diri ini amat dhaif dan lemah dalam mengharungi arus mehnah dan tribulasi dalam mendaulatkan agama Allah lebih-lebih lagi iman diri ini amat nipis pagi-paginya beriman dan petang-petangnya tidak. Ditambah pula aku sekarang ini sedang merasai sendiri kebenaran kalimah “Allahu Muqallibul Qulub” ( Allah yang membolak-balikkan hati manusia)…

Aku telah melihat pasangan-pasangan yang bernikah demi perjuangan, mereka cukup bahagia. Anak-anak mereka semuanya menjadi. Hidup mereka bukan bahagia dengan wang dan harta sebaliknya mereka bahagia apabila mereka istiqamah dalam perjuangan. Apabila isteri lemah, suami membimbing dan memberi kekuatan. Apabila suami lemah, isteri dengan segala kekuatan yang ada cuba meniupkan semula semangat dan menyuburkan semuala harapan ibarat lagu Isteri Solehah nyanyian The Zikr… Alangkah manisnya hidup mereka kerana dapat merasai percikan kemanisan hidup antara Rasulullah dan Khadijah. Mereka tidak kisah dengan sedikitnya harta sebaliknya risau apabila masing-masing tidak mampu untuk memberi sumbangan yang terbaik untuk perjuangan.

Ringkasnya, bagi seorang pejuang lelaki, mereka mendambakan seorang calon isteri yang mampu menguatkan perjuangan, bukan melemahkan mereka dengan rengekan-rengekan (permintaan) duniawi seperti barang emas, perabot, perhiasan diri dan sebagainya begitu juga sebaliknya bagi seorang isteri. Elemen-elemen matang (bukan serius sangat), tenang dan boleh menjadi penasihat yang baik adalah basic value (nilai asas) bagi seorang calon isteri. Perkara sama yang diperlukan bagi seorang mujahidah tetapi sudah tentu wanita memerlukan lebih daripada lelaki lantaran lelaki adalah ketua yang akan membimbing mujahidah.

Kiranya kita mempunyai calon dan sudah ditemui calon yang sesuai untuk pemangkin perjuangan, jagalah entiti ini supaya tidak lari dari garis asalnya. Wahai pejuang, sematkanlah dalam dada apabila menerima nikah seorang ayah mewakili anak perempuannya “Aku Terima Nikahnya Demi Perjuangan !!! “.

Inilah pengakhiran perjuangan seorang Muslimat. Tidak dinafikan muslimat akhirnya akan masuk dapur, duduk di rumah jaga anak kerja biasa seorang isteri tapi ia akan diserikan lagi dengan matlamat yang jelas. Masaknya untuk suami yang berjuang, urusan rumahnya untuk perjuangan, basuh bajunya untuk perjuangan, basuh pinggannya untuk perjuangan etc. Jangan menyempitkan pemikiran dengan melihat perjuangan dalam kotak sendiri. Tetapi Think Out of The Box...isterinya adalah isteri yang luar biasa, suaminya adalah suami yang luar biasa. dan itulah kita kerana kita telah dididik menjadi manusia yang luar biasa.

Huh terima kasih kerana telah memberi aku idea yang panjang lebar untuk menulis pada entry kali ini. Entry kali ini adalah untuk menjawab persoalan di atas bukannya disebabkan yang lain yer. *pesanan khas buat diri sendiri


9/29/09

Kumbang seekor Bunga sekuntum


salam..tulisan ni tak da kena mengena dengan sesiapa. Cuma idea nya timbul bila ada seorang senior yang berhujah dengan aku begini...jadi wujudlah entri ni. Terima kasih sebab aku dah kekeringan idea nak menulis jadi ni idea yang baik..terima kasih ya..sebab tu aku suka berhujah bila berhujah pemikiran pun berkembang...berlainan pendapat akan menyebabkan kita sentiasa berfikir..hidup kan mesti selalu berfikir..fikir yang mana buruk dan yang mana baik..yang mana elok dan yang mana tidak elok etc...setiap hari kita mesti berfikir kerana setiap hari juga kita akan membuat keputusan...

Bermula dari bangun tidur sampailah tiba masa untuk tidur semula..semuanya perlu berfikir. Manusia yang tidak berfikir sebelum membuat keputusan adalah manusia yang sia-sia..yang tidak ada pendirian dalam hidupnya..yang tidak punya matlamat dalam hidupnya...yang etc...ok berbalik pada tajuk entry ini...
'bunga bukan sekuntum,kumbang bukan seekor'.

Memang bunga bukan sekuntum,beribu-ribu kuntum.Tapi,nak cari bunga yang wangi menghiasi taman,bukannya mudah.Bau wangi itu memang akan hilang,tapi biarlah mekarnya sentiasa menghiasi hari-hari yang mendatang.

Kumbang pun memanglah beribu-ribu ekor juga.Ada kumbang nakal yang sepanjang hayatnya,suka hinggap di atas berpuluh-puluh kuntum bunga,mungkin agaknya sang kumbang sendiri sudah keliru mahu pilih bunga mana yang benar-benar asli dan manis madunya.

Untuk si 'bunga' jangan lekas tergoda memberi kemanisan madu untuk kumbang yang cuba mengambil kesempatan.Untuk sang 'kumbang' pula,jangan cepat terpedaya dengan bunga yang teramat berseri kelopaknya,takut nanti yang cantik itu,rupa-rupanya hanya sekuntum 'bunga plastik' yang madunya memang tiada.

Sedih dan gembira selalu datang silih berganti; hanya dengan keteguhan jiwa dan pikiran yang berasaskan Taqwa kepada Allah, kebahagiaan itu dapat diraihnya. Kesedihan, kecewa, Caci maki dan fitnah tidak dapat menjatuhkan orang yang kuat.

Di dalam ungkapan Timur sering terdapat kata-kata :

“Menadah ke langit dan membuang ludah.” dan ” Menabur debu dengan angin yang berlawanan.”

Ini semua mengisahkan kebodohan- kebodohan yang dilakukan seseorang dan pada akhirnya mencelakakan dirinya sendiri. Menghadapi kesedihan dan dugaan hidup, hendaknya seseorang berlapang dada bagaikan langit besar yang tak bertepi. Berbaik sangkalah dengan Allah..sesungguhnya Dia tahu apa yang terbaik buat hambaNya

Cuaca terang dan berawan selalu silih berganti. Belajar bagaikan cermin yang jernih dapat melihat keadaan sebenarnya. Belajarlah dari pohon cemara yang walaupun tinggalnya di dalam hutan dan tidak punya keharuman yang menyegarkan yang dapat menarik si kumbang untuk menghisap madu namun pohon cemara masih tegap berdiri..

Belajarlah dari sifat pohon cemara yang tegar menahan serangan, baik serangan yang bersifat tindakan, ucapan maupun fikiran, dan menjadikannya sesuatu yang sejuk, hangat dan damai yang menghiasi keindahan hutan belantara..(~.~) Sekian..*peringatan khas buat diri sendiri



9/28/09

Muhasabah Diri

Ya Allah.....

Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku,
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku,
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai,
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai hambaMU,
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu,
Sekiranya aku ingkar dan derhaka,
Berilah aku petunjukkan ke arah rahmatMu.

Ya Allah sesungguhnya.....

Aku lemah tanpa petunjukMu,
Aku buta tanpa bimbinganMu,
Aku cacat tanpa hidayahMu,
Aku hina tanpa RahmatMu.

Ya Allah.......

Kuatkan hati dan semangatku,
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu,
Jadikanlah aku hamba yang disenangi oleh Mu,
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu,
Bimbinglah aku menjadi hamba yang Muslehah.

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan,
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu,
Kerana aku sedar hinanya aku,
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru,
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu,
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu,
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu.

Ya Allah Tuhanku...

Aku hanya ingin menjadi hamba yang dirahmati,
Hamba yang dikasihi,
Hamba yang solehah,
Hamba yang sentiasa mengingati Mu.

Amin Ya Rabbi Allamin..

Wallahu A'lam...

9/27/09

Salam Eid Fitri


Salam Eid Fitri buat semua sahabat-sahabat tak kira di mana berada. masih belum terlewatkan nak ucap kan..Mohon maaf buat semua sahabat-sahabat yang pernah bekerjasama dalam satu team, atau sesiapa saja yang mengenali insan Hina ini..Cuti seminggu idea pun tersekat..

Sekejap saja masa berlalu, Ramadhan sudah pun pergi meninggalkan kita. Entah bila akan ketemu lagi..mungkin sempat atau sebaliknya..kembali muhasabah diri adakah sama seperti sebelumnya atau bertambah ketaqwaan kepada Allah dan Rasulnya. Semakin meningkat Iman atau sebaliknya..tepuk dada tanyalah Iman..

sudah lama rasanya tidak membeli buku..tajuk buku yang yang perlu untuk di miliki. kalau ada buku yang tajuknya Nota Hati Seorang Perempuan pasti aku orang pertama yang memilikinya..:) tak tahula di Perlis ni ada ke tak buku ni..nantila. Pesta Buku tahun depan Mesti pergi insyaAllah..kalau ada rezeki..moga-moga ada rezeki..

Perjalanan yang panjang diteruskan....moga kita beroleh keberkatan dari Ramadhan yang lalu..

9/12/09

Pasangan Hidup





“Apakah kita sekadar mencari pasangan hidup yang hanya membolehkan kita pergi usrah? Atau membenarkan kita pergi ke program latihan?

salam..sekarang aku mengikuti sebuah cerpen tulisan Ustaz Dzul..hebat. Aku mengagumi peribadi beliau sebagai seorang pejuang walaupun kadang-kadang pandangan Ustaz menimbulkan kontreversi..dan itulah sepatutnya Mahasiswa. World Class Leader..punya pemikiran yang jauh ke depan..bukan sekadar berada di dalam kotak. Namun seperti biasa kelemahan pasti ada..

ha siapa setuju dengan persoalan di atas? ini adalah keratan persoalan di dalam cerpen beliau yang bertajuk Fahiyah. Aku merasakan ia adalah gambaran kehidupan sebuah Baitul Muslim yang diimpikan oleh beliau..dan sudah pastinya oleh semua orang yang menggelarkan dirinya seorang Pejuang..

'Itu pandangan yang masih sempit. Sepatutnya kamu semua berusaha mencari pasangan yang akan menanam jiwa kehambaan dalam diri kamu dan mendekatkan kamu kepada Allah,” mereka semua terlopong mendengar penerangan saya.Pasangan yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah, bukan sahaja akan menjadi pendorong kepada kita untuk aktif berjuang bahkan akan sentiasa memberikan peringatan kepada kita tentang kedahsyatan akhirat dan sentiasa menyiram hati kita dengan air keimanan.'

Inilah jawapannya..bukan sekadar apa yang sering ditanamkan kepada kita..boleh pergi program..boleh pergi usrah..boleh pergi program adik-adik...atau program alumni. Baitul Muslim yang di bina bukan sekadar itu..tapi punya matlamat yang lebih luas dan besar. Sebagai peringatan kepada kematian dan kehidupan yang Abadi Di Sana...Bagaimana mahu membina hati yang bersih jika Dunia masih melekat di Hati kita???


Oleh kerana itulah ada pasangan-pasangan Baitul Muslim yang dibina kecundang di tengah jalan. Kerana tidak memahami akan matlamat sebenar pembinaan Baitul Muslim..ada pulak yang dicalitkan dengan maksiat. Berkat atau tidak anda rasai sendiri nanti?? jangan disalahkan sesiapa jika Baitul Muslim kecundang di tengah jalan. Namun kebahagiaan pasti menjadi harapan sesiapa saja yang membina Masjid.

Namun jangan mengharapkan kesempurnaan jika diri sendiri pun masih goyah diulik mimpi Dunia. Tiba-tiba idea tersekat...

LAILATUL QADAR Mencari Kemuliaan Taqarrub

Firman Allah swt :

1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar,

2. Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu?

3. Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

4. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut);

5. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

( Surah al Qadar . Ayat : 1 – 5 )

Malam yang dikenali sebagai “Lailatul Qadar” adalah merupakan malam terbaik bahkan malam yang paling mulia disediakan oleh Allah ‘semalam dalam tempoh setahun’ .

Sabda Rasulullah saw :[1]

وَ مَنْ قَامَ لَيْلَةَ اْلقَدْرِ إِيْمَانًا وَ احْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ .

“ dan barangsiapa yang mendirikan ( ibadah ) pada malam lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan penghayatan ( mengharapkan redho Allah ) nescaya diampunkan baginya segala dosa – dosanya yang telah lalu.”

( Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim )

Al Imam an Nawawi rhm menyebut [2]: “ Lailatul Qadar adalah seafdhal – afdhal malam di dalam setahun. Barangsiapa yang mengadakan ibadah ( qiamullail ) pada malam Lailatul Qadar sekalipun ia tidak diberi taufiq untuk menyaksikan alamat – alamat Lailatul Qadar , nescaya ia dibalas dengan balasan yang tersebut.”

Rebutlah Peluang Taqarrub ini.

Setiap individu muslim yang menyertaiMadrasah atau University of Ramadhan ini , sangat dituntut untuk mencari dan mendapatkan kelebihan malam Lailatul Qadar ini . Ia menjadi sunnah nabi kita Muhammad saw. dan juga menjadi amalan dan rebutan para salafussoleh untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. Rasulullah saw pernah bersabda :[3]

عَنْ عَائِشَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ : كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ يُجَاوِرُ فِي اْلعَشْرِ اْلأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ وَ يَقُوْلُ : تَحَرُّوْا لَيْلَةَ اْلقَدْرِ فِي اْلعَشْرِ اْلأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ .

“ daripada A’isyah Rha berkata : Adalah rasulullah saw. selalu beriktikaf pada sepuluh akhir Ramadhan dan baginda saw. bersabda ; Rebutlah bersungguh – sungguh peluang untuk mendapatkan Lailatul Qadar pada malam – malam sepuluh akhir Ramadhan .”

( Riwayat Imam Bukhari . )

Rasulullah saw. melipat ganda amalan atau ibadah untuk menghampirkan diri kepada Allah swt. pada 10 malam akhir di bulan Ramadhan . Ini dapat dilihat dalam satu hadith yang diriwayat dari A’isyah Rha .[4]

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ : كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ اْلعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَ أَحْيَا لَيْلَهُ وَ أَيْقَظَ أَهْلَهُ .

“ dari A’isyah Rha berkata : adalah Nabi saw. apabila memasuki 10 akhir Ramadhan , Baginda bersungguh – sungguh mengerjakan ibadah dan menghidupkan malamnya dan menggerakkan anak isterinya ( agar bangun beribadah )”

( Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim )

Taqarrub sebagai Jambatan Nusrah.

Golongan yang hampir dan dikasihi Allah swt. sepantasnya layak menerima pertolongan dan kemenangan dalam perjuangannya untuk menegakkan agama Allah di atas muka bumi ini. Tentunya kita sangat memerlukan pertolongan dan kemenangan tersebut di kala dunia kini gersang dari rahmat Ilahi.

Tidak mudah untuk merentasi medan yang penuh cabaran dan rintangan ini melainkan pejuang yang diperkayakan dengan taufiq dan nusrah ilahi , namun untuk mendapatkan taufiq dan nusrah malah anugerah syurga itu pula hanya terbuka kepada mereka yang hampirkan diri kepada Allah swt .

“ Dan (puak Yang ketiga pula ialah) orang-orang Yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - Yang akan mendahului (mencapai balasan Yang sebaik-baiknya di akhirat kelak) Mereka itulah orang-orang Yang dihampirkan ( di sisi Allah ) , (Tinggal menetap) di Dalam Syurga-syurga Yang penuh nikmat.”

( Surah al Waaqia’h . Ayat : 10 – 12 )

[1] Imam Bukhari di dalam sohihnya : 253 / 2 dan Imam Muslim di dalam sohihnya 524 /1
[2] Raudhah at Tolibin 389 / 2 dan Fathul Baari 267 / 4
[3] Sohih Bukhari : 254 / 2
[4] Sohih Imam Bukhari : 255 / 2 dan Sohih Imam Muslim : 832 / 2